Anda di halaman 1dari 6

Tenaga Nukleur (a) Teori Einstein (Prinsip Kesetaraan Jisim dan Tenaga)

Menurut Albert Eintein,apabila berlaku suatu tindakbalas nukleus,jisim nukleus menyusut. Penyusutan jisim ini bertukar menjadi tenaga haba.Jumlah tenaga haba yang dibebaskan diberi oleh rumus, E = m c2 di mana E = tenaga haba m = jisim nukleus yang susut c = halaju cahaya, 3 x 108 ms-1 Contoh 1 210 Po 82 206 Pb + 84 4 He 2 + tenaga

Jisim Po = 209.982 u.j.a. Jisim Pb = 205.969 u.j.a Jisim He= 4.004 u.j.a 1 u.j.a c (a) Kehilangan jisim (b) Tenaga terhasil (c) Kuasa yang dijanakan dalam masa 2 saat. = 1.66 x 10-27kg = 3 x 108 ms-1

Berdasarkan persamaan dan maklumat di atas,tentukan,

Penyelesaian (b) Jenis-Jenis Tindakbalas Nukleus Terdapat dua jenis iaitu Pembelahan Nukleus dan Pelakuran Nukleus. Pembelahan Nukleus Ialah proses pemecahan suatu nukleus berat kepada dua nukleus yang lebih ringan diikuti penghasilan neutron pembebasan tenaga yang besar. Contohnya: 1 n + 0 235 92 141 56 92 36 1 0 U Ba + Kr + 3 n + tenaga

Pembelahan nukleus adalah berlaku secara berterusan dan dipanggil tindakbalas berantai kerana bilangan terhasil berganda dengan cepat.

Pembelahan nukleus digunakan dalam reaktor nukleur dan pembuatan bom atom.

(c)Reaktor Nukleur

Komponen Bahan api (U-235) Teras Grafit Rod Pengawal(Boron @ Kadmium)

Fungsi Untuk menjalankan proses pembelahan nukleus dan seterusnya membebaskan haba yang banyak Sebagai moderator untuk memperlahankan gerakan neutron Untuk menyerap neutron-neutron berlebihan supaya tindakbalas berantai dapat dikawal.Apabila rod ke atas t/balas berlaku dengan cepat dan sebaliknya bila rod ke bawah tindakbalas berlaku lebih perlahan Dialirkan pada tekanan tinggi melalui teras reaktor bagi menyejukkannya Menggunakan haba daripada cecair yang panas untuk mendidihkan air supaya terhasil stim dan seterusnya memutarkan turbin Mencegah sinran radioaktif daripada terkena pada pekerja

CO2 atau air Penukar haba

Perisai Pelindung Konkrit@dDinding Plumbum

(d) Pelakuran Nukleus

Proses percantuman nukleus-nukleus ringan untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat diikuti dengan pembebasan neutron dan tenaga haba yang besar. Contoh: 2 3 4 He + n suhu tinggi 2 1 + tenaga 0

H + H 1 1

Tindakbalas pelakuran biasanya berlaku di permukaan matahari. Tindakbalas pelakuran adalah asas pembuatan bom hidrogen. Bom hidrogen mengandungi satu bom atom di dalamnya,untuk menghasilkan suhu yang tinggi terlebih dahulu sebelum proses pelakuran berlaku.

(e)Kesamaan di antara tindakbalas pembelahan dan pelakuran (1) Kedua-dua menghasilkan jumlah tenaga yang besar. (2) Kedua-duanya menghasilkan neutron (3) Kedua-duanya menghasilkan sinaran radioaktif (4) Kedua-duanya mengalami penyusutan jisim nukleus

(f)Perbezaan di antara tindakbalas pembelahan dan pelakuran

Pembelahan

Pelakuran

proses pemecahan suatu nukleus berat Proses percantuman nukleuskepada dua nukleus yang lebih ringan diikuti penghasilan neutron pembebasan tenaga nukleus ringan untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat diikuti dengan pembebasan neutron dan tenaga haba yang besar.

Contohnya: 1 n + 0 235 U 92 141 Ba 56 +

Contohnya: 2 H 1 4 + 1 1 + n 0 3 H

92

He 2

Kr + 3 n + tenaga 36 0

+ tenaga

Berlaku tindakbalas berantai Tidak memerlukan neutron laju Aplikasinya dalam reaktor nukleur dan bom atom (g)Isu dan Implikasi Tenaga Nukleur

Tidak berlaku Memerlukan suhu tinggi Aplikasinya dalam pembuatan bom hidrogen

(1) Krisis tenaga yang utama ialah kebanyakan sumber tenaga seperti bahan api fosil tidak boleh diperbaharui.Tenaga nukleur dapat mengurangkan krisis tenaga ini.

(2) Bahan api fosil menimbulkan kesan pencemaran udara.Begitu juga dengan tenaga nukleur sekiranya tidak diurus dengan betul bahan sisa radioaktif akan mengancam keselamatan,habuk-habuk radioaktif yang berada di udara oleh angin dan jatuh ke bumi menyebabkan pelbagai penyakit . Oleh itu langkah-langkah keselamatan dan pengendalian bahan nukleur perlukan diperlukan dengan teliti. (3) Sebarang penyalahgunaan tenaga neukleur dalam bentuk senjata api atau bom neukleur haruslah dielakkan. (4) Dalam perlombongan bahan api nukleur kadar kemalangan adalah rendah jika dibandingkan dengan perlombongan lain.Walau bagaimana pun jika berlaku kebocoran reaktor nukleur,kesanya adalah bukan sahaja pada jangkamasa pendek tetapi wujud juga kesan jangkamasa yang panjang.

http://www.scribd.com/doc/268559/94-Tenaga-Nuklear

Anda mungkin juga menyukai