Anda di halaman 1dari 11

Prinsip-prinsip

Reka bentuk
landskap
Bab 3
• Kecantikan sesuatu landskap akan terserlah jika prinsip-prinsip
rekabentuk diberi perhatian.
• Prinsip-prinsip ini merupakan garis panduan menyusun
tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan satu reka bentuk.
• Aplikasi prinsip-prinsip ini berbeza mengikut imaginasi dan
sensitiviti pereka.
Keringkasan dan kesatuan (simplicity and
unity)
• Sesuatu susunan hendaklah ringkas dan mudah. Ini
merupakan prinsip yang sangat penting kepada keseluruhan
rekabentuk yang bersatu.
• Penggunaannya yang betul akan menyebabkan sesuatu reka
bentuk itu difahami dan dihayati oleh orang yang melihatnya.
• Prinsip kesatuan merujuk kepada hubungan objek-objek yang
disusun secara harmonis supaya setiap komponen dilihat
sebagai sebahagian daripada satu jasad.
• Prinsip keringkasan boleh dipenuhi dengan:
• Menggunakan tumbuhan yang perlu sahaja. Penggunaan elemen
atau cirri-ciri tumbuhan yang terlalu banyak akan
memperlihatkan susunan yang kucar-kacir dan tidak elok
dipandang
• Mengulangi penggunaan sesuatu tumbuh-tumbuhan dalam
rekabentuk yang hendak dihasilkan
• Mengurangkan jenis objek yang perlu difokuskan dalam suatu
pandangan
• Menggunakan garisan sempadan lurus atau beralun ringkas
1. Prinsip kesatuan boleh dicapai dengan :
• Mengelompokkan jenis tumbuh-tumbuhan atau warna dalam
bentuk kumpulan supaya ianya kelihatan sebagai satu unit.
• Menjarakkan sesuatu tumbuhan, warna atau objek akan
memperlihatkannya sebagai komponen yang terasing
• Menggunakan tekstur, bentuk atau warna tumbuhan yang sama
dalam bentuk ulangan dan perubahan yang ketara dari satu
kelompok kepada kelompok yang lain
2. Keseimbangan
• Keseimbangan simetri
• Bahagian kiri dan kanan yang serupa dan seimbang
• Landskap formal
• Keseimbangan asimetri
• Bahagian kiri dan kanan tidak serupa dari segi bentuk, saiz , warna,
tekstur atau ketinggian tetapi dari segi pandangan ia masih seimbang
• Landskap tidak formal
3. Penumpuan (Emphasis / focalization)
• Komponen dalam landskap yang dapat menarik perhatian atau
pandangan.
• Dengan menggunakan penumpuan, pandangan pemerhati akan
tertumpu kebahagian tersebut sebelum ke bahagian lain.
• Elemen lain dijadikan sebagai pelengkap kepadanya dan tidak
bersaing untuk mendapat perhatian
• Bahan yang boleh digunakan adalah seperti tumbuhan dengan
ciri yang amat menarik, tugu, kolam, kelompok bunga-bungaan
dan sebagainya.
4. Turutan (sequence/rhythm)
- Turutan ialah perubahan dalam sesuatu ciri yang dilakukan secara
beransur-ansur atau berperingkat-peringkat, contohnya perubahan
ketinggian tumbuhan tinggi, sederhana dan rendah.
- Prinsip ini memberi sumbangan kea rah kesatuan secara keseluruhan dalam
suatu rekabentuk landskap. Kesinambungan di antara kawasan-kawasan
dalam suatu landskap juga dapat dicapai melalui prinsip ini.
- Salah satu cara untuk menwujudkan kesinambungan ini ialah dengan
mengulangi bentuk warna, sudut, garisan atau elemen-elemen lain di
kawasan-kawasan yang berlainan. Walaupun begitu, ulangan yang seragam
dalam keseluruhan landskap akan mewujudkan keadaan yang menjemukan
5. Skala dan nisbah
• Skala dan nisbah merujuk kepada pertalian ‘relativeness’ di
antara saiz unsur-unsur yang digunakan.
• Ia memberikan satu perasaan besar atau kecilnya sesuatu ruang.
Contohnya penanaman pokok bunga tanjung di halaman sebuah
rumah teras menyebabkan kawasan tersebut kelihatan kecil.
• Kesan yang sama akan diperolehi jika tumbuhan yang berdaun
besar ditanam dala satu kawasan kecil akan menghasilkan kesan
pandangan yang sempit.
• Sebaliknya, penggunaan tumbuhan kecil dan berdaun halus akan
memberi gambaran satu ruang yang besar
3. Pelan konsep
• Satu bentuk persembahan visual yang menerangkan fungsi ruang,
aktivit ruang, hubungan antara ruang dan pergerakan.
• Ada berbagai jenis pelan konsep dengan nama berbeza.
• Ia sebenarnya terhasil dari gabungan dan olahan rationale faktor
tapak dengan program pengguna jenis-jenis pelan konsep ialah
• Gambarajah konsep
• Gambarajah berfungsi
• Hubungkait program
• Gambarajah buih
• Pelan skematik
• Pelan konsep
• Lukisan dan gambarajah pelan konsep agak bebas dan tidak
mengikut skala.

Anda mungkin juga menyukai