Anda di halaman 1dari 38

PENGENALAN

ULAR

www.civildefence.gov.
Malaysia mempunyai haiwan vertebrata (binatang bertulang
belakang) yang banyak dan cantik-cantik.

Reptilia dan ular adalah yang paling menakjubkan.

Dianggarkan lebih kurang 2700 spesies ular di seluruh


dunia, hanya 412 spesies daripadanya berbisa.

Di Malaysia terdapat 140 spesies ular, hanya 40 spesies yang


berbisa, 22 spesies ular laut dan 18 spesies ular darat.

Walaupun ular mendapat perhatian yang besar tetapi


pengetahuan yang praktikal mengenainya begitu kurang
www.civildefence.gov.
Khayalan dan mitos oleh ular di dalam cerita-cerita rakyat
berbagai kaum melindungi kebenaran mengenai ular.

Seseorang itu perlu memahami cara hidup dan kebiasaan ular


supaya ianya dapat menghilangkan perasaan takut kepada ular.

Kebanyakan kita menganggap ular-ular sama ada besar atau kecil


adalah berbisa.

Anggapan yang salah, kepercayaan karut dan perasaan takut


menjadi sebab terhadap beberapa kematian berpunca daripada
gigitan ular. Walaupun bukan dari gigitan ular berbisa. Ini dapat
diatasi sekiranya kita mengenali jenis-jenis ular yang mana
berbisa dan yang mana tidak berbisa. Ini penting bagi
mengurangkan kemalangan gigitan ular serta kadar kematian.

www.civildefence.gov.
• GAMBARAN PENGENALAN ULAR
Dari jenis Reptilia
Badan bersisik
Berdarah sejuk
Tidak mempunyai anggota tangan dan kaki
Tidak mempunyai kelopak mata
Lensa mata berbentuk bulat (difokus ke hadapan dan belakang)

Bentuk anak mata bulat - aktif pada waktu siang


Bentuk anak mata bujur – aktif pada waktu malam
Tidak boleh mendengar mengikut indera biasa (tiada anak telinga)
Sensitif kepada gegaran Tulang rahang  Telinga dalam
Menghidu dengan menggunakan lidah – yang panjang dan bercabang – sering
dikeluarkan untuk memungut bau di sekeliling ke Jabcobsans Organ yang
terdapat pada tulang rahang.

www.civildefence.gov.
Loreal Pit (organ peraba panas) – terletak di antara mata dan
hidung – ini khusus bagi ular kapak.
Ia tidak berkawan –berpasang bila musim mengawan.
Tidak membawa anak.
Pembesaran - anak ular menjadi dua kali ganda pada
tahun pertama dan kedua.

Peringkat kematangan bagi spesies kecil kurang dari


setahun.

Spesies besar – senduk 3- 4 tahun


• sawa 5 – 6 tahun


www.civildefence.gov.
MENGENALI ULAR BERBISA & TIDAK
BERBISA
 Salah satu ciri yang membezakan seekor ular berbisa dengan yang
tidak berbisa ialah melalui kedudukan gigi yang dipanggil taring
terletak di bahagian hadapan mulut.

 Taring ini selalunya lekuk atau berlubang yang berfungsi seperti


jarum penyuntik ubat. Terletak di bahagian hadapan mulut.

 Ular yang separuh berbisa ia mempunyai taring di bahagian belakang.

 Taring ular kapak bodoh lebih panjang, boleh bergerak dan lebih jelas
kelihatan.

 Bagi taring ular laut,ular tedung, ular katam serta ular pantai adalah
lebih kecil dan tetap. www.civildefence.gov.
• Daripada jenis yang berbisa terdiri daripada jenis katam (Kraits) iaitu:

 Katam tebu (Banded Krait) – Bungarus Fasciatus
 Katam payung (Malaysian Krait) – Bungarus Candidus
 Katam kepala merah (Red Headed Krait) – Bungarus Flaviceps

• Jenis yang beralur (Pit-Vipers) – ular jenis ini bentuk kepalanya bersegi
tiga dengan satu alur (Pit) di antara mata dan hidung.

• Bentuk alur tersebut adalah sebagai alat peraba panas (Thermosensitive


Organ). Ini untuk membolehkan ular tersebut mengetahui tempat
mangsa yang berdarah panas berada.

www.civildefence.gov.
• Spesies ini terdiri daripada :

• Ular Kapak Bodoh (Malayan Pit –Viper)


• Ular Kapak Tokong (Temple Pit-Viper)

• Ular Kapak Ekor Merah (Red Tailed Pit-Viper)


• Ular kapak gunung (Mountain Pit-Viper)
• Ular Kapak Sumatera (Sumatran Pit-Viper)

• Ular kapak Hidung Pipih (Flat Nosed Pit-Viper)

www.civildefence.gov.
•Suku keluarga ular ini merupakan jenis yang paling berbisa
dan berbahaya di antara ular-ular darat, yang terdiri
daripada jenis:

•Cobra

Ular Tedung Senduk (Common Cobra)


Ular Tedung Senduk Sembur (Black Spitting
Cobra)
Ular Tedung Selar (King Cobra)

www.civildefence.gov.
• Terdapat beberapa spesies seakan-akan nama ular laut, di
antaranya ialah:

1. Ular Pantai bintik (Spotted Coral Snake)


2. Ular Pantai Bintik Kecil (Small Spotted Coral Snake)
3. Ular Pantai Biru-Biru (Blue Malaysian Coral Snake)
4. Ular Pantai Belang (Banded Coral Snake)

• Ular laut boleh dikenali melalui ekornya yang pipih.


Kebanyakannya bergelang cerah dan gelap berselang-selang
dari berbagai warna, selalunya hitam, coklat, kelabu atau biru.

www.civildefence.gov.
• Ular yang besar boleh mencapai hampir 3m (9’ ) panjang. Ular
yang kecil tidak melebihi 1.3m (4’) panjang.

 Kebanyakannya boleh ditemui di tepi-tepi pantai


berhampiran batu-batu dan terumbu.

 Terdapat juga di kuala sungai

• Kebanyakan ular laut adalah berbisa. Sebaik-baiknya kita mesti


menjauhi dari mandi-manda di kuala sungai terutama yang
berhampiran dengan kampung nelayan. Walaubagaimanapun
kuala sungai yang terbuka kepada laut adalah agak selamat.

www.civildefence.gov.
• Antara ular-ular laut berbisa ialah:

1. Ular Laut Amfibia


2. Ular Laut Eydoux
3. Ular Laut Jerdon
4. Ular Laut Biasa

5. Ular Laut Stoke

6. Ular Laut Pipih


7. Ular Laut Kloss
8. Ular Laut Ornate
9. Ular Laut Brook

www.civildefence.gov.
• BAGAIMANA ULAR MENUKAR KULIT

• Dari binatang yang bertulang belakang hanya ular sahaja dari semasa
ke semasa mengalami proses pertukaran kulit.

• Bila tiba masanya, ular itu akan keluar dari kulit lamanya. Mereka
boleh melakukannya kerana ia tidak mempunyai anggota/ anggota
yang berbonjol yang boleh menekan kulit & kerana kulit luar seolah-
olah menyerupai sehelai baju yang bermula dari mata hinggalah ke
ekornya.

www.civildefence.gov.
Proses pertukaran ini bermula beberapa hari sebelum proses
sebenarnya bermula – warna kulit ular itu akan bertukar warna
yang kurang menarik (kelabu).

Matanya menjadi semacam rabun.

Hilang selera makan dan mudah meradang.

Ada beberapa jenis ular pada proses ini yang mencari air untuk
merendamkan badannya. Ini adalah kerana mereka kehilangan
cecair badan bersama-sama kulit lamanya.

www.civildefence.gov.
• Proses penukaran bermula bila kulit berhampiran bibir ular itu
dilonggarkan dengan cara menggosok kulitnya kepada permukaan
benda yang kesat. Apabila ini selesai ia akan melonggarkan kulit
kepalanya.

• Selepas itu sedikit demi sedikit kulit itu tanggal semasa ia


menyusup di bawah pohon-pohon kecil dan batu.

• Kulit luarnya yang nipis itu akan tertanggal seperti sarung tangan.
Dalam masa ½ jam ular itu akan bebas dari kulit lamanya.

www.civildefence.gov.
• Ular yang sihat

Proses menyalin sempurna.


Kulit berbentuk sarung Kerana badan berminyak.

• Ular yang tidak sihat

Proses menyalin yang tidak sempurna.


Kulit sarung berupa cebisan kecil kerana badan kurang
berminyak.Kekerapan bergantung kepada spesies kesihatan ular
dan jumlah makanan.

www.civildefence.gov.
• PERGERAKAN

Menggunakan otot dan sisik ventral


Pantas pada tempat kasar
Susah pada tempat licin
Boleh memanjat dan berenang

PEMBIAKAN
Bertelur - Oviparous
Beranak - Viviparous

www.civildefence.gov.
Bertelur dalam lubang yang sedia ada,di bawah kayu, daun-daun
kering, tempat yang tersembunyi – lembab dan jauh dari sinaran
matahari.

Pengeraman antara 40 – 136 hari bergantung kepada spesies.

www.civildefence.gov.
•Jenis makanan :-
kambing, lembu, ayam
Katak

Tikus
Ikan
Ular

www.civildefence.gov.
Menelan keseluruhan mangsa.
Boleh menelan mangsa 3X ganda saiz kepalanya disebabkan rahang
atas dan bawah menganjal.
Keadaan gigi bengkok ke dalam
Membunuh mangsa dengan cara cerutan dan juga racun (bagi spesies
yang berbisa).
Tidak makan tiap-tiap hari  Sistem penghadaman lambat.

Hanya bulu dan kuku mangsa yang tidak hadam.


Ular tedung selar  lain-lain jenis ular dan biawak.
Ular katam  lain-lain jenis ular dan mengkarung.

www.civildefence.gov.
• PERLINDUNGAN DIRI SEMULAJADI

Warna ular – mengikut keadaan setempat atau keadaan seperti


tanah, daun-daun kering dan ranting kayu serta dahan pokok.
Bisa/racun
Mengembang tengkok

Mengeluarkan bunyi
Ular tidak berbisa keadaannya menyerupai ular berbisa.

www.civildefence.gov.
• BISA ULAR DAN KEGUNAANNYA
Alat peracun terdiri daripada satu jenis kelenjar dan satu
saluran yang menghubungi kelenjar tersebut dengan taringnya.
Kelenjar dan saluran tersebut terletak sebelah menyebelah
kepala.

Apabila ular mengigit, taringnya akan menembusi daging


mangsa dan racun dipaksa keluar oleh satu otot-otot khusus
yang akan menekan kelenjar terus melalui lubang taring
sehingga memasuki luka.
Ular boleh mengawal jumlah pancutan racun.
Kebiasaannya tidak semua racun dikeluarkan.

www.civildefence.gov.
Racun bukan sekadar alat perlindungan tetapi sebagai satu
pengancam kerana manusia dan binatang besar selalunya mati
dalam tempoh yang singkat, kecuali sedikit sukatan racun yang
dikenakan kepada mangsa.
Racun diguna untuk membunuh/melumpuh mangsa juga
bertindak sebagai bahan penghadaman.
Pencegah bisa bagi sesetengah jenis ular laut boleh didapati di
makmal SIRIM Parkville, Victoria Australia dan

Institut Ular Jepun, yabuzuka Honmachi, Nittagun, Gunna


Prefecture Japan.
Pencegah bisa bagi sesetengah ular darat boleh diperolehi di
Queen Saovabha Memorial Institut, Bangkok. Lembaga Pasteur
Bandung, Indonesia. Commonwealth Serum Laboratory,
Parkville, Victoria, Australia & Taiwan Serum Lab. Shi Ling,
Taipei Taiwan.

www.civildefence.gov.
Racun ular berwarna jernih, pekat, tidak berbau, seperti cecair
yang tanpa rasa dan berwarna agak kekuningan.

Dalam keadaan kering cecair racun itu berbentuk gumpulan,


serpih-serpih atau berbentuk seperti jarum dan kelihatan
seolah-olah bercahaya.

Apabila dilarutkan kembali ke dalam air garam atau air biasa


racun kering tersebut dapat memberi daya keracunan yang
penuh(tetapi hal ini tidak berapa pasti).

Sekiaranya terkena pada permukaan kulit atau lapisan lendir


yang nipis boleh menyebabkan kulit menjadi retak-retak.

www.civildefence.gov.
 Jumlah atau banykanya racun yang dikeluarkan pada tiap satu
gigitan adalah berlainan iaitu antara 2 ke 3 titis.

 Bagi kes ular laut, ular pantai, ular katam, ular kapak atau
ular senduk jumlah zat racun yang dimasukkan kira-kira 0.02
– 0.05gm.

 Pada ular senduk atau tedung jumlah 10 – 20 titis mungkin


mempunyai sebanyak 0.2 – 0.5mgm zat racun bergantung
kepada besar/kecil ular itu.

 Rawatan dengan diberi suntikan (inoculation) yang berulang-


ulang dengan kadar kenaikan yang sedikit demi sedikit atau
bertahap.

www.civildefence.gov.
• Racun ular senduk atau tedung seberat 15mgm atau ¼ dari berat
itu boleh mematikan seseorang.

• Ubat bagi keracunan ular hanyalah dengan menggunakan


antivenin.

• Anti racun/ antivenin ini bersifat khas untuk setiap jenis ular.
Pengaruh daripada racun ular berbeza dari segi zat racunnya.

• Zat racun ular terbahagi kepada :

a. Neurotoxin – meracuni saraf seperti ular senduk, katam dan ular


laut.
b. Haemotoxin – keracunan darah  ular kapak.

www.civildefence.gov.
• Untuk membezakan antara gigitan ular dan terkena racun ular
– suatu gigitan dari ular yang tidak berbahaya tidak memberi
kesan bagi seseorang kerana tiada zat racun yang dimasukkan.

• Suatu gigitan dari ular yang beracun tidak semestinya disertai


dengan keracunan kerana :

a. Mungkin semasa kejadian gigitan, ular itu telah mengeluarkan


racunnya sebelum mengigit .

b. Adanya penghalang seperti pakaian dan sepatu.


c. Ular itu sendiri mungkin tidak sempat atau cukup genggaman.

www.civildefence.gov.
• RAWATAN KECEMASAN
• Langkah-langkah berikut adalah disyorkan:
• Kejayaan cara begini bergantung kepada masa yang berlaku di
antara waktu kena gigit dan masa pertolongan diberi. Lebih
singkat masa lebih berkesan rawatannya.

1.Mangsa selalunya terkejut dan menderita kerana takut mati –


pulihkan dan dipanaskan tubuhnya (jangan diberi arak).
2.Baringkan mangsa, jangan digerakkan bahagian anggota yang
digigit dan jangan biarkan mangsa bergerak atau berjalan.
3.Sekiranya tangan yang terkena gigitan pastikan kedudukannya
di bawah paras jantung.
4.Cucikan sekeliling tempat kena gigitan – tetapi jangan cuba
untuk memotong lukanya lebih besar atau menyedut keluar
bisanya dengan apa cara jua pun.

www.civildefence.gov.
5. Kenakan alat penahan darah bagi kes gigitan ular senduk, ular
katam dan ular laut.
• Alat penahan darah boleh dibuat pada bahagian paha
sekiranya kena gigit pada kaki, pergelangan kaki dan betis. Bagi
gigitan di lengan atau pergelangan tangan, boleh dibuat di sebelah
atas lengan.
6. Untuk membuat alat penekan darah, bengkung atau balut alat
mengelilingi tangan atau kaki beberapa kali ikatan ,
• kemudian masukkan satu kayu ke dalamnya dan pusing
beberapa kali sehingga ia jadi kemas tetapi jangan sehingga
menghalang perjalanan darah.
7. Alat itu mestilah dibiarkan di situ sehingga pencegah bisa
diberikan – hendaklah dilonggarkan 90 saat bagi setiap 10 – 15
minit.

www.civildefence.gov.
8. Tiub getah adalah alat yang terbaik bagi tujuan ini kerana ia
memberi lebih tekanan, sapu tangan juga boleh digunakan – sebaik-
baiknya rawatan ini diberi secepat mungkin kerana ianya tidak akan
berkesan jika dilakukan 30 minit selepas gigitan.
9. Segera bawa pesakit ke hospital atau klinik yang berdekatan.

10. Bunuh ular tersebut dan bawa bersama ke hospital . Ini adalah
mustahak bagi mengenali ular tersebut supaya pencegah bisa yang
sesuai dapat diberi oleh doktor.

www.civildefence.gov.
• Ular mempunyai nama yang tercemar kerana manusia takut
kepadanya sejak dahulu lagi.
• Sesungguhnya manusia boleh menghargainya dengan lebih baik.
Pada dasarnya ular kurang aktif , kalau diperhatikan seperti sedang
tidur. Tetapi ular akan menyerang dan mengigit apabila diganggu.
• Selalu kita mendengar ular-ular ada dijumpai di dalam rumah.
• Ini berlaku kerana beberapa sebab:

a. Selepas hujan lebat di mana kawasan kediamannya banjir dan ia lari


untuk mencari perlindungan.
b. Sewaktu sedang membiak- di mana anak-anak ular sentiasa bergerak
cergas di kawasan sekitar.
c. Terdapat makanan-makanan yang menarik perhatiannya.

www.civildefence.gov.
• Untuk menjauhi ular-ular daripada memasuki rumah, beberapa
langkah mungkin memberi kesan.

1. Bersihkan kawasan di sekitar rumah daripada rumput yang tinggi,


rumpun yang lembap dan semak- samun dan buangkan sampah sarap
yang mungkin menjadi tempat persembunyian bagi ular.
2. Tutup semua lubang-lubang di sekeliling rumah untuk menjauhi ular
daripada membuat sarang.
3. Tutup semua retak dan rekahan pada dinding rumah.
4. Menghapuskan tikus-tikus kerana ia merupakan makanan kesukaan
ular.
5. Binatang peliharaan seperti ayam, burung dan lain-lain juga boleh
menarik perhatian ular.
6. Bersihkan rumah seperti dinding, siling dan bilik setor.
7. Ranting-ranting pokok dan tanaman menjalar mestilah dijauhi dari
tingkap rumah.

www.civildefence.gov.
• BAGAIMANA MENGELAK DARIPADA GIGITAN
ULAR
• Ular biasanya boleh didapati di berbagai kawasan kediaman. Tetapi
setiap jenis ular itu mempunyai kemahuan-kemahuan tersendiri dan
dijumpai di tempat-tempat tertentu.
• Ular laut biasanya boleh ditemui di tepi pantai dan kuala sungai.
Oleh itu langkah berikut harus diambil.

1. Jangan bermandi- manda di air yang tidak dalam terutama di kuala


sungai.
2. Jangan cuba menangkap atau memegang ular yang tidak dikenali .
3. Jangan memegang ular di kepalanya walaupun difikirkan sudah mati,
angkat di sebelah ekor.
4. Pakai but dan seluar panjang bila berjalan di dalam hutan dan
lorong-lorong rimba.
5. Jangan menyeluk lubang dengan tangan kosong, juga memijak batu-
batu atau kayu di mana di sebelahnya tidak kelihatan.

www.civildefence.gov.
7. Apabila tersua dengan ular laut , cuba elakkan dengan berenang
ke arah lain atau menyelam

8. Jangan berjalan berkaki ayam di waktu malam tanpa lampu yang


terang. Ular-ular selalu berlingkar pada permukaan jalan yang
panas atau lorong-lorong jalan kaki pada waktu malam.

9. Apabila tersua dengan ular di lorong hutan, cuba elakkan dengan


memintas jalan lain atau tunggu sebentar dari jarak jauh hingga ia
beredar ke tempat lain.

www.civildefence.gov.
• TANDA DAN ALAMAT TERKENA BISA
ULAR

• GIGITAN ULAR SENDUK

1. Sakit otot-otot secara umum dan bengkak kelihatan pada tempat kena
gigit. Ini berlaku dalam masa 1/2 – 1 jam selepas gigitan.
2. Ini diikuti dengan rasa mual, lemah-lemah badan dan rasa mengantuk.

3. Susah untuk bercakap dan menelan .


4. Sukar untuk bernafas.
5. Otot-otot menjadi kaku akibat organ pernafasan tidak berfungsi.

www.civildefence.gov.
• GIGITAN ULAR KAPAK

1. Sakit pada tempat yang digigit dalam tempoh 5 minit dan bisa
merebak ke seluruh badan.
2. Bengkak di tempat gigitan dalam tempoh 30 minit dan diikuti oleh
oedema .
3. Erythrema akan terbentuk pada tempat gigitan dalam masa 30 minit.

4. Air ludah mengandungi darah dan tempoh darah beku menjadi lebih
lewat.
5. Nekrosis akan terjadi pada tempat gigitan.

www.civildefence.gov.
• GIGITAN ULAR KATAM

1. Tiada bengkak di tempat kena gigit dan tiada rasa kesan kesakitan.
2. Tanda-tanda kena racun sama seperti gigitan ular senduk.

• GIGITAN ULAR PANTAI

1. Rasa sakit dan bengkak dan terdapat necrosis.


2. Organ pernafasan menjadi kaku.

www.civildefence.gov.
• GIGITAN ULAR LAUT

1. Sakit otot-otot secara umum dan terasa kebas untuk bergerak. Ini
berlaku sejam selepas kena gigit.
2. Bisa-bisa yang ringan menjadi lebih teruk apabila pergerakan sendi
dilakukan pada tengkuk dan otot-otot badan. Selalunya berlaku dalam
masa sejam atau 2 jam selepas kena gigit.
3. Badan akan terasa lemah dan sejuk.

4. Air kencing menjadi merah-coklat pekat berlaku dalam tempoh 3 – 6


jam selepas digigit.

www.civildefence.gov.

Anda mungkin juga menyukai