Anda di halaman 1dari 12

KAEDAH PENGAJARAN

HAFAZAN AL-QURAN
TEKNIK LATIH - TUBI

• Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
• Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin
kekekalannya.
• Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Tilawah al Quran / Hafazan
• Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
• Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan
maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-
perkataan itu.
• Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan
dalam pengajaran bahasa kedua.
• Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan iaitu :
• Sebutan (accent)
• menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang
membawa makna dalam sesuatu situasi. 
• Tatabahasa (grammer)
• penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. 
• Perbendaharaan kata (vocabulary)
• meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam
situasi tertentu. 
• Kefasihan (fluency)
• menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara
spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. 
• Kefahaman (comprehension)
• latihan memahami soalan dan memberikan jawapan
yang wajar.Teknik ini dikenali juga dengan teknik
menghafaz.
KELEMAHAN KAEDAH INI

• Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan


kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti
murid.
• Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai
untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan
ikutan dan ulangan.
Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil
pembelajaran aras satu. (Ayat hafazan)

• Guru menayangkan LCD yang mengandungi ayat-ayat al Quran yang akan


dipelajari. Guru membaca ayat tersebut tiga kali dan meminta pelajar
mendengar bacaan guru dengan teliti kemudian mengikut bacaan guru.
• Guru meminta pelajar mengulangi bacaan tiga kali secara kelas dan kumpulan.
Untuk menarik minat pelajar, guru memperdengarkan bacaan al Quran oleh
qari yang terkenal dari cakera padat.
• Guru menggunakan pita rakaman untuk merakam bacaan pelajar kemudian
guru memperdengarkan bacaan tersebut kepada pelajar
• Guru membetulkan kesalahan pelajar dan meminta mereka membaca secara
latih tubi hingga dapat menghafaz ayat dengan betul.
Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil
pembelajaran aras dua. (Ayat hafazan)

• Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas dan kumpulan. Guru
menyoal pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang
dibaca melalui LCD. Guru menerangkan hukum tajwid yang masih belum
dipelajari kepada murid dan menerangkan cara bacaan bagi hukum tersebut.
• Pelajar membaca ayat mengikut guru dengan bacaan bertajwid yang betul.
Pelajar diminta membaca ayat tersebut secara latih tubi iaitu berulang-ulang
sebanyak tiga kali.
• Guru meminta pelajar menghafaz ayat secara individu. Guru perlu
memastikan pelajar dapat menghafaz ayat dengan betul dan bertajwid.
Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil
pembelajaran aras tiga. (Ayat hafazan)
• Guru meminta pelajar membaca ayat yang dipaparkan di LCD, pelajar membaca
secara kumpulan mengikut tahap pelajar.
• Pelajar dalam kumpulan berlatih tubi menghafaz ayat secara berpasangan
berperingkat-peringkat bermula dengan satu ayat, sehingga dapat menghafaz dengan
betul dan fasih.
• Guru meminta pelajar dari kumpulan pandai membaca ayat dengan bertajwid dan
meminta pelajar menyebut nama hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca.
• Guru meminta pelajar menghafaz ayat seorang demi seorang membaca di hadapan
guru. Guru perlu memastikan pelajar menghafaz ayat dengan makhraj yang betul dan
bertajwid.
Aplikasi kaedah soal jawab dalam
pengajaran
Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil
pembelajaran aras satu. (Ayat hafazan)
• Guru mempamerkan carta mengandungi ayat dan meminta pelajar membaca secara
senyap.
• Guru membaca ayat dengan kuat dan meminta semua pelajar mengikut bacaan guru.
• Guru mengulang beberapa kali ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru
secara kumpulan.
• Guru meminta pelajar mengecam kalimah dan potongan ayat supaya mudah mengingat
untuk aktiviti menghafaz ayat.
• Bersoal jawab tentang hafazan surah dari segi menyambung ayat yang dibaca.
• Guru membaca permulaan ayat dan meminta pelajar menyambung ayat tersebut. Untuk
menarik minat pelajar, guru menyoal pelajar yang paling cepat menghafaz ayat.
• Guru perlu memastikan semua pelajar dapat menghafaz ayat yang dipelajari dengan betul.
Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil
pembelajaran aras dua. (Ayat hafazan)
• Guru memaparkan ayat hafazan di LCD dan memperdengarkan bacaan dari qari terkenal. Guru
mengulang beberapa kali bacaan tersebut.
• Guru meminta pelajar mengikut bacaan dan seterusnya menghafaz ayat tersebut.
• Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil berpasangan untuk tujuan menghafaz
ayat. Guru meminta pelajar menghafaz berpasangan, pasangan pelajar diminta meneliti bacaan
pasangan masing-masing untuk dan membetulkan jika terdapat kesalahan bacaan rakan
mereka.
• Pelajar diminta memerhati tanda bacaan dan hukum tajwid yang terdapat dalam ayat.
• Guru memulakan sesi soal jawab tentang tanda bacaan dan hukum tajwid. Pelajar menyebut
hukum tajwid dan membaca kalimah yang mengandungi hukum tajwid tersebut. Guru
memperbetulkan sebutan atau bacaan pelajar.
• Pada aras ini, pelajar perlu menguasai bacaan di samping mengenal hukum tajwid yang
terdapat dalam ayat.
Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil
pembelajaran aras tiga. (Ayat hafazan)

• Guru meminta pelajar menghafaz ayat secara kumpulan dan individu dengan suara
yang nyaring. Guru membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.
• Pelajar menghafaz ayat secara berulang-ulang sehingga dapat menghafaz dengan
fasih.
• Guru menggunakan kaedah soal jawab untuk memastikan pelajar mengetahui hukum
tajwid yang terdapat dalam ayat, serta menguasai hafazan dengan cara bertajwid.
• Pada aras tiga, guru perlu memastikan pelajar dapat menghafaz ayat dengan betul dan
fasih serta bertajwid.

Anda mungkin juga menyukai