Anda di halaman 1dari 64

Keganasan

Dalam
Sukan

CHAN SENG PENG


CHAN MING FOONG
Definisi Keganasan/Keagresifan

Menurut Baron dan Richardson ( 1994 ):


Keagresifan merupakan apa sahaja bentuk
tindakan dan perlakuan yang bermatlamat
untuk menyebabkan kecederaan ke atas
benda hidup yang lain dan bermotivasi
untuk mengelakkan diri dari dicederakan.
Definisi keganasan dalam sukan
Sebarang jenis keganasan yang berlaku
dalam sukan sama ada dilakukan ketika
pertandingan oleh atlet, jurulatih, pegawai
mahupun oleh penyokong.
Keganasan dalam sukan boleh membawa
kepada kecederaan dan kematian.
Sikap agresif kadangkala diperlukan dalam
sukan untuk menyerang pihak lawan.
Keagresifan yang terlalu melampau akan
menyebabkan tumpuan menjadi semakin
kecil. Kesannya, pemain akan melakukan
kesilapan.
Keagresifan Keagresifan
Ketara Instrumental

Jenis-jenis
Keagresifan
dalam
sukan

Keagresifan
Asertif
Keagresifan Ketara
Silva 1984, menyatakan keagresifan
ketara merujuk kepada tindakan agresif
yang berpunca daripada rasa marah
dengan matlamat untuk mencederakan
individu lain (ataupun objek) serta
dengan niat untuk melihat individu
tersebut mengalami kesakitan dan
ganjarannya pula ( kepuasan ) apabila
melihat individu tersebut terseksa
dengan kesakitan yang dialaminya.
Contoh :

Seorang pemain penyerang telah dikasari


sepanjang perlawanan oleh seorang pemain
pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak
kasar, tetapi perlakuan kasar tersebut tidak
dihukum oleh pengadil.

Oleh kerana terlalu marah, penyerang tadi telah


menyiku pemain pertahanan lawan tersebut
(mendatangkan kecederaan) semasa perebutan
bola dengan niat untuk membalas dendam
(mengakibatkan kesakitan).
Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan
ketara kerana tindakan yang dibuat oleh
penyerang tadi berdasarkan rasa marah dengan
matlamat untuk mencederakan pemain
pertahanan.

Niatnya pula untuk mengakibatkan kesakitan


kepada pemain pertahanan tersebut dan
ganjarannya ( kepuasan ) pula adalah melihat
pemain tersebut menanggung derita kesakitan
akibat tindakannya.
Keagresifan Instrumental
Merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk
mencederakan individu lain, bermatlamat untuk
mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti
kemenangan, hadiah atau prestij. Individu yang
bertindak agresif tadi melihat tindakan tersebut
sebagai ”instrumental” ( perlu dilakukan ) untuk
mencapai matlamatnya.
Contoh :

Tindakan agresif seorang pemain pertahanan ke


atas pemain penyerang pasukan lawan dengan niat
untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau
tidak dapat beraksi dengan baik seperti
menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada
rakannya yang lain.

Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk


memastikan pasukannya memenangi perlawanan
tersebut.

Dalam contoh ini, niat untuk mencederakan


(penyerang pasukan lawan) masih ada, tetapi
matlamat utama pemain pertahanan tersebut ialah
untuk memenangi perlawanan.
Keagresifan Asertif
Tindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal
atau verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikut
peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu
matlamat (kemenangan). Dalam konteks ini, niat
untuk mencederakan individu yang lain tidak timbul
sama sekali.

Jika tindakan berlaku akibat tindakan asertif, ia


tidak boleh dikira sebagai satu tindakan yang
agresif kerana tindakan tersebut dibenarkan
mengikut peraturan-peraturan permainan dan
tiadanya niat untuk mengakibatkan kecederaan
kepada pemain lawan.
Contoh:
Penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan atau
merampas bola dari pemain lawan dalam permainan
ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan
permainan selagi tackle tadi dilakukan tidak menyalahi
peraturan.
Bagaimanapun, jika berlaku kecederaan kepada pemain
lawan akibat tackle bersih yang dilakukan, ia tidak
dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia
dilakukan dengan “bersih” serta mengikut peraturan
tanpa ada niat untuk mencederakan pemain lawan.
Faktor-faktor
berlakunya
Teori
keagresifan dalam Kekecewaan-
sukan Keagresifan
Yang Dikaji
Semula
Teori Semula (Revised
Jadi Frustration)

Teori
Kekecewaan-
Keagresifan
(Frustrasi)
Teori
Teori Pembelajaran
Bredemeire Sosial
Bandura
Teori Semula Jadi
Setiap manusia mempunyai sifat keagresifan
kerana ia adalah secara semula jadi (
Gill.1986).

Sifat ini adalah untuk melepaskan perasaan


yang ada (cathasis) pada manusia.

Seseorang kanak-kanak yang merajuk dan


menghentak kakinya sedang melepaskan
tenaga.
Salah satu contoh dalam sukan adalah bola
yang dalam kawalan seseorang pemain bola
sepak telah dirampas oleh pihak lawan, pemain
tersebut berkemungkinan besar merampas
balik bola dengan melakukan tackle yang kasar
ke atas pihak lawannya bagi menghapuskan
kesilapannya.
Teori Bredemeire
Berdasarkan kepada Teori Piaget mengenai
perkembangan kognitif.

Mengenai alasan moral, kehendak atau


kemahuan dalam keagresifan berkaitan dengan
tahap/tingkat alasan moral (Bredemeire,1994)

Sifat agresif manusia dianggap sesuatu yang


tidak beretika.
Dalam sukan lasak seperti ragbi, sesuatu yang
dianggap kasar dalam permainan ini seolah-
olah satu keagresifan yang diterima dan sah
kerana terdapat dalam peraturan. Keadaan ini
akan mencelarukan perkembangan moral
seseorang apabila cuba mengenalpasti sesuatu
yang dianggap agresif.
Teori Kekecewaan-Keagresifan (Frustrasi)

Kekecewaan berlaku apabila sesuatu motif


yang amat diingini oleh seseorang itu tidak
dapat dicapai kerana pergerakan ke arah
motif itu dihalang atau dihenti (Dollard, Doob,
Mowrer dan Sears, 1939).

Keagresifan yang keterlaluan akan


menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu
supaya dapat melepaskan rasa marah atau
kecewa.
Contoh:

Dalam pertandingan hoki, pemain pasukan A


telah merampas bola dengan cara yang tidak
dibenarkan tetapi pengadil tidak nampak
kesalahan tersebut kerana dilindungi oleh
pemain-pemain lain. Ini akan menyebabkan
pemain pasukan B menjadi kecewa dan
menggunakan kayu hoki memukul kaki pemain
pasukan A. Pemain pasukan B berbuat demikian
kerana ingin melepaskan perasaan kecewa dan
marah yang ada pada dirinya.
Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Kanak-kanak yang memerhati orang dewasa melakukan


sesuatu tuindakan yang ganas akan terikut-ikut
dengan perbuatan tersebut berbanding golongan
kanak-kanak yang tidak ada pengalaman pendedahan
menonton perbuatan ganas (Bandura,1973).

Kajian ini sebenarnya menerangkan bagaimana Teori


Pembelajaran Sosial yang menekankan keagresifan
sebagai suatu yang boleh dipelajari atau dilatih melalui
pemerhatian kepada tingkah laku individu lain yang
mempunyai sikap yang ganjil.
Contoh:

Apabila seseorang peminat bola sepak melihat


orang lain bertindak ganas sama ada melalui
siran televisyen atau semasa menonton
perlawanan bola sepak dan akhirnya meniru
perbuatan tersebut. Bagi mereka, apa yang
ditonton merupakan satu pembelajaran yang
secara sedar atau tidak membolehkan mereka
mempraktikkan insiden yang serupa untuk
mereka meniru perlakuan sedemikian.
Teori Kekecewaan-Keagresifan Yang Dikaji
Semula (Revised Frustration)

Aggression menyatukan Teori Frustrasi-


Agresif dengan Teori pembelajaran Sosial.

Walaupun bukan semua kekecewaan akan


mengakibatkan tindakan agresif tetapi ia
berkemungkinan meningkatkan kemarahan dan
kekecewaan (Berkowitz, 1965,1969,1993;
Baron Richardson, 1994).
Walau bagaimanapun, peningkatan kemarahan
dan kekecewaan hanya berkesan dalam
keagresifan apabila kita belajar tindakan
agresif yang sesuai dalam sesuatu keadaan.
Sekiranya pembelajaran tindakan agresif
melalui sosial tidak sesuai maka ia tidak
berkesan.

Melalui model Berkowitz, pada mulanya


seseorang individu akan menjadi frustrasi dalam
sesuatu keadaan, kemungkinan melalui kekalahan
dalam pertandingan. Seterusnya kekecewaan
akan meningkat kesan daripada frustrasi.
Keagresifan tidak akan terus terhasil
sekiranya peningkatan kekecewaan dan
kemarahan menyebabkan keagresifan
berlaku hanya jikalau individu tersebut
pernah belajar bahawa ia adalah sesuai
untuk melakukan tindakan agresif dalam
keadaan tersebut.

Jadi, seseorang pemain bola sepak akan


menyepak kaki pemain pihak lawan hanya
jika jurulatihnya membenarkan perkara
tersebut berlaku dalam sesi latihan.
Faktor faktor
yang
mempengaruhi
Keagresifan
1. Kebangkitan fisiologi

Kebangkitan fisiologi dalam sukan berkait


rapat dengan suhu di persekitaran dan bunyi
bising penonton.

Suhu persekitaran berkait rapat dengan


kecenderungan untuk bertindak secara agresif
kerana ia menyebabkan pemain berasa kurang
selesa, rimas serta mudah marah.
Ini telah dibuktikan oleh Reifman,
Larrick dan Fein (1991) yang mendapati
wujudnya perkaitan secara linear di
antara suhu dan bilangan pemukul bola
yang terkena bola yang dibaling oleh
pembaling (pitcher). Dalam konteks ini,
semakin tinggi suhu semakin agresif
pembaling membaling bola sehingga
ramai pemukul bola yang terkena
balingan pembaling tersebut.
2.Persepsi individu yang dikasari

Keagresifan akan meningkat jika bakal mangsa


merasakan (berdasarkan persepsi) bahawa
beliau akan dikasari oleh pihak lawan. Dalam
konteks ini, persepsi tentang niat pemain lawan
untuk mengasari seseorang individu adalah lebih
“kukuh” dari kekalahan atau susana
pertandingan dalam mencetuskan tindakan yag
agresif di kalangan pemain.

Justeru itu, pemain yang menjangkakan bahawa


beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara
yang sama ke atas pihak lawan.
3.Perbezaan mata atau jaringan
Kajian yang dilakukan dalam sukan bola sepak dan
hoki ais mendapati semakin besar perbezaan
mata atau jaringan, maka semakin banyak
kekasaran yang dilakukan oleh pemain pasukan
yang sedang ketinggalan (Cox,1999) .

Bagaimanapun, jika kedudukan adalah seri


ataupun perbezaan jumlah mata kecil, kurang
perlakuan yang agresif dilakukan kerana semua
pihak yang terlibat iaitu pemain dan jurulatih
khususnya bimbangkan risiko yang bakal dihadapi
jika pemain melakukan tindakan yang kasar dan
agresif.
4.Lokasi perlawanan
Biasanya, pasukan yang bermain di tempat sendiri
akan bertindak lebih agresif kerana mereka
mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin
menjaga maruah pasukan sebagai tuan rumah.

Bagaimanapun, menurut Russell (1981), ia bergantung


kepada corak keagresifan yang ditonjolkan serta
jenis sukan yang dipertandingkan.

Bagi sukan bola sepak, pasukan yang bermain di


tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka
ingin mempertahankan kedudukan mereka, manakala
bagi hoki ais, ia adalah sama jika bermain di tempat
sendiri ataupun di tempat lawan (Cullen&Cullen,1975).
5. Keputusan pertandingan

Pemain pasukan yang tewas atau merasakan


bahawa pasukannya tidak berpeluang untuk
menang lazimnya lebih agresif jika
dibandingkan dengan pamain pasukan yang
memenangi perlawanan tersebut. Ini mungkin
kerana rasa kecewa berdasarkan Teori
Frustrasi-Agresif (Cullen&Cullen,1975).
6. Kedudukan pasukan dalam liga
Pasukan yang berkedudukan di temapat teratas
liga lazimnya kurang agresif (kurang melakukan
kekasaran) jika dibandingkan dengan pasukan
yang kedudukannya di bawah.

Jika dilihat dari sudut Teori Frustrasi-Agresif,


pasukan yang berjaya lazimnya sudah mencapai
matlamat mereka sedangkan pasukan yang di
bawah kecewa kerana gagal mencapai apa yang
diidamkan.

Justeru itu, mereka bertindak secara agresif


untuk meluahkan tekanan yang ditanggung.
7. Penggunaan Steroid

Salah satu sebab pengharaman penggunaan


steroid dalam sukan kerana kesan sampingannya.

Antara kesan sampingan steroid adalah


peningkatan keagresifan individu yang mengambil
atau menggunakan steroid.

Justeru itu sebagai jurulatih atau mereka yang


terlibat dalam sukan, kita perlu memastikan agar
atlet kita tidak terlibat mengambil bahan
terlarang ini demi untuk kebaikan diri dan orang
lain.
Cara-cara mengatasi keagresifan
dalam sukan
1.Kurikulum sukan
Kurikulum sukan perlu diperkenalkan di peringkat
sekolah rendah lagi.

Dalam kurikulum ini terdapat modul yang mengajar


etika penonton dan bermain dalam sukan.

Dengan pengajaran secara memperkenalkan pelbagai


jenis program sukan secara terus akan dapat
menyemai nilai-nilai murni dan dapat membentuk
semangat kesukanan tulin sejak di bangku sekolah
rendah lagi.

Dengan adanya program-program tersebut, adalah


diharapkan sikap mulia dalam aktiviti sukan dapat
dibentuk melalui Pendidikan Jasmani dan kegiatan
kokurikulum di peringkat awal sekolah.
2.Teknik Mengurus Keagresifan
Setiap individu mempamerkan satu tingkah laku
alternative yang perlu dipraktikkan secara berulang
kali supaya ia menjadi lazim pada dirinya.

Antara tingkah laku tersebut adalah menggunakan


masa lapang secara produktif, tegaskan pendirian,
uruskan konflik yang dihadapi secara terbuka dan
secara langsung tanpa berselindung, elakkan tingkah
laku menyalahkan orang lain, berikan tindak balas
positif kepada orang lain, nilai semula matlamat dan
harapan, berehat dan relaksasi buat sementara
waktu. Teknik ini dapat mengurangkan tekanan dan
keagresifan dalam diri seseorang ( ADAM,1980 ).
3. Peranan Jurulatih
(Papanek,1977 ), jurulatih perlu memainkan peranan agar
keagresifan dapat dikawal. Apa yang perlu dilakukan adalah
meleraikan kekusutan yang dialami atau dirasai oleh
pemainnya daripada menimbulkan keagresifan.

Oleh itu, pemain-pemain akan mempunyai kemahiran


mengawal emosi dan tindak balas hasil daripada kekecewaan
tersebut. Jurulatih juga disarankan supaya tidak
memberikan tekanan yang terlalu tinggi seperti memastikan
kemenangan setiap kali bermain ( Widmeyer, 1984 ).
4. Menggalakkan role model yang bersih
kepada atlet atau pemain.

Terdapat ramai atlet professional yang


berpotensi serta sesuai untuk
diketengahkan sebagai idola kepada
pemain-pemain muda. Ini akan membuka
mata pemain bahawa kejayaan boleh
dicapai secara bersih.
5. Menghukum pemain yang beraksi secara
agresif.

Atlet yang melakukan kesalahan yang


sama berulang kali perlu dihukum dengan
hukuman yang berat kerana bukan
sahaja mereka mencederakan atlet yang
lain (kerugian dari segi kos), malahan
mereka menjadi contoh yang negatif
kepada pemain-pemain muda.
6. Menghukum jurulatih yang menggalakkan
keagresifan

Bukan sahaja pemain yang bersalah perlu


dihukum, malahan jurulatih yang
menggalakkan penggunaan taktik atau
strategi yang bersifat agresif juga perlu
dikenakan hukuman.

Semangat bermain secara adil bukan lagi


menjadi pegangan jurulatih sedemikian.
Justeru itu, memang layaklah mereka ini
dikenakan hukuman yang setimpal.
6. Menjauhkan stimulus luaran yang boleh
meningkatkan keagresifan.

Stimulus luaran seperti sepanduk serta


kain rentang yang bersifat menghina
perlu diharamkan kerana ia boleh
mencetuskan pergaduhan atau semangat
yang negatif khususnya kepada pasukan
yang merasa dihina.
7. Memberikan ganjaran kepada pemain atau
pasukan yang bermain dengan bersih.

Pemain atau pasukan yang bermain dengan


bersih khususnya dalam keadaan tertekan
perlu diberikan ganjaran kerana ia memerlukan
tahap kesabaran yang tinggi untuk berbuat
demikian. Ini akan menjadi iktibar untuk
pemain atau pasukan yang lain di masa depan.
Contoh
kes keganasan dalam sukan
Bola sepak
 Perlawanan yg berlangsung pada bulan februari 2008,
semasa bermain untuk Arsenal, Eduardo Da Silva
menerima satu tackle kasar dari pemain pertahanan
Brmingham City, Martin Taylor yang serta-merta
dibuang padang. Da Silva patah fibula kiri dan buku lali
yg cedera teruk. Setahun kemudian, beliau menyarung
semua jersi Arsenal setelah sembuh sepenuhnya.
 Kejadian pemain tengah pasukan Perancis Zidane
menanduk pemain pertahanan Italy Materazzi dalam
perlawanan akhir Piala Dunia tahun 2006. Sehingga
kini Zidane masih belum mengemukakan sebab beliau
menanduk pemain pertahanan Italy. Terdapat khabar
angin menyatakan bahawa beliau membuat demikian
sebab Materazzi menghina ibunya sebagai pelacur.
Sukan tinju
 Kejadian Mike Tyson mengigit telinga Evander Holyfield
sehingga telinganya putus pada tahun 1997. Peristiwa
Tyson menggigit putus telinga Evander Holyfield
merupakan peristiwa yang menggemparkan tinju dunia. Saat
itu merupakan pertemuan kedua antara Holyfield dan
Tyson setelah Holyfield menang TKO pada pertemuan
pertama. Dalam pertemuan bertajuk,”The Sound and The
Fury” ini Tyson dua kali menggigit telinga Holyfield dan
terkena diskualifikasi dari wasit Mills Lane. Ia kemudian
dijatuhi hukuman larangan bertanding selama satu tahun.
Ice Hockey
• Refree sedang berusaha memisahkan pemain ice
hockey yang sedang bergaduh di depan goal
pasukan Tampa Bay semasa permainan playoff
Hoki Ais Pertama di antara pasukan
Ottawa Senator dan Tampa Bay Lightning.
Keganasan semasa pertandingan
Pergaduhan di antara atlet-atlet dari dua
pasukan berlainan akibat daripada sentuhan
badan (body contact) yang berlebihan.

Kejadian atlet marah dan memukul pengadil


akibat tidak puas hati dengan keputusan
pengadil.

Jurulatih marah pengadil sebab tidak puas hati


dengan keputusan yang dibuat oleh pengadil dan
akhirnya dihalau oleh pengadil.
Kejadian penonton menggangu perlawanan yang
sedang dijalankan. Sebagai contoh, kejadian
penonton menggunakan laser untuk menggangu
perlihatan para pemain dalam perlawanan akhir
bola sepak Piala Suzuki 2011 di antara pasukan
Malaysia dengan Indonisia.
Keganasan selepas pertandingan
Pergaduhan di antara atlet atau pemain akibat
tidak puas hati dengan keputusan pertandingan.

Kejadian pergaduhan besar-besaran di antara


dua pihak penonton.

Contoh:
Kejadian pertempuran di antara penyokong
pasukan al-Masri dengan penyokong pasukan al-
Ahly yang menyebabkan sekurang-kurangnya 74
orang terbunuh dan ratusan lagi cedera.
Kejadian penonton merosakkan stadium bola
sepak serta membakar kereta selepas
perlawanan.

Atlet dendam sebab kalah dalam perlawanan


pertama dan melakukan keganasan pada
perlawanan ke-dua untuk membalas dendam
kekalahan yang dialami dalam perlawanan
pertama.
Keganasan penonton
Dibahagikan kepada 2 jenis :

I. Penonton televisyen
II.penonton acara sukan
Penonton televisyen
Kebanyakan tontonan pertandingan sukan
berlaku di hadapan televisyen.

Penonton di hadapan televisyen mungkin


menonton dengan penuh ekspesif semasa
menonton perlawanan atau pertandingan. Mereka
mungkin marah dan melakukan pergerakan yang
ganas pada rakan-rakan atau ahli keluarganya.
Apabila penyokong-penyokong dari pasukan
yang bertentangan berada di tempat
pertandingan yang sama, mereka akan
membuat perbuatan yang fitna atau
mengeluarkan perkataan yang menyakit hati
penyokong pasukan yang bertentangan. ini akan
menyebabkan pergaduhan dan keganasan
berlaku semasa menonton pertandingan sukan.
Penonton acara sukan
Keganasan antara penonton acara sukan jarang
berlaku setakat ini.

Mungkin mereka ekspresif, tetapi jarang


menunjukkan keganasan dengan penyokong lain,
pengadil, pengiring atau polis.

keganasan dalam kumpulan besar juga pernah


berlaku dan telah menjadi perkara yang serius.
Keganasan yang melibatkan kumpulan yang besar
juga akan mengakibatkan kecederaan dan
kematian.
Contoh
Keganasan tercetus sebaik pengadil meniup
wisel penamat dalam satu perlawanan
menyaksikan pasukan tuan rumah al-Masri
menewaskan al-Ahly dari Kaherah, 3-1.
Penyokong al-Masri yang membanjiri padang
membaling batu, botol dan bunga api kepada
penyokong al-Ahly, menimbulkan kekacauan dan
suasana cemas apabila pemain al-Ahly dan
penyokong mereka bertempiaran ke pelbagai
arah untuk melarikan diri.
Setelah pasukan Kelantan tewas dalam
pusingan akhir,penyokong bertindak
membakar trak polis, cermin kenderaan
awam dipecahkan, botol minuman dan
mercun dibaling ke dalam padang.
Cara-cara
mengawal keganasan penonton
1. Memastikan tiada senjata atau
perkara yang membahayakan dibawa
masuk oleh penonton ke dalam stadium.

Pihak pengurusan stadium perlu


memastikan agar penonton tidak
membawa masuk barang-barang yang
membahayakan. Di luar negara, penjualan
arak di stadium juga dikurangkan untuk
mengelakkan keadaan yang tidak diingini.
2. Memisahkan penyokong pasukan.

Penyokong kedua-dua pasukan perlu


dipisahkan agar tidak berlakunya
pergaduhan atau perkara yang tidak
diingini di dalam stadium.
Kita perlu elakkan situasi seperti di
beberapa negara Eropah di mana ramai
penonton yang mati kerana pergaduhan
di antara penyokong.
3. Singkirkan penonton yang bertingkah laku
agresif (contohnya halau mereka keluar).

Hentikan tingkah laku agresif dengan


cepat ketika ia bermula dan maklumkan
kepada mereka bahawa pihak penganjur
tidak akan bertorelansi.
4. Mempromosikan acara sukan
sebagai aktiviti keluarga.
Apabila aktiviti sukan menjadi aktiviti
keluarga, maka kita akan menjaga
kesopanan serta perlakuan agar aktiviti
tersebut dapat dinikmati dalam suasana
yang selamat.
5. Maklumkan kepada jurulatih bahawa
tidak ada torelansi jika agresif berlaku
dalam pasukan mereka.

6. Bekerjasama dengan media untuk


menghantar maklumat penting supaya
pihak media tidak memuji kelakuan
agresif yang berlaku dalam sukan.
7. Media tidak menjadi batu api
kepada kedua-dua pasukan
Pihak media perlu memastikan agar laporan atau
publisiti yang diberikan terhadap perlawanan
tersebut tidak ada sentiment yang negative. Ini
adalah kerana kewujudan sentiment yang negatif
di antara kedua-dua pasukan bukan sahaja akan
membakar api dendam di antara pemain, malahan
di antara para penyokong.

Ini akan menyebabkan suasana perlawanan


menjadi tegang dan merbahaya seperti yang
berlaku dalam pertandingan separuh akhit Piala
Eropah di antara Kelab Leeds United dari
England dan Kelab Galatasary dari Turki.
Sekian, Terima kasih

CHAN SENG PENG


CHAN MING FOONG

Anda mungkin juga menyukai