Anda di halaman 1dari 12

PENGENDALIAN

MAJLIS RASMI

Protokol Majlis
Pengertian dan Kepentingan
Majlis rasmi

Suatu majlis formal yang mengandungi


tatacara-tatacara tertentu dan protokol yang
perlu diikuti

Contoh
Sukan Tahunan, Perhimpunan, Mesyuarat
Agong PIBG, Konvokesyen, Hari GERKO
dsb.
Apa itu protokol majlis?
 Peraturan sama ada secara tersurat atau
tersirat mengenai tatacara amalan yang perlu
diamalkan dalam memenuhi agenda
kehidupan bermasyarakat
 Amat penting kerana ia amat berkaitan
dengan tatasusila dan ketertiban atau
peradaban yang perlu diikuti demi
mengekalkan keharmonian acara itu
 Menjadi lambang ketinggian adat dan budaya
dalam kehidupan bermasyarakat
terutamanya mesyarakat berbilang kaum
Tujuan Protokol

 Lebih profesional
 Mengelakkan berlaku ketidaksempurnaan
 Menjaga imej penganjur
 Menjaga imej tetamu
 Memastikan majlis berjalan lancar
Kesilapan-kesilapan yang sering
berlaku
 Juruacara tersasul menyebut pangkat, gelaran atau
tetamu kehormat
 Juruacara menyebut nama tidak mengikut urutan
yang sepatutnya
 Juruacara sering tersasul atau teragak-agak tentang
aturcara majlis
 Pembesar suara tidak berfungsi dengan sempurna
 Dulang atau alas dulang hadiah tidak disediakan
 Majlis penerimaan hadiah kelam-kabut, (pemenang
atau penerima hadiah tidak teratur naik ke pentas,
pemenang lambat naik ke pentas dsb.)
 Pertujukan-pertunjukan kelam-kabut atau
dilaksanakan secara tidak sempurna
Senarai Jemputan
Empat jenis senarai jemputan hendaklah
disediakan:

Ringkasan senarai jemputan


Senarai nama
Senarai keutamaan
Senarai kehadiran
Majlis Perasmian

Aturcara Majlis Perasmian Pembukaan dan


Penutup hendaklah dirancang dengan teliti
mengikut urutan dan dicetak secara khusus
dalam buku program.
Teks Juruacara Majlis
 Mengandungi kesemua maklumat tentang majlis
tersebut
 Ditaip menggunakan kertas A4 (dibahagi dua
atau sepenuhnya – jika ada dua juruacara)
 Pada setiap helai kertas teks juruacara ditulis
nombor muka surat, masa, cue dan
pengumuman
Cue – peristiwa yang berlaku sebagai panduan kepada
juruacara
Pengumuman – kata-kata yang dilafazkan oleh
juruacara
Contoh teks juruacara
Masa : 9.10 pagi 1

Cue : Tetamu kehormat dan jemputan


duduk
Pengumuman:
Untuk memulakan majlis pada hari
bersejarah ini, saya mempersilakan Yang
Mulia Ustaz Saad bin Hassan membaca doa
selamat. Dengan segala hormatnya
dipersilakan
Masa : 9.15 pagi 2

Cue : Ustaz Saad duduk


Pengumuman:
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Mulia Ustaz Saad Hassan.

Untuk meneruskan majlis kita pada hari ini, daya


dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha
En. Hassan bin Asit, Pengetua SMK Seri Medan
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan
Masa : 9.30 pagi 3
Cue : Tuan Pengetua duduk
Pengumuman:
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan
Pengetua atas ucapan beliau itu tadi.
Seterusnya Majlis dengan segala sukacitanya
mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Mahad
Kama Piah Che Othman, Ketua Eksekutif
ASNB untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Raptai
Mesti diadakan sehingga sempurna dan memuaskan
hati dengan tujuan:
Memberi gambaran secara menyeluruh tentang
senario majlis kepada yang terlibat
Membaiki beberapa kelemahan yang timbul
Mengambil beberapa alternatif yang perlu untuk
memastikan majlis tersebut berjalan dengan
sempurna dan lancar
Membuat penentuan urutan majlis dan penentuan
masa bagi setiap acara
Semua yang terlibat seharusnya mengetahui
peranan, tanggungjawab dan masa bertindak dalam
majlis tersebut

Anda mungkin juga menyukai