Anda di halaman 1dari 24

MENGANGKAT DAN

MEMINDAHKAN MANGSA

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


MENGANGKAT DAN
MEMINDAHKAN MANGSA
 Apabila berlaku kemalangan, salah satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah menentukan
samada mangsa perlu dirawat ditempat kejadian atau perlu dipindahkan ke tempat lain.

 Hal ini bergantung kepada keadaan dan situasi mangsa dan tempat kemalangan.

 Pesakit perlu dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

 Sebelum memindahkan pesakit, kecederaan yang dialami oleh pesakit perlu diperiksa terlebih
dahulu dan melihat sama ada terdapat sesiapa yang boleh membantu untuk memindahkan
pesakit.

 Seorang penolong cemas juga seharusnya meneliti beberapa perkara:


 Mengutamakan keselesaan pesakit
 Memastikan kecederaan pesakit tidak bertambah teruk.
 Contohnya, pesakit yang patah tulang memerlukan cara pengangkutan yang sesuai dengan
kecederaannya.
 Memerhatikan keadaan pesakit semasa memindahkannya.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


PRINSIP-PRINSIP MENGANGKAT DAN
MEMINDAHKAN MANGSA
 Bertindak dengan pantas, jangan panik dan lakukan perkara yang
difikirkan penting.
 Seseorang yang membantu memindahkan mangsa yang tercedera
hendaklah memindahkan mangsa tersebut ke tempat yang selamat.
 Sebelum memindahkan mangsa, orang yang membantu memindahkan
mangsa hendaklah mengetahui jenis kecederaan yang di alami oleh
mangsa dan mengetahui orang yang boleh membantu untuk
memindahkan mangsa.
 Jika kecederaan lebih teruk, rawatan segera adalah amat diperlukan.
Penolong kecemasan tidak dibenarkan memindahkan mangsa kerana
dikhuatiri kecederaan yang dialami menjadi semakin teruk.
 Tidak digalakkan memindahkan mangsa sekiranya tiada orang lain yang
mahir membantu.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


 Jangan memindahkan mangsa sebelum membuat pemeriksaaan rapi
terutamanya di kepala, leher, dada, perut dan anggota-anggota
badan yang lain.
 Penolong cemas juga perlu meneliti beberapa perkara antaranya
ialah mengutamakan keselesaan mangsa. Selain itu, penolong cemas
perlu memastikan kecederaan mangsa tidak bertambah teruk.
Contonhya, mangsa yang mengalami patah tulang memerlukan cara
pengangkutan yang sesuai dengan kecederaannya bagi mengelakkan
kecederaan yang dialaminya bertambah serius.
 Keadaan mangsa juga perlu diberi perhatian semasa memindahkan
mangsa ke tempat selamat.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


TEKNIK MENGANGKAT DAN
MEMINDAHKAN MANGSA
 Teknik mengangkat dan memindahkan pesakit@mangsa
terbahagi kepada dua:

Tanpa menggunakan peralatan

Menggunakan peralatan seperti


pengusung (stretcher)

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


TEKNIK PEMINDAHAN TANPA
MENGGUNAKAN PERALATAN
(SEORANG)

 DUKUNG SAYANG
 Mengangkat mangsa cara
mendukung di depan.
 Teknik ini sesuai untuk mangsa
yang ringan dan kanak-kanak. 
 Letakkan tangan di bawah lutut
serta belakang mangsa.
 Suruh mangsa letakkan tangan di
leher.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


 PIKUL UNCANG/MENGENDONG
 Memikul mangsa cara dukung di belakang.
 Digunakan untuk mangsa yang tidak pengsan.
 Kedudukan mangsa tidak tergelungsur ke bawah.
 Penyelamat membongkok sedikit ke depan dan
memegang paha mangsa.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


 MENGHERET
 Terlentangkan mangsa ke atas lengan penyelamat.
 Penyelamat memasukkan tangan di bawah ketiak mangsa dan
pegang tangannya.
 Tarik mangsa perlahan-lahan untuk turun dari tangga atau
dialihkan. Apabila hendak menuruni tangga, lutut penyelamat
perlulah menyokong bahagian belakang mangsa.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


 MEMAPAH/MENOPANG
 Mangsa dalam keadaan sedar dan boleh dipapah.
 Penyelamat berdiri disebelah mangsa dan bertindak sebagai
penyokong.
 Sebelah tangan akan memegang tangan mangsa dan sebelah
tangan lagi akan memegang pada pinggang mangsa.
 Jika perlu, letakkan kaki mangsa yang cedera di atas kaki
penyelamat

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


 PIKUL BOMBA
 Mangsa tidak berupaya untuk berjalan atau pengsan.
 Penyelamat menunduk kepala ke pinggang mangsa supaya
badannya berada di atas bahu penyelamat.
 Tangan penyelamat memegang sendi tangan mangsa dan terus
berdiri tegak.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


 PIKUL TANGAN
 Penyelamat akan menarik dan memegang tangan mangsa.
 Pastikan mangsa tidak mengalami kecederaan di bahagian
tangan atau bahu.

 MERANGKAK PENYELAMAT
 Digunakan untuk menyelamatkan mangsa di ruang sempit.
 Terlentangkan mangsa, ikat sendi tangannya dengan ikatan buku
sila
 Penyelamat melutut dan masukkan kepala di antara dua tangan
mangsa. Kemudian, merangkak perlahan-lahan sambil
mengheret mangsa.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


TEKNIK PEMINDAHAN TANPA
MENGGUNAKAN PERALATAN (DUA
ORANG)
 BEREKOR-EKOR
 Seorang penyelamat akan berada di
belakang mangsa dan seorang lagi akan
berada di bahagian hadapan mangsa.
 Penyelamat di belakang akan memegang di
bawah ketiak mangsa.
 Penyelamat di hadapan akan duduk diantara
dua kaki mangsa dan pegang / ampu
bahagian bawah pelipat lutut mangsa

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


 DUDUK ATAS DUA TANGAN
 (i) Dua tangan penyelamat dicantumkan untuk dijadikan tempat
duduk, manakala (ii) dua tangan penyelamat lagi memegang
bahagian belakang pinggang mangsa.
 Tangan mangsa berpaut pada bahu penyelamat.
 Mangsa akan duduk atas tangan penyelamat.
 Kaki mangsa akan di ampu jika
mengalami kecederaan

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


 DUDUK ATAS TIGA TANGAN
 Seorang dari penyelamat akan mencantumkan kedua tangannya.
 Seorang penyelamat lagi akan mencantumkan sebelah tangannya
pada tangan penyelamat tadi.
 Mangsa akan duduk di atas tangan penyelamat
 Kaki mangsa akan diampu jika mengalami kecederaan menggunakan
tangan penyelamat yang sebelah lagi.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


 DUDUK ATAS EMPAT TANGAN
 Kedua-dua penyelamat akan mencantumkan kedua-dua tangan
mereka untuk dijadikan sebagai tempat duduk.
 Mangsa akan duduk di atas tangan penyelamat dan kedua-dua
tangan mangsa akan berpaut di bahu penyelamat.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


 USUNGAN KERUSI
 Teknik ini memberikan keselesaan kepada mangsa/pesakit.
 Dengan mangsa duduk di atas kerusi, seorang penyelamat
memegang blekang kerusi, manakala seorang lagi memegang
kaki kerusi.
 Mangsa mestilah bersandar ke kerusi.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


TEKNIK PEMINDAHAN TANPA
MENGGUNAKAN PERALATAN (TIGA
ORANG)
 USUNGAN BERTIGA
 Dua orang penyelamat berada di bahagian badan
mangsa dan seorang lagi penyelamat berada di
bahagian kaki mangsa.
 Dari kedudukan melutut, ketiga-tiga penolong
perlahan-lahan bangun serentak.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


 USUNGAN SELANJAR BERTIGA
 Pesakit juga boleh diangkat oleh ketiga-tiga penyelamat yang
melutut secara selanjar@sebaris.
 Dari kedudukan melutut, ketiga-tiga penyelamat bangun secara
serentak mengikut arahan salah seorang.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


TEKNIK PEMINDAHAN
MENGGUNAKAN PERALATAN
(PENGUSUNG)

 PENGUSUNG AMBULANS BERODA

 Kedua-dua penolong kecemasan berdiri tegak.


 Laluan lorong tepi yang kecil digunakan untuk memindahkan mangsa
ke dalam ambulans.
 Pengusung dipindahkan masuk ke lorong usungan dalam ambulans.
 Kunci di depan dan belakang pengusung dikuncikan.
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
 PENGUSUNG SCOOP (ORTOPEDIK)
 Dipanggil pengusung scoop kerana ia boleh dibahagikan kepada
dua bahagian dan diletakkan di setiap sisi mangsa.
 Oleh itu, pengusung boleh diletakkan di bawah mangsa tanpa
pergerakan oleh mangsa.
 Boleh digunakan untuk mangsa kecederaan tulang belakang.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


 SPINE BOARD

* spine board yang panjang * spine board yang


pendek

 Digunakan untuk mengangkat mangsa yang berkemungkinan


mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang.
 Spine board yang panjang akan membantu untuk memastikan
supaya badan mangsa tidak bergerak.
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
 PENGUSUNG BAKUL
 Digunakan untuk memudahkan proses mengangkat mangsa,
sama ada diangkat oleh penyelamat atau untuk diangkat
menggunakan helikopter.
 Pengusung ini memberikan jaminan keselamatan yang lebih,
dimana mengurangkan risiko untuk mangsa jatuh.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


 PENGUSUNG MUDAH ALIH
 Mudah digunakan, dimana lebih ringan dan mudah dibawa ke
mana-mana. Ini kerana pengusung ini kebiasaannya boleh
dilipat dua.
 Digunakan untuk memindahkan mangsa dengan pantas.
 Biasanya digunakan di kawasan yang dilanda bencana atau
peperangan.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


SEKIAN,
TERIMA KASIH

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai