Anda di halaman 1dari 13

Sumbangan Kautilya dalam bidang ketenteraan pada zaman klasik

Oleh:

Lelucky Street [Farhan & Adli]

Kautilya latar belakang


Hidup pada zaman awal Dinasti Maurya di utara India. Berketurunan Brahmin, asalnya dari Samagam. Dikenali dengan beberapa nama seperti Sanakiya dan Vishnugupta. Hidup sezaman bersama Chandragupta Maurya pada abad ke-3 Masihi. Beliau menjadi Ketua Menteri Maurya semasa pemerintahan baginda. Beliau mempunyai fikiran yang luas telah menguasai dan mengkaji secara mendalam hal berkaitan politik, falsafah, ekonomi, hubungan diplomatik dan sebagainya. Hasil kajiannya dikumpulkan dan dibukukan dalam karya Arthasastra. Artha bermaksud kebendaan, kekayaan. Sastra ialah hasil penulisan atau karya. Arthasastra didefinisikan sebagai karya tentang ekonomi dan ketatanegaraan.

Terkandungnya taktik politik India pada zaman pemerintahan empayar Maurya. Ditulis ketika agama Buddha sedang berkembang di seluruh India. Kesan perkembangan agama tersebut menyebabkan sistem pemerintahan beraja mengalami kemerosotan kerana pemerintah-pemerintah lebih mementingkan unsur-unsur kerohanian menolak hal-hal keduniaan termasuklah sistem pemerintahan. Oleh itu, beliau berusaha mengembalikan kegemilangan dan ketokohan pemerintah-pemerintah pada zaman itu.

Kemunculan empayar Maurya dikatakan hasil usaha Kautilya dan pengasas kerajaan tersebut iaitu Chandragupta Maurya.
Karya ini banyak mempengaruhi pahlawan dan raja-raja Hindu seperti raja Rajput dan Marathas.

Karya ini menjadikan peperangan seolah-olah ada kaitan dengan spiritual iaitu mengelakkan kelahiran semula seperti yang disarankan dalam agama Hindu.

Pemikir ketenteraan india


Bukunya Arthasastra ( Science of Gain of Power) pada kurun ke 3 Masihi, mengandungi hal-ehwal ketatanegaraan, pentadbiran diplomasi, peperangan. Juga merangkumi 6 perkara penting dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain:
Mementingkan keamanan Persediaan untuk peperangan Membiarkan musuh membuat serangan pertama

Bersekutu dengan musuh


Mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan serangan ke atas musuh yang lain

Juga menyarankan pemerintah mengamalkan prinsip matlamat menghalalkan cara harus mementingkan matlamat daripada cara untuk mencapai tujuan tersebut. Ia bermaksud hasil yang dicapai lebih penting daripada kaedah yang digunakan sungguhpun cara yang dilakukan itu tidak wajar dilakukan oleh seorang pemerintah yang adil dan bijaksana.

Books of Arthashastra
Arthashastra is divided into 15 books: 1 Concerning Discipline 2 The Duties of Government Superintendents 3 Concerning Law

4 The Removal of Thorns


5 The Conduct of Courtiers 6 The Source of Sovereign States 7 The End of the Six-Fold Policy 8 Concerning Vices and Calamities 9 The Work of an Invader 10 Relating to War 11 The Conduct of Corporations 12 Concerning a Powerful Enemy 13 Strategic Means to Capture a Fortress 14 Secret Means 15 The Plan of a Treatise

Kautilya- dalam mencapai kemenangan


Bukunya menggariskan empat cara digunakan oleh raja untuk mencapai kemenangan dalam peperangan baginda iaitu:
Memujuk musuh dengan perbincangan serta rasuah

Mencetuskan persengketaan dan melancarkan serangan


Menanam benih permusuhan Melancarkan perang jika semua gagal

Seseorang raja atau putera yang ingin berjaya juga mesti mengetahui tentang kekuatan dan kelemahan tenteranya, kelebihan dan kelemahan tentera musuhnya dan akhirnya tahu menyerang dengan mengambil kesempatan atau berkesempatan. Raja juga perlu mengambil berat langkah-langkah sebelum peperangan dimulakan dan selepas peperangan berlaku. Untuk menghadapi musuh dalam selimut, adalah dengan raja tidak terlalu mempercayai seratus peratus kepada pemimpin dan anggota tenteranya. Oleh itu, baginda harus memerhati gerak geri setiap perlakuan mereka.

Beliau juga berpendapat dengan adanya kemahiran berkomplot atau tipu muslihat adalah lebih baik daripada kegagahan dan kehandalan. Cara ini boleh digunakan apabila nampak tanda-tanda kekalahan. Berkomplot adalah dengan menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai musuh dan sekiranya berkesempatan adalah dengan merasuah seluruh anggota istana untuk melemahkan musuhnya. Kautilya juga membincangkan pendekatan dalam menghadapi musuh sebagai muslihat untuk mengekal dan meluaskan kuasa.
Negara yang lemah
Adalah dengan mencari perdamaian kerana membuang masa sekiranya memusuhi negara tersebut.

Negara yang kuat


Dengan menggunakan kekerasan dan dilakukan sebelum musuh yang dikenal pasti bertindak.

Seseorang pemerintah juga boleh melaga-lagakan musuh dengan cara menimbulkan isu-isu sensitif kepada dua negara musuh. Seterusnya baginda menyebelahi mana-mana pihak yang kuat dan sekaligus memusnahkan kedua-dua negara tersebut. Beliau juga memperkenalkan teori mandala iaitu, pemerintah yang bijak mesti pandai mencari kawan atau berbaik-baik dengan musuh negara yang akan diperangi. Apabila peperangan berlaku, musuh tersebut akan memberi pertolongan.

SUMBANGAN KAUTILYA DALAM BIDANG KETENTERAAN

Idea Tentang Hubungan Dengan Negara Lain

Strategi Memenangi Peperangan

Saranan Kepada Pemerintah

Penggunaan Kaedah Subversif

Merasuah Menghantar perisik

Digunakan apabila buntu

Kesimpulan Kautilya merupakan antara pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan dalam bidang ketenteraan. Tokoh ini mengemukakan idea ketenteraan melalui karya mereka iaitu Arthasastra (Kautilya). Idea yang disarankan oleh tokoh ini membantu pemerintah dalam usaha mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan yang mantap.

Anda mungkin juga menyukai