Anda di halaman 1dari 7

TIP ASAS NAK JAGA KUCING Apabila anda telah membawa kucing pulang bersama anda di rumah, adalah

penting untuk kita memastikan keperluan asasnya dijaga. Dalam hidupan liar, kucing menyesuaikan diri terhadap persekitaran dengan cara memburu untuk mendapatkan makanan, mendapatkan keselamatan dengan memanjat pokok serta melindungi diri. Apabila berada di rumah, kucing memerlukan bantuan kita untuk hidup harmoni dalam persekitaran ini. Jika anda telah menyediakan asas makanan, minuman yang baik dan tempat berlindung, maka anda telah melakukan permulaan yang baik. memantau bagaimana kucing menggunakan kemudahan ini akan memberi gambaran berkenaan keadaan kesihatan kucing itu. Kucing merupakan haiwan yang mempunyai rutin, maka sebarang pe rubahan terhadap tabiat mereka perlulah di periksa agar tiada masalah kesihatan. Privasi atau waktu bersendirian adalah amat penting bagi kucing. Walaupun kucing itu sangat sosial dan peramah dengan manusia, mereka masih memerlukan waktu bersendirian. Biasanya privasi ini diperlukan ketika mereka menghias diri dan membuang najis. Sesetengah kucing mahukan privasi ketika makan, tetapi ada juga yang lebih berselera makan jika ditemani tuannya. Kucing yang suka mengasingkan diri, atau takut berada dikalangan manusia, perlulah diberi ruang untuk bersendirian dalam sehari. Memang benar kita boleh melatihnya untuk menjadi lebih sosial tetapi kebanyakan kucing sebenarnya sangat berwaspada dan berhati- hati secara semulajadi, dan tidak ada latihan yang boleh membuang tabiat itu sepenuhnya. Ada pemilik pernah memberitahu saya yang mereka fikir kucing mereka mungkin pernah di dera sebelum dipelihara oleh mereka. Tapi dalam banyak keadaan, sebenarnya kucing sememangnya telah dilahirkan dengan sikap yang sebegitu. Kucing yang kelihatan takut, terlalu berhati-hati, lama kelamaan akan belajar untuk mempercayai anda dan jangan terkejut jika kucing itu akan menjadi teman yang sangat akrab, walaupun mereka mungkin tidak akan bermanja dengan orang lain sepertimana anda. Kucing yang diperkenalkan kepada kucing baru yang lain, atau anjing, atau kanak-kanak di dalam rumah, perlu diberi masa untuk bersendirian. Adalah tidak adil jika anda mahukan kucing itu rasa gembira dan menerima kehadiran orang baru dalam rumah dalam masa singkat. Ini bukanlah naluri kcuing kerana kucing benci kepada perubahan. Mereka lebih gemar sesuatu perkara itu kekal asal sepertimana mereka yang mengubahnya (dan bukan orang lain, termasuk anda!). Kucing memerlukan seminggu hingga sebulan untuk menerima perubahan persekitaran, atau sekurangkurangnya untuk dia tidak berasa begitu takut. Apabila kucing itu baru dibawa ke rumah yang mempunyai kanak-kanak, semua orang berasa begitu teruja dan mahu menyentuh dan membelainya. Menjadi tumpuan perhatian bukanlah sesuatu yang digemari oleh kucing. Ibubapa perlu mengawal pengendalian kucing itu dan pastikan ia diberi peluang untuk berehat dan bersendirian. Memasuki rumah baru memberi tekanan kepada kucing, dan tidak mendapat ruang untuk rehat dan menyendiri akan menambahkan lagi beban tekanan itu. Kucing yang tertekan akan mendapat impak negatif terhadap sistem imunisasinya, seperti pernah saya jelaskan artikel dahulu, binatang tidak seperti manusia yang dapat meredakan tekanan dengan cara bermain gitar, bercuti dan sebagainya. Maka adalah penting untuknya diberi rehat, sediakan ruang untuknya bersembunyi dan tetapkan peraturan di rumah bahawa setiap kali kucing itu berada dalam tempat persembunyian, maka tiada siapa dibenarkan menyentuhnya. Jika anda tidak dapat memberi ruang itu kepadanya, anda perlu menyediakan carrier dan biarkan kucing itu berada di situ beberapa lama. Carrier seperti itu boleh memberinya rasa selamat dan bersendirian.

MENETAPKAN PERATURAN DI DALAM RUMAH? Bayangkan begini, kita mahu kucing kita bebas bermain di mana sahaja di dalam rumah tetapi bukan di belakang atau di atas TV. Kita mahu dia makan di dalam mangkuk yang disediakan dan tidak mahunya melompat di atas meja makan. Atau kita mahu kucing bebas bermanja dan bergurau kecuali ketika kita sedang bekerja di hadapan komputer. Perkara sebegini adalah yang dikatakan undang-undang atau peraturan rumah. Pendapat yang meluas mengatakan kucing kurang mampu mempelajari peraturan rumah. Kepercayaan ini adalah disebabkan kecenderungan kucing yang mahu sesuatu perkara itu mengikut kehendaknya sendiri. Perkara ini adalah benar, tetapi tidaklah benar sepenuhnya. Kucing adalah binatang yang bijak dan boleh diajar beberapa peraturan dan mungkin juga kemahiran tertentu, jika mereka diajar dengan sabar, konsisten dan bertimbangrasa. Adalah amat penting jika kita mahu anak kucing mematuhi sesuatu peraturan sehingga ianya dewasa, ia mesti diajar dan dimulakan sejak kecil lagi. Misalnya kita tidak mahu kucing melompat ke atas meja makan. Ini perlu di ajar semasa kucing itu masih kecil. Cuba elakkan peraturan itu menjadi longgar hanya kerana anak kucing itu kelihatan sangat comel atau kerana kucing itu masih baru di rumah, kemudian menghukumnya pula apabila dia dewasa. Kucing tidak akan dapat memahami mengapa dia dibenarkan untuk berada di atas meja makan semasa kecil, tetapi dihukum pula atas perlakuan yang sama ketika dewasa. Sesetengah orang berkongsi katil dan tidur bersama kucingnya. Tetapi bukan semua orang begitu, mungkin anda tidak selesa berkongsi katil kerana kucing anda uka menggigit kaki anda, atau anda mempunyai alahan kecil. Apa sahaja sebabnya, sekadar menutup pintu bilik sahaja mungkin tidak memadai, melainkan kucing itu diajar supaya menjauhi bilik anda dan tidak berteriak apabila pintu ditutup. Kucing tidak suka pintu yang tertutup. Naluri semulajadinya mendorong mereka untuk menyiasat apa disebalik pintu tersebut, walaupun mereka sudah pun mengetahuinya sebelum ini. Tetapi seperti mana peraturan-peraturan lain, mengajarnya memerlukan kesabaran, konisisten dan bertimbangrasa. Kucing yang sentiasa dibenarkan berada dalam bilik tidur dan tiba-tiba ditegah akan berkemungkinan besar tidak akan menerima perubahan ini dengan serta-merta (dan mungkin juga memberontak). Dia mahu bersama anda dan tidak memahami mengapa tiba-tiba tidak dibenarkan berbuat demikian. Dia mungkin menjerit dan berteriak di luar pintu, mencakarnya atau cuba menyelitkan kakinya dibawah celah pintu seolah-olah dia dapat mengangkat pintu itu ke atas supaya dapat melaluinya. Kita boleh meletakkannya di bilik lain tetapi jeritannya mungkin tidak membenarkan anda untuk tidur dengan nyenyak. Ini adalah contoh mengapa kita perlu tetapkan dahulu peraturan yang perlu dipatuhi oleh kucing sebelum kita memeliharanya.

MENAMBAH KUCING BARU SEBAGAI TEMAN KEPADA KUCING SEDIA ADA Kucing adalah haiwan yang mempunyai tabiat dan rutin. Secara amnya, mereka selesa dengan persekitaran itu kekal seperti sediakala dan tidak sukakan perubahan. Situasi ini amat jelas jika anda mempunyai seekor kucing dan cuba untuk memperkenalkan kucing baru ke dalam rumah anda atau anda memelihara binatang lain dan cuba memelihara kucing pertama kalinya. Dalam hal ini, anda tidak mempunyai pilihan kecuali bersabar. Begitu sukar untuk mencari kucing yang ideal untuk anda namun adalah susah untuk mencari teman bagi kucing sedia ada. Jika anda mendapatkan kucing baru dan kucing anda tidak dapat menyesuaikan diri dengan kucing asal, anda masih bertanggungjawab terhadap kucing baru itu. Adakah anda perlu memilih kucing berlainan jantina sebagai teman kepada kucing anda? Tidak ada sebarang kajian yang menunjukkan kucing mempunyai kecenderungan sosial untuk hidup dengan mana -mana jantina kucing. Jadi tidak ada masalah untuk anda memelihara kucing berlainan jantina atau sama. Yang menjadi masalah adalah apabila kedua-dua kucing tidak di neuter atau spay. Kucing jantan yang tidak di neuter akan melakukan spraying untuk meletakkan sempadan kawasan agar tidak dicerobohi k ucing baru. Kedua-dua kucing jantan dan betina yang tidak di neuter atau spay mungkin akan membuang najis di luar kotak najis sebagai tandaan kawasan atau menunjukkan rasa tidak puas hati dalam hal tertentu. Hal ini sering berlaku jika anda mempunyai lebih dari dua ekor kucing yang berkongsi dalam satu rumah. Kadangkala lebih mudah untuk membawa anak kucing baru ke dalam rumah yang mempunyai kucing dewasa. Dalam situasi ini, sempadan dan dominasi telah pun terbentuk oleh kucing dewasa dan mereka tidak akan berasa terancam berbanding terpaksa bersaing dengan kucing dewasa yang lain. Kucing dewasa mungkin tidak suka jika anak kucing melompat ke atasnya atau mengganggu ekornya dan kebiasaannya mereka akan menjarakkan diri mereka antara satu sama lain. Anda mungkin terpaksa memisahkan anak kucing itu ke bilik lain untuk memberi rehat kepada kucing dewasa.

MEMBELI KUCING Langkah pertama sebelum anda me mutuskan untuk memiliki seekor kucing ialah dengan bersedia secara mental dan sikap untuk suka kepada seekor kucing. Pilihlah dari baka yang sesuai dengan keluarga, rumah kediaman, masa dan gaya hidup anda. Anak-anak kucing hendaklah telah mencapai umur sekurang-kurangnya 12 minggu, telah disuntik imunisasi dan telah diberikan ubat cacing. Sijil atau Kad Kesihatan dari Pengamal Veterinar hendaklah diserahkan kepada anda. (Awas, suntikan imunisasi yang diberikan kepada anak kucing yang berumur kurang dari 10 minggu adalah tidak berkesan). Anak-anak kucing hendaklah berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan penyakit atau mana-mana keadaan yang meragukan. Sebarang kecacatan pada badan kucing hendaklah dikenalpasti dan perlu diberi perhatian, misalnya ekor yang bengkok atau mata yang tidak sama adalah tidak sesuai untuk tujuan pertandingan. Anda hendaklah memahami dan diberitahu dengan jelas kaedah pemakanan yang diamalkan dan jenis makanan kucing yang diberikan. Pelajarilah kaedah-kaedah penjagaan kucing yang paling sesuai dengan jenis kucing yang anda pelihara. Misalnya, kucing berbulu panjang akan memerlukan masa yang lebih untuk dandanan dan pengurusan am. Turut penting ialah bahawa kucing tersebut telah dilatih menggunakan tandas, supaya tidak menimbulkan masalah kebersihan persekitaran. Peliharalah kucing mengikut kemampuan anda dan kesesuaian kejiranan anda. Kebajikan kucing yang tidak terjaga akan menimbulkan masalah penganiayaan dan pengurusan yang tidak mesra jiran akan menimbulkan kacau ganggu dan masalah sosial. Jadilah tuan punya kucing yang bertanggung jawab, bukan sahaja kepada kucing anda tetapi juga kepada jiran dan diri anda sendiri.

CIRI ISTIMEWA PADA KUCING Kucing mempunyai beberapa ciri unik pada tubuhnya seperti keupayaan untuk mendarat pada kakinya, deria bauyang tinggi, kelenturan badan yang mengagumkan, mendandan diri, berdengkur dan keupayaan melihat dalam gelap. Kiriman ini akan menghimpunkan topik-topik berkaitan dalam blog ini dan akan di kemas kini dari masa ke semasa (klik pautan di bawah). Terdapat banyak keunikan yang ada pada kucing, dan ini akan kita lihat sedikit demi sedikit, kita pasti akan rasa terpegun dengan kehebatan ciptaan Allah ini. Malah Leonardo Da Vinci juga pernah menyebut: The smallest feline is a masterpiece

KUCING BERDENGKUR JIKA GEMBIRA? Dengkuran kucing atau purring adalah elemen yang sangat istimewa bagi kucing. Membelai kucing yang berdengkur ini terbukti membawa ketenangan kepada manusia yang membelainya dan menurunkan tekanan darah. Dengkuran kucing ini telah lama zaman berzaman membawa senyuman kepada manusia samada tua atau muda. Kucing juga ada digunakan untuk memberi kegembiraan kepada mereka yang berada dalam kesakitan, untuk mereka melupakan kesakitan mereka, atau mungkin juga kesunyian yang melanda. Kucing mampu memberikan ini semua, hanya dengan berkelakuan sebagai kucing. Namun pakar pengkaji telah memerhati dengan khusus fenomena dengkuran ini dan melihat ia bukan sekadar tanda ketenangan atau kesenangan. Kucing juga berdengkur jika mereka cedera, semasa melahi kan anak, malah ketika r menghadapi kematian. Pakar zoologi British, Desmond Morris menyimpulkan bahawa dengkuran ini sebagai tanda persahabatan, samada kucing itu senang ketika ditemani atau ketika saat memerlukan seorang teman, sepertimana kucing yang sedang menghadapi masalah. Kucing mula berdengkur sebelum mereka dapat membuka mata mereka lagi sejak kecil, terutamanya ketika menyusu, dan memberi ketenangan kepada ibu kucing, yang turut juga berdengkur. Jika ada kelebihan kucing domestik berbanding Raja Rimba dan mana-mana kucing besar yang lain adalah kucing domestik dapat berdengkur tetapi singa, harimau dan lainnya tidak. Harimau dapat mendengus sebagai tanda persahabatan tetapi hanya ketika menghembus nafas. Tiada keluarga kucing besar dapat berdengk secara ur berterusan ketika menyedut dan juga menghembus nafas. Namun begitu, kucing-kucing besar ini meskipun tidak dapat berdengkur, mereka diberikan satu kelebihan lain, iaitu mengaum. Kucing domestik tidak dapat mengaum, iaitu pada saya lebih baik begitu. Tiada siapa yang mahu membela kucing jika kucing dapat mengaum...hehe Kucing yang lebih tua juga didapati berdengkur apabila cuba mendekati kucing muda, sebagai tanda dia ingin bersahabat dan berkawan. Jika di klinik veterinari, kucing yang cedera juga berdengkur untuk menenangkan dirinya sendiri. Anehnya dengkuran ini didapati berhenti jika dia terdengar bunyi air mengalir, seperti air paip di sinki. Kadangkala doktor terpaksa membuka air ini untuk menghentikan sebentar dengkuran kucing kerana sukar u ntuk mendengar denyutan jantung kucing disebabkan purring itu. Walaupun kebanyakan pakar dapat mengenalpasti mengapa kucing berdengkur namun mereka belum pasti bagaimana mereka berdengkur. Pendapat umum mengatakan dengkuran itu berasal dari peti suara yang dipanggil vestibular chord dan laluan udara melalui struktur inilah yang memberikan dengkuran kucing yang memberi ketenangan kepada manusia.

DERIA BAU KUCING Manusia dan kucing hidup dalam dunia yang berbeza dari segi keupayaan deria bau. Deria bau kucing lebih tinggi berbanding manusia (namun anjing mempunyai deria bau yang jauh lebih tinggi berbanding kucing). Adakah kini anda masih terkejut jika kucing anda enggan menggunakan litter box yang anda anggap OK tapi KO bagi kucing? Sudah tentu perihal litter box itu adalah masalah moden dan deria bau kucing ini bukan hanya digunakan untuk menentukan samada benda itu cukup bersih atau tidak. Bau memainkan peranan penting dalam menentukan sempadan kawasan, aktiviti memburu, dan juga mengenalpasti samada makanan itu selamat dimakan atau tidak. Anjing bersifat pembangkai dalam hal makanan, iaitu mereka akan makan apa sahaja, "Makan dahulu, tanya kemudian" manakala kucing adalah bersifat pemburu. "Makanan segar sahaja, terima kasih" atau "Baru sahaja dibunuh, masih segar, terima kasih". Pernahkah anda melihat kucing yang memalingkan hidungnya daripada menghidu makan dalam tin yang telah dibuka untuk beberapa lama? Jawapannya mudah, ada yang tidak kena pada baunya. Namun begitu, jika kucing anda begitu cerewet sehingga tiada makanan yang mahu dijamahnya, atau anda sedang merawat kucing yang sakit (ketiadaan selera makan), cuba panaskan makanan itu sehingga tahap yang kita biasa panggil suam-suam kuku, tapi janganlah sampai berasap-asap!. Dengan cara ini makanan itu akan berbau lebih sedap dan menjadikan ia lebih lazat dan berselera untuk kucing. Selain daripada hidung, kucing mempunyai bahagian badan yang dipanggi organ vomeronasal, pada bahagian depan lelangit mulut kucing. Ia digunakan untuk memproses bau terutamanya yang melibatkan seksual seperti bau yang ditinggalkan oleh kucing betina pada musim mengawan. Setiap kali kucing menggunakan organ ini, mereka akan membuka mulut mereka sedikit dan 'merasa' bau tersebut. Keadaan ekspresi sebegini dipanggil Flehmen.

KEPERLUAN KUCING UNTUK TIDUR Secara umumnya kucing akan tidur lebih kurang 16 jam sehari bermakna ia akan menghabiskan 2/3 hayatnya untuk tidur. Gaya hidup kucing yang memburu menyebabkan berlakunya corak seperti ini. Buruan kegemaran merekaiaitu tikus hanya aktif pada waktu subuh dan senja, menyebabkan waktu di antara subuh dan senja itu dihabiskan untuk berehat. Walaupun begitu,kucing tidak akan tidur 16 jam secara berturut-turut tetapi akan lelap secara berkala yang dipanggil sebagai catnaps. Walaupun kucing itu lena dalam tidurnya, dia masih waspada pada persekitaran. Telinga kucing akan menyentak bertindakbalas terhadap bunyi dan walaupun dengan ada pergerakan yang sedikit pada sekitarnya, ia akan serta -merta bangun. Jika gangguan itu tidak memberi ancaman, kucing akan menyambung tidurnya dan terus lena serta-merta. Kecenderungan kucing untuk aktif pada awal pagi dan senja boleh menyebabkan kesusahan pada pemiliknya. Terutamanya jika kucing tersebut berjaga sepanjang malam menyelongkar isi rumah atau membuat riuh rendah pada pukul 5 pagi. Kaedah yang terbaik adalah dengan meletihkan kucing tersebut dengan bermain dengannya pada waktu siang. Ini akan membantunya untuk tidur sepanjang malam.

RAHSIA DI SEBALIK MISAI KUCING Misai yang dimiliki oleh kucing pernah diberi jolokan deria ke-enam kucing. Misai ini adalah sangat sensitif sehinggakan jika ia digerakkan hanya 1/2000 daripada lebar rambut manusia, ia akan menghantar isyarat kepada otak kucing. Dari segi anatomi, misai kucing ini dipanggil tactile vibrissae. Misai yang bertindak sebagai sensor sentuhan ini digunakan untuk mengendap buruan, mengukur dan memberi amaran kepada kucing terhadap halangan yang tidak dapat dilihat oleh kucing. Misai yang rosak akan menyebabkan salah tafsir dan meraba-raba teutamanya dalam keadaan gelap. Misai mengesan angin dan perubahan terhadap gerakan angin. Maklumat ini digunakan untuk mengenalpasti lokasi binatang buruannya. Dalam suasana gelap, kucing bergantung kepada misainya untuk navigasi dan koordinasi. Jika kucing kehilangan misainya, dia terpaksa bergantung kepada matanya sahaja untuk berjalan dan memburu .

TIPS PENJAGAAN ANAK KUCING SUSU PENTING! Anak kucing yang baru dilahirkan masih terlalu lemah untuk melawan sebarang penyakit. Oleh itu, anak kucing anda perlu mempunyai antibodi di dalam badan. Namun antibodi anak kucing selalunya diperolehi dari induknya sendiri iaitu melalui air susu ibunya. Kolostrum adalah cecair pra susu yang dihasilkan dari puting susu induk setelah melahirkan anak dalam masa 48 jam pertama. Air susu ini berwarna keputihan serta kental dan ia mengandungi protein antibodi, vitamin dan beberapa nutrisi seperti immunoglobin, lactoferrin, lactalbumin, glycoprotein, cytokine dan lain-lain yang berkesan untuk melawan virus seperti bakteria, kulat, alergi dan toksin. Kolostrum mengandungi khasiat yang lebih tinggi daripada susu dan ia sebenarnya membekalkan faktor imun untuk menyokong kehidupan dan faktor pertumbuhan bagi menjamin kesihatan dan daya hidup kepadaanak kucing anda yang baru lahir. Antibodi ialah proten yang berbentuk molekul besar yang akan berpecah menjadi kecil di dalam sistem pencernaan. Hanya setelah 24 jam tempoh air susu yang keluar kebiasaannya tidak akan mengandungi kolostrum lagi. Oleh it anak u kucing yang baru di lahirkan harus diberikan susu segera supaya mendapat antibodi yang masih mengandungi kolostrum. Kemudian, barulah kita boleh memberikan vaksin untuk menggantikan antibodi melalui susu induknya. Untuk pengetahuan anda, tidak semua antibodi yang terdapat dalam kolostrum akan memberi kebaikan kepada anak kucing anda. Jika anak kucing yang mempunyai perbezaan jenis darah dengan induknya kolostrum ini boleh mengancam nyawa anak kucing. Tempoh kekebalan antibodi dari kolostrum sebenarnya adalah bergantung kepada jumlah antibodi yang terdapat pada induk kucing. Oleh itu jika jumlah antibodi yang terdapat pada induk kucing adalah kurang, maka potensi kekebalan anak kucing juga adalah rendah. Antibodi dalam kolostrum juga dikenali sebagai antibodi maternal. Antibodi maternal yang terdapat pada darah anak kucing akan berkurangan sedikit demi sedikit, dalam tempoh minggu ke 6 8. Oleh itu anak kucing sebaik-baiknya diberikan vaksin pada umur 9 minggu, agar anak kucing mempunyai kekebalan antbodi i yang cukup untuk melawan sebarang penyakit dan seterusnya barulah anak kucing anda diberikan vaksin mengikut jadual.

Anda mungkin juga menyukai