Anda di halaman 1dari 25

BAB 1

Konsep Asas dan


Tujuan Pentaksiran
Bilik Darjah
Hasil Pembelajaran

 Menjelaskan konsep asas pengujian, pengukuran,


penilaian dan pentaksiran dalam pendidikan
 Membezakan pengujian, pengukuran, penilaian dan
pentaksiran
 Membincangkan peranan dan tujuan pentaksiran dalam
pendidikan
 Membezakan pentaksiran tentang pembelajaran,
pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran
sebagai pembelajaran

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 3
Pengujian

 Pengujian merujuk prosedur sistematik untuk mengumpulkan


maklumat mengenai prestasi murid.
 Menjawab soalan “Betapa baik pencapaian seseorang
individu sama ada secara perbandingan dengan yang lain
atau dengan satu domain tugasan pencapaian”.
 Ujian digunakan untuk mengukur satu sampel tingkah laku
seperti kemahiran murid dari segi lisan, bertulis dan saintifik
atau matematik, pencapaian keseluruhan dan prestasi murid.
 Cara: Ujian seperti ujian pensel dan kertas, ujian lisan,
portfolio dan ujian prestasi.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 4
Pengukuran

 Pengukuran didefinisikan sebagai proses menetapkan


nombor kepada pencapaian murid mengikut peraturan
yang spesifik.
 Menjawab soalan “Berapa banyakkah?”
 Deskripsi numeral terhadap pencapaian digunakan untuk
mengukur ciri-ciri dan tingkah laku murid.
 Cara: Ujian kertas dan pensel, ujian lisan, ujian prestasi, soal
selidik, temu bual, pemerhatian, skala kadar, latihan, lembaran
kerja dan penyoalan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 5
Penilaian

 Penilaian merupakan proses pengumpulan dan


interpretasi maklumat untuk membuat keputusan
terhadap tindakan yang seterusnya boleh diambil.
 Hal ini melibatkan penghakiman dan keputusan yang dibuat
tentang kualiti terhadap sesuatu aspek sama ada pencapaian
murid, pengajaran guru atau aktiviti pengajaran.
 Penilaian pada umumnya memerlukan maklumat tentang
sesuatu situasi dan akhirnya satu keputusan dibuat
terhadapnya.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 6
Penilaian (sambung…)

 Contoh: Sabrina mendapat 45 markah untuk ujian Sains. Jika


guru menetapkan markah lulus sebagai 40 markah (kriteria
ditetapkan awal), maka Sabrina lulus ujian tersebut
(penghakiman nilai). Jika markah lulus ditetapkan sebagai 50
markah, Sabrina gagal ujian tersebut.
 Keputusan yang dibuat bergantung pada kriteria yang
ditetapkan awal.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 7
Pentaksiran

 Pentaksiran ialah proses yang berterusan untuk memperoleh


maklumat, menginterpretasi, merekod dan melapor prestasi murid
untuk membantu guru membuat keputusan dan mengambil
tindakan.
 Dalam kebanyakan penulisan, kedua-dua istilah penilaian dan
pentaksiran digunakan secara “saling bertukar”.
 Maklumat yang dikumpulkan akan menyediakan maklum balas
untuk membantu menambah baik aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (Arends, 2004).

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 8
Perbezaan antara Pengujian,
Penilaian dan Pentaksiran di dalam
Bilik Darjah

Aspek Pengujian Pengukuran Penilaian Pentaksiran


Perbandingan
Definisi Alat untuk Satu proses Proses untuk Proses
mengukur untuk menentukan menentukan
perubahan menentukan perubahan tingkah laku pencapaian dan
tingkah laku tahap dan membuat membuat
murid pencapaian pertimbangan keputusan untuk
murid nilai/penghakiman tindakan
selanjutnya
Tujuan utama Menentukan Membuat Memberikan maklumat Memperoleh dan
pencapaian pengelasan bagi tentang pencapaian memberikan
sesuatu kedudukan hasil pembelajaran, maklumat yang
pembelajaran dalam kaedah mengajar dan berterusan untuk
pembelajaran kurikulum untuk menambah baik
membuat keputusan pembelajaran

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 9
Perbezaan antara Pengujian,
Penilaian dan Pentaksiran di dalam
Bilik Darjah (sambung…)

Aspek Pengujian Pengukuran Penilaian Pentaksiran


Perbandingan
Orientasi/Fokus Terhad pada Berfokuskan pada Berorientasikan Berorientasikan
sesuatu sesuatu peringkat produk/hasil proses mengenai
kemahiran pembelajaran mengenai apa-apa perkembangan
atau unit yang telah dipelajari pembelajaran
pembelajaran

Kaedah/Bentuk Pemerhatian Pelbagai cara Pelbagai kaedah Pelbagai kaedah


temu bual, soal mengumpulkan kuantitatif dan kuantitatif dan
selidik atau data kuantitatif huraian kualitatif huraian kualitatif
soalan-soalan
ujian

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 10
Perbezaan antara Pengujian,
Penilaian dan Pentaksiran di dalam
Bilik Darjah (sambung…)

Aspek Pengujian Pengukuran Penilaian Pentaksiran


Perbandingan
Kegunaan Untuk mengesan Untuk pengelasan Untuk memperbaik Untuk menambah
pengetahuan dan penempatan kurikulum, cara baik pengajaran
sedia ada murid murid dalam pengajaran dan dan pembelajaran
dan pencapaian jurusan tertentu membuat ramalan dari segi mengesan
selepas suatu punca kelemahan
kemahiran/unit
pembelajaran
Keputusan Pencapaian suatu Pencapaian dalam Penghakiman untuk Pengesan/
kemahiran atau bentuk kuantitatif mencapai gred/skor pengenalpastian
penguasaan keseluruhan aspek-aspek
pembelajaran pembelajaran untuk
yang spesifik penambahbaikan

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 11
BAB 2

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 12
Tujuan Pentaksiran

 Keputusan instruktional:
 Keputusan dibuat sebelum instruksi berdasarkan aspek
pengetahuan yang sedia ada, tahap dan pencapaian
murid sebelum ini.
 Semasa instruksi, keputusan dibuat tentang sistem
penyampaian, maklum balas, pembelajaran dan
kawalan bilik darjah.
 Keputusan selepas instruksi adalah berdasarkan
pencapaian murid untuk penambahbaikan pengajaran.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 13
Tujuan Pentaksiran (sambung...)

 Keputusan bimbingan:
 Data pentaksiran membantu guru membuat keputusan
bimbingan dari segi perkembangan akademik dan
peribadi murid/kerjaya murid.
 Keputusan pentadbiran:
 Pentaksiran bertujuan membuat keputusan pentadbiran
dari aspek pemilihan, pengelasan dan penempatan
pelajaran ke bidang yang relevan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 14
Tujuan Pentaksiran (sambung...)

 Keputusan penyelidikan:
 Data pentaksiran mencetuskan pelbagai jenis
penyelidikan dalam aspek pencapaian murid dan
sistem penyampaian demi penambahbaikan
pembelajaran murid.
 Sebagai motivator pembelajaran:
 Pentaksiran merupakan motivator kepada murid untuk
terus belajar demi mencapai prestasi yang tinggi.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 15
Pentaksiran tentang Pembelajaran

 Jenis pentaksiran ini merujuk strategi yang dibina untuk


mengukur sesuatu yang murid tahu, menunjukkan sama
ada mereka memenuhi hasil kurikulum atau hasil
pembelajaran suatu program.
 Ia merupakan pentaksiran berbentuk sumatif dan
dilaksanakan pada hujung sesuatu unit atau program.
 Keberkesanannya bergantung pada kesahan dan
kebolehpercayaan aktiviti/tugasan, serta keadaan dan
kualiti maklum balas yang diberikan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 16
Pentaksiran untuk Pembelajaran

 Jenis pentaksiran ini membantu murid mengenal pasti


kekuatan dan kelemahan dalam prestasi mereka supaya
dapat menambah baik pencapaian mereka.
 Ia dilaksanakan sepanjang pengajaran dan pembelajaran.
 Maklum balas berterusan secara deskriptif membantu
guru menambah baik proses pengajaran manakala murid
membaiki prestasi pembelajaran.
 Guru memberikan keputusan dan maklum balas cepat,
spesifik dan bertumpukan kepada tingkah laku murid.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 17
Pentaksiran sebagai Pembelajaran

 Jenis pentaksiran ini menekankan penilaian kendiri,


penilaian rakan sebaya dan membuat refleksi sebagai
pendorong pembelajaran.
 Ia menggalakkan murid bertanggungjawab terhadap
pembelajaran sendiri, memerlukan murid untuk bersoal
jawab tentang pembelajaran mereka, serta melibatkan
guru dan murid untuk merancang hala tuju pembelajaran
bagi menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 18
Perbandingan antara Ketiga-tiga
Jenis Pentaksiran

Pentaksiran tentang Pentaksiran untuk Pentaksiran sebagai


Ciri Utama
Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran

Tujuan Mendokumentasikan Menggalakkan Meningkatkan rasa


pencapaian murid peningkatan dalam tanggungjawab murid
serta penguasaan pencapaian untuk atas pembelajaran
standard; mengukur membantu murid sendiri; menggalakkan
kedudukan menepati standard; penilaian kendiri untuk
pencapaian pada menyokong perkembangan diri
sesuatu ketika untuk perkembangan murid murid.
tujuan pelaporan. secara berterusan;
Penambahbaikan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 19
Perbandingan antara Ketiga-tiga
Jenis Pentaksiran (sambung…)

Pentaksiran tentang Pentaksiran untuk Pentaksiran sebagai


Ciri Utama
Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran
Fokus Akauntabiliti terhadap Sasaran pencapaian Standard pencapaian
Pentaksiran standard pencapaian spesifik yang ditentukan Dipertanggungjawabkan
Dipertanggungjawabkan oleh guru untuk kepada murid sendiri
kepada sekolah, guru membolehkan murid
dan murid mencapai standard

Masa/Tempoh Selepas pembelajaran Semasa pembelajaran Secara berterusan dalam


pelaksanaan pembelajaran

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 20
Perbandingan antara Ketiga-tiga
Jenis Pentaksiran (sambung…)

Pentaksiran tentang Pentaksiran untuk Pentaksiran sebagai


Ciri Utama
Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran

Kegunaan Memberikan pensijilan Memberikan maklum *Memberikan maklum


kepada murid mengenai balas kepada murid balas terhadap kemajuan
pencapaian, untuk menambah baik berdasarkan penilaian
*menyaring murid pembelajaran, kendiri,
berdasarkan keputusan *membantu guru menganalisis *penilaian rakan
pencapaian, penempatan, kelemahan dan keperluan sebaya; menambah baik
kenaikan murid, pembelajaran secara kendiri
dan graduasi *membantu ibu bapa/ penjaga dan menggariskan
memantau perkembangan diri dalam
kemajuan pembelajaran pembelajaran
anak serta memberikan
sokongan/bimbingan
kepada murid

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 21
Perbandingan antara Ketiga-tiga
Jenis Pentaksiran (sambung…)

Pentaksiran tentang Pentaksiran untuk Pentaksiran sebagai


Ciri Utama
Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran

Peranan *Mentadbir ujian dengan baik *Mentransformasi standard ke *Menetapkan sasaran


Guru untuk memastikan kejituan dalam sasaran bilik darjah yang pencapaian bersama-sama
dan kebolehbandingan ingin dicapai; murid;
dalam keputusan; *memberitahu murid tentang * Menggalakkan murid
*menggunakan keputusan sasaran pencapaian; bertanggungjawab terhadap
untuk membantu murid *membina alat pentaksiran; pembelajaran sendiri;
menepati standard; *modifikasi pengajaran *menyediakan cara untuk
*menginterpretasikan berdasarkan keputusan; menggunakan maklum balas
keputusan untuk ibu *memberikan maklum balas formal atau tidak formal serta
bapa/penjaga; kepada murid penilaian kendiri untuk
*menggubal alat pentaksiran *melibatkan murid dalam memahami langkah
untuk penggredan dalam kad pentaksiran pembelajaran selanjutnya;
pelaporan *membantu murid menyoal
tentang pembelajaran sendiri

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 22
Perbandingan antara Ketiga-tiga
Jenis Pentaksiran (sambung…)

Pentaksiran tentang Pentaksiran untuk Pentaksiran sebagai


Ciri Utama
Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran

Peranan *Belajar untuk *Sentiasa mengikuti kemajuan *Memantau kemajuan


Murid memenuhi standard; sendiri; diri supaya mencapai
*mengambil ujian yang *menyumbang kepada sasaran;
ditadbir pencapaian matlamat; *membuat penilaian
*berusaha untuk *mengambil tindakan terhadap kendiri untuk menambah
mendapat skor tertinggi; keputusan pentaksiran supaya baik prestasi
*mengelakkan kegagalan beransur dalam menambah
baik prestasi

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 23
Perbandingan antara Ketiga-tiga
Jenis Pentaksiran (sambung…)

Pentaksiran Pentaksiran
Pentaksiran untuk
Ciri Utama tentang sebagai
Pembelajaran
Pembelajaran Pembelajaran
Contoh *Ujian pencapaian; *Pelbagai alat *Penilaian Kendiri;
Instrumen *peperiksaan akhir; pengukuran sama ada *Penilaian Rakan
Pentaksiran * ujian sumatif; tradisional atau autentik; Sebaya
*ujian penempatan * Rubrik pemarkahan;
* Maklum balas kualitatif
kepada murid

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 24
Rumusan

 Pentaksiran bilik darjah merangkumi pengujian, pengukuran


dan penilaian.
 Pentaksiran bilik darjah bertujuan untuk membuat keputusan
dalam pengajaran dan pembelajaran, bimbingan pembelajaran
dan kerjaya, penyelidikan berasaskan data, menentukan aspek
pentadbiran dan memberikan motivasi kepada murid.
 Pentaksiran bilik darjah terdiri daripada pentaksiran untuk
pembelajaran, pentaksiran tentang pembelajaran dan
pentaksiran sebagai pembelajaran.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 25

Anda mungkin juga menyukai