Anda di halaman 1dari 18

Projek Fotograf

Pengenalan
Projek Fotografi ialah sebuah rancangan majalah yang akan memaparkan 13 genre seni
Fotografi yang terdapat di Malaysia. Program ini akan dijayakan oleh 2 pengacara berbakat yang
juga merupakan peminat ataupun fotografer amatur.

Pada setiap episod, satu genre ataupun cabang Seni Fotografi akan dipaparkan kepada
penonton dan, seorang fotografer tetamu akan dijemput untuk menerangkan lebih terperinci
tentang genre Seni Fotografi tersebut. Fotografer Tetamu itu adalah fotografer profesional yang arif
dan terhebat di Malaysia.

Pada penghujung segmen, 2 pengacara itu akan diberi tugasan untuk hasilkan satu karya
seni fotografi dan akan diadilil oleh Fotografer Tetamu. Namun tiada hadiah akan diberi dan ia
dilakukan hanya untuk pembelajaran dan hiburan.
Running Order Rancangan
Durasi Visual

60 sec Montaj Rancangan

2 minit Segmen 1 PENGENALAN

2 Pengacara akan perkenalkan diri dan perkenalkan GENRE FOTOGRAFI PILIHAN EPISOD
kali ini kepada penonton. Pengacara akan terangkan secara ringkas mengenai genre fotografi
Tersebut sambil diselangi montaj-montaj fotografi.

9minit Segmen 2 FOTOGRAFER JEMPUTAN

Pengacara akan menjemput seorang/sekumpulan Fotografer Jemputan yang terdiri


daripada fotografer profesional dan terkenal dalam genre fotografi pilihan episod
kali ini. Fotografer jemputan akan terangkan para penonton segala aspek mengenai
genre fotografi pilihan episod kali ini.

Fotografer Jemputan juga akan berkongsi kepada penonton, karya-karya yang telah
dihasilkan mereka & bagaimana mereka berkerja. Selepas itu Fotografer Jemputan akan
membawa pengacara melihat, bagaimana mereka hasilkan karya fotografi dan di sini, pelbagai
tips fotografi yang berguna akan dikongsikan kepada penonton.

7 minit Segmen 3 TUGASAN

Selepas memahami segala aspek dan skill fotografi yang berkaitan dengan genre
pilihan episod, 2 pengacara perlu hasilkan satu karya fotografi berdasarkan genre
episod itu. Mereka akan diberi sekian masa untuk shoot dan sunting gambar mereka
itu dan gambar mereka akan dinilai Fotografer Jemputan.

4 minit Segmen 4 PENJURIAN

Fotografer Jemputan akan adili & nilai gambar yang diambil oleh 2 pengacara tersebut
dan gambar yang terbaik akan diumumkan sebagai pemenang. Pengacara mengucap salam
kepada penonton dan paparkan beberapa klip sedutan episod akan datang.

1 minit End credit

DURASI = 24
Ringkasan Sinopsis
Setiap Episod
Episod 01
FOTOGRAFI SENIBINA

Episod kali ini, akan memaparkan


Fotografi bergenre Senibina @
Architecture Photography. Fotografi
Senibina menitik beratkan komposisi
ruang gambar, cahaya, bayang dan
warna. Fotografi genre ini memerlukan
fotografer yang mahir mencari titik
perspektif untuk mendapatkan gambar
yang cantik.

Fotografer Jemputan ialah Wan Fuad &


Haris Hairul dari Rupa Jiwa Studio. Mereka
merupakan fotografer profesional dan
telah 8 tahun berkecimpung dalam
bidang fotografer. Kekuatan mereka ialah
pada genre Fotografi Senibina dan karya
mereka telah banyak digunakan oleh
majalah Senibina Malaysia dan juga
majalah luar negara.
Episod 02
FOTOGRAFI KOMERSIAL

Episod kali ini, akan memaparkan Fotografi bergenre Komersial iaitu yang sering
digunakan untuk periklanan. Fotografi genre ini memerlukan seorang fotografer
yang mampu menyampaikan mesej tentang produk tersebut menerusi gambar.
Fotografi komersial sering digunakan untuk majalah, iklan, dan juga promosi.
Seorang fotografer komersial, harus memahami apa yang dimahukan klien dan
terjermahkan kehendak mereka di dalam gambar.

Fotografer Jemputan Gerry Chin, seorang fotografer periklanan yang terkenal di


Malaysia. Sudah 25 tahun berkecimpung sebagai fotografer dan kini hasil
karyanya boleh dilihat di majalah-majalah dan suratkhabar.
Episod 03
FOTOGRAFI SENI HALUS

Episod kali ini, akan memaparkan Fotografi bergenre Seni Halus @ Fine Art.
Fotografi juga boleh dijadikan medium untuk menghasilkan seni halus. Fotografi
Seni Halus menjadi medium seorang artis untuk mengekspresi pandangan &
emosi sesuatu perkara secara terus ataupun abstrak. Selepas ratusan tahun
fotografi seni halus berkembang, genre ini mula mendapat tempat di kalangan
karyawan seni tempatan.

Fotografer Jemputan .....


Episod 04
FOTOGRAFI MUSIK

Episod kali ini, akan memaparkan Fotografi bergenre


Musik. Fotografi genre ini sering digunakan oleh
pemusik ataupun penyanyi sebagai satu bentuk
promosi ataupun merakam persembahan di atas
pentas mahupun studio. Sebagai seorang fotografer
musik, mereka harus mahir tentang sudut yang
menarik, pengcahayaan yang cukup ketika di atas
pentas dan juga detik yang terbaik untuk
digambarkan.

Fotografer Jemputan ialah Ahmad Saiful, yang


merupakan seorang fotografer yang sering dipanggil
oleh pemusik terkenal untuk merakam gambar mereka
ketika persembahan mahupun untuk promosi.
Episod 05
FOTOGRAFI PERMOTORAN

Episod kali ini, akan memaparkan Fotografi bergenre


Permotoran. Fotografi yang menjadikan kenderaaan
baik di darat mahupun laut sebagai subjek. Fotografer
genre ini perlu memahami sudut terbaik yang perlu
diambil agar, subjek tampat hebat dan berkuasa.
Cabaran tambah rumit apabila fotografer perlu ambil
gambar kenderaan yang sedang bergerak laju di atas
jalan.

Fotografer Jemputan?
Episod 06
FOTOGRAFI
PERMANDANGAN/LANSKAP

Episod kali ini, akan memaparkan Fotografi bergenre


Permandangan. Salah satu genre atau pun cabang
fotografi yang popular di kalangan fotografer
profesional dan juga amatur. Fotografi permandangan
mempunyai beberapa teknik yang tersendiri seperti
mencari sudut yang menarik, mendapatkan bacaan
suhu/cahaya yang tepat dan kesabaran menanti detik
permandangan yang indah.

Fotografer Jemputan kali ini ialah Syahrin Abdul Aziz.


Seorang fotografer yang mahir dalam pelbagai genre
tetapi lebih gemar menjadikan permandangan sebagai
subjek fotografinya.
Episod 07
FOTOGRAFI MAKRO

Episod kali ini, akan memaparkan Fotografi bergenre


Makro iaitu genre fotografi yang jadikan objek ataupun
hidupan yang kecil sebagai subjek di dalam gambar.
Teknik fotografi ini memerlukan jenis lensa yang
sensitif untuk melihat subjek yang kecil dan kadang
kala tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Fotografi makro sering dijadikan bahan kajian oleh


saintis tetapi ada juga yang jadikannya sebagai hobi
dan juga medium untuk ekspresikan seni keindahan
alam.

Fotografer jemputan?
Episod 08
FOTOGRAFI EDITORIAL

Episod kali ini, akan memaparkan Fotografi bergenre


Editorial. Satu cabang fotografi yang hampir sama
dengan komersial dan juga fesyen. Tetapi genre
editorial ini lebih spesifik kepada gambar yang akan
dipaparkan di dalam majalah. Genre Editorial tidak
terhad hanya pada feyen mahupun model, ia juga
merangkumi pelbagai aspek seperti kebudayaan,
makanan, seni dan sebagainya.

Fotografer jemputan?
Episod 09
FOTOGRAFI PERKAHWINAN

Episod kali ini, akan memaparkan Fotografi bergenre


Perkahwinan. Salah satu genre yang amat popular dan
sudah menjadi satu cabang perniagaan yang
menguntungkan. Fotografi perkahwinan memerlukan
fotografernya mahir dalam suntingan, peka terhadap
momen indah dan spontan serta cekap dalam
berkomunikasi dengan subjek agar dapat hasilkan
gambar yang cantik dan indah.

Fotografer jemputan untuk episod ini ialah Saiful


Nang. Seorang ikon fotografer perkahwinan yang
sangat terkenal dan merupakan antara yang terawal di
Malaysia. Sudah mempunyai syarikat sendiri dan
menjadi pilihan para pengantin tidak kira Melayu, Cina
dan India.
Episod 10
FOTOGRAFI JURNAL @
KEWARTAWANAN

Episod kali ini, akan memaparkan Fotografi bergenre


Jurnal. Satu genre fotografi yang khusus kepada
kewartawanan seperti majalah dan juga surat khabar.
Satu profesion fotografer yang sangat mencabar
kerana fotografer tidak hanya membuat liputan di
tempat yang aman, tetapi mereka juga dihantar ke
negara-negara yang berperang, bergolak, bencana
alam dan sebagainya.

Fotografer Jemputan Bazuki Muhamad. Nama besar


beliau disanjung tinggi kerana hasilkerjanya yang
amat tinggi nilainya. Jika tidak mana mungkin agensi
berita antarabangsa Reuters mengambilnya sebagai
jurufoto mereka sejak tahun 1998.
Episod 11
FOTOGRAFI MANIPULASI

Episod kali ini, akan memaparkan Fotografi bergenre


Manipulasi, iaitu seni fotografi yang memerlukan
teknik dan seni suntingan yang hebat. Genre sebegini
lebih gemar digunakan untuk gambar bertujuan
promosi, seni abstrak dan juga poster.

Fotografer Jemputan kali ini ialah Kuku Besi Studio,


iaitu seorang fotografer dan juga grafik artis yang
telah banyak menghasilkan poster filem tempatan.
Episod 12
FOTOGRAFI FESYEN

Episod kali ini, akan memaparkan Fotografi bergenre


Fesyen, yang selalunya memaparkan pakaian, barang
kemas mahupun aksesori hiasan. Fotografi bergenre
ini digunakan untuk majalah, suratkhabar, dan
pelbagai bentuk promosi.

Fotografer Jemputan kali ini ialah Bibo Aswan iaitu


seorang fotografer fesyen yang terkemuka di
Malaysia. Hasil kerjanya telah banyak terpampang di
majalah dan juga papan iklan.
Episod 13
FOTOGRAFI HITAM & PUTIH

Episod kali ini, akan memaparkan Fotografi bergenre


Hitam & Putih. Satu genre fotografi yang klasik dan
kini sering dijadikan foto seni halus. Walaupun disebut
hitam dan putih, sebenarnya fotografi ini hanya
menggunakan spektrum warna hitam yang
mempunyai pelbagai lapisan ton warna.

Fotografer Jemputan?
Pengacara Cadangan

WAN SHARMILA ZALIF SIDEK

Seorang artis serba boleh dan mempunyai Seorang pelakon muda yang berbakat dan
bakat dalam pengacaraan. Wan Sharmila menghiburkan. Sifatnya yang mesra, suka
dipilih kerana dia bukan saja pandai bergurau dan mempunyai karakter yang
berlakon, malah dia mahir dalam berinteraksi kelakar, pasti akan membuat rancangan ini
dengan kamera. Dalam setiap episod, Wan lebih menghiburkan. Zalif akan sentiasa cuba
dan Zalif akan perkenalkan seorang bersaing hebat dengan Wan ketika segmen
fotografer jemputan dan dipenghujung tugasan. Telatah dan interaksi kedua
segmen, Wan dan Zalif akan bertanding pengacara ini akan membuat rancangan ini
untuk hasil gambar yang terbaik. lebih menghiburkan.

Anda mungkin juga menyukai