Anda di halaman 1dari 21

IKHTIAR HIDUP

PENGENALAN
• Ikhtiar hidup adalah keadaan yang mana
kehilangan punca atau jalan keluar dalam situasi
semada di hutan, di air atau sebagainya.
• Ketika berada dalam keadaan seperti ini
seseorang harus bertenang dan mengetahui
perkara yang hendak dilakukan.
• Keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila kita
tidak tahu atau tiada ilmu dalam mengatasi
masalah ini.
TUJUAN
Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas
ikhtiar hidup dan pengetahuan melalui alam
semulajadi untuk mencari sumber makanan
dan tempat perlindungan.
DEFINISI
• Istilah Inggeris- Survival i.E. The will to live, to
outlive, state of continuing to live.
• Maka dalam pengertian Bahasa Melayu,
ikthiar hidup merupakan keupayaan atau
keadaan sesuatu untuk terus hidup.
• Dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup
ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan
oleh seseorang itu supaya dia terus hidup
ketika menghadapi ancaman.
SITUASI IKHTIAR HIDUP
1. Kehabisan bekalan makanan dan minuman
2. Ancaman binatang.
3. Masalah perlindungan
LAIN-LAIN SITUASI
• Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada
berlaku melalui perancangan dan persiapan
dengan teliti dan menyuluruh sama ada dari
segi mental (pengetahuan),
fizikal(kecergasan,stamina),
teknikal(kemahiran)dan material(peralatan,
pakaian dan bekalan).
PUNCA SITUASI IKHTIAR HIDUP
• Punca utama ialah kelalaian manusia itu
sendiri sama ada di peringkat perancangan,
persiapan atau pun di peringkat perancangan,
persiapan atau pun di peringkat perlaksanaan
aktiviti.
• Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah
kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika
ingin melakukan aktiviti luar.
KEPENTINGAN ILMU IKHTIAR HIDUP
• Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
ikhtiar hidup merupakan perkara terpenting
yang harus diketahui oleh setiap individu yang
ingin menceburkan diri dalan kegiatan luar.
• Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu
sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran
dan risiko.
PRINSIP IKHTIAR HIDUP
• Keselamatan:-
Keselamatan hendaklah diutamakan. Elakkan
daripada memakan tumbuhan yang boleh
memudaratkan tubuh badan kita. Masalah
ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika
soal keselamatan tidak diambil kira.
PRINSIP IKHTIAR HIDUP
• Usaha:-
Kita haruslah bersabar dan terus berusaha
untuk keluar daripada keadaan ikhtiar hidup
ini. Sikap berdiam diri dan berserah sahaja
akan menyebabkan keadaan bertambah
buruk.
PRINSIP IKHTIAR HIDUP
• Kawalan Diri:-
Kawalan diri sangan penting supaya segala
keputusan dan tindakan akan memberikan
hasil yang positif. Tanpa kawalan diri dan
perasaan panik dan hilang perhitungan akan
membuat seseorang itu bertindak terburu-
buru.
PRINSIP IKHTIAR HIDUP
• Kerjasama:-
Kerjasama erat dan berterusan dalam
kumpulan amatlah penting supaya kumpulan
itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau
kesulitan. Hilangnya semangat kerjasama akan
menjadikan keadaan bertambah rumit.
PERSIAPAN
• Sebagai persiapan, anda hendaklah memahirkan
diri dengan teknik dan pengetahuan dalam
bidang ikhtiar hidup itu sendiri.
• Kemahiran akan diperoleh melalui praktikal yang
anda lakukan berpandukan pembacaan anda.
• Selain itu, anda juga boleh menghadiri kursus
ikhtiar hidup yang diadakan oleh kelab-kelab
rekreasi.
PERINGATAN
Antara perkara penting yang perlu
dititikberatkan sebelum melakukan aktiviti
luar atau ekspedisi adalah seperti berikut:
• Tahap kecergasan yang mencukupi
• Latihan yang perlu dilakukan
• Peralatan, bekalan makanan dan pakaian yang
sesuai, tahan dan mencukupi.
• Langkah-langkah keselamatan.
TINDAKAN APABILA SESAT
• Jangan panik dan cubalah bertenang. Jangan
terbur-buru mencari jalan keluar kerana
tindakan itu akan menyebabkan kamu sesat
lebih jauh lagi.
• Jika kamu ingin mencari jalan keluar,
tinggalkan tanda seperti batu-batu kecil atau
patahakan ranting-ranting di sepanjang jalan
yang kamu lalui.
TINDAKAN APABILA SESAT
• Jika kamu membawa kapur tulis, lukislah
tanda pangkah pada setiap batang pokok yang
kamu lewati.
• Hal ini akan memudahkan kamu sekiranya
kamu ingin berpatah balik ke tempat asal. Dan
tanda ini juga akan memudahkan polis dan
anggota penyelamat untuk proses
menyelamat.
TINDAKAN APABILA SESAT
• Kamu boleh cuba menarik perhatian orang
dengan menggunkan asap, menghalakan
cahaya lampu suluh ke atas, memantulkan
cahaya matahari dengan menggunakan
cermin, ataupun meniup wisel dengan kuat.
TINDAKAN APABILA SESAT
• Jika kamu membawa makanan, jangan
habiskan makan itu kerana kamu memerlukan
bekalan makanan yang cukup.
• Elakkan aktiviti yang akan membuatkan kamu
berasa cepat letih seperti berlari dan menjeri
kuat.
SURVIVAL KIT
• Sebagai salah satu persiapann bagi
menghadapi kemungkinan situasi ikhtiar
hidup, maka beberapa peralatan harus dibawa
dan dibungkus kalis air dan saiznya biarlah
kecil supaya tidak membebankan dan juga
tidak menggunakan ruang yang banyak.
SURVIVAL KIT
• Antara bahan yang perrlu ada dalam kit ini
ialah makanan, alat menghidupkan api dan
perlatan lain seperti mata kail, pisau kecil dan
juga ubatan. Peralatan ini harus dibawa setiap
kali aktiviti darat atau air.

Anda mungkin juga menyukai