Anda di halaman 1dari 12

ENDOSITOSIS & EKSOSITOSIS

Endositosis
 Endositosis boleh dikelaskan kepada
fagositosis dan pinositosis.
 Semasa endositosis, bahan-bahan diambil
masuk ke dalam sel melalui invaginasi
membran plasma.
 Invaginasi akan membentuk struktur kecil
yang menyerupai pundi.
 Ini akan terpisah daripada membran plasma
dan dibawa ke dalam sitoplasma bersama
dengan bahan-bahan yang dilingkunginya.
Endositosis
 Apabila bahan-bahan yang diambil masuk
itu adalah pepejal (misalnya zarah-zarah
besar atau molekul-molekul yang
kompleks), proses itu dikenali sebagai
fagositosis iaitu sel memakan.
 Contohnya, Amoeba akan menelan
mangsanya melalui fagositosis.
Endositosis
 Fagositosis- Rajah 1
 Rajah 1
Endositosis
Fagositosis:
1. Sebuah sel Amoeba mendekati sel
Paramaecium.
2. Amoeba membentuk pseudopodia dan
semakin mendekati Paramaecium.
3. Amoeba mengurung sel Paramaecium dengan
pseudopodia dan memasukkannya ke dalam
vakuol makanan.
4. Lisosom pada Amoeba mulai bergabung
dengan vakuol makanan untuk mengeluarkan
enzim pencernaan.
Endositosis
Fagositosis:
 Dalam badan manusia, sebilangan sel
darah putih memerangkap sel bakteria
dalam aliran darah melalui fagositosis.
 Cara yang sama juga digunakan oleh sel
hati untuk menyingkirkan sel-sel darah
merah yang sudah tua daripada aliran
darah.
Endositosis
Pinositosis:
 Pengambilan masuk suatu cecair atau
suatu larutan yang mengandungi zarah-
zarah seni disebut pinositosis iaitu sel
meminum.
 Semasa pinositosis, membran
menginvaginat ke dalam untuk
membentuk satu terusan yang dalam dan
halus dengan zarah-zarah seni
terperangkap di hujungnya,
Endositosis
Pinositosis:
 Hujung terusan itu akan terpisah untuk
membentuk vesikel dan bergerak ke
bahagian dalam sel.
Endositosis
 Pinositosis (Rajah 2)
Endositosis
 Makanan yang terperangkap di dalam vakuol
makanan atau vesikel semasa fagositosis
ataupun pinositosis akan dicernakan oleh
enzim daripada lisosom.
 Ia diuraikan kepada bahan-bahan yang lebih
ringkas sebelum diserap masuk ke dalam
sitoplasma.
 Melalui endositosis, bahan-bahan yang
biasanya tidak boleh menerusi membran sel
juga dapat diambil masuk ke dalam sel itu.
Eksositosis
 Fagositosis juga boleh bertindak secara
berbalik. Proses ini disebut eksositosis.
 Ia membuka jalan bagi pembebasan
molekul-molekul besar contohnya protein
yang telah disintesiskan oleh sel ke
bahagian luar sel.
 Jika tidak, protein yang merupakan
molekul-molekul berkutub besar ini tidak
dapat bergerak menerusi membran sel.
Eksositosis
 Pertaupan vesikel rembesan yang
mengandungi makromolekul protein
daripada alat Golgi dengan membran
plasma adalah satu contoh eksositosis.

Anda mungkin juga menyukai