Anda di halaman 1dari 38

PENGENALAN BAHASA MELAYU

ILMIAH DAN BUKAN ILMIAH


WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU
Pengenalan
• Merupakan cabang komunikasi yang berfungsi
dalam menyampaikan maklumat.
• Keupayaan penulis  kemahiran, pengalaman
dan pengetahuan tentang sesuatu isu.
• Keupayaan pembaca  merungkai dan
memahami apa yang ditulis oleh penulis.
• Penulis perlu memastikan penggunaan ayat dan
makna dalam ayat selari dengan interpretasi
yang akan dibuat oleh pembaca.
proses
memberi
respons
proses
pembelajaran proses
komunikasi

Tujuan
Menulis

prosedur
pemahaman ekspresi diri

sifat sejagat
Faktor Penulis tidak mampu
menulis.
Siti Hajar (2009), telah menyenaraikan 5 faktor yang
menyebabkan penulis tidak mampu menulis. Antaranya :
1. Tidak berupaya memilih dan menentukan topik.
2. Membataskan fikiran kepada satu-satu topik sahaja
3. Tidak mampu mengembangkan idea dan menghujah
pendapat.
4. Sukar menemukan bahan dan sumber rujukan yang
relevan
5. Belum mempunyai kebiasaan atau budaya menulis
dalam diri.
Retorik
• Teknik penggunaan bahasa dalam
menyampaikan idea.
• Bertujuan untuk mempengaruhi, memujuk dan
meyakinkan pembaca tentang sesuatu
perkara.
• Kemahiran retorik melibatkan beberapa aspek,
iaitu penguasaan tatabahasa, penyampaian
pemikiran yang teratur dan sistematik, serta
penguasaan corak dan bentuk penulisan.
Jenis-Jenis dan Ciri-Ciri
Retorik
Pemerian

• Dilakukan secara objektif, tepat dan jelas.


• Menghasilkan gambaran secara realistik.
• Bahasa yang jelas dan tersusun.
• Mengandungi tiga bahagian, iaitu
pendahuluan, huraian dan kesimpulan.
• Bersifat deskriptif dan informatif.
Jenis-Jenis dan Ciri-Ciri
Retorik
Pemujukan
• Bahasa yang manis, menarik dan mementingkan
kehalusan berbahasa.
• Berunsur aspek psikologi dengan niat mempengaruhi.
• Ada dua jenis pemujukan, iaitu pemujukan rasional dan
pemujukan tidak rasional.
• Pemujukan rasional ialah penghujahan, penyampaian
fakta dan data yang lengkap dan pembaca dianggap
bijak dan objektif.
• Pemujukan tidak rasional ialah pemujukan yang
melibatkan emosi.
Jenis-Jenis dan Ciri-Ciri
Retorik

Penerangan

• Penggunaan gaya bahasa, intonasi, dan nada


yang menarik.
• Penggunaan bahasa formal dengan pemilihan
diksi yang tepat dan makna yang jelas dan
bernas.
• Maklumat disampaikan melalui tulisan.
Jenis-Jenis dan Ciri-Ciri
Retorik
Penceritaan

• Mempunyai bahagian pendahuluan,


perkembangan cerita, konflik dan peleraian atau
pengakhiran.
• Gaya bahasa yang digunakan bersifat
imaginatif dan menggunakan bahasa sastera.
• Terdapat sedikit kebebasan tatabahasa kerana
bersifat ekspresi.
Jenis-Jenis dan Ciri-Ciri
Retorik
Pendedahan

• Huraian dilakukan dengan memberi takrifan, disertai


dengan contoh dan perbandingan.
• Topik dihuraikan secara objektif dengan jelas, tepat
dan terperinci.
• Menjelaskan idea yang berkaitan dengan konsep,
istilah, fakta, falsafah, masalah, analisis, proses, dan
dasar.
• Menggunakan teknik pentakrifan dan pencerakinan.
Jenis-Jenis dan Ciri-Ciri
Retorik
Penghujahan

• Memerlukan khalayak bersetuju dan yakin


dengan pendapat yang dikemukakan.
• Pendapat yang dikemukakan perlu disokong
dengan bukti yang konkrit dan jelas seperti
analisis data, hasil kajian, dan ilustrasi melalui
gambar rajah.
• Teknik penyampaian idea yang digunakan ialah
secara deduksi atau induksi.
Minat menulis
Peneguhan
Pengalaman

Faktor yang
mempengaruhi
Situasi
penguasaan
Komunikasi
Pembelajaran menulis
Emosi dan
Latihan Hubungan
konsisten Sosial
Novel

Penulisan
Bukan Sajak
Ilmiah

Cerpen
Jenis
Penulisan Buku Ilmiah

Penulisan Tesis
Ilmiah Disertasi
Jurnal
Artikel
Jenis Penulisan
Penulisan Bukan Ilmiah
• lebih berbentuk retorik, imaginasi, sastera dan kreativiti penulisnya
• tanpa melibatkan fakta yang tepat.
• Kadang kala hanya mengikut logik akal semata-mata atau digeneralisasikan dari
pengalaman seseorang sahaja.

Penulisan Ilmiah
• Perkataan ilmiah membawa erti yang sama dengan akademik.
• Merujuk perkara-perkara yang berhubungan dengan maklumat dan data.
• Dikenali dengan beberapa istilah lain seperti penulisan bermaklumat, penulisan saintifik,
penulisan akademik dan penulisan deskriptif (Mohd. Azhar Abd. Hamis, et.al., 2001:19)
• Dijalankan secara teratur dan teliti mengikut prosedur dan protokol tertentu agar dapat dibuktikan
fakta yang ditulis.
• Diasaskan dengan kepercayaan bahawa setiap fenomena perlu dijelaskan dengan keterangan
tertentu, iaitu ada sebab bagi setiap kesan sesuatu fenomena dan bukan terjadi secara semula
jadi.
• Setiap kesimpulan dan rumusan yang dibuat hanya boleh diterima apabila disokong oleh bukti.
Jenis-jenis Penulisan Ilmiah
• Setiap penulisan ilmiah berbeza.
• Perbezaan ini dapat dilihat berdasarkan ciri-ciri khusus
dan beberapa ciri-ciri umum yang lain.
• Penulisan ilmiah dapat dikategorikan kepada 6 jenis
yang utama iaitu:
1. Tesis
2. Disertasi
3. Esei ilmiah
4. Buku ilmiah
5. Kertas kerja
6. Laporan
Jenis-jenis Penulisan Ilmiah
• Hampir sama dengan disertasi tetapi dibuat secara lebih
mendalam.
• Penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pencapaian
akademik.
• Mengungkapkan pengetahuan baharu .
Tesis • Perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel
penilai yang dipanggil sebagai viva voce.

• Penulisan ilmiah dalam hierarki pencapaian akademik yang


ditulis bersama-sama dengan kerja kursus untuk
mendapatkan ijazah tinggi.
• Melibatkan fakta saintifik penemuan penulis sendiri
berdasarkan metodologi dan analisis
Disertasi • Perlu dibentangkan dan dipertahankan hasil dapatan kajian di
hadapan panel penilai.
Jenis-jenis Penulisan Ilmiah
• Juga dikenali sebagai kertas kerja ilmiah.
• Panjang esei mengikut fungsi dan matlamat esei itu ditulis.
• Mestilah disokong oleh pandangan dari sarjana lain dan
mempunyai rujukan atau bibliografi.
Esei Ilmiah • Boleh diterbitkan dalam bentuk penerbitan seperti jurnal,
artikel, buletin dan prosiding persidangan.

• Merupakan satu genre keilmuan yang amat penting dalam


hierarki di institusi pendidikan.
• Peraturan penulisan kandungan sesebuah buku terikat pada
satu piawaian ilmiah yang standard.
Buku • Contoh buku ilmiah ialah buku karya asli, karya terjemahan,
Ilmiah ensiklopedia dan kamus.
Jenis-jenis Penulisan Ilmiah
• Hasil usaha yang akan dilaksanakan mengenai sesuatu
program yang dirangka untuk dibentangkan dalam mesyuarat,
seminar dan bengkel.
Kertas • Perlu disediakan terlebih dahulu untuk disemak dengan teliti
bagi menentukan cadangan-cadangan yang disebutkan di
Kerja dalamnya boleh diluluskan atau sebaliknya.

• Merupakan satu dokumen yang bertujuan untuk


menyampaikan maklumat khusus kepada pembaca yang
khusus.
• Maklumat perlu disusun secara sistematik dan objektif
dengan menekankan ketepatan dan kepadatan.
Laporan • Boleh disampaikan kepada seseorang individu, sesebuah
jawatankuasa ataupun sebuah organisasi.
Sistematik Bernada
Objektif Normal

Tidak bersifat
argumentatif
Kata Mubazir dan persuasif

Ciri-ciri
Khusus
Penulisan
tidak berat
Istilah Ilmiah sebelah dan
Khusus prejudis

Sudut
Nada Pandangan
Bersahaja orang ke-3
Ragam Pasif
Neutral
Proses Penggubalan Karya
• Menurut Asmah Hj Omar (2009) terbahagi kepada 2 :

Proses Tekstual Proses Mental


1. Proses melakarkan buku atau 1. Berlaku seiring
makalah. 2. Proses otak diturunkan kepada
2. Memberi struktur kepada karya. organ artikulasi .
3. meliputi proses mental kerana 3. Penulis seolah-olah bercakap
proses penciptaan terus berlaku di pendengar maya
dalam otak kita 4. Penulis menilai sendiri dari segi
4. Mudah jika mendapat maklumat fakta atau bahasa.
yang diperlukan. 5. Memindahkan apa yang ada di
5. Dibicarakan secara am atau secara dalam otaknya (abstrak ) kepada
terperinci bergantung pada bentuk fizikal (tulisan).
peranannya dalam konteks 6. Berlaku proses pentaakulan .
keseluruhan karya itu. 7. Mencari jawapan berdasarkan
pengetahuan sedia ada.
Format dan Prosedur Penulisan
• Pemahaman tentang format dan prosedur
penulisan dapat membantu pelajar
menghasilkan penulisan yang bermutu
dan bersistematik.
• Menjadi garis panduan yang memandu
pelajar teknik menulis yang teratur dan
tersusun.
Langkah Format dan Prosedur
1. Penentuan Topik
• Merangkumi 3 kategori yang perlu
dipenuhi bagi menentukan topik dalam
penulisan ilmiah. Antaranya ialah:
i. Ruang lingkup
ii. Jumlah perkataan dan ayat
iii. Kumpulan sasaran
Langkah Format dan Prosedur
2. Pemilihan Tajuk
• Mengikut skop topik yang ingin dibincangkan.
• Memudahkan penulis mengumpul data dan
maklumat yang berkaitan.
• Tajuk mestilah ringkas dan tidak melebihi 15
patah perkataan.
• Tidak boleh diletakkan tanda noktah.
• Mesti dapat menggambarkan keseluruhan
penulisan.
Langkah Format dan Prosedur
3. Pengumpulan Maklumat
• Terbahagi kepada dua, iaitu maklumat
yang tersedia atau maklumat yang dibina
sendiri melalui kajian.
• Langkah permulaan  dapatkan seberapa
banyak maklumat daripada pelbagai
sumber.
• Peringkat kedua  lakar kerangka supaya
maklumat dapat disusun dengan baik.
Langkah Format dan Prosedur
4. Pembinaan Kerangka
• Mempunyai 3 perenggan utama, iaitu
pengenalan, isi, dan penutup.
• Pengenalan  latar belakang atau pendahuluan
tentang topik secara ringkas.
• Isi  mengandungi sub topik-sub topik yang
diperincikan dan berkesinambungan antara satu
sama lain
• Penutup  rumusan yang menunjukkan
pengakhiran sesebuah penulisan.
Langkah Format dan Prosedur
5. Pemilihan dan Penggunaan Kosa Kata
• Aspek penting bagi menentukan ketepatan
makna sesuatu perkataan.
6. Senarai Rujukan dan Nota Rujukan
• Senarai rujukan bahan khusus yang
menyokong penulisan.
• Nota rujukan catatan bahan atau kerja
yang sukar diperoleh dan amat terhad di
paparkan kepada khalayak umum.
Langkah Format dan Prosedur
7. Menulis Rujukan
• Senaraikan semua bahan yang digunakan
dalam penulisan pada bahagian akhir
penulisan.
8. Membuat Kutipan Teks
• Digunakan bagi menyokong fakta dan
hujah-hujah penulisan.
Kerangka atau Draf Penulisan
Ilmiah
• Bergantung pada jenis penulisan ilmiah
yang hendak dihasilkan.
• Kerangka umum merupakan garis
panduan penyusunan isi kandungan
sebelum penulisan dilakukan.
Jenis penulisan Ilmiah Kerangka Umum
i. Pengakuan
ii. Penghargaan
iii. Abstrak
iv. Kandungan
v. Senarai jadual
vi. Senarai rajah
vii. Senarai singkatan
1.0 Pendahuluan
• Latar belakang
• Pernyataan masalah
1.Tesis/ disertasi • Objektif kajian
• Soalan kajian
• Kepentingan kajian
• Definisi konsep
2.0 Tinjauan kajian berkaitan
3.0 Metodologi kajian.
4.0 Hasil Kajian dan perbincangan
5.0 Implikasi dan cadangan
6.0 Penutup
7.0 Rujukan
8.0 Lampiran (Jika Ada)
Jenis penulisan Ilmiah Kerangka Umum
 Tajuk
 Nama Penceramah

2. Kertas Kerja 
Nama Institusi
Abstrak (Sinopsis/ringkasan)
Persidangan Atau  Pengenalan
 Perkaedahan
Seminar  Keputusan
 Perbincangan
 Bahan Rujukan
 Lampiran
1.0 Pengenalan
2.0 Isi kandungan (Sub Topik)
3. Esei Ilmiah 2.1 Sub topik 1
2.2 Sub topik 2
2.3 Sub topik 3
2.4 Sub topik 4
2.5 Sub topik 5
3.0 Penutup
4.0 Bibliografi
5.0 Lampiran (Jika Ada)
Jenis penulisan Ilmiah Kerangka Umum
Bahagian Awalan
Halaman separa judul.
Judul siri, frontispis, kosong.
Halaman judul
Halaman hak cipta
Dedikasi
Epigraf
Jadual kandungan
Senarai ilustrasi/jadual
Kata pengantar
4. Buku Ilmiah Prakata dan penghargaan
Singkatan
Senarai kes
Bahagian teks
Bab 1
Pendahuluan
Isi
Ringkasan bab/penutup
Bab 2
Pendahuluan
Isi
Ringkasan bab/penutup
Bahagian Akhiran/rujukan
Lampiran
Catatan/nota
Glosari/senarai istilah
Bibliografi
Indeks
Biodata penulis
Jenis penulisan Ilmiah Kerangka Umum
1. Tajuk
2. Rasional
3. Objektif/Matlamat
4. Justifikasi
5. Perlaksanaan
5.1 Jangka masa/ Tarikh/ Tempat
5.2 Penyertaan/ kumpulan sasaran
5.3 Perasmian
5. Kertas Kerja Projek 5.4 Tetamu kehormat
6. Tentatif Program
Ilmiah 7. Struktur Organisasi
7.1 Jawatan kuasa induk
7.2 Jawatankuasa pelaksana
7.3 Jawatankuasa kerja
8. Kewangan
9. Hasil pembelajaran insaniah
10. Penutup
Jenis penulisan Ilmiah Kerangka Umum
Pengenalan
a. Tugas menyediakan
laporan
b. Tujuan
c. Skop
d. Batasan
e. Latar belakang sejarah
6. Laporan f. Sumber dan kaedah
mengumpul data
g. Definisi
Badan laporan
Penutup
Bahagian sesudah laporan
Plagiat
• Bermaksud menyalin perkataan, maklumat
atau idea orang lain tanpa memberi
penghargaan kepada sumber asalnya.
• Plagiarisme ialah penggunaan idea atau
hasil kerja orang lain tanpa memberi
penghargaan dalam akademik (Mckenzie,
J. (2013).
• Plagiarisme telah diperakui sebagai satu
kesalahan akademik yang serius.
contoh plagiarisme yang diberikan oleh Mckenzie, J. (2013)
Menggambarkan hasil Menyalin mana-mana
kerja orang lain sebagai perenggan tanpa Memparafrasa.
hasil kerja sendiri: memetik sumber mereka
• Menyalin terus dari hasil • Memetik bahan tanpa • Memparafrasa atau
kerja pelajar atau sebuah penggunaan tanda petik meringkaskan maklumat
artikel dari satu jurnal yang betul (sekalipun dari satu sumber tanpa
atau laman web. sumber dinyatakan). pengiktirafan yang
• Menggunakan mana- • Menggunakan fakta bersesuaian.
mana bahagian tulisan tertentu tanpa ciri-ciri • Menulis semula satu
yang telah disemak ke yang sesuai. bahagian tetapi tidak
dalam tugasan baharu • Menggunakan satu hujah menulis dalam kaedah
sama ada untuk tenaga khusus atau logik tanpa yang berbeza dengan
pengajar yang sama atau memberi penghargaan yang asal (sekalipun
tenaga pengajar yang kepada sumber asal. sumber dinyatakan)
lain. • Menggunakan graf,
• Membeli karangan dari gambaran, peta, statistik,
mana-mana syarikat gambar, dan lain-lain
penulisan. tanpa nama sumber yang
lengkap dan bersesuaian.
• Menterjemahkan satu
kerja daripada satu
bahasa kepada bahasa
yang lain tanpa nama
sumber lengkap dan
bersesuaian.
digagalkan
dalam tugasan

ditarik kembali Penalti digantung satu


kelayakan semester atau
akademik untuk satu sesi
Plagiat akademik

digugurkan dari
universiti
Teknik Menggunakan Maklumat

Kutipan Langsung

Kutipan Tidak Langsung

Parafrasa

Meringkaskan atau merumuskan maklumat


dari pembacaan
Kesimpulan

• Bab ini membuka perspektif pelajar


untuk mendalami secara asas
tentang penulisan yang merangkumi
pengenalan kepada penulisan, jenis-
jenis penulisan, ciri-ciri khusus
penulisan ilmiah, dan format dan
prosedur penulisan.

Anda mungkin juga menyukai