Anda di halaman 1dari 7

Aktiviti Gotong-

royong Membersihkan
Kelas
Pendahuluan
Hari ini hari minggu. Sekolah saya
mengadakan gotong-royong
membersihkan kelas. Saya dan kawan-
kawan Tahun Empat Kemas membawa
peralatan yang diperlukan untuk
membersihkan kelas. seperti...
Isi 1
Mula-mula, kami membahagikan tugas.
Saya bertugas untuk membersihkan
papan tulis. Kemudian, saya bertugas
untuk membersihkan tingkap bersama-
sama dengan kawan baik saya, Chee
Meng.
Isi 2
Rahman mengelap tingkap kelas dengan
menggunakan sehelai kain dan cecair
pencuci. Ranjit membersihkan habuk
pada kipas. Mereka menjalankan tugas
tersebut dengan berhati-hati.
Isi 3
Rakan-rakan bekerjasama bagai aur
dengan tebing. Swee Leng dan Aminah
menyapu sampah manakala Li Hwa
mengutip sampah . Kami juga meletakkan
pewangi di dalam kelas supaya kelas kami
berbau wangi dan segar selalu.
Isi 4
Akhirnya, kerja-kerja pembersihan kelas
telah selesai.Cikgu Hong memberikan
pujian kepada kami kerana dapat
melaksanakan tugas dengan baik sekali.
Beliau juga kagum apabila melihat
semangat kerjasama kami.
Penutup
Sebelum pulang, Cikgu Hong memesan
makanan melalui perkhidmatan
penghantaran makanan. Kami menjamu
selera di kantin. Walaupun letih, kami
tetap berasa sangat gembira.

Anda mungkin juga menyukai