Anda di halaman 1dari 5

Penipisan Ozon: Kesannya Terhadap Hidupan dan Persekitaran

Apa itu lapisan ozon? Lapisan ozon adalah lapisan yang boleh dijumpai di atmosfera kita. Atmosfera dibahagi kepada 5 lapisan; troposfera, stratosfera, mesosfera, thermosfera dan exosfera. Lapisan ozon terletak di lapisan stratosfera. Lapisan ozon adalah bahagian atmosfera bumi yang mengandungi jumlah ozon (O) yang banyak. Lapisan ozon penting dalam kehidupan manusia. Ia mampu untuk menyerap radiasi ultra ungu yang bahaya dan menghalang menembusi ke permukaan bumi.

Kitaran ozon-oksigen dalam lapisan ozon

Atmosfera bumi dibahagi kepada lapisan dengan ciri-ciri berbeza. Sumber : NOAA Aeronomy Laboratory, 1998

Apa itu penipisan lapisan ozon? Penipisan lapisan ozon dengan kata lain bermaksud proses di mana lapisan ozon menjadi nipis. Fenomena ini berlaku adalah apabila jumlah molekul ozon di dalam lapisan menjadi sedikit dari hari demi hari. Impak daripada pengurangan molekul ozon penyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis. Kenapa lapisan ozon semakin berkurang? Lapisan ozon dalam stratosfera musnah disebabkan dua faktor iaitu disebabkan aktiviti manusia dan juga sumber semula jadi. Aktiviti manusia: Pembakaran terbuka, asap ekzos kapal terbang, asap dari perindustrian. Sumber semula jadi: Letusan gunung berapi, gas metana dari ladang.

Sumber : NASA Earth Observatory (Ihsan ilustrasi Barbara Summey, SSAI)

Ozon dimusnahkan oleh tindak balas dengan gas klorin, bromine, nitrogen, hidrogen dan oksigen. Dua faktor di atas menyumbang kepada gas ini. Jadi, apabila gas ini dilepaskan ke atmosfera, semakin banyak ozon akan musnah.Contohnya, apabila gas klorin seperti kloroflorokarbon (CFCl) ada di lapisan ozon, ia akan menyerang molekul ozon (O) yang dibantu oleh sinaran ultra ungu (UV). Ini menyebabkan musnahnya lapisan ozon.

Apabila lapisan ozon menjadi nipis, lebih banyak radiasi UV boleh menembusi ke permukaan bumi. Peningkatan radiasi UV memberikan kesan kepada kita. Pertama, ia akan menyebabkan kematian fitoplankton dan zooplankton di lautan. Organisma ini adalah asas kepada rantaian makanan marin. Kemudian, penipisan ozon menyebabkan pemanasan global. Kenapa? Kerana pemanasan global berlaku apabila jumlah karbon dioksida (CO) dalam udara sangat tinggi. Fitoplakton boleh menggunakan CO yang tenggelam dalam laut untuk menjalankan fotosintesis. Walaubagaimanapun, radiasi UV yang berlebihan menyebabkan berkurangnya populasi fitoplakton. Jadi, CO akan menjadi semakin bertambah di dalam udara dan tidak digunakan. Selain itu, radiasi UV yang tinggi akan mengganggu bekalan nitrogen yang diperlukan oleh tumbuhan seperti padi di Malaysia. Radiasi UV memberi kesan kepada aktiviti penyerapan nitrogen oleh microorganisma. Tumbuhan akan menjadi lebih kecil dan pertumbuhan sangat lambat berbanding kebiasaannya. UV boleh merangsang pembentukan radikal yang reaktif dan kemudiannya membentuk bahan baru yang bahaya. Maka terbentuklah kabus tebal dan juga hujan asid. Akhir sekali, radiasi UV dalam jumlah yang kecil boleh dimangkinkan untuk menghasilkan vitamin D untuk kegunaan manusia. Tetapi, sebaliknya, jumlah UV yang banyak dan apabila bersentuhan dengan manusia akan menyebabkan penyakit kronik seperti kanser kulit, fotokeratitis, katarak dan menberi kesan terhadap sistem ketahanan manusia.

Cara-cara mengatasi penipisan lapisan ozon 1) Kurangkan penerbangan kapal terbang dan roket.

2) Menambahkan penanaman pokok. 3) Mengawal pembunangan sisa industri yang mengandungi bahan kimia dalam penipisan ozon dengan pengurusan sisa buangan yang lebih teratur. 4) Guna produk yang mesra alam dan mesra ozon dalam penggunaan penghawa dingin dan petrol. 5) Kurangkan aktiviti pembalakan dan tanam semula pokok-pokok yang telah ditebang 6) Menyederhanakan proses pembangunan

Anda mungkin juga menyukai