Anda di halaman 1dari 2

Bekalan Kuasa Jenis Linear (240Va.u ke 9Va.

t) Gambarajah 1 (Klik gambar untuk Zoom)

Penerangan ringkas komponen-komponen asas bagi litar bekalan kuasa diatas : 1. Pengubah 'transformer' Pengubah yang digunakan didalam litar diatas adalah jenis pengubah penurun 'stepdown transformer' dimana ia digunakan untuk menurunkan voltan satu fasa 'single phase' 240Va.u ke 9Va.u. 1Ampere. Voltan keluaran atau sekunder yang terhasil pada gegelung sekunder masih lagi arus ulang alik 'alternate current'. 2. Penerus 'rectifier' Penerus digunakan untuk menukarkan arus ulang alik (AC) ke arus terus (DC). Litar diatas menggunakan 4 diod yang disusun secara selari bagi menghasilkan penyambungan diod yang dikenali sebagai penerus tetimbang titi 'bridge rectifier'. Anda boleh menggunakan 4 diod dan disusun seperti diatas ataupun dengan menggunakan sejenis IC yang mana binaan dalamannya adalah seperti sambungan diatas. Penerus bagi litar diatas akan memotong atau menghapuskan kitaran negatif atau kuasa negatif bagi arus ulang alik dengan kata lain melenyapkan separuh kuasa dari kuasa yang boleh digunakan. Walaupun arus yang dihasilkan oleh penerus ini adalah arus terus tetapi ia masih lagi tidak stabil dan memerlukan litar tambahan bagi menghasilkan arus yang mempunyai kuasa yang ideal serta ditahap optimum.

3. Penapis (Filter) Seterusnya arus terus yang dihasilkan oleh penerus akan ditapis bagi menghasilkan gelombang arus terus yang lebih baik. Selalunya kapasitor dan perintang digunakan untuk menghasilkan bahagian penapis ini. 4. Pengatur Voltan (Voltage Regulator) Biasanya pengatur voltan berbentuk IC yang mempunyai 3 kaki dan jenis yang sering digunakan adalah seperti 7805 (+5V), 7905 (-5V) , 7815 (+12V) dan 7915 (-12V). Litar diatas menggunakan IC 7809 dimana 2 nilai terakhir IC menunjukkan voltan keluaran yang akan dihasilkan oleh sesebuah pengatur voltan tersebut. Pengatur Voltan berfungsi untuk menetapkan voltan keluaran seperti yang dikehendaki dimana kuasa dan arus yang dihasilkan adalah tetap dan mempunyai kuasa yang ideal. 'Heat Sink' digunakan untuk mengurangkan pembebasan haba yang terhasil dari sesebuah pengatur voltan. 5. LED Penunjuk (indicator) Jika dilihat pada litar diatas, LED berfungsi untuk menunjukkan samada litar yang dihasilkan berfungsi dengan baik atau tidak. Jika LED bernyala bermakna litar berfungsi dengan baik dan perintang yang bersambungan dengan LED adalah bertujuan untuk mengurangkan arus yang mengalir pada LED supaya LED tidak terbakar apabila litar digunakan. Voltan keluaran yang dihasilkan adalah 9Va.t dan anda boleh mengujinya menggunakan multimeter bagi memastikan voltan keluaran adalah 9Va.t. Nyalaan lampu LED akan mengambil sedikit masa untuk terpadam apabila litar dimatikan kerana kapasitor yang digunakan menyimpan sedikit cas dan sedikit masa diperlukan untuk menyahcaskan kapasitor tersebut. Ini tidak menggangu sama sekali operasi litar.

Source http://nuriazlansubri.blogspot.com/2009/12/bekalan-kuasa.html

Anda mungkin juga menyukai