Anda di halaman 1dari 8

Kritikan seni

Kulit buku: Yolk


BY: Nes, Irfan dan Abu
Yolk
DESKRIPSI

Kulit buku yang bertajuk 'YOLK" karya Mary H.K


Choi menunjukkan dua figura wanita berpakaian
putih di kulit buku. Figura-figura tersebut
kelihatan dalam posisi yang terbalik dan berlatar
belakangkan warna yang rata iaitu hanya warna
kuning. Figura yang berada di muka depan
berambut panjang manakala yang berada di
sebelah belakang berambut pendek.
ANALISIS
Dari segi unsur seni, terdapat beberapa unsur seni termasuklah rupa, warna dan
ruang.

Dari segi rupa , terdapat muka taip yang jelas terpapar pada bahagian hadapan kulit
buku. Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf. Misalnya, perkataan ‘Yolk’
yang merupakan tajuk buku tersebut. Rupa muka taip boleh menjadikan kulit buku
lebih menarik serta dapat menarik minat pembaca.

06
Dari segi warna, kulit buku tersebut menggunakan warna panas iaitu warna kuning
untuk menimbulkan mood.

Dari segi ruang pula, susunan figura menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik.
Posisi figura menimbulkan ruang yang terbatas seperti di dalam bilik. Ruang yang
terbatas pada figura membuatkan figura tersebut sedang terapung di udara.
ANALISIS
Dari segi prinsip rekaan, terdapat prinsip seperti kontra serta irama dan
pergerakan.

Prinsip kontra terdapat pada bahagian rambut figura wanita tersebut iaitu terdapat
palitan putih pada rambut yang berwarna hitam. Warna putih memberikan kesan
berkilat pada rambut kedua figura tersebut. Selain itu, prinsip kontra juga wujud
pada muka taip pada kulit buku iaitu huruf O yang menggunakan warna yang
berbeza daripada huruf-huruf lain.

Prinsip irama dan pergerakan didapati pada kedua figura tersebut yang berada06
dalam keadaan terbalik seolah-olah terjatuh. Terdapat juga irama dan pergerakan
pada rambut figura wanita berambut panjang. Rambut figura tersebut kelihatan
seperti ditiup angin. Prinsip ini memberikan kesan realistik kepada figura yang
terdapat pada kulit buku tersebut.
INTERPRETASI
Karya memaparkan figura dua orang wanita, berambut pendek dan panjang berwarna
hitam yang memakai gaun putih berpegangan tangan dan jatuh. Keadaan ini dapat
memberikan gambaran bahawa buku ini mengisahkan dua orang wanita yang bersama
satu sama lain ketika menghadapi kesusahan. Berpegangan tangan dapat menunjukkan
bahawa mereka saling melengkapi manakala keadaan figura tersebut yang dalam posisi
seperti terjatuh dapat memberikan gambaran bahawa mereka seolah-olah menghadapi
kehidupan yang penuh pancaroba.

Perkataan Yolk merujuk kepada bahagian berwarna kuning di dalam sebiji telur.
Pengkarya telah menggunakan huruf O sebagai representasi kuning telur tersebut.

Penggunaan warna kuning sebagai latar belakang buku ini dapat ditafsirkan sebagai
harapan dan kegembiraan. Secara keseluruhannya, kulit buku ini menceritakan dua
orang gadis yang saling bergantung antara satu sama lain dengan harapan mereka boleh
mengubah kehidupan mereka .
JUDGEMENT
Pengkarya berjaya menyampaikan mesej
tentang karya tersebut. Penggunaan elemen
dan prinsip seni dapat menggambarkan kisah
yang akan diceritakan. Idea yang telah
digabungkan seperti warna latar belakang,
figura dan muka taip dapat memberikan
sedikit gambaran tentang buku tersebut iaitu
tentang harapan. Justeru itu , mood, makna
dan mesej berjaya disampaikan dalam karya.
Sekian dari kami, jika
mahu bertanya jangan
dipendam seperti kamu
yang memendam perasaan
kepadanya

Anda mungkin juga menyukai