Anda di halaman 1dari 11

Surah At-Takathur

 Surah ke -102 dalam al-Quran.


 Mengandungi 8 ayat.
 At-Takathur bermaksud bermegah-megah.
 Nama lain : al-Haakum, al-makrobah.
 Surah ke – 16 diturunkan kepada Nabi Muhammad.
 Diturunkan dengan mengecam orang-orang yang saling berlumba untuk
bermegah-megah serta membangga-banggakan harta. Sehingga lupa
dengan nikmat di akhirat yang kekal abadi.
 Ada pendapat yang menyatakan bahawa surah ini diturunkan di
Madinah, menurut tafsir ibnu katsir dan tafsir al-munir, surah ini
diturunkan berkaitan dengan dua kabilah dari kalangan kaum ansar
(Bani Harithah dan Bani Harith) yang saling berbangga dengan harta
yang mereka ada. Riwayat ini dinilai sebagai sebagai lemah dan ditolak
dalam menyatakan surah ini adalah Madaniyyah.
 Laha – yalhi : menyibukkan diri
dengan sesuatu sehingga
mengabaikan perkara lain yang
lebih penting.
 Membuang masa untuk perkara
yang tidak bermanfaat.

Bermegah-megah telah melalaikan kamu.


 At-Takathur
- keinginan untuk dapat banyak benda.
- dua pihak yang saling bersaing.
- mengaku ada harta yang lebih banyak dari
orang lain.
- mahu lebih dan lebih lagi.
 Leka mencari kekayaan sehingga lupa
akan kematian.
 Perkataan “zur” bermaksud melawat
atau ziarah.
 “zurtumul maqabir” bermaksud
melawat kubur. Kubur adalah
persinggahan sebelum ke akhirat.

 Kelekaan mereka sampai mereka Sampai kamu masuk kedalam kubur.


mati.
 Bila diajak untuk belajar selalu
bertangguh, tunggu senang dulu,
tunggu anak habis belajar dulu,
tunggu pencen dulu, tunggu
melancong ke sana sini dulu.
 Apabila manusia itu meninggal dunia dan Dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.
mereka dimasukkan ke dalam kubur. Semasa
di dalam kubur, mereka sudah mula menemui
perkara-perkara ghaib yang telah banyak
diberitahu kepada mereka tentang alam Mad Asli
barzakh. Mungkin dulu tidak percaya atau
tidak endahkan, tetapi bila sudah masuk
kubur, barulah mereka tahu dan percaya.
Mad Asli

Dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.


 Ayat 4 ini menjelaskan berkaitan dengan
apabila mereka keluar dari kubur untuk
menghadapi penghakiman di Mahsyar. Dan
segala yang berlaku disana, waktu itu barulah
mereka tahu.
 Ayat yang hampir sama diulang dalam ayat 3
dan 4 ini adalah untuk menguatkan peringatan
dari Allah.
 Kalimah “kalla” bermaksud
janganlah begitu, janganlah leka
lagi.
 Kalimah “Lau” bermksud
kalaulah, kalimah ini
menunjukkan perasaan
menyesal.
 Kalimah “lau ta’lamun” kalau
kamu mengetahui tentu kamu
akan menyesal.
 Kalimah “ilmal yakin”. Yakin itu
sendiri telah digunakan dalam
Bahasa melayu. Sekiranya kita
yakin akan sesuatu ia tidak perlu Janganlah begitu, jika kamu mengetahui
dipersoalkan lagi. dengan pengetahuan yang yakin.
 Yakin boleh diertikan dengan
mati, kerana ianya suatu perkara
yang pasti berlaku kepada kita.
 Dalam perbincangan ayat ini,
ramai manusia yang boleh
faham tentang konsep hari
Kiamat, tapi orang yang leka
tidak boleh menerima dengan
mendalam, dengan erti kata
lain, mereka tidak yakin.
 Huruf “lam” dalam kalimah
“latarowunna” adalah “lam
taukid, yang bermaksud kamu
pasti akan melihat.
 Kalimah “al-jahim” bermaksud
neraka Jahannam yang akan
menjadi tempat seksaan kepada
ahlinya. Nescaya kamu akan melihat neraka jahim.
 Memberi peringatakan
sekiranya mengekalkan kelekaan
akan mendapat balasan seksa di
hari akhirat.
 Biasanya kalimah “tsumma”
bermaksud selepas itu, tetapi
dalam ayat ini membawa
maksud lebih-lebih lagi. Kerana
mereka melihatnya dengan ainul
yakin.
 Ainul yakin bermaksud percaya
apabila dilihat, maka orang-
orang yang leka itu akan percaya
kepada neraka itu apabila
mereka melihatnya. Tetapi Dan sesungguhnya kamu benar-benar
apabila kamu melihatnya akan melihatnya dengan ‘ainul yakin’.
bermakna kamu telah pun
menjadi ahlinya.
 Masa itu, sudah terlambat untuk
berbuat apa-apa.
 Pada Hari Akhirat nanti akan
ditanya berkaitan dengan segala
nikmat semasa hidup di dunia,
adakah kamu bersyukur ? Kemudian kamu pasti akan ditanya pada
Kemana ia dibelanjakan? hari itu tentang kenikmatan.
Kesimpulan
• Dalam surah ini Allah menegur orang-orang yang berlumba-lumba untuk
mendapatkan harta dan tidak memanfaatkan harta tersebut.
• Akibatnya mereka lalai dari melakukan amal ibadat kepada Allah SWT.
• Pengajaran :
• Janganlah urusan dunia melalaikan kita daripada mengingati Allah.
• Setiap perbuatan dan amalan kita di dunia akan ditanya dan dihitung di akhirat
kelak.
• Orang yang benar-benar beriman dengan penuh keyakinan akan melakukan
sesuatu dengan penuh istiqamah dan taat.
• Orang beriman dan orang kafir akan ditanya tentang nikmat-nikmat yang diberikan
kepada mereka.

Anda mungkin juga menyukai