Anda di halaman 1dari 16

BAB 1: PENYIASATAN

SAINTIFIK
1.1: Kaedah Penyiasatan Saintifik

Langkah Penyiasatan Saintifik

Kaedah penyiasatan saintifik merupakan


pendekatan yang sistematik untuk
memahami/ mendapatkan jawapan terhadap
sesuatu masalah.

Langkah-langkah penyiasatan saintifik:

Memerhatikan Suatu Fenomena

Perhatikan suatu fenomena/ kejadian yang


berlaku di sekeliling kamu. Pasti kamu akan
tertanya-tanya mengapa kejadian itu
berlaku.
Jika kamu seorang saintis, kamu akan
membuat inferens untuk memberi jawapan
kepada pertanyaan itu.

Mengenal Pasti Masalah

Berdasarkan inferens yang telah kamu buat,


kenal pasti masalah tersebut.
Masalah itu merujuk kepada pertanyaan
saintifik yang perlu dicari jawapannya
melalui eksperimen.

Mengenal Pasti Pemboleh Ubah

Pemboleh ubah ialah faktor-faktor yang


mempengaruhi keputusan sesuatu
eksperimen.
Pemboleh ubah perlu dikenal pasti untuk
membolehkan hipotesis dibuat.
Pemboleh ubah yang dikenal pasti itu perlu
menunjukkan perhubungan dengan masalah
yang dikaji.

Terdapat tiga jenis pemboleh ubah:

Faktor yang kamu ubah dikenal sebagai


pemboleh ubah dimanipulasikan.
Faktor yang kamu hitung/ perhatikan dikenal
sebagai pemboleh ubah bergerak balas.
Faktor yang kamu tetapkan sama dikenal
sebagai pemboleh ubah dimalarkan.

Membuat Hipotesis

Hipotesis ialah suatu pernyataan tentang


apa-apa yang telah kamu perhatikan.
Pernyataan itu boleh diuji secara
eksperimen untuk membuktikan
kebenarannya.
Hipotesis akan menunjukkan hubung kait
antara pemboleh ubah dimanipulasikan
dengan pemboleh ubah bergerak balas.

Merancang Penyiasatan

Dalam merancang penyiasatan, kamu perlu


mengambil kira perkara-perkara yang
berikut.

Senarai bahan dan radas eksperimen.


Cara mengawal pemboleh ubah.
Cara mengumpulkan dan menganalisis data.

Perkara-perkara di atas disusun dalam


prosedur eksperimen.

Menjalankan Penyiasatan

Jalankan penyiasatan mengikut prosedur


yang telah kamu rancangkan.

Membuat Pemerhatian & Mengumpulkan Data

Semasa menjalankan ekperimen, kamu perlu


mengumpulkan data.
Data tersebut direkodkan dalam jadual yang
dirancang.
Contoh data termasuklah isi padu, panjang,
ketinggian dan masa.

Menganalisis dan Mentafsir Data

Persembahkan data yang dikumpulkan dalam


bentuk grafik seperti jadual.
Selepas mentafsirkan data, kamu dapat
mengenal pasti hubung kait antara pemboleh
ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah
bergerak balas.
Kamu perlu menggunakan kemahiran berfikir
dan kemahiran matematik dalam pentafsiran
data.

Membuat Kesimpulan

Kamu dapat membuat suatu kesimpulan


berdasarkan hasil analisis dan tafsiran data.
Adakah hipotesis kamu itu diterima atau
ditolak?

Menulis Laporan

Selepas sesuatu eksperimen dijalankan,


kamu perlu menulis laporan dengan
menggunakan format seperti dalam contoh
eksperimen yang berikut.

TIPS SPM
Kaedah penyiasatan saintifik memerlukan pemerhatian
yang tepat, analisis data yang jujur serta keputusan dan
kesimpulan yang dibuat dengan rasional tanpa berat
sebelah.
Banyak pengetahuan yang telah diperoleh dengan
menggunakan langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik.
Satu pernyataan yang tidak boleh diuji melalui eksperimen
tidak boleh digunakan sebagai hipotesis.
Pengendalian peralatan sains dan bahan kimia dengan
teknik yang betul dalam suatu eksperimen adalah penting
kerana akan memberikan hasil yang lebih tepat dan
mengurangkan risiko kemalangan.
Kaedah penyiasatan saintifik telah terbukti sangat
berguna, dipercayai dan boleh menambahkan pengetahuan
kita tentang alam semesta.

Anda mungkin juga menyukai