Anda di halaman 1dari 3

Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.

1. ____ orang penagih dadah telah ditangkap dalam operasi semalam.


   ( Kedua / Sepuluh / Setiap / Semua)
2. Penyakit kuku dan mulut telah menyebabkan ____ ekor lembu
di kampung itu mati.
    ( segala / tiap-tiap / berpuluh-puluh / bertahun-tahun)
3. Penduduk kampung itu tidak bersatu. ____ hanya mementingkan diri
sendiri.
    ( Masing-masing / Seperempat / Beribu-ribu / Segelintir )
4. Encik Kamal pulang awal kerana dia hanya bekerja ____ hari sahaja.
    ( sesetengah/ setengah / seluruh / semua )
5. ____ daripada penduduk di situ ialah golongan tua.
    ( Keempat / Semua / Beberapa / Sepertiga )
6. Akibat suka merantau, sudah ____ tidak menyambut
Tahun Baru Cina bersama keluarganya.
    ( bertahun-tahun / berbagai-bagai / beribu-ribu / segelintir )
7. " Dalam kejadian kebakaran semalam, ____ buah kedai
telah hangus terbakar," kata pegawai bomba itu.
     ( keempat-empat / seluruh / empat / setiap )
8. ____ penghuni Kondominium Sri Angkasa diarahkan
berpindah akibat kejadian tanah runtuh semalam.
     ( Kesembilan / Seperlima / Setengah / Semua )
9. Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan setelah tamat
____ masa pertama.
    ( separuh / setengah / satu / seperdua )
10. ____ orang percaya bahawa bomoh berupaya mengubati
pelbagai penyakit.
     ( Separuh / Sesetengah / Semua / Seluruh )

Anda mungkin juga menyukai