Anda di halaman 1dari 17

TAFSIR SURAH AN-NABA AYAT 01-16

Maksudnya: Tentang apakah mereka bertanya-tanya? Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya). Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya. Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang hari balasan itu). Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).

(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pancang pasaknya? Dan Kami telah menciptakan kamu berpasangpasang? Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki?

Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit yang kuat kukuh? Dan kami telah mengadakan maathari menjadi lampu yang terang benderang cahayanya? Dan kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?

Ayat 1 3 Allah SWT murka kepada kaum musyrik yang tidak mempercayai akan berlakunya hari kiamat dan wujudnya kehidupan kali kedua. Allah menggunakan teknik soalan dengan bertanya: Apa yang mereka bisingkan dan pertikaikan itu? Allah sendiri memberi jawapan. Oh.. pasal isu besar hari pembalasan.. Ini rupanya yang kamu pertikaikan dan kamu tidak percaya

Ayat 4 dan 5
Kaum musyrikin atau mereka yang tidak percaya kepada wujudnya hari pembalasan tidak sepatutnya bersikap demikian. Hari pembalasan itu adalah benar dan akan menjadi realiti. Pada hari pembalasan mereka akan menerima akibat keingkaran dan penafian mereka. Perkataan Kalla iaitu jangan adalah merupakan herdikan keras ancaman kepada mereka yang keras kepala ini. Herdikan ini diulang kali kedua selepas perkataan Tsumma menunjukkan bahawa balasan yang akan mereka terima itu amat pasti akan berlaku.

Ayat 6 dan 7 Kemudian Allah bercerita tentang kekuasaannya yang amat hebat mencipta komponen-komponen alam sekeliling kehidupan manusia. Tujuan Allah menyebut kekuasaannya yang hebat ini untuk membuktikan bahawa ia juga berkuasa untuk mengadakan hari kiamat dan hari pembalasan.

Allah masih lagi menggunakan teknik dialog untuk berbicara dengan mereka yang engkar. Bagaimana kamu menafikan wujudnya kebangkitan semula sedangkan kamu telah melihat kekuasaan Allah yang maha hebat. Bumi yang kamu diami ini diciptakan ibarat buaian menjadikan ia amat selesa untuk di diami. Bukit bukau dan gunung ganang telah diciptakan untuk menjadikan bumi ini stabil dan tidak bergerak agar kamu boleh hidup di atasnya.

Ayat 8 Kami telah ciptakan kamu dengan jantina lelaki dan perempuan agar kamu dapat saling lengkap melengkapi dan tolong menolong antara satu sama lain. Ciptaan kamu yang berpasangan itu disertakan dengan perasaan cinta untuk kamu berkasih sayang seterusnya meneruskan kelangsungan hidup di bumi ini

Ayat 9 dan 10 Kami telah ciptakan untuk kamu aktiviti tidur untuk merehatkan badan kamu setelah penat bekerja di siang hari. Tidur ini akan menjana tenaga dan kekuatan, mencergaskan fizikal dan mental. Kami jadikan malam yang gelap dapat menutup pandangan kamu dari pandangan yang boleh menyebabkan meletihkan fikiran seterusnya memberi ketenangan dan kerehatan

Ayat 11 Kami telah jadikan waktu siang yang diterangi dengan cahaya matahari agar manusia dapat melakukan aktiviti dan kerja- kerja harian yang boleh mendatangkan hasil dan manfaat untuk kehidupan. Dengan kecerahan waktu siang kamu dapat menjalankan aktiviti perniagaan, pertanian, perindustrian dan sebagainya untuk menjana ekonomi yang amat penting untuk kehidupan

Ayat 12 dan 13 Kami telah bina di atas kamu tujuh lapisan langit yang amat kukuh binaannya dan amat teliti bentuknya. Ianya dihiasi dengan bintangbintang dan planet-planet yang bergerak. Kami ciptakan matahari sebagai lampu besar untuk menerangi seluruh bumi yang kamu diami. Matahari ini adalah sumber cahaya dan haba yang amat penting kehidupan kamu di dunia malah ia juga berguna untuk semua makhluk yang wujud dibumi ini. Tanpa matahari ini kehidupan tak akan wujud di bumi ini

Ayat 14 hingga 16

Kami telah turunkan dari awan-awan yang telah kami proses, air-air yang banyak diturunkan ke atas muka bumi dengan teratur. Air hujan ini akan menjadikan tanah subur dan bumi dipenuhi dengan tumbuhan- tumbuhan yang pelbagai. Tumbuhan ini amat banyak dengan pelbagai jenisnya sepeti gandung, beras, barli dan sebagainya sebagai punca makanan kamu dan juga haiwan lain yang hidup di atas muka bumi. Tumbuhan ini pada masa yang sama ada yang mengeluarkan buah, ada yang mengeluarkan wangian pelbagai malah boleh digunakan dan proses untuk membina tempat tinggal kamu.

PENILAIAN
Terangkan ciri umum bagi ayat-ayat 1-5 Terangkan tujuan soalan pada permulaan surah ini. Sebutkan apa faedah pengulangan dalam ayat 4 & 5. Hitung pelbagai nikmat yang dikurnakan Allah kepada manusia di dalam ayat-ayat itu.

Apakah tujuan Allah mengingatkan manusia tentang nikmat-nikmat tersebut di dalam ayatayat itu? Adakan anda telah bersedia untuk hari yang besar itu (hari kiamat)? Apakah persediaan anda?

Adakah anda selalu mengingati nikmat-nikmat Allah ke atasmu? Apakah kesyukuran secara amali yang anda lakukan kerana salah satu nikmat tersebut? Sebutkan satu pengalaman amali yang anda lalui secara peribadi yang mengingatkan kamu tentang nikmat Allah ke atasmu? Apakah yang anda lakukan ketika dalam situasi itu?

Anda mungkin juga menyukai