Anda di halaman 1dari 5

SJK (T) TAN SRI DATO MANICKAVASAGAM, 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN.

PROJEK PEMULIHAN KHAS KERTAS KERJA PROGRAM BACAAN PAGI Peringkat Sekolah

2012
TARIKH TEMPAT MASA : Mulai Bulan Ogos 2012 : Kelas Pemulihan Khas : 7.30a.m 7.45a.m (setiap hari persekolahan)

SEMAKAN KELULUSAN PENGESAHAN

1.0

PENGENALAN Membaca adalah salah satu cabang ilmu pengetahuan. Dengan

membaca, kita akan mengetahui pelbagai maklumat berguna dan terkini. Bahan bacaan yang bersifat positif akan menjana minda ke arah pembentukan fikiran yang lebih matang. Justeru memupuk amalan ini di kalangan murid wajar dijadikan sebagai salah satu amalan harian. Berdasarkan pemerhatian saya sebagai guru Pemulihan Khas terhadap amalan ini di kalangan murid-murid di SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam sepanjang tempoh Januari 2012 hingga Julai 2012 adalah amat mendukacitakan. Hanya 10% daripada murid-murid di sekolah ini yang memupuk amalan membaca dalam diri masing-masing. Selebihnya didapati lebih banyak menghabiskan masa yang ada dengan pelbagai aktiviti yang tidak mendatangkan keuntungan terhadap diri sendiri. Saya juga dapati, sebahagian besar daripada kelompok ini tidak tahu akan peranan mereka sebagai murid di sekolah ini. Bagi mereka, sekolah adalah tempat untuk berseronok bersama kawan-kawan dan akan belajar hanya apabila guru ada di dalam kelas sahaja. Inilah sikap sebahagian besar kelompok murid di sekolah ini yang menyumbang kepada masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Atas kesedaran ingin mengubah persepsi murid ke arah yang lebih positif, saya telah merangka satu program bahasa bagi memupuk budaya membaca, mencintai dan menyedari kepentingan ilmu pengetahuan di kalangan murid khususnya murid pemulihan khas

2.0

MATLAMAT Realisasi daripada program ini diharap akan dapat mengurangkan jumlah

murid yang tidak tahu membaca, mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah,menambah kosa kata dan mendorong murid pemulihan khas menggunakan istilah-istilah bahasa yang mempunyai nilai murni dalam kehidupan seharian berdasarkan bahan bacaan. Selain itu, murid akan dapat menghayati dan memahami isi kandungan bahan bacaan yang dibaca dan mengaplikasi kemahiran berbahasa dalam pelbagai situasi.

3.0

OBJEKTIF

Program ini dibentuk atas kesedaran berikut :

Mengurangkan jumlah murid pemulihan khas yang tidak tahu membaca (celik huruf). Mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah. Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai sumber ilmu. Melahirkan murid pemulihan khas yang kaya dengan kosa kata mana jua mereka berada. Menjadikan aktiviti membaca sebagai amalan setiap murid tidak kira di

4.0

ANJURAN Projek ini adalah anjuran Panitia Pemulihan Khas bersama Unit

Kurikulum SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam.

5.0

TEMPOH Tarikh Pertandingan Masa : Mulai Bulan Ogos 2012 : 7.30a.m 7.45a.m (Setiap hari persekolahan)

6.0

TEMPAT KELAS PEMULIHAN KHAS SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam

7.0

PESERTA Murid-murid Tahun 1 seramai 5 murid. Murid-murid Tahun 2 seramai 3 murid.

8.0

JAWATANKUASA PROGRAM BACAAN PAGI 2012

Pengerusi Penyelaras Setiausaha AJK

: PN.KRISNAVANI A/P VELUPILLAI (Guru Besar) : PN. MALA A/P SINNAPYAN (P.K. Pentadbiran) : CIK. GAYETHIRI A/P YEKAMBARAM ( Guru Pemulihan Khas) : GURU KELAS TAHUN 1 & TAHUN 2 .

9.0

ANGGARAN KOS Segala sumber perbelanjaan adalah ditanggung oleh SJK(Tamil) Tan Sri Dato Manickavasagam.

Tajuk Bakul ( untuk memuatkan bahan bacaan)

Unit RM 4.50 x 3 (3 jenis bahan bacaan)

Jumlah RM 13.50

Bahan bacaan pelbagai RM 1.00 x 10 ( 10 buah buku) variasi

RM 10.00

JUMLAH

RM 23.50

10.0

KESIMPULAN Diharapkan agar program ini akan mendapat kerjasama dan sokongan

semua pihak dan seterusnya mendatangkan manfaat kepada pembangunan akademik di sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai