Anda di halaman 1dari 26

PENGACARA MAJLIS RASMI ( Teknik teknik juruacara)

Oleh Tuan Saiful Bahari bin Tuan Ismail Jabatan Penerangan Daerah Kuala kangsar.

Definisi
Juruacara
Orang yang memimpin sesuatu pertunjukan, majlis Dan sebagainya. Kamus Dewan

DEFINISI
MASTER OF CEREMONY (MC) MASTER Kemampuan mengawal, menguasai, Berkemahiran dan berkebolehan dalam sesuatu bidang.

CEREMONY Majlis / upacara tertentu, kehadiran tetamu Dan ada aturcara.

Peranan jurucara begitu besar dalam menentukan berjaya atau tidak sesuatu majlis

MENGAWAL MAJLIS Memula dan menutup majlis serta memanggil tetamu untuk berucap MEMBUAT PENGUMUMAN Pengumuman yang ditetapkan untuk memberitahu hadirin

MEMBERI PANDUAN Perjalanan majlis, bila tetamu berucap dan sebagainya

Pengacara yang baik dan berjaya

Suara (nada) yang baik Fasih dalam penggunaan bahasa, terang dan jelas, tidak terlalu laju Tidak kelihatan gugup (mengelabah), gemuruh dan takut Tidak panik bila berhadapan dengan berbagai situasi Berpakaian yang sesuai

Pengacara yang baik dan berjaya

Tidak ambil mudah


Sentiasa sabar Tidak terlalu serius Berdisplin Perlu ada skrip

Protokol

Protokol
Peraturan dalam sesuatu istiadat

Juruacara perlu menyebut nama tetamu (VIP) yang hadir mengikut keutamaan contoh : Yang Berhormat Menteri, Yang berhormat Timbalan Menteri, Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian, Yang Berbahagia Ketua Pengarah ikut tetamu penting no 1,2,3,4, ingat tidak semua tetamu yang perlu disebut

Kategori Majlis Pengacaraan


MAJLIS ISTIADAT Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran / Pingat yang berlangsung di Istana Negara / Negeri, Perlantikan PM / Menteri / MB / EXCO, tiada ulasan atau aluan daripada MC MAJLIS RASMI Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh pemimpin negara spt. Perasmian bangunan dll, tiada ulasan aluan bergantung kepada keadaan majlis

MAJLIS PERHIMPUNAN Seperti perhimpunan bulanan, sambutan kemerdekaan, hari anugerah, ada aluan (kepada hadirin dan tetamu) ulasan tempat yang sesuai (bukan ulas ucapan)

Kategori Majlis Pengacaraan

Majlis seminar / ceramah Perlu terangkan biodata pembentang / penceramah dengan ringkas, ulasan ringkas yang sesuai Majlis Perpisahan Penekanan suara yang sederhana (Sesuai) tidak memperlihatkan terlalu gembira, pantun yang sesuai boleh digunakan Majlis Makan Malam (bukan perpisahan) Perlu dalam keadaan ceria kerana biasanya majlis ini untuk meraikan sesuatu kejayaan, selitkan pantun

Majlis Sukaneka / Sukan

Majlis yang dianjurkan oleh kerajaan / swasta terdapat dua situasi semasa perasmian dan ulasan acara acara sukan, juruacara perlu ceria Majlis Perkahwinan Majlis tidak rasmi tetapi kelihatan seperti rasmi jika tetamu DYMM atau PM / MB / Menteri, ceriakan majlis dengan pantun pantun yang memuji keluarga, tetamu dan pengantin

Kedudukan (tempat) jurucara

Juruacara adalah orang penting dalam sesuatu majlis, tempat atau kedudukan juruacara bercakap bergantung kepada jenis majlis atau kedudukan dewan atau khemah
Juruacara tidak boleh terlalu menonjol atau terlalu terlindung.Adalah penting tempat jurucara bercakap mampu melihat semua yang berlaku (semasa ketibaan, ucapan dll)

JA

Pentas

JA

(Orang ramai)

Jika dalam majlis kedudukan tempat duduk VIP 1,2,3 rajah menunjukkan R adalah rostrum perucap, manakala bagi juruacara bertanda JA (salah satu tempat), bergantung kepada keadaan tempat dalam dewan atau khemah

Protokol dan Etika - Juruacara

Seseorang pengacara majlis seharusnya mengetahui pakaian tetamu dalam sesuatu majlis, pakaian juruacara seharusnya sama dengan pakaian VIP tersebut Pastikan rambut, baju, tali leher, seluar, setokin , kasut kemas dan berkilat Seseorang juruacara tidak boleh terlalu asyik berbual ataupun berbual dengan kuat atau gelak yang melampau Tidak boleh asyik makan dan berjauhan dengan VIP jika majlis belum selesai

Persediaan Juruacara

PERSEDIAAN AWAL Menerima tugas sebagai juruacara Jenis majlis Aturcara majlis Tempat majlis Menyediakan skrip juruacara

Persediaan Juruacara

PERSEDIAAN SEBELUM DAN SEMASA MAJLIS

Pakaian ikut protokol Datang awal

Buat semakan skrip dan aturcara dengan penganjur


Pastikan mikrofon berfungsi / uji suara Tenangkan fikiran / emosi Mengenali tetamu / perucap Bersedia untuk pindaan aturcara disaat akhir

Jurucara perlu elakkan perkara berikut :-

Memberi ulasan yang panjang lebar terhadap isu / perkenal perucap Terlalu memuji muji perucap Berjenaka Lupa nama perucap

Contoh Aturcara dan Penyediaan Skrip Juruacara Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Pelajar Pelajar Cemerlang Tahun 2006 SMK.Sayong,Kuala Kangsar Tarikh : 22.02.2007 Masa : 8.45 pagi Tempat : Dewan SMK.Sayong
Aturcara Majlis
8.45 pg ketibaan Pelajar / Ibubapa

Skrip Juruacara
Mengalu- alukan kehadiran pelajar / Ibubapa

8.50 pg

Ketibaan Para jemputan

Mengalu alukan kehadiran para Jemputan

8.55 pg

Ketibaan Pengetua, SMK.Sayong

Mengumumkan Ketibaan Yang Berusaha, Pengetua SMK.Sayong

Protokol Majlis 1. Pengetua SMK.Sayong

Protokol Majlis 1. Yang Berusaha, (Nama) Pengetua SMK.Sayong 2. Yang Berusaha, (Nama) YDP.PIBG.SMK.Sayong 3. Dif Dif jemputan 4. Penolong penolong kanan,SMK.Sayong 5. Guru guru / pelajar pelajar cemerlang tahun 2006 6. Seterusnya ibubapa dan para pelajar yang dihormati sekelian

2. YDP.PIBG SMK.Sayong 3. Dif Dif jemputan 4. Penolong Penolong Kanan SMK.Sayong 5. Guru guru / pelajar cemerlang tahun 2006

6. Ibubapa / pelajar sekelian

Aluan Juruacara Memulakan majlis dengan salam Dan ucapan terima kasih kepada Hadirin yang datang.

Aluan Juruacara Assalamualaikum dan selamat Pagi. Alhamdulilah,syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah Dan izinnya pada pagi yang Berbahagia ini kita dapat hadir Dan bersama di Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Pelajar pelajar cemerlang tahun 2006 SMK.Sayong,Kuala kangsar. Majlis mengambil kesempatan Mengucapkan terima kasih dan Selamat datang kepada tuan tuan Dan puan puan sekelian ke majlis Pada hari ini.

9.00 pg

Bacaan doa.

Bagi memberkati majlis pada pagi Ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha (Nama) / Guru Agama, SMK.Sayong untuk bacaan doa. Majlis mengucapkan terima kasih.

9.05 pg

Ucapan YDP.PIBG. SMK.Sayong.

Seterusnya majlis dengan hormat Dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha (Nama) Yang Dipertua Persatuan ibubapa Dan guru SMK.Sayong untuk Menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih. 9.30 pg Ucapan Pengetua SMK.Sayong. Tuan tuan dan puan puan Yang dihormati sekelian. Kini tibalah masanya, majlis Dengan hormat dan sukacitanya Mempersilakan Yang Berusaha (Nama) Pengetua SMK.Sayong,Kuala Kangsar untuk menyampaikan Ucapan. Majlis mengucapkan ribuan Terima kasih di atas ucapan Yang Berusaha, Pengetua sebentar tadi.

10.15 pg

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang

Tuan tuan dan puan puan yang dihormati sekelian. Berikutnya / majlis penyampaian hadiah pelajar ceemrlang tahun 2006. Majlis dengan ini sukacita mempersilakan Yang Berusaha (Nama),Pengetua SMK.Sayong, Kuala Kangsar menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar pelajar cemerlang tahun 2006. Sukacita / dipersilakan.

Majlis penyampaian hadiah dimulakan Majlis merakamkan ucapan Penghargaan dan terima kasih Kepada Yang Berusaha,Pengetua SMK.Sayong,Kuala Kangsar di atas Penyempurnaan majlis penyampaian Hadiah sebentar tadi.
11.00 pg Majlis jamuan / bersurai.

Sebelum majlis bersurai, dipersilakan Yang berusaha,Pengetua SMK. Sayong dan dif dif serta hadirin Sekelian ke majlis jamuan. Dipersilakan. Dan dengan itu juga / majlis pada hari Ini berakhir sudah.

Perlu beri perhatian


Sebelum mula protokol Lihat kehadiran VIP saat akhir Beri mereka masa untuk duduk selesa beberapa saat / minit / semua ok, baru mula Semasa majlis Sebutan perlu jelas,pandu kepada skrip Beri masa VIP melakukan pergerakan jangan lihat skrip saja,lihat sama pergerakan Beri anda masa dan peluang sendiri jangan gemuruh Selepas majlis kekalkan imej yang sopan Jangan beritahu orang anda silap atau gemuruh

Kesimpulan

Semua orang boleh jadi pengacara yang baik jika yakin dan percaya pada diri sendiri.Yakinlah bahawa anda sebenarnya bersedia, kerana mana ada yang bermula dengan 10 / 100 markah melainkan bermula dengan 1.teruskan usaha dan yakin anda boleh.

SELAMAT MENCUBA DAN BERJAYA

DARIPADA

TUAN SAIFUL BAHARI BIN TUAN ISMAIL JABATAN PENERANGAN DAERAH KUALA KANGSAR.
22.02.2007

Anda mungkin juga menyukai