Anda di halaman 1dari 2

Siri Kertas Kajian Etnik UKM, Bil.

1, November 2008,Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 9 H U B U N G A N E T N I K D I M A L A Y S I A : M EN C A R I D A N M E N G E K A L K E J E R N I H A N D A L A M K E K E R U H A N 1 P e n g e n a l a n Kekeruhan hubungan etnik sebelum Merdeka,khususnya selepas Perang Dunia Kedua, memangmenonjol tetapi jarang ditonjolkan. Yang selaluditonjolkan adalah kekeruhan hubungan etnik pascaMerdeka, iaitu, peristiwa berdarah 13 Mei 1969.Semenjak itu, kita tidak berhenti berusaha untukmencari dan mengekalkan butir-butir mutiarakejernihan yang dapat kita tangguk daripadakekeruhan tersebut.Dalam suasana inilah dua perkataan keramatmula menghayati kehidupan sosial dalam masyarakatkita, iaitu, perkataan 'perpaduan dan 'integrasi. Malah kedua-dua perkataan ini telah kita angkat keparas mantra sosial dan sentiasa bermain di bibir kita -dalam ucapan para Menteri, dirakamkan dalampelbagai dokumen malah dinyanyikan bertubi-tubi diradio dan tv. Kita jadi begitu ghairah terhadapperpaduan dan integrasi kerana sangat-sangatmengharapkannya menjadi kenyataan.Oleh kerana kita sangatsangatmengidamkannya, kita kadang-kadang tidak lagirasional apabila membincangkan mengenai perpaduan 1 Artikel ini telah dibentang sebagai Kertas Latar dalam MesyuaratMajlis Penasihat Perpaduan Negara, anjuran Jabatan PerpaduanNegara dan Integrasi Nasional (JPNIN), pada 18 Oktober 2008, diKota Kinabalu, Sabah .

Siri Kertas Kajian Etnik UKM, Bil.1, November 2008,Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 10 dan integrasi. Kita menjadi cukup emosional, seolah-olah tidak sanggup menerima kalau sebarang usahakita ke arah memupuk atau mewujud perpaduan danintegrasi menghadapi kebuntuan atau menemuikegagalan. Apatah lagi kalau dalam prosesmelaksanakan usaha itu ada pihak yang mengeluarkankata-kata kesat lagi tidak prihatin.Akibatnya, suasana dirasakan menjadi tegang.Lalu timbullah resah gelisah dan keraguan diri,semacam psychological panic , kerana kita merasakanbahawa 'keamanan dan muhibbah yang kita nikmati,yang kita megahkan, yang kita warwarkan ke seluruhdunia, kini terancam dan akan terongkai dan terburai.Tidaklah memeranjatkan kalau suasana seperti inikadang-kadang membuat kita mengambil tindakantergopah-gapah ( knee-jerk reaction ), malah melatah,untuk mencari suatu 'penyelesaian segera ( i nstant solution) yang kita harapkan dapat mengurangketegangan dan menenangkan keadaan.Namun kita juga tahu bahawa tindakan ituhanya sesuatu yang sementara. Kita sedar bahawaperistiwa seperti ini akan berlaku lagi, sama adadisengajakan atau tidak dirancang. Terbukti dalamsejarah sosio-politik kita bahawa semenjak sebelumMerdeka lagi keadaan ini tidak mudah untuk dikawal,atau diselesaikan seratus peratus, kerana sifatmasyarakat kita yang sudah terbentuk oleh sejarah:berbilang etnik, parti politik berdasarkan etnik justeruwacana politik pun begitu, sistem pendidikanvernakular yang mengasaskan polarisasi

etnik,kepentingan ekonomi yang berbeda yang menjanapersaingan kepentingan etnik, yang ada ketikanyasengit. Namun, kalau kita lihat secara keseluruhannya, Siri Kertas Kajian Etnik UKM, Bil.1, November 2008,Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 11 kita telah berjaya mengekalkan keamanan melaluiperbincangan dan wacana yang tidak henti-henti, samaada secara terbuka atau di warong kopitiam.Rakyat Malaysia lebih selalu terlibat dalamaktiviti tongue wagging, not parang wielding , samaada dalam media atau dalam perbincangan peribadi.Keganasan bukan pilihan kita. Biarpun demikian, kitatidak dapat nafikan ada segelintir anggota masyarakatkita yang lebih vokal secara terbuka kadangkalamengeluarkan pernyataan yang membuat kita semuatersentak. Suasana inilah yang saya sering ungkapkansebagai keadaan stable tension yang mencirikanmasyarakat majmuk Malaysia.Dari waktu ke waktu kita perlu membuat refleksiserius dan rasional tentang keadaan ini untukmengingatkan kita bahawa all is not lost . Cabaranterbesar untuk kita, terutamanya kepada pemikir,pemerintah dan juga golongan inteligentsia, adalahuntuk terus-menerus memantau dan mencerakinkeadaan hubungan etnik semasa di negara kita.Soalnya, bagaimana? Sebelum kita mampumelaksanakan pemantauan ini dengan berkesan, adabeberapa langkah awal yang mesti kita lakukan. Kitaperlu membina kefahaman yang jelas apa yang kitamaksudkan dengan perpaduan dan integrasi. Kita tidak boleh menganggap usaha berbincangterus-menerus untuk mempertajam kefahaman kitamengenai masyarakat kita sendiri sebagai sesuatuyang remeh lalu mengkritiknya sebagai suatu kegiatanberteori atau cakap tak serupa bikin atau sesuatuyang membazir waktu. Pada hemat saya, salah suatufaktor yang menyebabkan kita mampu mengekalkan

Job Board About Press Blog We're hiring engineers! FAQ Feedback Terms Privacy

Anda mungkin juga menyukai