Anda di halaman 1dari 19

OBJEKTIF KAJIAN

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Mengenal pasti serta menghuraikan kepentingan Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar berdasarkan objektif Pendidikan Konsevasi mengikut UNESCO 1976. 2. Mengaitkan hubungan flora dan fauna dengan alam dan kepentingannya. 3. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti bagi memberi kesedaran kepada pelajar untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. 4. Mengenal pasti serta menghuraikan kepentingan Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar berdasarkan objektif Pendidikan Konsevasi mengikut UNESCO 1976.

PENDAHULUAN

Kehidupan harian manusia adalah berkait rapat dengan alam sekitar. Setiap individu perlu menyedari kepentingan pemuliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pemusnahan alam sekitar begitu ketara sejak kebelakangan ini. Banyak hutan dimusnahkan atau termusnah, haiwan dibunuh atau terbunuh, sungai dan laut dicemar atau tercemar menyebabkan pelbagai masalah timbul. Sekiranya kesedaran tidak ditanam dengan segera ke dalam jiwa setiap individu, bencana yang dahsyat boleh berlaku di muka bumi ini dan manusia akan musnah bersama kejahilan dan kerakusan mereka. Dibawah Akta Tanaman Negara 1980, tujuan penubuhan Taman-Taman Negara adalah untuk memelihara dan memperlindungi hidupan liar, hidupan tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan dari segi kajibumi, kajipurba, sejarah dan etnologi dan lain-lain kepentingan dari segi sains dan pemandangan, dan melalui pemeliharaan dan penggunaannya untuk

memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi orang ramai.

1.0 LABAH-LABAH 1.1 RIBUAN SPESIES Labah-labah tergolong dalam kumpulan haiwan yang dinamakan araknid, yang termasuk juga kala jengking, hama, labah-labah matahari atau angin, dan mentadak. Antara semua haiwan tersebut, labah-labah yang tergolong dalam order Araneida merupakan kumpulan yang terbesar. Terdapat lebih kurang 35 000 spesies ini yang diketahui di dunia. Kebanyakan orang tidak suka kepada araknid ini kerana rupanya yang menakutkan. Namun begitu, tabiat labah-labah sangat menarik. Kebanyakan labahlabah menenun sawang yang menakjubkan dengan kemahiran dan kesempurnaan yang tidak dapat ditandingi oleh haiwan lain. Badan labah-labah terbahagi kepada dua bahagian iaitu prosoma, disebut juga sebagai sefalotoraks dan opistosoma atau abdomen. Labah-labah memiliki sepasang struktur yang luar biasa dipanggil kelisera. Kelisera terletak di bahagian hadapan mulut labah-labah. Setiap kelisera mempunyai sengat yang digunakan oleh labah-labah untuk menyuntik atau racunnya. Di setiap bahagian mulut terdapat pedipalpa. Kedua-duanya kelihatan seperti kaki semut tetapi pedipalpa berfungsi sebagai sesungut.

Struktur Badan Labah-Labah

1.2 MEMBUAT SUTERA Labah-labah mempunyai pelbagai kelenjar sutera yang membolehkannya

mengeluarkan beberapa jenis sutera (kering, melekit, dan sebagainya) mengikut kegunaannya. Sutera keluar dari kelenjarnya sebagai cecair pekat. Namun apabila dipintal membentuk benang halus, sutera menjadi keras sebaik sahaja terkena udara. Spineret liang kecil yang terletak di bahagian belakang bawah abdomen,

mengeluarkan sutera. Labah-labah mempunyai antara dua hingga lapan spinneret, tetapi kebanyakannya mempunyai enam spinneret. Saiz dan kedudukan liang ini berbeza mengikut spesies. Sutera sangat penting kepada labah-labah. Labah-labah menggunakannya dalam pelbagai cara. Selain untuk membuat sawang, sutera membantu labah-labah bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Benang sutera yang dilepaskan menahan labah-labah daripada jatuh ke tanah. Labah-labah betina membentuk bekas sutera atau kokun di sekeliling telurnya untuk melindungi telur itu. Kebanyakkan spesies labah-labah menutup tempat perrlindungan bawah tanahnya dengan benang sutera. Ada juga spesies yang membuat pelbagai bentuk perangkap daripada sutera untuk menangkap mangsanya. Walaupun benang sutera sangat halus, benang sutera ini sangat anjal dan kuat. Sekumpulan labah-labah yang dikenali sebagai labah-labah cribellate membuat sejenis sutera istimewa yang melekit dan berwarna biru. Labah-labah ini tidak mengeluarkan sutera melalui spinneret, tetapi melalui bahagian yang dipanggil cribellum yang ditemui di bahagian abdomen.

Spineret

Spineret Dilihat Dari Dekat

1.3 MENCARI PASANGAN Banyak spesies labah-labah menunjukan dimorfisme seks iaitu, labah-labah jantan berbeza daripada labah-labah betina. Pada amnya, labah-labah jantan lebih kecil daripada labah-labah betina, berkaki halus dan lebih berwarna-warni. Pedipalpanya jantan juga berbeza. Di setiap hujung pedipalpanya terdapat kuku tajam istemewa untuk mensenyawakan labah-labah betina semasa mengawan. Sebelum mencari pasangan, labah-labah jantan menenun sawang kecil dan membubuh titisan kecil sperma, cecair yang diperlukan oleh telur labah-labah betina untuk berkembang. Labah-labah jantan kemudian mengumpul sperma itu dengan pedipalpanya. Apabila bertemu dengan labah-labah betina, labah-labah jantan menunjukan kelakuan yang khusus, dikenal sebagai pertunjukan memikat, yang memberitahu labah-labah bahawa labah-labah jantan hendak mengawan. Labahlabah betina kemudiannya membenarkan labah-labah jantan mendekatinya tanpa pertunjukan memikat yang betul, labah-labah betina akan menyalah anggapnya sebagai mangsa dan akan membahamnya. Pertunjukan memikat mengikut spesies. Sesetengah labah-labah jantan membuat tarian yang kompleks, manakala yang lain menggetarkan sawang labah-labah betina dengan mengetuk benang sawang perlahan-lahan.

Labah-Labah Betina Dan Jantan

1.4 MENJAGA ANAK Telur labah-labah berbentuk bulat dan bergaris pusat lebih kurang 1/25 inci (1mm). Jumlah telur di dalam kelompok adalah berbeza-beza mengikut spesies iaitu dari 1 atau 2 hingga lebih daripada 10 ribu bagi spesies yang besar. Labah-labah melindungi telurnya dengan membungkusnya di dalam kokun sutera. Sesetengah spesies membentuk kokun seperti telur yang kecil atau pundi penggeram di dahan tumbuhan. Sesetengah labah -labah lain menyembunyikan telurnya di celah daun atau di bawah batu, kemudian menjaganya dari tempat tersembunyi yang berhampiran. Labah-labah betina sesetengah spesies mengikat pundi-pundi telurnya di spirenet atau kalisera. Ada juga labah-labah betina yang membawanya di atas belakangnya atau di antara kaki-kakinya. Selepas beberapa lama, telur menetas dan anak labah-labah muncul daripada kokun. Anak labah-labah tidak seperti serangga yang lain kerana anak labah-labah menyerupai labah-labah dewasa walaupun bentuknya belum lengkap. Pada masa ini, anak labah-labah tidak makan apa-apa dan kurang bergerak. Tidak lama kemudian, anak labah-labah mula makan. Kini anak labah-labah kelihatan seperti induknya, tetapi bersaiz lebih kecil. Kebanyakan labah-labah betina tinggal bersama anak-anaknya untuk melindungi anak-anaknya itu. Tempoh masa kitaran perkembangan labah-labah daripada telur sehingga dewasa adalah berbeza-beza mengikut spesies. Kitaran ini biasanya lebih pendek bagi spesies labah-labah yang lebih kecil.

Kitaran Hiup Labah-Labah

1.5 PEMBURU YANG HANDAL Labah-labah merupakan pemburu yang handal. Labah-labah biasanya memakan serangga seperti lebah, kumbang, dan lain-lain. Spesies yang lebih besar pula mungkin menangkap tikus dan burung kecil. Apabila dapat menangkap mangsanya, labah-labah dapat menyembur atau menyuntik mangsanya itu dengan cecair yang mencernakan mangsanya itu menjadi cecair, membolehkan labah-labah menghisapnya. Cara labah-labah berburu berbeza mengikut spesies. Labah-labah pengeram sebagai contoh, menerkam

mangsanya dan menyuntik mangsa dengan racun. Ada labah-labah yang memintal sawang untuk memerangkap serangga yang terbang. Mangsa yang cuba melepaskan diri menggetarkan benang sawang. Ini menyedarkan labah-labah yang menunggu yang dengan segera bertindak membungkus mangsanya di dalam sutera yang melekit. Mangsa kemudian disuntik dengan racun. Ada juga spesies yang menyamar seperti mangsanya. Sebagai contoh, terdapat labah-labah pemakan semut yang mengadaptasikan dirinya untuk kelihatan seperti semut. Ini membolehkan labah-labah itu mendekati semut tanpa menakutkan mangsanya itu. Labah-labah ketam pula tidak memintal sawang, sebaliknya menyamar diri. Warna labah-labah ketam menjadi sebati dengan warna tempat tinggalnya, menjadikannya sukar dikesan. Labah-labah ini kemudian menunggu kedatangan serangga dengan sabra. Apabila serangga menghampirinya, labah-

labah akan menerkam dan melumpuhkan mangsa dengan racunnya. Terdapat dua jenis labah-labah iaitu labah-labah beracun dan labah-labah penyelam.

Kelisera

1.5.1 LABAH-LABAH BERACUN Hampir semua labah-labah mempunyai racun. Kelenjar racun terletak di pangkal kelisera dan menganjur ke dalam duktus yang mengalirkan racun ke bahagian taring. Bisa racun bergantung kepada spesies labah-labah dan saiz mangsa yang disuntik. Hanya sebilangan kecil labah-labah yang berbahaya kepada manusia. Kelisera kebanyakan labah-labah tidak cukup kuat untuk menembusi kulit manusia. Tambahan pulak, racun kebanyakan spesies terlalu lemah untuk membahayakan manusia. Sesetengah labah-labah sangat berbahaya, contohnya labah-labah black widow. Walaupun labah-labah ini kecil, racunnya boleh menyebabkan maut ke atas manusia. Labah-labah yang paling beracun dan agresif ialah labah-labah dari Amerika Selatan. Labah-labah pisang paling ditakuti. Gigitannya boleh membunuh. 1.5.2 LABAH-LABAH PENYELAM Labah-labah bernafas melalui dua jenis organ iaitu paru-paru buku atau trakea. Namun begitu, terdapat beberapa spesies yang mempunyai kedua-duanya. Liang pernafasan labah-labah terletak di bahagian bawah abdomen. Kebanyakan labah-labah tinggal di atas tanah. Sesetengah spesies tinggal berhampiran dengan air dan mampu berjalan di permukaan air. Dalam keadaan berbahaya, labah-labah ini adakalanya menyelam dengan memegang tumbuhan air. Satu daripada beberapa spesies akuatik yang sebenar ialah Argyroneta Aquatica yang hidup, memburu makanan, dan membiak di dalam air. Namun begitu, seperti labah-labah yang lain, labah-labah ini memerlukan udara untuk bernafas. Labah-labah kecil ini merupakan penyelam handal dan membina tempat perlindungan di dalam air. Laba-labah ini menenun sawang seperti kain sutera halus, yang dilekatkannya pada tumbuhan air. Labah-labah ini kemudian mengisi kain dengan udara untuk membentuk gelembung seperti loceng dengan liang terbuka di bawahnya untuk membolehkan labah-labah keluar masuk. Apabila bekalan udara habis, labah-labah air ini akan mengisinya semula. Apabila meninggalkan gelembung loceng untuk berburu, labah-labah ini membawa bersamasamanya gelembung udara yang dilekatkan di abdomennya. Ini membolehkannya bernafas. Labah-labah air merupakan yang baik yang memakan ikan ikan kecil.

1.6 JURUBINA BAWAH TANAH Sesetengah labah-labah mengorek lubang di dalam tanah. Rumah-rumah bawah tanah ini mungkin mengandungi satu atau lebih terowong. Bentuk terowong ini pelbagai dan bergantung kepada spesies labah-labah. Labah-labah ini menghabiskan sebahagian besar daripada hidupnya di dalam lubang. Dari semasa ke semasa labah-labah akan muncul ke permukaan tanah untuk memburu mangsanya. Hanya labah-labah jantan yang meninggalkan lubang untuk mencari pasangan ketika musim pembiakan. Labah-labah pintu kolong menggali lubang secara menegak dan melapisi dindingnya dengan benang sutera. Labah-labah kemudiannya membina pintu yang dipanggil operculum untuk menggaburi laluan masuk. Pintu ini melekap pada bukaan terowong di satu bahagian. Ini membolehkan labah-labah membuka dan menutupnya pada bila-bila masa. Apabila serangga melalui tempat tinggalnya, labah-labah dengan segera membuka pintu kolong itu untuk menagkap serangga tersebut. Jika terdapat ancaman bahaya, labah-labah akan menutup pintunya meenjadikannya sukar dikesan. Sesetengah labah-labah cribellate tinggal di dalam lubang berlapiskan sutera, tetapi tanpa pintu. Sebaliknya labah-labah ini membuat satu tiub sutera yang meninggi di atas pintu masuk. Labah-labah melindungi tiub ini dengan debu dan sampah tumbuhan.

1.7 HIDUP DALAM KOMUNITI Labah-labah merupakan haiwan pemangsa. Oleh itu, bukanlah satu perkara yang luar biasa untuk labah-labah menyerang sesama sendiri. Inila yang menyebabkan kebanyakan labah-labah memilih untuk hidup bersendirian. Hanya pada peringkat awal perkembangannya, labah-labah akan berkumpul bersama-sama. Namun kemudian, labah-labah berpisah untuk berdikari. Labah-labah yang suka bergaul dan hidup berkelompok juga wujud, tetapi organisasinya tidak sempurna organisasinya tidak sempurna organisasi lebah atau semut. Sesetengah spesies saling bertoleransi antara satu sama lain. Walaupun spesies ini hidup bersama, namun setiap seekor mempunyai sawang masingmasing. Ada juga spesies yang bertindak lebih jauh, iaitu memburu mangsa dalam kumpulan dan berkongsi tangkapan dengan semua ahli komuniti. System bermasyarakat yang lebih kompleks pula melibatkan labah-labah yang menghabiskan seluruh kehidupannya bersama-sama di dalam sebuah sawang yang besar. Labah-labah ini membentuk koloni yang terbentuk daripada lebih daripada seratus ekor labah-labah. Labah-labah ini melakukan apa-apa sahaja sebagai satu kumpulan. Labah-labah ini memburu, makan, dan membiak bersama-sama, teteapi masih bertelur di dalam pundi telur masing-masing. Di benua Amerika terdapat pelbagai spesies yang kadang kala berkumpul dalam kumpulan. Kehidupan bermasyarakat sangat berguna ketika mendapatkan makanan.

Labah-Labah Dalam Komuniti

1.8 TABURAN DAN POPULASI LABAH-LABAH Satu kajian telah menunjukan tentang taburan labah-labah wujud di semua benua (kecuali Antartika, walaupun taburan labah-labah telah dilaporkan di sana) dan pada ketinggian setinggi 5,000 meter (16400 kaki) di Himalaya. Banyak spesies dijumpai di kawasan tropika berbanding di kawasan-kawasan beriklim sederhana. Walaupun kebanyakan labah-labah adalah spesies daratan, tetapi juga mempunyai spesies akuatik dan kehidupan di dalam air. Terdapat beberapa spesies yang tinggal di kawasan pantai dan di permukaan air tawar atau garam. Kebanyakan spesies labah-labah yang berbahaya didapati di seluruh benua. Sydney Funnelwebs iaitu sejenis labah-labah yang berbahaya ditemui hanya dalam lingkungan 160km Sydney. Pelbagai spesies lain Funnelweb, yang dianggap kurang bahaya, dijumpai di sepanjang pantai timur dari tenggara Queensland ke pusat bandar Victoria dan Tasmania timur. Labah-labah Tetikus atau Mouse Spider yang agak serupa dengan Funnelwebs, dijumpai di seluruh tanah besar, tetapi tidak di Tasmania.

TABURAN FUNNELWEB

TABURAN MOUSE SPIDER

Selain itu, labah-labah jenis Theraphosid Avicularia banyak didapati di Trinidad. Kajian telah dijalankan selama 18 bulan di kawasan penduduk yang mempunyai ladang kacang seluas 2.2 hektar di Tonka. Labah-labah ini hidup di daun tumbuh-tumbuhan yang berkembang rendah. Kebanyakan labah-labah jantan dan betina dewasa membuat sarang sutera pada ketinggian 1.5 meter dan 3 meter pada batang pokok. Kepadatan penduduk berkait rapat dengan perubahan

keamatan cahaya pada waktu senja dan subuh seterusnya mempengaruhi populasi spesies labah-labah ini. Disamping itu, labah-labah jenis Tarantula dapat dijumpai di seluruh dunia dan mampu hidup dalam kawasan tropika atau kering. Hutan hujan Amerika Selatan merupakan tempat yang mempunyai jenis Tarantula yang banyak dan spesies yang lain dapat dijumpai di Afrika, Asia dan India. Beberapa kawasan benua Australia juga mempunyai sepsis Tarantula yang banyak. Hampir semua daripada 30 spesis Tarantula yang dijumpai di Amerika Syarikat terletak di habitat kering. Tarantula padang pasir dijumpai di Arizona, New Mexico, California dan di negeri-negeri lain. Tidak seperti labah-labah yang lain Tarantula tidak menggunakan benang halus sebagai sarang. Sebaliknya Tarantula membuat sarang mereka dalam lubang di dalam tanah, celah batu dan di pokok-pokok.

1.9 FAKTOR KEPUPUSAN LABAH-LABAH Pada masa kini manusia masih lagi terkejar-kejar kemewahan yang

berlandaskan teknologi dan kecanggihan cara hidup. Tetapi harga yang perlu dibayar untuk mencapai semua itu adalah sangat tinggi. Pelbagai khazanah bumi terpaksa di korbankan untuk memenuhi kehendak dan nafsu manusia masa kini. Kealpaan manusia telah mengakibatkan angka flora dan fauna yang hampir pupus semakin meningkat angkanya. Kepupusan flora dan fauna telah berada pada zon berbahaya dan ia perlu diambil serius selagi kita mempunyai masa. Menurut Julian Huxley (1948) kawasan terlindung dan spesies terancum boleh dilindungi dengan paling berkesan jika orang tempatan menganggap perbuatan sedemikian sebagai sesuatu yang memanfaatkan sendiri. Bekerjasama dengan orang tempatan, berbanding dengan menentang mereka, merupakan prinsip kerja utama IUCN Di sini kita ingin membincangkan tentang satu jenis serangga iaitu labahlabah. Antara perkara yang ingin dibincangkan ialah tentang punca-punca kepupusan , kesan-kesan kepupusan dan langkah-langkah yang dianggap sesuai untuk mengatasi masalah ini. Kebanyakan contoh-contoh yang diselitkan melibatkan Negara kita sendiri iaitu Negara Malaysia. Kepupusan labah-labah mempunyai hubung kait dengan alam sekitar. Labahlabah berguna kepada alam sekitar kerana labah-labah mengawal pembiakan serangga perosak tanaman. Sebagai contoh belalang merupakan salah satu daripada makanan labah-labah. Pembiakan belalang yang banyak boleh

menyebabkan kesan buruk kepada hasil tanaman. Jadi pengawalan pembiakan belalang dengan menjadi bahan makanan kepada labah-labah dapat mengurangkan kadar kepupusan tanaman tersebut. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyumbang kepda kepupusan labahlabah sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Diantara puncapuncanya adalah pembalakan haram yang merupakan salah satu punca utama kepupusan labah-labah. Pembalak-pembalak haram giat menjalankan pembalakan secara terbuka di kawasan yang tidak sepatutnya ditebang dan menyebabkan habitat labah-labah ini terjejas. Kerajaan perlu memainkan peranan utama dalam memperketatkan undang-undang tentang pembalakan dan pemburuan haram. Pihak berkuasa perlu sentiasa peka dengan setiap pergerakan yang dilakukan oleh

pembalak dan pemburu haram kerana kewujudan mereka bakal menghancurkan flora dan fauna seterusnya mengancam habitat labah-labah Pembakaran hutan juga adalah salah satu punca penyebab kemusnahan habitat tersebut. Perkara ini juga dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dilakukan secara terbuka. Hal ini akan menyebabkan habitat kehilangan tempat tinggal. Perkembangan arus permodenan menyebabkan banyak pembangunan berlaku di atas bumi. Untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi, banyak kawasan baru yang diterokai untuk membina penempatan baru, dijadikan kawasan pertanian dan perindustrian Selain itu, keunikan serangga ini juga adalah antara faktor kepupusan serangga tersebut. Sebagai contoh di Bukit Fraser, Tarantula yang merupakan salah satu daripada spesies labah-labah mempunyai habitat yang banyak di situ. Tarantula merupakan salah satu daripada daya tarikan pelancong yang datang ke Bukit Fraser. Namun akhir-akhir ini, Tarantula telah dilabelkan sebagai spesies yang semakin terancam dan bakal hilang dari tanah tinggi itu akibat kekurangan perhatian dan sifat kejam manusia. Kini lubang yang menjadi sarang kepada Tarantula musnah akibat kerakusan manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri di mana ada yang cuba mengambil haiwan ini untuk dipelihara serta dijual kepada peminat spesies itu. Di Jepun misalnya setiap tarantula berharga RM228 seekor untuk dijadikan binatang peliharaan disebabkan keunikan habitat ini seperti mempunyai kaki atas yang berwarna keemasan dan kaki bawah berwarna biru gelap. Perubahan suhu juga mengakibatkan kepupusan serangga ini. Perubahan suhu dunia semakin meningkat dari hari ke hari yang menunjukkan bahawa lapisan ozon semakin menipis. Tidak semua labah-labah mampu bertahan dengan suhu yang panas membahang. Apabila hutan mengalami kepanasan yang melampau iaitu mengalami kepanasan global, serangga-serangga lain juga turut merasainya. Labah-labah memerlukan suhu yang sesuai untuk hidup. Sebagai contoh salah seekor daripada spesies labah-labah iaitu Tarantula memerlukan suhu yang sesuai untuk hidup iaitu pada suhu antara 16 hingga 22 darjah selsius. Kewujudan sistem pengurusan hutan boleh menjamin dan melindungi spesies labah-labah yang kian terancam seperti menjalankan penanaman semula contohnya

menanam semula tumbu-tumbuhan atau pokok yang menjadi habitat kepada labahlabah yang telah ditebang bagi menggantikannya. Selain itu, dengan menghadkan kapasiti hutan untuk mengelakkan tumbuhan dan pokok-pokok ditebang.Dengan mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan sebagai Taman Negara, taman rekreasi, taman laut dan sebagainya dengan keluasan mencukupi, serta memperbanyakan kawasan-kawasan pemeliharaan labah-labah agar spesies labah-labah dapat dipelihara.

2.0 USAHA-USAHA KONSERVASI

Alam

sekitar

adalah

anugerah

Tuhan

yang

amat

bernilai

kepada

kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Tuhan telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gununggunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Menurut Ford, P.M. (1981), Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Segala pencemaran yang telah berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri. Dalam usaha mengurus kualiti udara pihak berkuasa perlulah memastikan kualiti udara sentiasa di tahap baik seperti yang ditunjuk oleh Indeks pencermaran Udara (API). Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah tempat di negara kita tidak dapat mencapai Indeks Pencermaran Udara (API), seperti negeri Pulau Pinang dan juga negeri Selangor yang mempunyai kawasan perindustrian yang banyak dan juga bilangan penduduk yang banyak turut menambah teruk udara di negeri tersebut. Selain daripada pembebasan karbon monoksida yang dibebaskan daripada kilang, pengangkutan juga merupakan penyumbang kepada pelepasan karbon monoksida yang banyak. Selain daripada membebaskan karbon monoksida, ia juga menyebabkan habuk yang banyak. Habuk yang banyak akan menjadikan satu lapisan udara yang menghalang air di permukaan bumi daripada mengewap. Keadaan ini akan menyebabkan kawasan tersebut mengalami musim kemarau. Selain itu , karbon monoksida juga akan menyebabkan hujan asid. Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini

kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak. Penanaman pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanasan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat

membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita. Seperti yang diperkatakan oleh Zaini Bin Ujang, Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia,(2009) apabila disebut alam sekitar kita tidak lari dari memperkatakan tentang udara, habitat dan air. Kualiti air juga merupakan satu cabaran yang sengit kepada kerajaan negara kita dan juga para sukarelawan untuk melindungi alam sekitar. Disebabkan dengan pembekal yang tidak

bertanggungjawab telah menyebabkan kualiti air di negara kita semakin serius. Demi untuk mencapai keuntungan yang tinggi, pembekal enggan membina loji penapisan sisa yang akan dialir keluar dari kilang tersebut. Tindakan ini sudah tentu akan menambah teruk lagi kualiti air. Selain daripada, sisa-sisa yang dialir keluar dari kilang, para petani juga perlu bertanggungjawab keatas pencermaran tersebut. Disebabkan ramai petani telah menggunakan racun serangga yang mengandungi bahan kimia pekat. Bahan kimia ini akan mengalir ke dalam longkang setelah digunakan oleh para petani. Disamping itu, pendekatan pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM) haruslah dipergiat untuk menambah baik kualiti air sungai dan air bawah tanah. Usaha haruslah ditumpu ke arah mengurang bilangan sungai tercemar Akhir sekali antara langkah yang harus diambil untuk mengatasi atau mengawal masalah ini ialah dengan mengadakan seminar-seminar kesedaran untuk

orang ramai tentang masalah kepupusan dan kesannya kepada orang ramai. Kanakkanak harus diajar di sekolah dan juga di rumah supaya menghargai alam sekitar dan flora serta fauna.

BIBLIOGRAFI

INTERNET http://www.americanarachnology.org/JoA_free/JoA_v18_n2/JoA_v18_p181.pdf Diakses pada 6 Ogos 2012. http://www.spidersworlds.com/ Diakses pada 6 Ogos 2012. http://bmg36.blogspot.com/2010/10/pemeliharaan-dan-pemuliharaan-alam_04.html Diakses pada 6 Ogos 2012. http://alamsekitarterkini.wordpress.com/2010/08/17/kesan-pembuangan-toksikmenyebabkan-pencemaran-alam-sekitar/ Diakses pada 7 Ogos 2012 http://www.jstor.org/discover/10.2307/2389113?uid=3738672&uid=2&uid=4&sid=211 01128756561 Diakses pada 9 Ogos 2012 http://www.hannesmitchell.co.za/communitynest7. Diakses pada 9 Ogos 2012

BUKU Maria Angels Julivert (1996). Dunia Haiwan Yang Menakjubkan:

LabahLabah. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ralph Whitlock (1980) . Spider. Wayland Publisher Ltd. Ford, P.M. (1981), Life And Nature. Wayland Publisher Ltd. Prof Dato Ir. Dr. Zaini Bin Ujang. (2009). Pencemaran. Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. Julian Huxley (1948), UNESCO: Its Purpose and Philosophy: Facsimiles of English and French Editions of This Visionary Policy Document. Euston Grove Pr.

Anda mungkin juga menyukai