Anda di halaman 1dari 30

PENGAWALAN

KIMIA
PERTUMBUHAN

1
HORMON TUMBUHAN
Hormon tumbuhan ialah:
• Bahan yang wujud secara semulajadi dalam
tumbuhan dalam kepekatan yang rendah.
• Membantu dalam regulasi pertumbuhan dan
perkembangan tumbuhan, dari penghasilan biji
dan percambahan hingga penuaan dan
kematian tumbuhan.
• Juga meregulasi respon tumbuhan terhadap
persekitaran (ie respon fototrofik dan geotrofik).

2
• Lima kumpulan utama hormon tumbuhan
adalah
1. Auksin
2. Gibberellin
3. Sitokinin
4. Asid absisik
5. Gas ethene.
• Tumbuhan mengandungi pelbagai campuran
hormon pertumbuhan. Maka, suatu respon
tumbesaran adalah hasil imbangan kepekatan
dua atau lebih jenis hormon.
3
HORMON
AUKSIN

4
AUKSIN
• Hormon tumbuhan yang pertama ditemui oleh
Charles & Francis (1881) semasa menguji
fototropisme (tindakbalas batang tumbuhan ke arah
cahaya)
• Auksin semulajadi sentiasa dihasilkan pada
meristem apeks pucuk dan akar
• Auksin sintetik: Asid naftalena Sintetik (NAA), asid
indol butrik (IBA), asid 2,4-diklorofenoksi asetik
(2,4-D) dan asid (2,4,5-T). Biasanya digunakan
sebagai pengawal rumpai
• Auksin diangkut dari sel ke sel dan juga pada sap
floem untuk ke bahagian akar - bawah (pergerakan
basipetal) dan diangkut ke bahagian atas tumbuhan
(pergerakan acropetal) 5
Sifat Auksin 1
• Fungsi utama auksin ialah membantu dalam
pemanjangan tumbuhan
– dibuktikan dengan berbagai ujikaji fototropisme &
geotropisme
– terkumpul pada sisi pucuk yang bertentangan
dengan cahaya  pucuk membengkok ke arah
cahaya dan akar memanjang kebawah tanah

6
Ujikaji Fototropisme

7
Ujikaji Geotropisme

8
Sifat Auksin 2
• Auksin termusnah jika terlalu terdedah
kepada cahaya
– tumbuhan yang disimpan dalam gelap lebih
panjang (kerana kuantiti auksin lebih banyak
dalam keadaan kurang cahaya)

9
Sifat Auksin 3
• Auksin lebih sensitif pada tahap
optimum
sel akar berbanding sel
batang.
• Sesuatu kepekatan
auksin mungkin boleh
mengalakkan
pertumbuhan pucuk
pada masa yang sama
mungkin juga akan
merencat pertumbuhan
akar.
• Misalnya ditunjukkan Tahap maksimum kepekatan
seperti graf ini Auksin meransang
tumbesaran pucuk
didapati akan merencat
tumbesaran 10akar
Peranan Auksin
• Menggalak:
– Pembesaran, pemanjangan dan
pembahagian sel
– Pertumbuhan akar adventitious pada
keratan batang
– Menghasilkan buah partenokarpi
(buah yang dihasilkan tanpa
pendebungaan-auksin letak pada
stigma)
– Pertumbuhan tiub debunga
• Merencat:
– pertumbuhan tunas sisi
– Keluruhan daun dan buah
(melambatkan)

11
HORMON
GIBBERELLIN
& ASID ABSISIK

12
Gibberellin
• Gibberellin dihasilkan pada organ muda
seperti daun (dalam kloroplas), tunas,
biji/embrio dan hujung akar.
• Secara komersial, gibberellin dihasilkan
daripada kultur kulat misalnya kulat
Gibberella fujikuroi.
• Hormon ini bergerak tanpa arah di
sepanjang salur xylem dan floem.

Batang pine disuntik gibberellin


Untuk meningkatkan penghasilan
kon
13
Peranan Gibberellin
Menggalakkan:
– pemanjangan variti tumbuhan renek dengan
kehadiran hormon auksin
– Menggalakkan partenokarpi
– Menggalakkan pengeluaran bunga
– Menggalakkan penglebaran daun
– Menggalakkan percambahan

Mengelakkan:
– dorman biji benih walaupun pada fasa dingin
14
Gibberellin meransang penghasilan enzim alfa
amylase iaitu enzim yang membolehkan berlaku
percambahan walau semasa iklim sejuk

15
Asid absisik
• Bersifat antagonis dengan gibberellin
• Dihasilkan dalam kloroplas tumbuhan terutama
pada musim luruh.
• Diangkut melalui floem dan juga dari sel ke sel.
• Peranan utama asid absisik:
– Merencat tumbesaran akar dan pucuk
– Merencat pertumbuhan atau meransang
kedormanan tunas dan biji
– Menyebabkan stomata daun tertutup
– Meransang keluruhan daun dan buah

16
HORMON
SITOKININ

17
Sitokinin
• Sitokinin paling banyak semasa mitosis
berlaku terutama semasa perkembangan
embrio di akar dan biji.
• Hormon ini dihasilkan pada embrio
• Pada tumbuhan matang, hormon ini juga
dihasilkan dalam akar
• diangkut ke batang dan daun melalui xylem
(semasa transpirasi).

18
Peranan sitokinin:
– Menggalak pembahagian dan pembezaan
sel pada meristem, sel yang cedera dan
kalus.
– Mengekalkan kehijauan daun, melambatkan
penuaan dan keluruhan daun.
– Menggalak pertumbuhan tunas sisi (antagonis
auksin)
– Sitokinin + Gibberellin menyebabkan biji
hilang kedormanan
– Sitokinin + Auksin menyebabkan
pembezaan sel bagi sel yang belum
membeza pada akar dan batang
19
HORMON
ETHYLENE
(etilena)

20
Ethylene
• Dihasilkan pada seluruh organ tumbuhan terutama
pada buah yang sedang masak dan bahagian
tumbuhan yang cedera.
• Sejenis gas (mudah hilang dari daun)
• Peranan utama:
– Menggalakkan buah masak
– Menggalakan keluruhan daun dan bunga (maka
buah segera terhasil).
– Mempercepatkan penghasilan dan kematangan
buah (digunakan pada nenas, tomato dan buahan
sitrus).
– Merencat tumbesaran akar

21
Hubungan antara hormon
tumbuhan
 Auksin, gibberellin dan sitokinin
saling berhubungan dalam
 meransang tumbesaran pucuk, akar,
bahagian bunga dan buah (termasuk
partenokarpi).
 mengelakkan kedormanan, pemasakan
buah, keluruhan dan penuaan tumbuhan.

22
 Gabungan kesan beberapa hormon adalah
lebih baik berbanding hanya satu hormon.
Contoh:
 gibberellin bergantung kepada kehadiran
auksin untuk meransang pemanjangan
batang
 sitokinin bergantung kepada auksin untuk
meransang pembahagian sel)
 gibberellin dan sitokinin berhubungan
dalam meransang pertumbuhan tunas sisi
 asid absisik dan gas ethylene
berhubungan dalam merencat tumbesaran
dan meransang keluruhan buah

23
24
 Terdapat juga hubungan hormon yang bersifat
antagonis (bertentangan). Contoh:
 auksin antagonis dengan kesan sitokinin pada

tumbesaran akar (auksin meransang


pertumbuhan akar sisi, tetapi sitokinin bersifat
merencat)
 Asid absisik dengan gibberellin (asid absisik

galak kedormanan, rencat percambahan.


Gibberellin sebaliknya)

25
26
Kegunaan Hormon dalam
Pertanian / Komersial
Auksin:
 disembur pada pokok buahan untuk menggalakkan
penghasilan buah
 partenokarpi
 pokok yang ditanam secara keratan dicelup dalam
serbuk auksin bagi menggalakkan penghasilan akar.
 Auksin disembur pada tomato yang akan dituai bagi
mengelakkan pertumbuhan tunas baru dan supaya
tahan disimpan.
 juga digunakan sebagai pembunuh rumpai

27
Gibberellin:
 disembur pada pokok buahan untuk meransang
penghasilan buah dan partenokarpi. Contoh
partenokarpi: anggur tanpa biji.
 Asid gibberellik digunakan dalam industri
membuat tapai. Asid ini disembur pada bijian
barli untuk meransang penghasilan enzim alfa
amylase. Enzim ini akan menukarkan kanji barli
kepada gula maltosa (proses malting).

28
Sitokinin:
 disembur pada daun segar (cth: kobis, tomato,
cili) untuk mengelakkan penuaan dan supaya
tahan disimpan.
 disembur pada bunga segar dan direndam di
dalamnya supaya tahan disimpan

Asid absisik:
 Disembur pada pokok buahan membantu
peluruhan
 supaya buah masak pada masa yang sama:
memudahkan kutipan buah masak
29
Ethylene:
 Diaplikasikan pada tanaman nenas untuk
menggalakkan pengeluaran bunga
 Buah diletakkan dalam atmosfera gas
ethene untuk menggalakkan buah cepat
masak (cth-tomato dan buahan sitrus)
 Digunakan pada pokok getah untuk
menggalakkan aliran susu getah

30

Anda mungkin juga menyukai