Anda di halaman 1dari 13

Cabaran Kepimpinan Di

Sekolah
ISU-ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN DASAR
PENDIDIKAN KEBANGSAAN

• Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan


generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya
mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks
menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat
pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali.

• Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk


memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu
pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat
hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang
pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpamengambil kira
budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.
Struktur Pendidikan

• Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya


termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang
menepati keperluan,misalnya:
• Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama
dengan kebanyakan negara lain di dunia;
• Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
• Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan
mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
• Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
Akses Pendidikan

• Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah


memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau
Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan
yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru.
• KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan
komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT.
• Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT
dalam
• proses pengajaran dan pembelajaran.
• Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:
sambungan

• pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar


dan luar bandar;
• perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
• latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem
computer di sekolah yang kurang berkesan;
• penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
• bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
Ekuiti Pendidikan

• Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap


institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan
yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan
kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang
meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan
pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke
semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara
sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang
beruntung (disadvantaged school).
Tenaga Pengajar

• Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan
pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yangdikeluarkan oleh Bahagian
Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP)Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun
2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah
menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan
sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang
latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam
pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang
mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata
pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan
pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka
kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.
Kesan globalisasi

• Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut


melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau
globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat
dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan
sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa
khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi
begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena
ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin
diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-
negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan
materialistik, individualistik dan budayakosmopolitan.
Sahsiah Pelajar

• Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat


pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan
kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang
naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah
rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti
sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada
kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama.
Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar,
gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan
sebagainya dikalangan pelajar sekolah semakin
menjadi-jadi.
Pencapaian Orang Melayu Dalam Bidang Sains dan Teknologi

• Adalah jelas bahawa bilangan pelajar Melayu di bangku sekolah, bahkan juga
lepasan SPM yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi amat kurang
sekali. Antara masalah yang telah pun dikenalpasti ialah terlalu kurangnya
guru siswazah dalam bidang sains dan matematik di sekolah peringkat
menengah.
• Guru siswazah yang ada lebih ramai yang berkelayakan sastera (kira-kira 70 –
80 peratus). Sudah tentulah guru siswazah berkelayakan sastera tidak
mampumenghasilkan pelajar yang mahir dalam bidang sians dan matematik.
• Sedangkan kerajaan ingin menyediakan pelajar sains dan sastera dengan
nisbah 60:40 antara sains:sastera. Sepatutnya kita menyediakan guru siswazah
berkelayakan sains sebanyak 60 peratus dan yang berkelayakan sastera
sebanyak 40 peratus.
Keselamatan Pelajar

• Masalah keselamatan pelajar sekolah semakin serius hari ini


apabila meningkatnya kejadian ke atas pelajar. Kes-kes bunuh,
rogol, culik, ragut dan sebagainya ke atas pelajar adalah
sangat membimbangkan, tidak termasukkejadian jenayah yang
dilakukan sendiri oleh pelajar seperti gangsterism. Ini tidak
termasuk jenayah yang berlaku ketika mengikuti tuisyen atau
kelas tambahan. Kementerian patut melihat pendekatan yang
lebih efisyen termasuk peningkatan kawalan keselamatan dan
kemudahan bukan sahaja di sekolah, tetapi sepanjang jalan
yang digunakan pelajar untuk ke sekolah. Waktu pembelajaran
yang memaksa pelajar terlalu awal kesekolah atau terlalu
lewat pulang juga perlu dikaji semula.
Isu-isu lain dalam sistem pendidikan

• Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu


yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan,
antaranya:
• Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai
pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional
leadership) yang berkesan;
• Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih
perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam
dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi
untuksekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
sambungan

• Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah
mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;
• Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
• Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di
negara maju adalah terhad;
• Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan
penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;
• Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek
pemberian bantuan; dan
• • Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Anda mungkin juga menyukai