Anda di halaman 1dari 7

Rawatan Patah Pergelangan Kaki

Ais dan meninggikan bahagian yang patah


Bengkak akan kelihatan jika berlaku patah pergelangan kaki. Perkara penting di dalam rawatan adalah untuk mengurangkan bengkak. Dengan mengawal bengkak akan dapat mengawal kesakitan patah pergelangan kaki dan mengurangkan bengkak di sekeliling tisu.

X ray
Untuk memastikan jenis patah yang berlaku, sinar x-ray akan dilakukan supaya rawatan selanjutnya dapat dilakukan.

Splint / Kayu Belat


Dibuat selepas kecederaan diikuti dengan cast. Memberi ruang yang lebih daripada menggunakan cast yang menyebabkan bengkak yang berterusan. Jika kecederaan tidak terlalu serius, kayu belat digunakan tanpa menggerakkan bahagian buku lali yang bengkak. Selepas diberi anesthesia buku lali yang patah diperbetulkan atau dibuat penjajaran semula dan pemindahan tulang yang patah.

Cast
Digunakan selepas beberapa hari, kecuali bengkak tersebut berkurangan dan semakin baik selepas kecederaan. Diperbuat daripada fiber atau plaster Pembentukan plaster pada kulit lebih baik dan lebih diperlukan jika ia digunakan untuk memegang tulang yang patah ditempat yang lebih spesifik. Jika patah tidak stabil atau proses pemulihan sudah berlaku, fiber akan digunakan kerana ia lebih ringan.

Crutches / Alat Penyokong


Crutches memang amat diperlukan kerana ia dapt membantu mengurangkan pergerakan dan merehatkan bahagian yang cedera. Ia digunakan kerana ada pesakit yang tidak dapat menampung berat badan mereka untuk waktu yang agak lama.

Pembedahan
Ia diperlukan pada kebanyakan jenis kecederaan pada buku lali yang patah. Ia bergantung kepada pemeriksaan sinar xray dan jenis kecederaan yang berlaku. Keradangan selalunya berlaku selepas kepatahan pada tulang buku lali. Cara yang terbaik untuk mengurangkan keradangan ialah dengan mengekalkan sendi buku lali pada kedudukan yang normal.

Anda mungkin juga menyukai