Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulan

Kesimpulannya, masjid merupakan pembentuk kepada setiap kerohanian seseorang manusia itu.Banyak hikmah dan pahalanya dengan menunaikan sembahyang di masjid serta kita dapat lihat pentingnya adalah dalam menunaikan solat Jumaat yang diwajibkan kepada kaum lelaki untuk menunaikannya pada setiap hari Jumaat di masjid dan akan terdapat hukumannya jika meninggalkan solat Jumaat sekiranya meninggalkan dengan sengaja atau meninggalkan solat Jumaat melebihi tiga kali. Sesungguhnya agama Islam itu adalah mudah dan senang untuk dipraktikkan dalam diri setiap umat Islam.

Masjid merupakan segala-galanya bagi umat Islam dalam mencari nilai-nilai Islam. Namun begitu seperti firman Allah s.w.t: Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah. (QS 72:18, Al Jin).

Sebaik-baiknya penggunaan masjid haruslah berdasarkan apa yang telah diajarkan seperti Islam, semoga kita umat Islam akan kembali wujudnya kesedaran dalam kembali mengimarahkan rumah-rumah ibadat atau masjid. Sesungguhnya, dengan kembali mewujudkan ikatan dalam menyemarakkan kembali solat secara berjemaah dan aktivitiaktiviti keagamaan mampu mendekatkan diri dengan pencipta kita iaitu Allah s.w.t.

Anda mungkin juga menyukai