Anda di halaman 1dari 20

UNIT 1 : ARAH

2.1 Memahami Lapan Arah Mata Angin Utama


2.2 Memahami Arah dengan Menggunakan
Kompas
2.3 Menentukan Kedudukan di Kawasan
Sekolah
2.4 Menentukan Kedudukan dalam Peta Lakar
Rumusan
Dalam unit ini anda akan dapat :
Menentukan arah mengikut lapan arah mata
angin dengan berpandukan kompas
Melukis lapan arah mata angin dengan
berpandukan kompas
Menjelaskan arah mengikut lapan arah mata
angina dengan menggunakan kompas dari
titik rujukan dalam peta lakar dan di
kawasan sekolah
Arah merujuk kepada kedudukan sesuatu tempat dari tempat lain.
Kita dapat menentukan arah berpandukan kedudukan matahari dan
memerhatikan bintang di langit.
Kompas dapat memberikan arah mata angin dengan tepat.Pada
permukaan kompas ditunjukkan arah mata angin utama iaitu:
Utara (U)
Selatan (S)
Timur (T)
Barat (B)

Antara arah mata angin utama, terdapat arah mata angin


perantaraan iaitu :
Timur Laut
Tenggara
Barat Daya
Barat Laut
Walau bagaimanapun, anda dapat menentukan kelapan-lapan
arah mata angin dengan lebih mudah jika anda mempunyai
kompas.
Para pelayar dan pengembara pada zaman
dahulu menentukan arah dengan
berpandukan matahari dan bintang-bintang
di langit.
Matahari dan bintang-bintang itu dijadikan
titik rujukan untuk menentukan arah.
Kini, arah dapat ditentukan dengan lebih
mudah menggunakan kompas. Kompas adalah
sejenis alat yang dibuat daripada logam.
Jarum kompas dibuat daripada magnet. Oleh
itu, kompas ini disebut sebagai kompas
magnetik.
Suatu tanda dibubuh pada hujung jarum itu.
Hujung jarum yang bertanda itu akan sentiasa
menunjuk ke arah Utara akibat tarikan magnet
dari Kutub Utara Bumi.

Rajah : Kompas moden pada permukaannya terdapat petunjuk


lapan arah mata angin utama.
Berdiri di suatu tempat menghadap objek yang hendak
ditentukan arahnya

Letakkan kompas di ata permukaan yang rata

Pusingkan kompas perlahan-lahan hingga jarum kompas


menunjukkan arah utara

Letakkan pembaris pada kompas itu hingga hujungnya


selaras dengan arah objek

Bacalah arah objek itu dengan merujuk pada arah yang


ditunjukkan oleh pembaris pada kompas
Yew Kin dan rakan-rakannya diberi tugas oleh guru Geografi untuk
menentukan kedudukan pejabat, gelanggang tenis, makmal,
pondok bacaan, dewan, surau, kantin dan bilik
guru.
Guru memberi mereka kompas sebagai panduan. Marilah
kita ikuti bagaimana Yew Kin dan rakan-rakannya
melakukan tugas tersebut.
Perhatikan Rajah 2.3. Yew Kin berdiri di kawasan lapang di
tengah-tengah kasawan sekolahnya. Di kawasan sekitarnya
kelihatan beberapa bangunan dan yang akan ditentukan
kedudukannya. Dia memegang kompas dan menghadap ke
pejabat. Jarum kompas itu menunjukkan arah utara.
Rajah 2.3 Arah kedudukan bangunan dan tempat di kawasan sekolah Yew Kin
Dengan berpandukan arah yang ditunjukkan pada
permukaan kompas pula, dia pun menandakan
kedudukan arah bangunan dan tempat lain.
Perhatikan Rajah 2. 3 sekali lagi. Adakah arah
kedudukan tempat-tempat itu tepat?. Semaklah
kedudukan itu dengan menggunakan kompas.
Afiq melukis peta lakar kawasan rumahnya
seperti Rajah 2.4
Dia menandakan arah kedudukan tempat-tempat
di sekitar kawasan rumahnya. Marilah kita
menyemak arah kedudukan itu. Adakah arah
kedudukannya tepat?
Rajah 2.4 Peta lakar kedudukan rumah Afiq
Lukis garis lurus utara selatan merentasi rumah Afiq
Tandakan arah yang menghadap ke sekolah sebagai
utara dan arah yang menghadap ke rumah pangsa
sebagai selatan
Lukis garis lurus bersilang dengan garis utara selatan
tadi
Tandakan arah timur dan barat
Lukis garis lurus di antara utara dengan barat merentasi
rumah Afiq. Tandakan arah barat laut dan tenggara
Lukis garis lurus di antara utara dengan timur merentasi
rumah Afiq. Tandakan arah timur laut dan barat daya
Letakkan kompas di atas peta lakar tersebut.
Semaklah kedudukan yang telah ditandakan itu
dengan kedudukan di dalam jadual 2.1 ini.

Tempat Kedudukan Tempat Kedudukan

Sekolah Utara Rumah pangsa Selatan

Bukit Timur laut Masjid Barat daya

Sawah padi Timur Ladang kelapa Barat


sawit
dusun tenggara hospital Barat laut

Jadual 2.1 Arah kedudukan tempat-tempat di sekitar kawasan rumah Afiq


KEDUDUKAN

ARAH MATA ANGIN KOMPAS

Dapat ditentukan dengan Untuk menentukan arah


menggunakan kompas mata angin dengan tepat

Lapan arah mata angin


utama Jarumnya sentiasa menghala
ke utara
U
BL TL Perlu dijauhkan dari benda-
benda besi semasa
B T digunakan
BD TG
S

Anda mungkin juga menyukai