Anda di halaman 1dari 10

1.3.

1 MENTAKRIF INVENSI DAN INOVASI


DALAM REKA BENTUK
Definisi invensi :
• Idea baru yang diilhamkan oleh pereka dalam mencipta produk, konsep,
ilmu, perkhidmatan atau proses yang baharu yang belum pernah wujud
sebelumnya.

• Namun begitu produk ini tidak lagi dipanggil invensi apabila usianya
melebihi 10 tahun atau banyak orang telah menggunakannya. Contoh radio,
computer, alatan untuk memasak

Definisi inovasi:

• adalah sebagai proses pengubahsuaian dan


penambahbaikkan kepada produk sedia ada
1.3.2 MENGAPLIKASIKAN PRINSIP INVENSI DAN INOVASI
DALAM KERJAYA REKA BENTUK
i. Masjid Putra merupakan salah satu inovasi bentuk
geometri

ii. Pemacu pena (pendrive) adalah inovasi yang dicipta


oleh rakyat Malaysia itu Datuk Pua Khein Seng.
A. Pertahanan

• Rekabentuk senjata, peralatan komunikasi, pengawasan,


pengangkutan dan sebagainya.
B. Pendidikan

Antara produk inovasi dan invensi dalam rekabentuk ialah Kamus digital,
tablet pembelajaran, LCD, OHP, Laptop dan sebagainya.
C. Kesihatan

• Antara produk inovasi dan invensi dalam bidang kesihatan


ialah :
• Peranti pengukuran tekanan darah mudah alih,
• ubat-ubatan
• jam pengukur degupan jantung.

Jam pengukur degupan jantung.


D. Pembuatan

• Bahan baharu dicipta menggantikan bahan lama yang kurang


cekap.
• Contohnya gentian karbon digunakan untuk menggantikan
logam dalam pembuatan kereta. Teknologi pencetak 3D dan
pen 3D dicipta untuk memudahkan proses pembuatan model
kereta
.

Mesin pencetak 3D
E. Teknologi Maklumat

• Penciptaan telefon pintar juga memudahkan proses komunikasi,


pemantauan dan kawalan.
• Pelbagai jenis software yang memudahkan urusan manusia
seperti waze, mirror go dll.

Telefon pintar
1.3.3 MENEROKA INVENSI DAN INOVASI
DALAM REKA BENTUK TERKINI

A. Telefon pintar pengesan gempa bumi

Ahli seismologi dan pemaju aplikasi telah bergabung tenaga untuk


menghasilkan satu aplikasi baharu dengan menggunakan telefon
pintar bagi mengesan gempa bumi yang dikenali sebagai MyShake.
Aplikasi ini boleh mengambil dan mentafsir aktiviti gempa bumi,
menganggarkan lokasi gempa bumi dan menyatakan magnitud pada
masa sebenar.

telefon pintar pengesan gempa bumi


B. Pengesan ergo (ergo sensor)

Pengesan ergo dapat menunjukkan sama ada kedudukan


badan anda lurus atau bengkok semasa menggunakan skrin
computer. Ini dapat mengelakkan punggung, pinggang dan mata
menjadi letih. Alat ini juga dapat memaparkan maklumat untuk
memberitahu anda masa yang sesuai untuk berdiri dan
berehat.

Jarak terlalu dekat Jarak dan ketinggian yang betul

Anda mungkin juga menyukai