Anda di halaman 1dari 30

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, akhirnya kami berjaya juga menyiapkan tugasan yang diberikan kepada kami. Tugasan Alam sekitar - penipisan lapisan ozon ini merupakan suatu tugasan yang amat menarik untuk dikaji dan diselidiki berpadanan dengan isu penipisan lapisan ozon yang semakin kritikal pada masa kini. Kami, ahli-ahli kumpulan 8 iaitu Nurul Amirah binti Sabri, Nur Farahana binti Nazri, Nur Farhana binti Mohd Room dan Nur Hidayah binti Sahriman mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam menyiapkan folio ini. Pertama sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Pengajian Am kami iaitu En. Gerard Selvaraj, Pn. Siti Sarah M. Arshad dan Pn. Hapisoh Salleh kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami dalam memnyempurnakan tugasan in. Usaha ketiga-tiga orang guru ini yang tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar dan membimbing kami dalam menyiapkan folio ini amat kami hargai. Seterusnya kami mengucapkan setingi-tinggi ucapan terima kasih kepada ibu bapa kami yang telah memberikan kami dorongan dan idea dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah membantu mencurahkan idea dalam melengkapkan lagi folio ini. Akhir sekali kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam menyiapkan folio ini baik secara langsung mahupun tidak langsung.

OBJEKTIF KAJIAN
Tugasan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai penipisan lapisan ozon. Jika sebelum ini kita masih samar-samar mengenai punca dan kesan yang dialami akibat daripada penipisan lapisan ozon, maka folio ini menyediakan penjelasan yang dapat merungkai pertanyaan tersebut. Selain itu, terhasilnya folio ini diharap dapat menyedarkan setiap pelajar dalam menangani masalah ini. Setiap individu mempunyai peranan masing-masing dalam menangani isu ini. Dengan terhasilnya folio ini, diharap dapat mengubah persepsi pelajar tentang peranan dan tanggungjawab kita. Bukan hanya pihak berkuasa sahaja yang bertanggungjawab menangani isu ini, bahkan setiap umat manusia.

PENGENALAN
Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia. Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumbersumber ini adalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan. Pemusnahan hutan, pemanasan global, penipisan lapisan ozon dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif. Definisi Ozon (O3) mengikut Wikipedia Bahasa Melayu adalah sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul. Pada suhu dan tekanan biasa ia berbentuk gas biru. Ozon membentuk cecair biru tua pada suhu bawah -112 C, dan cecair biru tua gelap pada suhu di bawah -193 C. Ozon dijumpai oleh Christian Friedrich Schonbein pada tahun 1840. Ozon diketahui berupaya menyerap radiasi UV-B. Ozon terbentuk secara semulajadi di lapisan ozon. Lapisan ozon terhakis oleh klorofluorokarbon (CFC). Secara semulajadi, ozon terhasil melalui tindak balas cahaya ultra-lembayung dengan atmosfera bumi dan membentuk satu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer. Lapisan ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi Bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Bagimanapun sekiranya ozon terhasil di permukaan bumi seperti melalui asap kenderaan,ozon boleh membahayakan kesihatan. Sekiranya lapisan ozon tiada, banyak kehidupan di bumi akan pupus termasuk manusia. Oleh itu, ramai orang merasa bimbang apabila terdapat laporan wujudnya lubang pada lapisan ozon di kutub utara dan kutub selatan.

LAPISAN OZON
Ozon didapati dengan banyaknya pada aras stratosfera, dalam kawasan yang juga dikenali sebagai lapisan ozon. Di sini ozon menapis cahaya lampau ungu dari sinaran matahari yang merbahaya kepada kehidupan di bumi. Cara standard mengukur jumlah ozon di atmosfera ialah dengan menggunakan unit Dobson. Ozon digunakan dalam perkilangan diukur dengan ppm (parts per million-bahagian per sejuta) (sebagai contoh dedahan OSHA), dan peratus berat. Lapisan Ozon merupakan satu lapisan gas yang terbentuk disekeliling bumi. Lapisan ini terbentuk di atmosfera kira-kira 20 hingga 26 km dari permukaan bumi. Lapisan ini bertindak sebagai penapis sinaran ultraungu cahaya matahari sebelum sampai ke permukaan bumi. Lapisan ozon berfungsi melindungi bumi daripada sinaran ultraungu daripada matahari dan bertindak dengan cara menyerap dan membalikkan sinaran ultraungu yang berbahaya ke angkasa.

KEGUNAAN OZON
Ozon digunakan daalam bidang perubatan untuk engubati pesakit dengan cara terkawal dan mempunyai penggunaan yang meluas seperti di Jerman. Antaranya ialah untuk rawatan kulit terbakar.

Manakala dalam perindustrian, ozon digunakan untuk:1. nyah-kuman sebelum dibotolkan 2. menghapuskan pencemaran dalam air (besi, arsenik, hidrogen sulfida, nitrite, dan bahan organik kompleks yang dikenali sebagai warna), 3. membantu kepada proses flocculation (proses pengabungan molekul membantu penapis menghilangkan besi dan arsenik), 4. mencuci, dan memutihkan kain (dipaten), 5. membantu mewarnakan plastik,
6. menentukan ketahanan getah

KEPENTINGAN OZON
Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai 'lapisan ozon'. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinaran ultralembayung (UV) daripada matahari. Ozon (O3)ihasilkan apabila O2 menyerap sinaran uv pada jarak gelombang 242 nanometer dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak gelombang yang besar daripada 290 nm. O3 juga merupakan penyerap utama sinaran ultralembayung antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-proses ini adalah efektif dalam mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinaran ultralembayung. Lapisan ozon menghalang sinaran ultralembayung daripada sampai ke Bumi. Sinaran ultralembayung boleh menyebabkan penyakit kanser kulit, penyakit katarak, , kemerosotan sistem keimunan badan dan penyakit jantung kepada manusia.

KITARAN OZON

Jumlah ozon dalam atmosfera berubah mengikut lokasi geografi dan musim. Ozon disukat dalam unit Dobson (Du) yang mana, sebagai contoh , 300 Du setara dengan 3mm tebal lapisan ozon yang tulen jika dimampat ke tekanan paras laut. Sebahagian besar ozon stratosfera dihasilkan di kawasan tropika dan diangkut ke latitud yang tinggi dengan skala-skala putaran atmosfera semasa musim sejuk hingga musim bunga. Umumnya kawasan tropika memiliki ozon yang rendah. Molekul ozon juga tidak stabil dan apabila terkena sinaran lampu ungu, ozon akan terurai kepada molekul O2 dan satu atom oksigen, proses berkekalan yang dikenali sebagai kitaran ozonoksigen. Kitaran ini mampu dihentikan dengan oleh atom klorin, florin atau bromine dalam dalam atmosfera; bahan ini didapati dalam Sebatian stabil terutamanya kloroflorokarbon (CFC) yang mampu sampai ke stratosfera dan terurai oleh senarai lampu ungu. Kitaran NO2 bagi pembentukan ozon juga boleh diganggu oleh air di paras atmosferik, menukar NO2 kepada bentuk yang lebih stabil.

LUBANG OZON

Lubang ozon di Antartika disebabkan oleh penipisan lapisan ozon antara altitud tertentu seluruh Antartika pada musim bunga. Penipisan tersebut dikesan setiap tahun sejak sedekad yang lalu. Pembentukan lubang tersebut berlaku setiap bulan September dan pulih ke keadaan normal pada lewat musim bunga atau awal musim panas. Dalam bulan Oktober 1987, 1989, 1990 dan 1991, lubang ozon yang dalam telah diperhati bagi seluruh Antartika dengan kenaikan 60% pengurangan ozon berbanding dengan paras lubang pra-ozon. Dalam Oktober 1991, paras terendah atmosfera ozon yang pernah direkodkan telah berlaku di seluruh Antartika. Terdapat dua sebab utama bagi lubang peningkatan klorofluorokarbon (CFC) dikesan di atmosfera, dan keunikan persekitaran kaji cuaca pada cuti musim sejul seluruh Antartika. Antara altitude tertentu di Antartika, suhu stratosfera yang sejuk membenarkan Kristal ais terbentuk. Dalam awan tersebut, molekul klorin dibebaskan dari klorofluorokarbon (CFC) semasa kegelapan kutub sejuk. Molekul klorin ini bertindak balas dengan O3(ozon) dengan itu menguraikan Ozon dan menipiskan lapisan Ozon. Apabila sinaran matahari bermula pada bulan September di seluruh Antartika, bilangan molekul-molekul klorin ini akan berkurangan akibat tindakan lembayung (uv) kerana pembentukan atom klorin pemusnah-ozon.

KEROSAKAN LAPISAN OZON

Kerosakan lapisan ozon dipercayai disebabkan gas buatan manusia, iaitu hidrokarbon di halogenate yang sangat stabil dan boleh sampai padalapisan ozon. Hidrokarbon di halogenate akan menguraikan molekul ozon dan menghasilkan klorin. Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah pengenalan klorofluorokarbon (CFC) buatan manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global. Klorofluorokarbon (CFC) digunakan oleh masyarakat moden dengan pelbagai cara, sama ada dalam peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik. Hayat bagi klorofluorokarbon (CFC) bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan. Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, klorofluorokarbon CFC) bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera ( 10-50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20-25 km, kurang uv diserap oleh ozon. Molekul klorofluorokarbon (CFC) terurai setelah bertindakbalas dengan sinaran uv, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini juga berupaya untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon.

PROSES PENIPISAN LAPISAN OZON

Ozon adalah molekul O3 yang terbentuk daripada gabungan satu molekul oksigen dengan satu atom oksigen. Sinar ultralembayung matahari memecahkan satu molekul oksigen kepada dua atom oksigen. Ozon terdapat di stratosfera.

O2 Molekul oksigen

O Atom oksigen

O Atom oksigen

Atom oksigen bebas bergabung dengan molekul oksigen lain untuk membentuk molekul ozon.

O2 Molekul oksigen

O Atom oksigen

O3 Ozon

Punca utama lapisan ozon menjadi nipis adalah klorofluorokarbon (CFC) yang digunakan dalam system penyejukan peti sejuk, alat penyaman udara, bahan smburan aerosol, alat pemadam api dan polisterina berdasarkan sifat kimia CFC yang tidak aktif. CFC yang dilepaskan ke udara boleh kekal tanpa berubah selama 100 tahun dan boleh naik ke lapisan stratosfera. Sinar ultralembayung memecahkan molekul CFC lalu membebaska atom klorin. Atom klorin bergabung dengan ozon untuk membentuk klorin monoksida dan molekul oksigen. O2 Molekul oksigen O Atom oksigen + O3 Ozon

PUNCA-PUNCA PENIPISAN LAPISAN OZON


Penipisan lapisan ozon yang berlaku tidak terjadi dan terbentuk dengan begitu sahaja. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya penipisan lapisan ozon, namun yang pasti, penipisan lapisan ozon pada hakikatnya terjadi disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri. Lapisan ozon di lapisan stratosfera semakin nipis atau berlubang menyebabkan sinaran ultra ungu sampai ke permukaan bumi menyebabkan suhu meningkat. Sinaran ultra ungu adalah sinaran yang berbahaya kepada manusia dan juga haiwan. Sinaran ultraungu (atau juga ultralembayung) atau disebut ultralembayung atau ultraviolet (UV) merupakan sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek dari cahaya nampak. Panjang gelombang untuk sinar UV adalah antara 200-400 nm. Ultraungu bermaksud "melebihi ungu" dan dinamakan sebegitu kerana frekuensinya melebihi cahaya ungu. Sesetengah haiwan (burung, reptilia, dan serangga seperti lebah) boleh melihat sinar UV dekat. Ini disebabkan kebanyakan buah-buahan, bunga dan bijian kelihatan lebih menyerlah dalam sinar UV berbanding sinar nampak. Selain itu, klorofluorokarbon(CFC) adalah sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon. Ini kerana CFC boleh bertindak sebagai pemangkin yang mempercepatkan penipisan lapisan ozon dengan kehadiran cahaya ultra ungu yang tinggi. Penipisan lapisan ozon seringkali dikaitkan dengan penggunaan CFC dalam pembuatan penghawa dingin, peti sejuk, alat pemadam api, polisterina dan penyembur aerosol.CFC digunakan sebagai bahan pendingin dalam penghawa dingin, propelan dalam aerosol dan sebagai bahan berbusa dalam bungkusan Styrofoam. Dari segi pertanian pula, penggunaan baja organik di dalam pertanian juga menyebabkan penipisan lapisan ozon. Penggunaan baja organik merupakan salah satu punca kerana menggunakan nitrogen oksida. Penggunaan baja organik yang berterusan dalam pertanian yang menghasilkan nitrogen oksida mendatangkan kebayaan kerana ia boleh menipiskan lapisan ozon. Peningkatan dalam kegiatan perindustrian pada hari ini yang begitu pesat mempercepatkan lagi proses penipisan lapisan ozon. Melalui kegiatan perindustrian asap mengandungi gas seperti karbon dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan sulfur dioksida dibebaskan ke ruang udara menyebabkan haba terperangkap di lapisan troposfera dan mengalami kekurangan bahangan bumi dan menjadi semakin sejuk. Pelepasan nitrogen dioksida yang banyak menipiskan lagi lapisan ozon. Nitrogen dioksida terhasil daripada aktiviti manusia seperti ujian bom, nuklear dan pelancaran roket. Contohnya pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nuklear menyebabkan lapisan ozon musnah. Antara negara yang terlibat dalam aktiviti ini ialah negara Amerika, India dan Pakistan. Bilangan kenderaan bermotor yang semakin hari semakin meningkat juga boleh membawa kepada penipisan lapisan ozon. Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan suhu di stratosfera lalu mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses penipisan lapisan ozon.

Penyahutanan secara meluas juga merupakan faktor yang menyumbang kepada berlakunya penipisan ozon. Tumbuh-tumbuhan berperanan membebaskan oksigen dan menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis menyebabkan kandungan oksigen di atmosfera berkurangan dan pembetukan ozon terjejas. Faktor-faktor penyumbang kepada penipisan lapisan ozon yang dinyatakan di sini hanyalah sebilangan daripada banyak lagi punca-punca lain yang membawa kepada isu ini. Kita sebagai umat manusia yang menduduki Bumi ini haruslah melatih diri kita agar tidak melakukan perbuatanperbuatan yang boleh seumpama ini yang hanya akan mendatangtkan musibah kepada kita di kemudian hari.

KESAN-KESAN PENIPISAN LAPISAN OZON


Isu penipisan lapisan ozon yang membelenggu kita dilihat semakin hari semakin berleluasa. Penipisan lapisan ozon sesungguhnya bukannya mendatangkan faedah sebaliknya membawa keburukan dan musibah kepada umat manusia dan bumi. Salah satu kesan atau akibat daripada penipisan lapisan ozon ialah boleh mengakibatkan berlakunya perubahan iklim dunia. Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu berlebihan lalu memyebabkan perubahan iklim dunia dalam jangka pendek berlakunya pemanasan global manakala dalam jangka masa panjang kekurangan ozon menyebabkan haba bumi terbebas ke angkasa dan tidak terperangkap oleh atmosfera menyebabkan suhu bumi menjadi sejuk. Penipisan lapisan ozon yang semakin serius akibat pertambahan CFC akan menyebabkan kenaikan suhu dunia. Ekoran daripada perubahan ini, suhu dunia dijangka akan meningkat sebanyak 5 darjah celcius sebelum pertengahan abad yang akan datang. Perubahan ini bukan sahaja mengakibatkan glasier di Kutub Artik dan Kutub Antartika mula cair, bahkan menyebabkan pemanasan dan pengembangan isipadu air laut.Lantaran itu, menjelang tahun 2020, pakar-pakar saintis meramalkan paras laut akan naik sebanyak 5 meter hingga 7 meter dan akan menenggelamkan kawasan-kawasan rendah seperti Maldives, Bangladesh dan Amazon di Amerika. Kenaikan aras laut juga merupakan satu implikasi penipisan lapisan ozon. Peningkatan suhu global menyebabkan aras lautan meningkat dan menengelamkan kawsan rendah, peningkatan aras lautan beraku sebanyak 2 mm setahun. Risiko banjir laut dan penennggelaman kawasan daratan pantai yang munkin menjadi petempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat Penipisan lapisan ozon boleh menjejaskan kesihatan manusia. Ini adalah kerana pancaran ultraungu yang mempunyai gelombang antara 290-320 namometer boleh mengakibatkan gangguan kesihatan seperti penyakit barah kulit, penyakit mata, strok haba, mudah demam, kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuaca panas. Sistem badan juga akan turut terjejas. Hal ini berikutan kerana penipisan lapisan ozon boleh memusnahkan urat saraf, kecacatan anggota daya ketahanan badan, melemahkan sistem imuniti badan dan juga boleh mengakibatkan gangguan pernafasan. Penyakit barah kulit seperti melanoma ini disebabkan gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi yang menyebabkan pembahagian sel-sel yang tidak teratur. Kajian membuktikan bahawa pengurangan 1 peratus dalam lapisan ozon akan mengakibatkan pertambahan sebanyak 5 peratus dalam kes penyakit barah kulit. Masalah ini lebih serius di negaranegara barat kerana kebanyakan penduduknya berkulit putih yang lebih peka atau sensitif kepada pancaran ini. Penyakit mata juga merupakan salah satu kesan daripada penipisan lapisan ozon selain daripada barah kulit. Sekiranya seseorang individu itu terlalu lama terdedah kepada pancaran ultraungu, dia akan menghidap penyakit ketarak yang boleh menyebabkan buta. Penyakit ini lebih

teruk di negara-negara sedang membangun kerana penduduknya kurang mampu membiayai pembedahan mata dan membeli cermin mata untuk mengelakkan pancaran ini. Kajian juga menunjukkan bahawa radiasi ultraungu boleh merosakkan sistem imunisasi menusia, menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk menentang ancaman penyakit seperti radang paru-paru. Hidupan akuatik turut terjejas akibat penipisan lapisan ozon. Ekosistem akuatik terjejas dengan peningkatan sinaran ultraungu menganggu proses fotosintesis bagi hidupan plankton menyebabkan rantaian makanan di laut terjejas dan menjejaskan sumber ikan. Mikroorganisma di dalam air seperti plankton memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Maka plankton berada dekat dengan permukaan air dan sangat peka kepada perubahan pancaran matahari. . Ia boleh menyebabkan kemusnahan fitoplankton yang menjadi makanan ikandan pemusnahan terumbu karang dan tempat pembiakan ikan Jika mikroorganisma ini terdedah kepada pancaran ultra-ungu yang keterlaluan, lama-kelamaan ia akan mati. Kejadian ini akan mengurangkan sumber makanan untuk hidupan laut, akibatnya bekalan ikan merosot dan ini sudah tentu menjejaskan sumber protein bagi manusia. Kesan lain yang akan dialami akibat daripada penipisan lapisan ozon ialah akan mempengaruhi molekul asas kepada semua benda hidup. Pancaran ultraungu C yang panjang gelombangnya antara 240-290 namometer pula masih belum sampai ke bumi. Namun demikian, penyelidikan dalam makmal menunjukkan ia boleh memusnahkan asid-asid nukleik (RNA dan DNA) dan protein yang merupakan molekul asas kepada semua benda hidup. Jika kerosakan lapisan ozon kian bertambah, suatu hari nanti pancaran dijangka akan sampai ke bumi dan mungkin pada ketika itu bumi ini akan kiamat. Penipisan lapisan ozon juga akan membawa kesan negatif kepada sektor pertanian. Radiasi ultraungu 8 boleh mengurangkan hasil tanaman kerana ia bukan saja mengurangkan kandungan air dalam tumbuh-tumbuhan, bahkan menjejaskan proses fotosintesis.Umpamanya, kajian yang dijalankan oleh ahli botani Alan Teramura dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa kandungan lemak dan zat protein untuk tanaman kacang soya merosot apabila terkena pancaran ultraungu. Contoh pertumbuhan tanaman yang terjejas ialah proses berbunga seperti gandum. Kerosakan ozon juga menjejaskan industri pembalakan. Pancaran ultraungu mengakibatkan tumbuh-tumbuhan mengambil masa yang lebih panjang untuk membesar. Maka ini mengurangkan pengeluaran kayu balak dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara-negara yang bergantung kepada industri pembekalan atau industri yang berasaskan kayu-kayuan. Ekosistem daratan tidak terkecuali daripada menerima kesan akibat penipisan lapisan ozon ini. Penipisan lapsian ozon menyebabkan sinaran ultraungu meningkat dan memusnahkan sel dan mikroorganisma yang terdapat di dalam badan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Bekalan air kepada penduduk turut terjejas. Cuaca panas yang melampau atau kemarau menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai, tasik dan empangan akan terjejas seterusnya menjejaskan bekalan air bersih kepada penduduk. Isu penipisan lapisan ozon bukanlah isu baru kepada dunia. Umum mengetahui bahawa penipisan lapisan ozon bukanlah mendatangkan kebaikan sebalknya membawa keburukan dan kerugian kepada umat manusia. Tambahan lagi, bukan sekadar manusia, bahkan ekosistem turut terjejas. Isu ini perlu dipandang serius oleh setiap individu agar tidak mengalami implikasinya di hari kelak. Jika dibiarkan berterusan akan turut menjejaskan persekitaran sosial manusia. Manusia tidak

lagi dapat melakukan aktiviti rekreasi seperti beriadah kerana cuaca terlalu panas. Maka langkah penyelesaian kepada masalah ini perlu difikirkan segera.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENIPISAN LAPISAN OZON


Masalah penipisan lapisan ozon yang melanda kita perlulah disisasat hingga ke akar umbi. Setelah itu langkah-langkah yang difikirkan sesuai untuk mencegah, menangani dan mengatasi masalah penipisan lapisan ozon perlulah diutarakan dan dilaksanakan. Ini bertujuan untuk menghalang kesan-kesan negatif akibat penipisan lapisan ozon daripada terus mendatangkan keburukan kepada kita. Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan mengurangkan penggunaan kluorofluorokarbon (CFC) dalam pelbagai industri. Penggunaan CFC dengan banyak dalam pelbagai industri akan meningkatkan pembebasan CFC yang banyak ke atmosfera dan selanjutnya mendatangkan kerosakan lapisan ozon. Pengawalan penggunaan misalnya melalui undang-undang atau peningkatan cukai import untuk meningkatkan kos CFC akan mengurangkan pembaziran dan penggunaannya dan seterusnya mengurangkan pembebasan CFC ke atmosfera. Menggalakkan dan mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya alat pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat Interlink Corporation di Malaysia. Usaha kerajaan Singapura yang mengharamkan penggunaan alat pendingin udara kenderaan tidak berapa lama yang lalu adalah satu contoh yang baik ke arah ini. Kaedah lain yang boleh dilakukan ialah dengan meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti kluorofluorokarbon(CFC). Mencari dan memajukan bahan alternatif yang boleh menggantikan peranan CFC dalam pelbagai industri tetapi tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar adalah satu jalan yang terbaik. Jika tidak ada satu bahan kimia yang dapat menggantikan semua fungsi CFC sebagai agen pembersih, dalam industri elektronik, pendingin dalam alat pendingin udara dan agen pengembang dalam keluaran foam, konsep beberapa bahan kimia untuk menggantikan CFC ini boleh diamalkan. Contoh fungsi CFC dalam industri foam boleh digantikan poliols lembut, metilen klorida asid formik atau teknik `vacuum expansion', gas helium mungkin menggantikan fungsi CFC dalam alat pendingin udara sebagai agen pendingin. Kerjasama dan komitmen antarabangsa amat diperlukan dalam membendung dan mengatasi masalah penipisan lapisan ozon ini. Masalah pemusnahan lapisan ozon adalah satu masalah sejagat. Oleh itu kerjasama antara semua negara dalam dunia untuk mengatasinya adalah perlu. Badan pencinta alam sedunia dan PBB adalah berperanan penting dalam mengadakan konvesyen, persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketua-ketua negara yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka secara langsung dalam mengatasi masalah ini. Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta penggunaan CFC yang dikenali sebagai protokol telah dipersetujui. Malaysia bersama 65 negara lain telah menandatangani perjanjian ini. Satu persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera telah diadakan di USM pada 20-23 Februari 1990.

Jalan penyelesaian lain yang boleh dipraktikkan ialah melalui komitmen dan usaha di peringkat nasional. Pihak kerajaan boleh galakkan dan beri insentif untuk penyelidikan mencari bahan ganti. Mengadakan kempen dan pendidikan untuk menimbulkan kesedaran awam tentang bahaya dan langkah yang perlu diambil untuk masalah penipisan ozon ini.Menetapkan dasar dan undang-undang bagi mengawal penggunaan bahan CFC dalam negara. Masalah penipisan ozon boleh diutarakan di peringkat nasional melalui persidangan. Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (pbb) sebagai contoh boleh mengadakan persidangan bagi membincangkan kesan penipisan lapisan ozon dan langkah untuk mengatasinya. Tidak dapat dinafikan usaha untuk mengatasi isu penipisan lapisan ozon lebih banyak tertumpu dan diserahkan kepada pihak kerajaan dan swasta, namun individu tidak harus bersikap lepas tangan. Tindakan atau peranan seseorang individu itu adalah penting dalam mengawal masalah penipisan lapisan ozon. Pengguna sepatutnya menggalakkan penggunaan bahan ganti keluaran CFC atau halon. Penggguna juga seharusnya tidak membuang sisa barang CFC seperti peti sejuk dan alat pendingin udara yang rosak merata tempat. Pengguna wajar memberi sokongan dan kerjasama kepada kempen galakan penggunaan semula dan pemulihan. Masalah penipisan lapisan ozon juga boleh diatasi melalui penguatkuasaan undang-undang. Uandang-undang yang sedia ada berkaitan dengan alam sekitar ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Akta ini menyatakan bahawa denda dan kompaun akan dikenakan terhadap individu atau pihak yang menyumbang kepada penipisan lapisan ozon. Individu beserta pihak yang melakukan sebarang aktiviti yang boleh menjadi punca kepada penipisan alapisan ozon. Lapaoran EIA bagi projek pembangunan akan diberikan kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS). Kerajaan dan pihak swasta boleh membantu untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan kaedah pengurusan strategik. Tenaga alternatif digunakan bagi menggantikan bahanbahan yang boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon berlaku. Sebagai contoh penggunaan bahan CFC dalam gas penyejuk dan industri membuat komputer digantikan dengan bahan berasaskan air. Pembakaran terbuka juga harus dielakkan bagi menghalang penyebaran gas karbon monoksida yang banyak di udara hingga menjejaskan lapisan ozon. Mereka yang terlibat dengan sektor pertanian boleh mengggunakan kaedah tebang reput, guna baja organik dan teknik kawalan biologi bagi membantu mengurangkana risiko penipisan lapisan ozon. Kaedah lain yang boleh diusahakan ialah dengan melakukan penghutanan semula atau perladangan hutan yang boleh mengurangkan aktiviti penipisan lapisan ozon daripada berlaku. Kawasan hutan dikekalkan sebagai hutan simpan. Masalah penyahutan yang berleluasa di negara maju membangun menyebabkan pemanasan global berlaku oleh itu negara di seluruh dunia perlu mewartakan kawasan hutan sebagai kawasan hutan simpan dalam mengekalkan suhu Bumi. Penipisan lapisan ozon boleh ditegah melalui kaedah pendidikan yang boleh disalurkan dengan pelbagai cara. Pihak kementerian perlu menerapkan isu-isu penipisan lapisan ozon dalam sukatan mata pelajaran seperti geografi, sains, bahasa Melayu dan pengajian am. Kempen, forum dan seminar kepentingan menjaga alam sekitar harus dipergiatkan. Badan sukarela seperti Greenpeace WWF sebagai contohnya boleh meningkatkan kesedaran kepada masyarakat dunia melalui demonstrasi, ceramah dan bengkel. Intihanya, terdapat pelbagai langkah dan cara yang boleh dipraktikkan bagi mengatasi masalah penipisan lapisan ozon. Kita sebagai penghuni di muka Bumi ini hanya perlu memilih cara yang bersesuaian agar kita turut mrnumbang kepada kesejahteraan hidup sejagat.

LAMPIRAN

Lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran ultra ungu

Lapisan ozon berfungsi melindungi bumi daripada sinaran ultraungu daripada matahari dan bertindak dengan cara menyerap dan membalikkan sinaran ultraungu yang berbahaya ke angkasa.

Bahan mengandungi CFC yang boleh akibatkan penipisan lapisan ozon

Kajian satelit menunjukkan kemerosotan 3 hingga 7 peratus lapisan tersebut di atmosfera

Proses kerosakan ozon oleh klorin

Rajah ini menunjukkan lapisan ozon semakin menipis sehingga ternampak ada "lubang" pada lapisan atmosfera

Faktor-faktor penipisan lapisan ozon

Kesan kesan penipisan ozon

Proses penipisan ozon

ARTIKEL 1

ARKIB : 11/02/2007

Selamatkan bumi kita


Oleh Siti Mariam Md. Zain
BUMI umpama rumah besar bagi segala hidupan bukan sahaja manusia tetapi serangga, haiwan dan tumbuhtumbuhan. Bezanya manusia dan hidupan-hidupan lain ialah kita dianugerahkan akal dan kebijaksanaan. Namun akal dan kebijaksanaan itu sering disalahgunakan. Mungkin dari satu segi, ia tidak nampak salah, tetapi kita harus sedar bahawa setiap tindakan yang diambil perlu memikirkan kesan baik dan buruk kepada hidupan lain juga. Inilah sebenarnya fungsi manusia. Memberi yang terbaik kepada seluruh hidupan bumi agar sama-sama dapat berasa nikmat yang lebih sempurna. Tindakan memusnahkan alam sewenang- wenangnya jelas bukan tindakan bijak. Malangnya, peranan ini sering jatuh ke tempat terakhir selagi kesan itu tidak dirasai sendiri. Lihat sahaja di rumah- rumah kita betapa tenaga elektrik secara lumrahnya dibazirkan begitu sahaja. Lampu yang dipasang tidak setakat penuh di dalam rumah tetapi juga melimpah ruah ke luar rumah. Penggunaan pendingin udara tanpa kawalan terus menjadi penyumbang utama kepada penipisan ozon akibat pengeluaran gas chlorofluorocarbon (CFC). Itu belum termasuk faktor kenderaan. Di ibu negara dan bandar-bandar besar lain, isu kesesakan lalu lintas seolah-olah telah menjadi perkara biasa. Natijahnya ialah semakin banyak karbon dioksida yang dilepaskan. Lapisan ozon di stratosfera yang semakin nipis membolehkan sinaran ultra ungu sampai ke permukaan bumi lalu menyebabkan suhu meningkat. Selain pendingin udara, CFC juga dihasilkan oleh penyembur aerosol, penggunaan baja organik berterusan dalam pertanian (menghasilkan nitrogen oksida), pembakaran bahan api fosil (nitrogen dioksida), ujian senjata nuklear, peperangan yang menggunakan bahan letupan dan penggunaan jet supersonik Keadaan ini bukan sahaja mempengaruhi perubahan iklim, tetapi juga penyakit seperti katarak mata dan kanser kulit, mengurangkan proses fotosintesis tumbuh-tumbuhan, memusnahkan sel mikro organisma pada tumbuh-tumbuhan dan binatang, membunuh sistem pelalian manusia dan binatang serta banyak lagi kesan negatif. Peningkatan suhu menyebabkan pencairan ais atau glasier seterusnya menyaksikan peningkatan aras laut berikutan isi padu air laut yang bertambah. Apabila air laut bertambah, kawasan-kawasan rendah akan mengalami banjir. Bermakna banjir tidak lagi berlaku di negara-negara yang sering dilanda banjir sahaja tetapi juga tempat-tempat lain. Dan apa yang kita saksikan hari ini adalah fenomena yang terhasil daripada sikap dan tindakan manusia itu sendiri. Jika kesedaran ini muncul sejak lama dulu, apa yang dialami mungkin dapat dielakkan atau kesannya dikurangkan. Perubahan mendadak ini menyedarkan manusia betapa perlunya kita bersama-sama menjaga alam sekitar. Malah dalam satu undian yang dilakukan di Switzerland baru-baru ini mendapati lebih 80 peratus rakyat negara itu bersedia mengurangkan penggunaan kereta masing-masing sebagai alternatif pencegahan perubahan cuaca ketara. Undian yang dibuat menerusi akhbar Sonntagsblick itu mendapati 67 peratus pengundi percaya manusia hanya tahu menyalahkan apa yang berlaku dan 63 peratus bersetuju bahawa perubahan cuaca mengancam survival manusia.

Secara keseluruhan, 88 peratus berkata, mereka bersedia menyumbang secara peribadi untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksida yang merupakan punca utama pemanasan atmosfera bumi dan merosakkan iklim. Undian juga mendedahkan sebahagian besar rakyat Swiss mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya. Mereka mendapati kerajaan hanya mengambil langkah yang terlalu sedikit bagi menangani masalah itu setakat ini. Lebih 80 peratus juga menyokong lebih banyak cukai kenderaan dikenakan ke atas kenderaan yang boleh menampung jumlah minyak yang lebih banyak, begitu juga ke atas pengangkutan awam dan mempertingkatkan kemampuan kenderaan lama agar lebih mesra alam sebagaimana pemulihan yang dilakukan terhadap bangunan. Dua pertiga daripada tinjauan yang dibuat oleh Institut Isomar membabitkan 1,001 orang antara 31 Januari hingga 3 Februari lalu itu juga mahu pihak berkuasa mewajibkan penjimatan tenaga ke atas lampu dan peralatan elektrik lain. Minggu lalu, saintis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran berkaitan peningkatan pemanasan global dan bagaimana manusia perlu memainkan peranan mereka bagi mengurangkan perubahan iklim. Pencairan ais luar biasa dan salji kering yang berlaku di Alps beberapa bulan lalu menimbulkan keadaan panik dan ketakutan di Switzerland kesan daripada perubahan cuaca yang ketara kebelakangan ini. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, negara-negara yang kurang mengambil berat tentang kesan pemanasan global yang sedang melanda dunia bakal menerima kesan yang lebih besar berbanding negara lain. Tidak menentuTahap pemanasan persekitaran global semakin tidak menentu dan kesan disebabkan perubahan cuaca kian dirasai melangkaui seluruh dunia, kata Ki- moon dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini sebagai amaran bahawa manusia adalah pihak yang patut dipersalahkan terhadap pemanasan global dan perubahan iklim. Tambah Ki-moon lagi, semua negara patut melihat kesan perubahan cuaca sebagai perkara merugikan mereka. Beliau menyifatkan dunia berada di tahap kritikal' dan jika tiada tindakan, keadaan akan bertambah lebih buruk. Agak menyedihkan apabila di negara- negara miskin seperti Afrika dan negara- negara pulau kecil terpaksa menerima kesan teruk walaupun mereka bukan penyumbang utama kepada pemanasan global, jelas beliau lagi. Ki-moon menjadi harapan agensi alam sekitar PBB untuk memainkan peranan lebih penting bagi menjayakan Protokol Kyoto iaitu perjanjian dalam usaha mengurangkan kesan rumah hijau yang akan tamat pada 2012. Sebagai pengguna, kita juga mempunyai pilihan sama ada mahu melihat masa depan bumi lebih sihat atau sebaliknya. Seperti ditegaskan Ki-moon, semua negara perlu bertindak. Rakyat Switzerland telah mengambil langkah dengan mengatakan kesediaan mereka mengurangkan kesan pemanasan global walau dengan apa cara sekalipun. Kita?

[ sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y= 007&dt=0211&pub=utusan_malaysia&sec Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive]

ARKIB : 29/11/2009 2 ARTIKEL

Apabila alam berbicara


Oleh Ku Seman Ku Hussain LEBIH dua dekad lalu penyanyi tersohor Indonesia, Ebiet G. Ade mencipta dan senandungkan lagu Berita Kepada Kawan. Ketika lagu ini popular tidak banyak yang dapat mengaitkan keluhan Ebiet mengenai sikap manusia kepada alam seperti kita perkatakan hari ini. Dua dekad lalu tidak ada istilah pemanasan global atau rajuk marah alam yang mengubah fenomena alam, dunia menjadi semakin panas, lautan beku mencair dan salji tiba-tiba gugur di bumi yang bukan tempatnya. Ebiet mengkritik tentang sikap manusia yang tidak bersahabat dengan alam. Ternyata Ebiet seniman yang mendampingi alam dan mampu memahami bicara alam lewat isyarat bencana yang dikirimkan kepada manusia. Tetapi tidak semua manusia seperti Ebiet, sebaliknya mereka sangat individualistik untuk memesrai alam dengan tidak melakukan tingkah yang mengubah suhunya. Kini manusia semakin mengerti apabila alam berbicara. Bencana alam yang berlaku di sana sini, suhu dunia meningkat mendadak akibat hutan yang semakin mengecil untuk menyumbangkan oksigen, pemimpin-pemimpin dunia kini bersiap dengan usul masing-masing untuk dibentangkan di Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Conpenhagen, Denmark pada 7 hingga 18 Disember ini. Alam atau rumah hijau menerima kesan yang langsung daripada pemanasan global. Antara kesan pemanasan global ialah kenaikan suhu bumi, perubahan cuaca yang melampau yang mengakibatkan taufan, banjir, tanah runtuh dan peningkatan aras laut akibat pencairan glasier. Penipisan lapisan ozon menjadi semakin serius dan sidang di Conpenhagen tahun ini dianggap sangat penting untuk merangka langkah-langkah proaktif untuk menyelamatkan bumi. Ini kerana langkah fasa pertama menyelamatkan dunia menerusi Protokol Kyoto akan tamat pada 2012. Maka mulai 2013 perlu ada satu kerangka dasar baru kelangsungan Protokol Kyoto. Peningkatan suhu panas bukan saja mencairkan bongkah ais di Artik tetapi mencetuskan mala petaka akibat perubahan cuaca yang mendadak. Tentulah antaranya ribut taufan yang ganas, gelombang yang membahayakan penghuni di kawasan pantai sekaligus membawa hujan yang luar biasa hingga mengakibatkan banjir besar. Sidang di Conpenhagen menjadi penentu sejauh manakah keseriusan pemimpin-pemimpin dunia termasuk Amerika Syarikat (AS) menangani isu pemanasan global. Difahamkan Presiden AS, Barack Obama akan turut serta di Conpenhagen Disember ini bersama pemimpin-pemimpin lain yang memperlihatkan komitmen yang tinggi. menghargai Protokol Kyoto sebenarnya tidak berjaya sepenuhnya untuk mendidik manusia menghargai dan menyayangi alam. Kerana itu isu pemanasan global yang sudah dikesan sejak tahun 1940-an lagi tidak memperlihatkan langkah-langkah drastik yang telah dilakukan. Cuma apabila laut yang dulunya beku kini mencair, gunung yang sepanjang masa diselimuti ais juga mulai cair, barulah manusia gelisah bahawa alam ini sudah tenat sebenarnya.

Kalau filem 2012 boleh dijadikan rujukan tentang kesan kemusnahan akibat pemanasan global, demikianlah dahsyatnya detik cemas yang berada di hadapan kita semua. Biarpun filem arahan Roland Emmerich lakonan John Cusack, Chiwetel Ejiofor dan Amanda Peet sebuah fiksyen yang sekaligus menguji keberkesanan teknologi imej janaan komputer (CGI), 2012 berpaksi kepada rujukan yang berlaku sekarang. Pemilihan tahun 2012 sebagai tahun bencana dalam filem ini sebagai menyindir kegagalan Protokol Kyoto yang berakhir pada 2012. Kalau kita tidak mampu membina imaginasi tentang kesan maha dahsyat apabila alam mulai memberontak, filem 2012 barangkali boleh membantu kita membayangkan sengsara akibat kecuaian manusia. Pemimpin dunia tidak hanya boleh berdoa supaya ilusi dalam filem 2012 tidak berlaku, malah mesti bertindak untuk lebih menyayangi alam dan merendahkan sedikit hambatan materialisme. Pertambahan mendadak kawasan-kawasan perindustrian yang menyumbangkan kepada penipisan ozon, penghapusan kawasan hutan yang dibangunkan untuk tujuan komersial antara yang menyumbang kepada perubahan cuaca. Kadar kecairan ais di Artik dan Artartika berada pada tahap yang membimbangkan. Sekiranya kecairan sekarang ini terus konsisten, paras air di lautan akan bertambah lebih 80 meter. Bayangkan air setinggi lebih kurang 80 meter yang boleh menenggelamkan daratan lebih dahsyat berbanding tsunami. Kalau keadaan sekarang terus konsisten, laut akan menenggelamkan lebih 15 juta kilometer persegi daratan. Semua manusia di dunia akan menerima kesan yang buruk ini. Kecairan di dua kutub itu menyumbang kepada pertambahan paras air di lautan yang menghubungkan semua negara di dunia. Kalau paras air di laut bertambah 20 meter saja, mungkin negeri Pulau Pinang hanya akan kelihatan menara Komtar dan beberapa bangunan tinggi. Tetapi ramalan pengkaji, paras air laut akan bertambah 80 meter, dan kita hanya boleh mengingat kembali apa yang berlaku dalam filem 2012 di mana Rumah Putih tempat kediaman Obama yang dilanggar kapal dari laut. Para pemimpin yang akan menghadiri sidang di Conpenhagen kini hanya menunggu tindakan drastik Obama untuk mengurangkan gas rumah hijau sebanyak 17 peratus hingga 2020. Ini merupakan sasaran pertama AS yang dibawa ke sidang di Conpenhagen. Maka sidang Conpenhagen Disember ini boleh dianggap sebagai antara usaha manusia untuk memahami alam yang menghantarkan isyarat bicaranya menerusi bencana demi bencana. Semua yang berlaku tercetus daripada sikap manusia yang berkurun lamanya tidak mahu memahami alam. Kemusnahan akibat pemanasan global hanya satu isyarat menunjukkan alam mulai bicara kerana tidak tertanggung dengan tingkah manusia.

[sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?=2009&dt=1129& ub=utusan_malaysia& sec=Rencana&pg=re_14.htm&arc=hive]

KESIMPULAN
Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan isu penipisan ozon yang semakin membimbangkan ini, dunia mungkin akan menjadi semakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahan- lahan. Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambil tindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh diselamatkan lagi. Manusia seharusnya bartanggungjawab dalam memainkan peranan untuk menghalang masalah ini dari terus berleluasa. Jika masalah penipisan ozon ini dibiarkan berterusan, Bumi akan mengalami kesan buruk seperti berlaku perubahanm iklim dunia dan saiz lubang ozon yang semakin membesar. Tidak mustahil pada suatu hari nanti dunia sudah tidak boleh didiami oleh sebarang hidupan termasuklah manusia. Usaha-usaha untuk mengatasi masalah penipisan lapisan ozon ini sewajarnya sudah dilaksakan pada masa kini. Manusia tidak lagi boleh menunggu dan mengharapkan usah dilakukan oleh pihak lain kerana sekiranya keadaan menjadi benar-benar kritikal dan barulah mengambil tindakan, segala-galanya sudah terlewat ibarat nasi sudah menjadi bubur.

SUMBER RUJUKAN
Dalam menyiapkan tugasan Alam sekitar penipisan lapisan ozon ini, kami telah menggunakan banyak sumber daripada media massa. Di samping menggunakan media cetak, kami juga menggunakan sumber daripada media elektronik. Sumber yang paling banyak kami perolehi adalah dari internet. Sumber yang telah kami gunakan ialah : buku
o

Dr. Hamdan bin Mohd Noor, Quek Yoke Hua, Choo Yang Tong, Manoharan a/l Palaniappan, Wahida binti Abdullah, Kee Bee Suan, Fokus Ungu Masteri SPM Biologi, Penerbitan Pelangi, 2003

Internet o http:// rujuknota.blogspot.com/2009/08/sebab-sebab-penipisan-lapisan-ozon.html o http://rujuknota.blogspot.com/2009/08/sebab-sebab-penipisan-lapisan-ozon.html o http://rujuknota.blogspot.com/2009/08/kesan-penipisan-lapisan-ozon_19.html o http://www.scribd.com/doc/16750881/fenomena-alam-sekitar-hujan-asid-penipisanozonpulau-habarumah-hijau-jerebu o http://pam900sains.blogspot.com/2009/08/soalan-dan-jawapan-penipisan-ozon.html o http://en.wikipedia.org/wiki/Ozone_depletion o http://en.wikipedia.org/wiki/Ozone o http://pengajianam900.forumotion.com/isu-alam-sekitar-f21/penipisan-hakisanlapisan-ozon-t228.htm o http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2009/07/22/isu-pemanasan-global-kesanrumah-hijau/ o http://alamsekitar0.tripod.com/id8.html o http://www.scribd.com/doc/6064805/Kesan-Pencemaran-Alam-Sekitar-TerhadapDunia-Hari-Ini o http://www.slideshare.net/jkkdgeografikuantan/lapisan-ozon-1615261 o http://www.scribd.com/doc/19881346/Penipisan-Lapisan-Ozon o http://ms.wikipedia.org/wiki/Lapisan_ozon o http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1767.0

Anda mungkin juga menyukai