Anda di halaman 1dari 2

HUKUM INAI LUKIS DI TANGAN Ada seorang pengunjung bertanyakan tentang hukum ini, kerana beliau akan mendirikan

perkhawinan dan berhajat utk memakai inai berlukis di tangan. Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di tangan ala-ala tatu..masyaAllah INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan. Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini: Dari Ibnu Umar ra katanya: Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim) Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir).(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari) Jelas Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz : Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya. wallahualam. * Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur . Edisikini

p/s : inai yg BERUKIR masa nak kawin tu , kalau inai kat kuku tu takpe .

ALLAH MAHA KAYA ! TIPS KESIHATAN

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat jantung adalah di kaki kiri. Gamba diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri. Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains. ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kitai berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa. Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik. MashaALLAH Subhanallah " Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin

Anda mungkin juga menyukai