Anda di halaman 1dari 1

: : Kalimah Agung : :

Oleh: Syeikh Saleh al-Maghamsi Tuan-tuan yang saya rahmati sekalian..perkara terbesar yang telah diberitahu oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya berkenaan DiriNya adalah: La ila ha illa Llah (tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah). Ini lah ketentuan yang paling agung. Allah swt berfirman di dalam surah AlAnbiya, surah ke 21 ayat 22: Seandainya pada keduanya (di langit dan di bumi) ada tuhan-tuhan selain Allah, tentu keduanya (langit dan bumi) telah binasa. Mahasuci Allah yang memiliki Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. [Al-Quran 21:22] Sesungguhnya, setiap ciptaan Allah di alam semesta ini telah membenarkan dan membuktikan keEsaan Allah swt. Kita sedia maklum dan umum mengetahui bahawa jika terdapat tuhantuhan lain selain Allah, nescaya mereka akan bergaduh antara satu sama lain! Dan itu sudah tentu akan mengakibatkan kemusnahan alam di langit dan di bumi. Namun, semua kita sedar bahawa kemusnahan tidak berlaku baik sewaktu zaman purbakala mahupun zaman kita sekarang ini. Keharmonian alam ciptaanNya inilah merupakan bukti dan petanda bahawa tiada tuhan melainkan Allah.

La ila ha illa Llah. Baca penjelasan lebih lanjut di- bicaramohdaziz.blogspot.com Terjemahan: Mohd Aziz Sumber: YouTube

bicaramohdaziz.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai