Anda di halaman 1dari 13

PROSES PENGGUGURAN

PROSES PENGGUGURAN

Pengguguran
Pengguguran Pengguguran
Pengguguran Frasa Nama
Frasa Nama Kata Nama
Frasa Yang
Sebagai Inti Frasa
Predikat Mendahului
Subjek Nama
Frasa Relatif
Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek
• Boleh berlaku dalam 2 proses iaitu:

Pengguguran
Pengguguran
subjek yang sama
Frasa Nama Pengguguran
dalam ayat Sebagai subjek dalam ayat
majmuk perintah
Subjek
• Pengguguran Subjek dalam Ayat Perintah
• Subjek yang terdiri daripada kata ganti nama kedua iaitu kamu, awak,
anda dan sebagainya
• Contoh:
• Awak pergi dari sini Pergi dari sini!
• Kamu pindah dari bilik ini Pindah dari bilik ini!
Pengguguran Subjek yang sama dalam ayat
majmuk
• Dalam pembinaan ayat majmuk yang terdiri daripada dua atau lebih
ayat, maka sering berlaku penggulangan subjek yang sama.
• Salah satunya perlu digugurkan
• Contoh:
• Amir makan nasi.
• Amir makan buah.
• Amir makan nasi dan buah.
Pengguguran Frasa Predikat

Pengguguran
bahagian-
bahagian frasa
Pengguguran predikat
Frasa Predikat
Pengguguran
seluruh frasa
predikat
Pengguguran bahagian – bahagian
frasa predikat

 Pengguguran oleh + FN dalam ayat Pengguguran seluruh frasa predikat


pasif
 Pengguguran kata bantu yang  frasa kerja yang serupa
serupa  Frasa nama yang serupa
 Pengguguran frasa nama sebagai  Frasa adjektif yang serupa
objek yang serupa  Frasa sendi nama yang serupa
 Pengguguran frasa nama sebagai
objek kata kerja yang membawa
makna adjektif
Pengguguran Bahagian-Bahagian Frasa
Nama
• Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif
Contoh:
Dia dipukul (oleh) (digugurkan) bapanya.

• Pengguguran kata bantu yang serupa


Contoh:
Kita mesti cinta akan negara
Kita mesti berkorban untuk negara
Ayat Pengguguran
Kita mesti cinta akan negara dan berkorban untuk negara.
• Pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa
Contoh:
Shila suka membeli buku cerita.
Shila suka membaca buku cerita.
Ayat Pengguguran
Shila suka membeli dan membaca buku cerita.

• Pengguguran frasa nama sebagai frasa objek kata kerja yang membawa
makna adjektif
Contoh:
Kejadian itu sungguh menakutkan (kami) (digugurkan)

kata adjektif
Pengguguran Frasa Nama
• Pengguguran frasa nama adalah berlaku pengguguran pada frasa
nama yang menggulang
• Contoh:
Ayat Asal
• Adwin pemain bola sepak
• Amin pemain bola sepak

Ayat Pengguguran
Adwin dan Amin pemain bola sepak.
Pengguguran Frasa Kerja
• Pengguguran berlaku pada kata kerja yang mengulangi kata kerja yang
sama
• Contoh:
Ayat asal
Siti pulang ke kampung petang tadi.
Sharu pulang ke kampung petang tadi
Ayat Pengguguran
Siti dan Sharu pulang ke kampung petang tadi.
Pengguguran Frasa Adjektif
• Berlaku pengguguran pada kata adjektif yang berulang
• Contoh ayat:
Ayat asal
Baju Ravi berwarna merah muda.
Baju Raju berwarna merah muda.

Ayat Pengguguran
Baju Ravi dan Raju berwarna merah muda.
Pengguguran Frasa Sendi Nama
• Berlaku pengguguran pada kata sendi nama yang berulang
 Contoh:
Ayat asal:
Cincin itu untuk Siti
Baju itu untuk Siti

Ayat Pengguguran
Cincin dan baju itu untuk Siti.

Anda mungkin juga menyukai