Anda di halaman 1dari 26

BERWAWASAN

1
D1K1: PEMATUHAN AKTA, PERATURAN DAN DASAR PENDIDIKAN

Sejauh manakah saya berupaya untuk mematuhi dasar dengan mengambil tindakan yang sesuai mengikut akta,
peraturan, prosedur dan dasar pendidikan yang ditetapkan.

• Saya berupaya untuk menjelaskan dasar KPM dan menyelaraskan tindakan pematuhan melalui taklimat /wacana ilmu/
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)/mesyuarat dan lain-lain.

• Saya menyebar luas kepentingan pematuhan dasar melalui penguatkuasaan peraturan dan prosedur dalam amalan
profesional harian kepada warga organisasi dan memberi penghargaan kepada mereka yang mematuhinya.

• Saya memantau penguatkuasaan peraturan dan prosedur yang ditetapkan dalam pengurusan dan amalan profesional harian
serta membimbing warga organisasi supaya sentiasa patuh.

• Saya mengamalkan penguatkuasaan peraturan dan prosedur yang ditetapkan dalam pengurusan, amalan profesional harian
dan semua program yang dilaksanakan melalui pemantauan berterusan dan memberi maklum balas untuk penambahbaikan.

• Saya membudayakan penguatkuasaan peraturan dan prosedur melalui pelbagai platform untuk berkongsi amalan dengan
pihak berkepentingan.
2 D1K2:MENTERJEMAH VISI DAN MISI KPM

Sejauh manakah saya berupaya untuk menterjemahkan visi dan misi KPM.

• Saya menjelaskan dan menyelaraskan tindakan mengikut visi dan misi KPM melalui taklimat /wacana ilmu/ Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP)/mesyuarat dan lain-lain.

• Saya membimbing penyediaan Pelan Strategik/ Pelan Tindakan/Pelan Operasi dan melaksanakan tindakan berdasarkan pelan
tersebut untuk mencapai visi dan misi KPM.

• Saya memantau status pelaksanaan pelan tindakan secara berterusan dan menilai keberkesanan bagi memastikan visi dan misi
KPM dicapai.

• Saya memimpin pelaksanaan pelan tindakan bersama warga organisasi dan memacu penambahbaikan dalam setiap program
yang dilaksanakan melalui Pembangunan Profesional Berterusan.

• Saya sentiasa membuat penambahbaikan secara kreatif dan inovatif dalam menghadapi perubahan masa kini dan masa hadapan.
3 D1K3:PENETAPAN STRATEGIK

Sejauh manakah saya berupaya untuk memilih strategi yang relevan dan memberikan justifikasi berasaskan
maklumat dengan mempertimbangkan pelbagai aspek dan alternatif.

• Saya menganalisis persekitaran, menetapkan objektif dan KPI organisasi.

• Saya menyediakan pelan taktikal dan operasi untuk mencapai matlamat organisasi.

• Saya mengambil kira risiko, kebolehlaksanaan dan cabaran.

• Saya memantau dan mengubah suai strategi mengikut strategi yang telah ditetapkan.

• Saya membuat semakan semula pelan strategik dan mencabar diri bagi menghasilkan idea baru mengikut
keperluan masa hadapan.
INSTRUKSIONAL
4
D2K1:INSTRUKSIONAL BERFOKUS KURIKULUM

Sejauh manakah saya berupaya menjadi pemimpin instruksional untuk membuat penilaian, penyeliaan dan
bimbingan sejajar berdasarkan kurikulum secara holistik dengan memfokuskan perkembangan potensi murid.

• Saya mempelbagaikan strategi, menggerakkan fungsi setiap unit dan memimpin pelaksanaan secara
berkesan untuk meningkatkan prestasi kurikulum.

• Saya memimpin, menyelaras pelbagai strategi, menyelia dan memberi maklum balas untuk
penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh bagi meningkatkan tahap penguasaan
murid.

• Saya menyebar luas kepentingan aktiviti instruksional berdasarkan keperluan murid yang pelbagai, warga
organisasi dan mengupayakan ibu bapa, pihak swasta, NGO, Institut Pengajian Tinggi dan komuniti
setempat dalam menyokong aktiviti instruksional.

• Saya melibatkan warga organisasi, ibu bapa, pihak swasta, NGO, Institut Pengajian Tinggi dan komuniti
setempat untuk menyokong pelbagai program instruksional dan memberi penghargaan kepada mereka
yang berjaya melaksanakan aktiviti instruksional secara berkesan.

• Saya membentuk pembelajaran kendiri dalam kalangan murid secara berterusan sehingga menjadi amalan
organisasi dan menyediakan pelbagai platform untuk berkongsi amalan pembelajaran kendiri yang
berkualiti kepada warga organisasi.
5
D2K2:PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN

Sejauh manakah saya berupaya untuk mengenal pasti isu, mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi data serta
membangunkan strategi/intervensi untuk penambahbaikan melalui kajian tindakan.

• Saya mengenal pasti isu berasaskan data yang relevan dan mengaplikasikan metodologi kajian yang bersesuaian
untuk melaksanakan kajian tindakan bagi penambahbaikan organisasi.

• Saya membimbing warga organisasi yang ingin membuat kajian tindakan dan memantau perkembangan status kajian.

• Saya menyebar luas kepentingan kajian tindakan kepada warga organisasi dan mengupayakan mereka melaksanakan
kajian tindakan dan memberi penghargaan kepada warga organisasi yang berjaya menghasilkan kajian tindakan. Saya
juga menyediakan platform kepada warga organisasi untuk berkongsi hasil kajian tindakan.

• Saya menjadikan kajian tindakan sebagai amalan dalam menangani sesuatu isu untuk penambahbaikan organisasi dan
mengadakan satu repositori kajian tindakan dalam portal organisasi.

• Saya berupaya menyebar luas dapatan kajian tindakan melalui pembentangan dan penulisan di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa.
6
D2K3: PEMANTAUAN MENYELURUH

Sejauh manakah saya berupaya untuk memantau secara menyeluruh dengan mengawal selia, menilai,
mentaksir dan memberi maklum balas secara konstruktif untuk kemenjadian murid secara holistik.

• Saya membuat jadual pemantauan tahunan organisasi agar saya dan pemimpin pertengahan menjalankan
pemantauan berdasarkan instrumen pemantauan.

• Saya menaakul kekuatan dan kelemahan warga organisasi semasa proses pemantauan dan berkongsi dapatan
penilaian bersama warga organisasi untuk tujuan penambahbaikan organisasi.

• Saya melaksanakan bimbingan/coaching kepada warga organisasi dengan memberi maklum balas aspek
yang perlu penambahbaikan dan mengadakan dialog profesional (dialog prestasi/perbincangan).

• Saya mengenal pasti kaedah baharu operasi pemantauan daripada organisasi luar dan mengaplikasikannya
dalam organisasi.

• Saya menerapkan amalan pemantauan menyeluruh yang berkualiti kepada warga organisasi dan menyediakan
pelbagai platform untuk perkongsian amalan tersebut.
7
D2K4:PEMBUDAYAAN EKOSISTEM DIGITAL

Sejauh manakah saya berupaya untuk mencipta, mempromosi dan membudayakan pembelajaran era digital
yang relevan dan dinamik dengan melibatkan semua warga organisasi.

• Saya membangunkan sumber manusia ke arah literasi digital dalam amalan profesional dengan
memperuntukkan masa, sumber dan akses untuk memastikan penggunaan teknologi dilaksanakan.

• Saya mendorong warga organisasi menggunakan sumber digital secara optimum dengan memastikan
peralatan, infrastruktur dan sistem teknologi terkini untuk menyokong pengurusan, pengoperasian dan aktiviti
instruksional.

• Saya memastikan pengintegrasian digital dalam aktiviti instruksional dengan memberi inspirasi dan
sokongan penggunaan sumber digital kepada warga organisasi dan pemegang taruh. Saya juga menggalakkan
warga organisasi meningkatkan kompetensi ICT secara berterusan.

• Saya memimpin warga organisasi mengamalkan inovasi instruksional berasaskan digital secara berterusan.
Saya juga memberi peluang kepada warga organisasi mengikuti kursus/bengkel/seminar bagi merangsang
kreativiti dan inovasi dalam ekosistem digital.

• Saya memberi khidmat nasihat/ bimbingan/ coaching dalam penggunaan teknologi terkini. Saya juga
berupaya mencetus dan berkongsi idea bagi menerapkan budaya ekosistem digital.
SUMBER
OPERASI
8
D3K1:MENGURUS PELBAGAI DATA

Sejauh manakah saya berupaya untuk mengurus pelbagai data yang relevan (mengumpul, menganalisis dan
menginterpretasi) dalam membuat keputusan untuk melaksanakan penambahbaikan.

• Saya mengumpul dan menganalisis data bagi mengenal pasti keperluan dan menetapkan standard pencapaian
organisasi.

• Saya menggabung dan menganalisis data dengan mengambil kira pelbagai aspek secara konsisten dalam menyelesaikan
masalah.

• Saya memberi bimbingan/coaching tentang kaedah pengumpulan dan penganalisisan data melalui dialog profesional
serta pemantauan berterusan.

• Saya menyebarluaskan kepentingan data dalam menjustifikasi tindakan /keputusan berdasarkan eviden dan memberi
penghargaan kepada mereka yang berjaya memanfaatkan data secara berkesan.

• Saya menerapkan amalan penggunaan data yang relevan secara berterusan dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah. Saya juga menyediakan pelbagai platform untuk perkongsian amalan.
9
D3K2: MENGURUS SUMBER FIZIKAL

Sejauh manakah saya berupaya untuk mengurus sumber fizikal dengan merancang, menyelaras, menyedia dan
menyelenggara serta memanfaatkan aset dan kemudahan fizikal.

• Saya merancang dan menyelaras penggunaan sumber fizikal dalam pengurusan organisasi.

• Saya menyediakan sumber fizikal dan membimbing cara penggunaan, keselamatan dan penyelenggaraan kepada subordinat.

• Saya menyebarluaskan kepentingan penggunaan sumber fizikal dalam menyokong pengurusan pentadbiran, kurikulum, HEM
dan kokurikulum melalui dialog/perbincangan. Saya juga memantau dan menggalakkan penggunaan sumber fizikal agar dapat
dimanfaatkan sepenuhnya.

• Saya membangunkan kemahiran dan kepakaran warga organisasi untuk bekerjasama dengan komuniti dan pemegang taruh
dalam menyediakan sumber fizikal.

• Saya menerapkan penggunaan sumber fizikal secara berterusan agar menjadi amalan yang cekap dalam pelbagai aspek. Saya
juga berkongsi amalan terbaik dengan warga organisasi, komuniti serta pemegang taruh.
10
D3K3:MENGURUS SUMBER PENDIDIKAN

Sejauh manakah saya berupaya untuk mengurus sumber pendidikan dengan merancang, menyelaras, menyedia
dan memanfaatkan sumber pendidikan.

• Saya merancang dan menyelaras penggunaan sumber pendidikan dalam pengurusan organisasi.

• Saya menyediakan sumber pendidikan dan memberi bimbingan/coaching cara penggunaan, keselamatan dan
penyelenggaraan kepada subordinat.

• Saya menyebarluaskan kepentingan penggunaan sumber pendidikan dalam menyokong pengurusan pentadbiran,
kurikulum, HEM dan kokurikulum melalui dialog profesional. Saya juga menggalakkan warga organisasi
mewujudkan ekosistem yang kondusif dan pemantauan berterusan.

• Saya membangunkan kemahiran dan kepakaran warga organisasi untuk bekerjasama dengan komuniti dan
pemegang taruh dalam menyediakan sumber pendidikan.

• Saya menerapkan amalan penggunaan sumber pendidikan kepada warga organisasi, komuniti serta pemegang
taruh secara berterusan dalam pelbagai aspek secara cekap dan berkesan. Saya juga menyediakan pelbagai
platform untuk berkongsi amalan terbaik.
11 D3K4:MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA

Sejauh manakah saya berupaya untuk membangunkan sumber manusia dengan merancang, menyelia dan menilai
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) warga organisasi.

• Saya merancang, menyelia dan menilai pembangunan sumber manusia dalam pengurusan organisasi.

• Saya memberi bimbingan dalam membangunkan kapasiti kendiri serta memberi galakan dan sokongan dalam
pelaksanaan pembangunan sumber manusia dalam organisasi.

• Saya membangunkan kemahiran dan kepakaran warga organisasi untuk bekerjasama dengan komuniti dan pemegang
taruh secara berterusan.

• Saya membangunkan sumber manusia (kursus/bengkel/Seminar dll) secara berterusan sehingga menjadi amalan
untuk bertindak dengan cekap dan berkesan.

• Saya menyediakan platform untuk perkongsian amalan terbaik pengurusan sumber manusia.
12
D3K5:MENGURUS KEWANGAN

Sejauh manakah saya berupaya untuk merancang dan mengawal pengurusan kewangan secara cekap dengan
mematuhi prosedur serta peraturan yang berkuatkuasa.

• Saya merancang dan menyelaras penggunaan kewangan dalam organisasi.

• Saya memberi bimbingan/coaching dalam merancang bajet tahunan, perbelanjaan dan pembayaran kewangan dalam
organisasi.

• Saya memantau penguatkuasaan prosedur perbelanjaan dan pembayaran mengikut prosedur operasi standard
kewangan dan memastikan pemeriksaan kewangan secara berkala.

• Saya mengamal dan menggalakkan subordinat mengurus dan menggunakan sumber kewangan dengan cekap dan
berkesan.

• Saya menyediakan platform untuk perkongsian amalan terbaik pengurusan kewangan di peringkat
daerah/negeri/kebangsaan.
13
D3K6:MENGURUS RISIKO

Sejauh manakah saya berupaya untuk mengenal pasti, membuat jangkaan dan menganalisis risiko serta
merancang tindakan pencegahan.

• Saya menyediakan pelan pembangunan risiko organisasi dan mengambil tindakan awal untuk mengurangkan
risiko.

• Saya memberi taklimat tentang pengurusan risiko, menyediakan garis panduan, mengadakan dialog
professional (perbincangan) dan membuat pemantauan berterusan.

• Saya menyebarluaskan kepentingan membuat penilaian dan mengawal risiko dalam pengurusan projek/program
serta memberi penghargaan kepada yang berjaya mengurus risiko.

• Saya membudayakan amalan pengurusan risiko yang berkesan dalam melaksanakan projek/program serta
menyediakan pelbagai platform amalan terbaik pengurusan risiko.

• Saya mengenal pasti amalan pengurusan risiko terkini daripada organisasi luar, mengaplikasikan budaya baharu
dan berkongsi pengalaman dengan pihak luar di peringkat daerah/ kebangsaan / antarabangsa.
KUALITI
PERIBADI
KEPIMPINA
N
14
D4K1:INTEGRITI

Sejauh manakah saya berupaya untuk menghayati, menerap dan membudayakan nilai integriti dalam melaksanakan amanah
dan kuasa berpandukan peraturan dan undang-undang.

• Saya mempamerkan pemikiran positif berkenaan integriti melalui tutur bicara dan perlakuan serta bertindak secara jujur dan
amanah mengikut bidang kuasa dan tugas.

• Saya melaksanakan program pembangunan profesionalisme berkaitan dengan nilai integriti bagi meningkatkan amalan
integriti warga organisasi dan memantau amalan tersebut secara berterusan.

• Saya menilai dan memberi teguran secara berhemah bagi melahirkan warga organisasi yang berintegriti menerusi
bimbingan/coaching atau maklum balas tentang aspek integriti yang perlu ditambah baik secara berterusan.

• Saya memimpin warga organisasi mengamalkan nilai integriti secara berterusan dengan menerapkan nilai integriti yang tinggi
dalam diri setiap warga organisasi dalam melaksanakan amalan profesionalisme.

• Saya menjadi suri teladan (role model) kepada warga organisasi dan semua lapisan masyarakat juga berkongsi pengalaman
dalam menerapkan nilai integriti warga organisasi di peringkat daerah/negeri/kebangsaan.
15
D4K2 :ORIENTASI KECEMERLANGAN

Sejauh manakah saya berupaya untuk memimpin pelbagai pihak untuk merealisasikan matlamat ke arah
kecemerlangan organisasi.

• Saya menampilkan pemikiran positif melalui tutur bicara dan pelakuan serta mempamerkan nilai positif dalam
amalan seharian.

• Saya meningkatkan ilmu kepimpinan melalui pembelajaran sepanjang hayat serta membuat refleksi kendiri dalam
usaha memperbaiki aspek kepimpinan.

• Saya memotivasikan, berkongsi idea, mendapatkan sokongan dan komitmen warga organisasi untuk mencapai
matlamat.

• Saya membangunkan potensi kepimpinan serta menggalakkan warga organisasi mengambil peluang untuk
meningkatkan ilmu kepimpinan.
• Saya menjadi suri teladan (role model) kepada warga pendidik di dalam dan di luar organisasi berkaitan aspek
kepimpinan
16
D4K3:KEMAHIRAN MENGURUS KENDIRI DAN SOSIAL

Sejauh manakah saya berupaya mengurus kendiri dan subordinat, pengurusan emosi yang stabil dan memahami individu lain
(empati) serta berkeyakinan melaksanakan tugas dengan berkesan.

• Saya mengendalikan emosi diri sendiri dan memotivasikan emosi yang negatif serta berupaya untuk berkomunikasi dengan baik
bagi mewujudkan hubungan yang harmonis.

• Saya mendorong staf mengurus emosi mereka secara bijak serta berkomunikasi secara berhemah dan berkesan. Saya juga
memberi penghargaan kepada staf yang mempamerkan emosi yang stabil.

• Saya memberi pelbagai alternatif kepada staf yang mengalami konflik diri dan emosi negatif. Saya juga mengadakan dialog
profesional (perbincangan) dan pemantauan berterusan untuk memastikan emosi warga organisasi sentiasa stabil.

• Saya memimpin warga organisasi untuk membina dan menjalin interaksi sosial serta mengamalkan tingkah laku yang berhemah
dan harmoni dengan pelbagai pihak secara berterusan.

• Saya menjadi suri teladan (role model) dalam membina dan menjalin interaksi sosial dengan pelbagai pihak dalam pengurusan
konflik secara berkesan.
17
D4K4: ORIENTASI KEUSAHAWANAN

Sejauh manakah saya berupaya untuk menghayati, menerap dan membudayakan ciri-ciri keusahawanan (proaktif,
mencipta, tidak mudah berputus asa, berani mengambil risiko dan merebut peluang) untuk membuat perubahan
secara kreatif dan inovatif.

• Saya mengenal pasti warga organisasi yang memiliki ciri-ciri keusahawanan berdasarkan
data-data yang relevan.

• Saya membangunkan warga organisasi yang memiliki ciri-ciri keusahawanan untuk


melaksanakan program penambahbaikan organisasi.

• Saya menyebarluaskan kepentingan ciri-ciri keusahawanan dengan menerapkan


pemikiran dan menggalakkan aktiviti berasaskan pemikiran keusahawanan. Saya juga
memberi penghargaan kepada warga organisasi yang berjaya mengaplikasikan ciri-ciri
keusahawanan untuk penambahbaikan organisasi.

• Saya membudayakan ciri-ciri keusahawanan secara berterusan sehingga menjadi amalan


dalam melaksanakan program penambahbaikan organisasi.

• Saya mengenal pasti kekuatan ciri-ciri keusahawanan organisasi luar yang boleh
diaplikasikan di dalam organisasi. Saya juga berkongsi pengalaman dengan pihak luar
berkenaan amalan ciri-ciri keusahawanan terbaik di peringkat kebangsaan/antarabangsa.
HUBUNGAN
18 D5K1:MEMBINA JARINGAN DAN JALINAN

Sejauh manakah saya berupaya membina jaringan dan jalinan, melestari dan memanfaatkan hubungan dengan
pelbagai pihak untuk pembangunan organisasi.

• Saya mengenal pasti peluang mewujudkan jaringan dan jalinan dengan pihak luar.

• Saya bersama-sama warga organisasi merancang pelbagai program kerjasama dengan pihak luar.

• Saya menyebar luas dan menggalakkan kepentingan jaringan dan jalinan dengan pihak luar dan sarana ibu
bapa untuk kemajuan organisasi. Saya juga memberi galakan dan sokongan kepada warga organisasi dalam
membina hubungan dengan pihak luar.

• Saya berusaha untuk melibatkan komuniti setempat untuk merancang pelbagai strategi bagi mempertingkatkan
jaringan dan jalinan. Saya juga memperluaskan jaringan dan jalinan di peringkat negeri dan kebangsaan.

• Saya menjadi suri teladan (role model) kepada pihak luar berkaitan amalan terbaik jaringan dan jalinan di peringkat
kebangsaan/ antarabangsa dan membimbing organisasi lain dalam membina jaringan dan jalinan.
GARIS MASA PELAKSANAAN i KOMPAS
2023

15 Jul - 31 ogos 2023 18 Sept 2023


4 - 6 Julai 2023 Penataran I KOMPAS Analisis dan 15 - 31 Oktober
Bengkel Penyelarasan
Pelaporan Bimbingan
bersama PM JPN
(IAB)
1 3 5 7

3 Julai 2023
2 4 6 8
Edaran surat 15 Julai 2023 31 Ogos 2023
24 - 27 Sept 23
Pengisian i KOMPAS Sistem i KOMPAS Sistem i KOMPAS
Analisis dan
2023 dibuka ditutup
Pelaporan
(IAB & JPN)

Anda mungkin juga menyukai