Anda di halaman 1dari 13

1. B a n g u n a n a p a k a h i n i ?

2. D i m a n a t e r l e t a k n y a b a n g u n a n i n i ?
3. N y a t a k a n ke i s t i m e w a a n b a n g u n a n i n

Muzium

Muzium pertama dipercayai telah ditubuhkan di Iskandariah, Mesir


pada abad ke 3 sebelum Masehi. Sejak itu institusi mula mendapat
perhatian ramai terutama daripada cendekiawan dan para ilmuan
berlumba-lumba memberikan definisi muzium yang paling sesuai.
terdapat beberapa definisi berbentuk sementara atau masih kabur
yang diutarakan. Majlis Muzium Antarabangsa ( ICOM ), Kesatuan
Muzium Kanada ( CMN ) dan Kesatuan Muzium America (AAM)
mendefinisikan muzium berlandaskan kepada fungsi dan
pengurusannya serta bidang-bidang yang berkaitan dengan institusi
tersebut.
ICOM pada Mesyuarat Agongnya 1974 menggariskan definisi
Muzium sebagai 'Institusi bersifat tetap, tidak mencari keuntungan,
memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya,
terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan
dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan
hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya.

Tindak balas daripada definisi ini, beberapa aktiviti dan bidang


dikaitkan sama sebagai sokongan. Antaranya Muzium ditakrifkan
juga sebagai institusi yang terlibat dengan :i. Pemuliharaan, pameran dan Pusat Arkib
ii. Pemuliharaan dan pengekalan alam semulajadi
iii. Arkeologi, Ethnologi, Monumen dan Tapak Tanah bersejarah
iv. Pameran benda hidup seperti Taman Botani, Zoologi,Akuarium
dan sebagainya.

v. Pusat Sains dan Planetarium


Muzium memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan,
kebudayaan dan pembangunan ekonomi bagi setiap negara dan
masyarakat. Malah Muzium turut membentuk dan mengambil
bahagian yang utama membangunkan masyarakat dan negara
melalui peranannya yang berbagai (Multifunctional role).
Institusi Muzium ditakrifkan sebagai'An institution which collects,
documents, preserves, exhibits and interprets material evidence
and associated information for public benefit'.

Muzium Negara, Malaysia

Gendang Dongson
Gendang gangsa yang dijumpai di Terengganu.

Homo Sapien Sapien


Rangka manusia moden

Lukisan Batu
Lukisan batu yang terdapat di dinding gua yang terdapat
di Gua Niah, Sarawak

Pemukul Kulit Kayu


Alat yang digunakan untuk melembutkan kulit kayu untuk
dijadikan pakaian pada zaman purba.

Manuskrip
Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Seri Lanang.
Menerangkan keagungan kerajaan Melayu dan Kesultanan
Melayu Melaka.

Bukit Tengkorak,Sabah
Tapak pembuatan tembikar purba Asia Tenggara

Candi Lembah Bujang


Tapak Arkeologi yang terkenal di Asia.

Gua Niah, Sarawak


Gua tertua di Asia Tenggara

Senaraikan muzium yang terdapat di


Malaysia

Anda mungkin juga menyukai