Anda di halaman 1dari 5

3 KEBAIKAN MEMELIHARA BINATANG PELIHARAAN (PETS) 20Share

Assalamualaikum dan salam Februari. PCB tengok kini macam dah jadi trend kan orang pelihara pets (binatang peliharaan). ada kucing, hamster, sugar glider dan banyak lagi lah. PCB last ada pets pon masa zaman kecik dulu. ada kucing nama Manja. tapi sebab Manja ni degil, suka berak merata-rata, ayah PCB dah buang jauh-jauh. pernah jugak Manja ni datang balik rumah PCB, pastuh ayah PCB buang sekali lagi, lagi jauh. lepastuh, Manja dah tak pulang-pulang. =(.

sumber : google PCB rasa mesti korang kenal seorang blogger ni. Hidayat's petBlog. dia memang seorang animal lover. blog dia sangat menarik dengan gambar-gambar pets kepunyaan dia. Mungkin ada sesetengah orang yang merasakan remeh untuk memelihara pet kerana perlu mencuci mereka, dan kalau kucing yang suka berak merata, asyik kena cuci je najis mereka. Sebenarnya memelihara binatang peliharaan atau pets ni banyak kebaikan.

1) peneman di kala duka. binatang juga punya perasaan.sama seperti kita. Kadang-kadang bila kita sedih, dia lihat kita pon dia rasa sedih. Sebagai contoh, kucing. Bila kita sedih, kucing itu akan datang kepada kita dan menggeselgesel dan mengeluarkan bunyi seperti mahu memujuk kita. sweet kan. mereka punya hati untuk memahami perasaan kita. 2) keselamatan. Mungkin anjing tidak sesuai untuk dipelihara oleh orang Islam. Namun, secara amnya, anjing yang dipelihara lebih cepat mengesan bunyi dan bau dari jauh. Sebagai contohnya, jika anjing terhidu asap kebakaran atau merasakan rumah tuan mereka dipecah masuk oleh perompak, anjing akan menyalak supaya semua orang tersedar. Kucing pon sama, pernah terjadi pada rumah jiran PCB, apabila ada seekor ular memasuki rumah, kucing akan bergelut dahulu bersama ular itu dan mengiau meminta pertolongan kita. 3) pupuk rasa kasih sayang. Islam dan agama lain mengajar penganutnya supaya kasih dan sayang kepada binatang. Binatang tidak punya akal, namun masih punya hati dan perasaan. Bila kita ada pets, secara tidak langsung, kita akan menyayangi mereka dengan memandikan mereka, memberi ubat jika mereka sakit, mencuci sangkar mereka, memberi makan dan sebagainya. rasanya 3 kebaikan ini pon sudah cukup untuk menggambarkan bahawa memelihara pets adalah sesuatu yang tidak membazir dan bermanfaat. notakakiPCB : jom tengok blog Hidayat pet'sBlog untuk gambar pets yang comel.

Kebaikan Dan Kelebihan Memelihara Kucing


BY CAHAYA PURNAMA ON 24/06/2011 3 COMMENTS

Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. Jom kita sama-sama review manfaat membela kucing terhadap manusia. 1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah 2. Meningkatkan fungsi sistem imun (Daya Tahan Penyakit) Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing. 3. Mencegah Alergi Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing . Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan berkembang. 4. Membantu mencegah asma pada anak

Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anakanak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan. 5. Mengurangkan Tekanan Darah Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan. 6. Menurunkan Kolestrol Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia. 7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke. 8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing. 9. Menjadikan mood anda dalam keadaan cool Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda. 10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis. 11. Mengurangkan Kesepian

Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.

Anda mungkin juga menyukai