Anda di halaman 1dari 60

KONSEP ASAS MORAL

Definisi Konsep
Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut
meneliti konsep-konsep berikut:moral, etika dan akhlak.Tidak
dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-
konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian
terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah
masyarakat.
DEFINISI PERKATAAN ‘MORAL’
 Perkataan ‘moral’ berasal daripada
perkataan‘mores’ - bahasa Yunani yang
membawa erti: tingkah laku yang sejajar
dengan tatasusila dan peraturan
masyarakat. Oleh itu,moral merupakan
nilai-nilai murni seperti baik hati,
merendah diri, belas kasihan dan berkait
dengan beberapa peraturan seperti
tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai
tradisi,kepercayaan, undang-undang, norma
dan adat dalam mana-mana masyarakat
yang dimaksudkan.
Perkataan ‘moral’ berasal
daripada perkataan Latin
‘moralis’ bermaksud tingkah
laku yang sesuai dengan
tatasusila sesebuah masyarakat.
Istilah moral meliputi sifat-sifat
luhur seperti baik hati, belas
kasihan, tolong-menolong,
bersih, berani, adil, berkasih
sayang, toleransi, bersosialisasi
dan rajin.
Konsep
Kemora
lan

Konsep
Konsep Konsep Pendidi
Akhlak kan
Moral

Konsep
Etika
KONSEP
KEMORALAN
 Setiap masyarakat mempunyai adat
resam,tatasusila,atau tatahukum dan
peraturannya sendiri.Peraturan-
peraturan sosial masyarakat ini sama ada
wujud secara tercatat atau tersirat dalam
sosial budaya setiap kaum itu dan biasa
digunakan sebagai kayu ukur kemurnian
individu itu dalam
masyarakatnya.Kemurniaan ini termasuk
sikap amanah,kejujuran,kesucian,dan
sebagainya.Oleh itu.Kemoralan
merupakan sesuatu yang berkaitan
dengan peraturan-peraturan
KONSEP PENDIDIKAN MORAL
 Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran
yang menekankan aspek-aspek
kerohanian, kemanusiaan, dan
kemasyarakatan.Tumpuan khusus akan
diberi kepada pemupukan,penghayatan dan
amalan nilai murni yan terdapat dalam
agama,tradisi dan adat resam pelbagai
kaum di Malaysia.
KONSEP ETIKA
Etika berasal daripada perkataan Greek , iaitu
‘ethos’ yang bermaksud adat atau cara
hidup.Konsep ini merupakan sains atau kajian
tentang falsafah moral, perlakuan yang baik,
kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab
moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik.Konsep ini
biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan
kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin
kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti
etika keguruan,etika guaman dan sebagainya .
KONSEP AKHLAK
 Akhlakmerupakan perlakuan baik
atau budi pekerti seseorang.
Akhlak dianggap sebagai tingkah laku
seseorang yang dilakukan secara
spontan kerana kebiasaan jiwa atau
sifatnya yang baik.
Konsep
Baik

Konsep
Patut

Konsep
Benar
KONSEP BENAR
 Perkataan ‘benar’bermaksud betul dan
mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai.
a. Kebenaran mutlak-Kepercayaan kepada
Tuhan dan menurut ajaran agama tugas
kebenaran yang mutlak.
b. Kebenaran secara saintifik-Sesuatu
kebenaran dibuktikan dengan fakta-fakta
atau maklumat yang dikumpul dan
dianalisiskan secara saintifik.
c. Kebenaran secara relatif-ia tidak mutlak
dan mempunyai pantang larang dan
peraturan adat.
KONSEP PATUT
 Perkataan ‘patut’ diertikan seharus, mesti
atau sesuai.

 Ia membawa erti yang sama dengan ‘baik’


kerana ia mempunyai unsur bertindak secara
waras dan bijaksana.
PERATURAN MORAL
Pengertian peraturan moral:
-Sesuatu kajian tentang tingkah laku manusia
yang dianggap salah atau betul mengikut
peraturan moral dan undang-undang yang ada
dalam masyarakat. Peraturan menekankan
cara-cara berfikir,undang-undang yang ideal
dan sifat-sifat tertentu tentang moral.
CIRI-CIRI PERATURAN MORAL:
 Peraturan moral ini penting kerana manusia
dilahirkan dalam suasana yang berlainan sama
ada dari segi ekonomi,sosial atau fizikal
bumi.Unsur-unsur ini membentuk tanggapan,cara
pemikiran,nilai alam sekitar dan fizikal manusia
itu.Oleh itu,peraturan-peraturan ini dibentuk
untuk menjadi identiti kumpulan dan
mengawal tingkah laku manusia supaya dapat
hidup dalam masyarakat yang aman,sistematik
dan bertamadun.
PRINSIP-PRINSIP PERATURAN
MORAL:
Prinsip-
prinsip
Peraturan
Moral

Prinsip
Keadilan

Prinsip Prinsip
Altruisme Autonomi
 Prinsip Keadilan- Keadilan merupakan tindakan
yang saksama dan menghormati orang
lain.Tidak ada perasaan pilih kasih atau tamat
dalam menjalankan tugasnya.
 Prinsip Autonomi- Prinsip ini meliputi
pertimbangan bebas dan kebebasan memilih.
 Prinsip Altruisme- Sebarang tingkah laku atau
pertimbangan moral akan melibatkan atau berkait
hubung dengan orang lain. Keputusannya lebih
berperikemanusiaan dan bermoral.
PERBEZAAN ANTARA PERATURAN
MORAL DENGAN ADAT
Peraturan Peraturan
Moral Adat
-Sama dan -Setiap kaum
Perbezaa dipatuhi mempunyai adat
sendiri dan
n setiap masa dan penafsiran adat
di berbeza antara suku
mana-mana kaum.
tempat
-Disampaikan
secara lisan

-Dipengaruhi oleh
perkembangan
sosial ekonomi
kaum
PERBEZAAN ANTARA PERATURAN MORAL DENGAN
AGAMA

Peraturan moral Agama


Perbezaan -Peraturan moral -Setiap agama
adalah mempunyai
rekaan manusia untuk peraturan dan nilai
diikuti demi menjaga murni yang tercatat
kebaikan individu dalam kitab-kitab
dan suci agama masing-
masyarakat sejagat masing.

-Unsur kerelaan diri -Semua kebaikan


sendiri untuk yang
mematuhi dilakukan adalah atas
peraturan moral diri sendiri dan
tanggungjawab
-Tidak menentukan adalah antara individu
tempat dan waktu dengan Tuhannya
untuk
menjalankan amalan -Menetapkan tempat
moral. dan waktu untuk
sembahyang
PERATURAN MORAL DENGAN PERATURAN
UNDANG-UNDANG

Peraturan Peraturan
Moral Undang-
undang
- Merupakan satu -Ditulis, dibahas,
Perbezaan nilai dilulus dan
perikemanusiaan dikuatkuasa oleh
yang parlimen
merupakan satu -Nilai membentuk
persetujuan tingkah laku adalah
kelompok lahir daripada
manusia tertentu kepatuhan individu
yang terhadap undang-
tetap kekal dalam undang yang sah
hati -Kesalahan atau
manusia kejahatan tingkah
- Tingkah laku laku didenda
buruk dengan wang atau
hanya dibenci dan penjara.
DEFINISI NILAI
Nilai merupakan standard dan prinsip
individu dalam mempertimbangkan
harga sesuatu benda dan juga kriteria
pemilihan sesuatu benda,situasi dan
manusia.Pertimbangan ini termasuk:
Baik rupa,berfaedah,diingini.

Atau sebaliknya buruk,busuk,benci dan


lain-lain.
NICHOLAS RESCHER(1969)TELAH MEMBERI BEBERAPA DEFINISI NILAI IAITU:

a) Semua objek mempunyai nilai dan manusia


bertindak terhadap objek itu supaya dapat
mengekalnya atau menambah hak kepunyaan
individu (George Lundberg).
b) Sebarang objek yang mulia dihargai maka ia
bernilai(Robert Part)
c) Nilai-nilai ialah motif yang diperhatikan seperti
objek itu,kualiti atau syarat-syarat yang
memotivasikan.
d)Nilai adalah sebarang objek yang digunakan
untuk sebarang keperluan(Howard Becher).
e)Nilai ialah suatu tekanan keperluan atau sebarang
objek yang dikehendaki atau dipilih oleh orang
pada suatu masa yang sama(Stuart C.Dodd).
f)Nilai ialah satu konsep nyata atau tersirat yang
dapat membezakan seseorang individu atau cirri-
ciri kumpulan dari segi perkara yang
diingini.Keadaan ini akan mempengaruhi cara
individu itu memilih kefahaman yang sedia ada
dan tingkah laku pada akhirnya(Clyde Kluckhon).
g)Nilai ialah piawai norma masyarakat yang
dipengaruhi oleh perikemanusiaan(Philip E.Jacob).
Fungsi-fungsi Nilai
 Nilai berperanan sebagai satu kriteria atau piawai
(standard) yang konsisten agar individu atau
masyarakat bertindak dengan baik, betul dan
boleh diterima. Fungsi ini membolehkan individu
dan masyarakat menjadi agen moral dan
pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang
boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri sendiri
dan orang lain.
 Fungsi nilai juga sebagai satu tunjuk arah, rujukan
dan panduan untuk menyelesaikan konflik moral.
Ini bermaksud, walaupun dalam keadaan
beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan
nilai seseorang itu akan membantunya
menyelesaikan konflik yang dialami. Nilai bukan
hanya sebagai perangsang, malahan
membataskan perlakuan seseorang. Ini bermakna
seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya
sendiri dan tidak akan melakukan sesuatu yang
dirasakan berlawanan dengan nilai yang dihayati.
 Nilai juga berfungsi sebagai batasan (restriction)
terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau
masyarakat mengikut kehendak nilai yang
dipengangi. Apabila kita dapat memahami dan
menghayati nilai, maka kita akan melakukan
perbuatan mengikut kehendak dan kepentingan
nilai terhadap diri sendiri dan orang lain.
 
Secara amnya nilai boleh digunakan dalam tiga
konteks,iaitu;(Eow B.H 2000)
 Nilai Sifat(attribute):untuk menyatakan ketinggian
nilai sesuatu objek seperti nilai yang diberikan
kepada masa contohnya:emas.
 Nilai Kadar:sesuatu seperti harga atau markah
sesuatu objek atau perkara seperti berapa harga
barang atau berapa tinggi penilaian ketua
terhadap tugas-tugas yang dijalankan.
 Nilai Aksiologi:berkaitan dengan falsafah nilai.Nilai
budi yang tidak terbatas seperti cincin nikah.
Nilai Subjektif, Objektif, Instrumental
(Ekstrinsik), Intrinsik, Relatif, Multak
(Absolute)

Pengenalan
Secara umunnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang
sering digunakan oleh individu dalam pelbagai
konteks,wujud pelbagai bentuk nilai, antaranya ialah
nilai instrumental (juga dikenali sebagai nilai
ekstrinsik), nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif,
nilai relatif dan nilai mutlak (absolute).
 
Dalam asas nilai etika, terdapat pelbagai cara dan
konteks dalam menggunakan sesuatu nilai. Jadual
berikut adalah tiga konteks utama yang boleh
membantu seseorang itu memahami sesuatu nilai:
Jenis-jenis nilai Peranan
Nilai Instrumental Nilai yang digunakan
(ekstrinsik) untuk menunjukkan
Nilai intrinsik hubungan antara nilai.
Nilai Subjektif Nilai yang digunakan
Nilai Objektif untuk menunjukkan
pandangan seseorang
terhadap nilai.
Nilai Relatif Nilai yang digunakan
Nilai Mutlak(absolute) untuk menunjukkan apa
yang dinilai.
Nilai Instrumental atau Ekstrinsik
 Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat
mencapai sesuatu matlamat.
 Bergantung pada nilai lain untuk mencapai
sesuatu matlamat.
 Nilai peringkat kedua (second order
value),misalnya berani,rajin,hormat-menghormati.
Contoh:
 Mengebom Hiroshima untuk menamatkan Perang
Dunia 2.
 Mengenakan hukuman bunuh kepada pengedar
dadah bagi menghapuskan kegiatan pengedarkan
dadah.
Nilai Intrinsik
 Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata
kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira
kesannya.
 Tidak bergantung pada nilai lain untuk mencapai
sesuatu matlamat.Nilai tersebut sendiri sebagai
matlamat akhir.
 Nilai peringkat pertama (first order
value),misalnya baik hati,kasih sayang,keadilan.
Contoh:
 Hakim menjatuhkan hukuman kepada jenayah
setimpal dengan kesalahannya.
Nilai Subjektif
 Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang
yang memberikan pandangan.
 Diterima atau ditolak mengikut pandangan
seseorang individu.
Contoh:
 Kes Amerika hendak menyerang Iraq.
Nilai Objektif
 Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas
daripada pilihan peribadi.
 Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria
yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan
orang.
Contoh :
 Peperangan adalah satu tragedi yang dahsyat.

 Buruh kanak-kanak adalah satu kezaliman dan


mesti dihapuskan.
Nilai Relatif
 Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan
sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu
matlamat masyarakat.
 Ia adalah arbitrari (tidak tertentu),tidak
sempurna,dan berbeza-beza antara masyarakat
yang berlainkan.
 Boleh berubah mengikut masa.

Contoh:
 Di Kuala Lumpur,sebuah keluarga boleh dibina
hanya melalui perkahwinan rasmi.Manakala,di
California,keluarga boleh dibentuk tanpa perlu
melalui perkahwinan rasmi.
Nilai Mutlak atau absolute
 Nilai yang keberhargannya tidak terikat kepada
sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat.
 Diterima umum dan telah diuji atau terbukti
sebagai baik atau buruk.
 Kekal sepanjang masa dan di semua tempat serta
hampir semua situasi norma masyarakat.
Contoh:
 Hidup berkeluarga adalah satu amalan kehidupan
yang baik.
KONSEP
BAIK,
BENAR
DAN
PATUT
KONSEP BAIK
“Baik” boleh memberi makna yang berbeza
mengikut situasi tertentu. Misalnya, “pisang ini
baik” merujuk kepada maksud “pisang itu” sedap
rasanya. Apabila kita memuji seseorang itu baik
hatinya, maka makna “baik” di sini merujuk
kepada sifat-sifat yang suka membantu atau
empati. Oleh itu, konsep baik merupakan
penerimaan atau sikap psikologi individu. Apa
yang jelas di sini ialah sesuatu yang baik memang
memenuhi keperluan kita serta membawa
kepuasan kepada kita.
Menurut Hobbes, baik adalah sebarang objek
yang diingini dan buruk adalah sebarang
objek yang dibenci.
Lewis pula mengatakan bahawa baik atau
buruk merupakan pengalaman seseorang
individu secara intrinsik.
Confucious menjelaskan baik ini ditunjukkan
melalui tingkah laku sendiri.
Aristotle menganggapkan baik adalah unsur-
unsur kebahagian yang ada dan dirasainya.
(Tam, 2006)
KONSEP BENAR
Perkataan “benar” bermaksud
betul dan mengandungi ciri-ciri
penjelasannilai. Sesuatu yang
dianggap “benar” mempunyai
fakta-fakta, sebab-sebab dan
bukti-bukti yang sah atau
diterima oleh majoriti.
G.E.Moore berkata tingkah laku yang benar atau
salah kepada darjah keseronokan yang dihasilkan.
John Dewey pula berkata “benar” adalah suatu
perkara yang abstrak dan hanya wujud dari
permintaan orang lain ke atas diri kita.
Autoriti pula mendapati “benar” ini menjadi
permintaan atau pengakuan seseorang individu
itu.
Confucious berkata benar atau salah hanya wujud
dalam hati manusia.
KONSEP PATUT
Patut” boleh diertikan seharus, mesti atau sesuai.
Moore (1903) menyatakan “patut” membawa erti
yang sama dengan “baik” kerana mempunyai unsur
bertindak secara waras dan bijaksana. Konsep
patut memerlukan penilaian
intrinsik yang perlu:
memberi pertimbangan terhadap satu standard
yang boleh diterima oleh manusia
memberi tafsiran secara psikologi terhadap fakta-
fakta yang wujud
memberi persetujuan kerana mempunyai pendapat
yang sama atau mempunyai sifat-sifat yang sama
tidak setuju dengan sesuatu kelakuan
JENIS-JENIS
PEMIKIRAN
MORAL
NATURALIS
Naturalis ialah aliran pemikiran yang
menggambarkan kepada keadaan yang
sebenarnya.
Seorang yang beraliran naturalis akan melihat
sesuatu objek itu pada keadaan yang sebenarnya.
Ia akan menerima apa yang ada dan dan tidak
menyoal hakitat atau sebab-sebab wujudnya
keadaan itu.
Orang naturalis ini akan hidup dengan tertekan
kerana tidak mengeluarkan pendapatnya.
Sifatnya sentiasa merendahkan diri dan tidak
mahu berinteraksi dengan orang lain. Orang ini
tiada motivasi dan kurang berusaha.
EMOTIVIS
Emotivis berasal dari perkataan emosi. Emosi
adalah kebangkitan perasaan terhadap sesuatu
objek atau situasi.
Perasaan ini boleh wujud sama ada gembira atau
benci.
Perasaan gembira biasanya merujuk kepada perkara
yang menyenangkan,disetujui dan puas hati.
Manakala benci wujud apabila keadaan yang tidak
menyenangkan, cemburu dan iri hati.
Oleh itu, aliran pemikiran emotivis merujuk kepada
manusia yang bertindak mengikut perasaan atau
emosi dan tidak melihat kepada fakta atau bukti.
Orang yang beraliran ini biasanya agresif,
pendiam, cepat tersinggung dan kuat cemburu.
Mereka ini sentiasa menghadapi tekanan emosi
dan rasa keberatan untuk bergaul dengan orang
lain.
Orang yang beraliran pemikiran ini boleh menjadi
seorang yang serius, bertanggungjawab, dan
mengambil berat terhadap kerjanya.
INTUITIONIS
Perkataan intuition dalam bahasa Latin “Intueor”
bermakna saya memandang tepat kepada
sesuatu.
Ia merupakan suatu proses melihat dan
memahami sesuatu perkara secara intelektual.
Orang beraliran intuision ini biasanya bertindak
mengikut bisikan hati kecilnya.
Selain itu, orang yang beraliran ini akan melihat,
mentafsir dan bertindak mengikut gerak hatinya
tanpa memikirkan akibat, kualiti atau kesannya.
Individu ini cepat membuat keputusan, mudah
menerima arahan dan selalu mengubah
pemikirannya.
Mereka susah diberi tanggungjawab kerana suka
mengambil jalan yang senang.
Sifatnya mudah berkawan dan tidak mudah
tersinggung atau mengambil hati atas sesuatu
perkara.
RASIONALIS
Rasionalis berasal dari perkataan “ratio”
yang bermakna “reason” atau sebab.
Menekankan nilai-nilai seperti kebenaran,
kegunaan dan mempunyai logiknya
tersendiri.
Orang yang beraliran pemikiran ini akan
sentiasa mencari bukti dan kebenaran.
Individu itu akan selalu berfikir untuk
membaiki mutu kerjanya.
Usaha dan ketekunan ini akan membawa
kejayaan dan kemajuan diri.
Mereka suka berbahas isu-isu dan ingin
meningkatkan pengetahuan dalam perkara-
perkara yang ditemuinya.
Sifat meneroka dan sukakan inkuari dalam setiap
perkara akan membawa kebosanan kepada rakan-
rakan.
TEORI-TEORI ETIKA
Teori Teleologi
• Teori Utilitarianisme
• Teori Egoisme
Teori Deontologi
• Prinsip Kewajipan
• Prinsip Eksistensialisme
Teori Keperibadian Mulia
Teori Kemoralan Sosial
MAKSUD ETIKA
Etika berasal daripada perkataan ‘ethics’ yang diambil
daripada perkataan ‘ethos’ yang membawa maksud sikap
dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.

merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah


dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu
tindakan.

merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira


tindakan atau tingkahlaku manusia.
TEORI TELEOLOGI
Teori ini mengatakan bahawa nilai “betul” atau
“salah” bergantung kepada kesan sesuatu
perbuatan.
Keputusan yang terakhir bergantung kepada
jumlah badingan perkara-perkara baik atau betul
yang dilakukan, sama ada secara langsung atau
tidak langsung, iaitu perbandingan antara baik
dan buruk, betul dan salah.
Teori teleologikal amat mementingkan hasil
akibat sesuatu tindakan.
Teori teleologikal boleh dilihat daripada dua
perspektif, iaitu utilitarianisme dan egoime.
TEORI UTILITARIANISME
Individu patut melakukan sesuatu tindakan
yang menghasilkan kebaikan maksimum
kepada setiap orang atau membawa
kebahagiaan maksimum kepada majoriti.
Sesuatu perlakuan itu dianggap baik atau
benar mengikut kadar atau pertimbangan
kebahagiaan yang diharapkan dapat
diperoleh.
Contoh:
 Peperangan dan cara peperangan dianggap
wajar jika ia menghasilkan kebahagiaan dan
kebaikan melebihi kesengsaraan dan
penderitaan yang dialami dalam situasi tertentu
dibenarkan melakukan perkara tidak baik demi
mengelakkan berlakunya perkara yang lebih
buruk.

 Mendera dengan keras orang yang melakukan


kesalahan untuk mengelakkan kekacauan,
kerugian, kerosakan, kejahatan atau kecelakaan
yang lebih besar.
TEORI EGOISME
Teori egoisme adalah satu teori yang
menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu
adalah “betul” jika ianya membawa kebaikan
kepada diri sendiri dan sesuatu itu “buruk”
jika ia membawa keburukan kepada diri
sendiri.
Contoh :

Puan Fatimah telah melakukan satu kerja amal, iaitu


membersih dan mencucu kawasan halaman di
rumah orang tua. Dia berasa begitu puas hati dan
gembira setelah membantu rumah orang tua.
DEONTOLOGI
menolak apa yang diperakui oleh teori
teleologikal.
Sesuatu perlakuan sama baik atau buruk, benar
atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan
kewajipan moral yang bernilai intrinsik.
perlu memahami kewajipan dan peraturan moral
yang sedia ada sebelum kita mula memilih
sesuatu tindakan moral yang betul.
Perlakuan dianggap bermoral jika mengikut
kewajipan dan sebaliknya.
dibahagikan kepada dua prinsip iaitu Prinsip
Kewajipan dan Prinsip Eksistensialisme.
PRINSIP KEWAJIPAN
dikemukan oleh Immanuel Kant (1724-
1804) yang menegaskan pelaksanaan
tanggungjawab.
Tanggungjawab merupakan satu nilai
utama menentukan sama ada tindakan
itu bermoral atau tidak.
sesuatu tindakan yang betul perlu
selari dengan kemoralan universal.
tidak perlu membuat pertimbangan
tentang kesan tindakan sebelum kita
membuat keputusan.
E
menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti
berasaskan pilihan individu secara bebas.
Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis
berpendapat bahawa peraturan dan prinsip
kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif dan
berubah-ubah.
Tindakan baik atau buruk adalah berasaskan
kepada pilihan individu secara bebas.
Individu akan bebas bertindak dan dialah yang
bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri.
TEORI KEMORALAN SOSIAL
merujuk kepada standard atau ukuran moral
yang merangkumi nilai-nilai yang
mementingkan masyarakat.
Individu bukan sebagai matlamat
kemoralan.
Nilai atau peraturan ini adalah ukuran dan
persetujuan masyarakat .
individu bertanggungjawab untuk mematuhi
standard moral ini demi menjaga kerukunan
sosial yang sedia ada.
TEORI KEPERIBADIAN
MULIA (VIRTUE)
etika adalah berkaitan dengan keperibadian, sifat
perangai dan ciri watak yang mulia.
dikemukakan oleh Aristotle.
Menurut beliau bahawa keperibadaian yang mulia ini
boleh dimiliki dan diperoleh oleh individu melalui
latihan dan mengamalkannya selalu sehingga menjadi
satu tabiat atau kebiasaan yang menyeronokkan dan
menyenangkan.
menyatakan bahawa setiap keperibadian yang mulia
merupakan
“jalan tengah”, iaitu sesuatu nilai yang diamalkan itu
adalah tidak berlebihan dan tidak juga terlalu kurang.
menekankan cara-cara ideal untuk individu menjadi
seorang insan yang mulia.
Bibliografi
 http://books.google.com.my/books
 http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulKPLI/PenMoralKPLISR.pdf
 SIRI PENDIDIKAN TINGGI (PENDIDIKAN MORAL) – EDIDI KEDUA

Anda mungkin juga menyukai