Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS Mengumumkan Ketibaan Mengumumkan ketibaan wakil dari Jabatan kemajuan orang asli.

Para hadirin dijemput duduk

1. Pembuka Bicara Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad serta para sahabat. Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan saudara mohd zahiruddin b abd halim untuk meminpin bacaan doa. 2. Protokol Yang berbahagiawakil JKOA Yang berusaha ............pensyarah IPGKTB Yang dhormatitok batin kg sg ruil

Yang dihormati selaku pengerusi projek Serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

3. Kata alu-aluan Salam syukur kami hulurkan, Dengan izinnya kita ditemukan, Rasa bangga kami lafazkan, Kesudian hadirin menerima jemputan. Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama dalam majlis yang berbahagia ini untuk satu acara perasmian projek pembelajaran berkhidmat kajian komuniti setempat. Hadirin yang dihormati , Projek Pembelajaran Berkhidmat adalah bertujuan bagi memenuhi amali bagi subjek Pembelajaran berkhidmat dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK3104). Melalui lawatan ini juga guru-guru pelatih dapat memperoleh pengetahuan mengenai cara hidup dari aspek sistem ekonomi, sistem pendidikan, perkahwinan, pantang larang suku dan sebagainya. Guru-guru pelatih juga mampu menjalinkan hubungan persahabatan sesama sendiri serta memupuk nilai bekerjasama, toleransi dan tolong-menolong antara satu sama lain malah membina satu hubungan baik dua hala dengan suku kaum Semai bagi suatu jangka masa panjang.

Seterusnya majlis

mempersilakan pengerusi projek saudara

untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Tamat Ucapan Demikianlah tadi ucapan, yang telah disampaikan oleh pengerusi projek... Majlis merakamkan ucapan terima kasih. 4. Ucapan Perasmian Yang Berusaha wakil JKOA Para hadirin yang dihormati sekalian, Yang awal kita dahulukan, Yang dahulu kita alu-alukan, Ucapan perasmian kita nantikan, Pelengkap majlis yang kita adakan. Majlis dengan segala hormatnya untuk mempersilakan menyampaikan ucapan Yang dan

Berusaha

seterusnya merasmi projek pembelajaran berkhidmat kajian komuniti setempat. Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan. Tamat Ucapan Demikianlah tadi ucapan perasmian/penutupan projek pembelajaran berkhidmat kajian komuniti setempat. Oleh wakil JKOA. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

5. Penyampaian Hadiah Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, untuk majlis

mempersilakan cenderamata kepada 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) .. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

menyampaikan

Hadirin yang dihormati, dengan ini berakhirlah sudah majlis perasmian/penutup projek pembelajaran berkhidmat kajian komuniti setempat.

saya akhiri majlis ini dengan

lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai