Anda di halaman 1dari 2

Pertubuhan Seni Silat Gayong Warisan Serantau Malaysia atau akronimnya P.S.S.G.W.S.M.

didaftarkan secara rasmi pada bulan Ogos 1994 dibawah pendaftaran 1244/94 Kedah. Pertubuhan yang beribupejabat di Alor Setar, Kedah Darul Aman dan mempunyai pusat latihan utama di Gelanggang Dato' Meor Rahman, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh, Perak Darul Ridzuan merupakan salah sebuah pertubuhan utama yang mempraktik dan mengembangkan Silat Seni Gayong yang diasas serta dikembangkan oleh Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mat Hashim. Pendukung-pendukung utama P.S.S.G.W.S.M. yang bergerak aktif di bahagian utara Semenanjung adalah diantara orang-orang kepercayaan serta murid-murid terkenal

Allahyarham Mahaguru. Ga - Genggam


Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.

Alif - Angkat
Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.

Ya - Yakin
Yakin kepada kebolehan diri sendiri

Wau - Waras
Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.

Nga - Ngeri
Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya. Lima huruf diatas juga melambangkan lima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah Syahadah, menunaikan sembahyang fardhu, berpuasa di

bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga menekankan bahawa seorang murid Gayong itu mestilah menjaga kewajipan mereka sebagai seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan sembahyang fardhu lima kali sehari semalam. Pada hakikatnya, kekuatan seorang murid Gayong terpancar daripada keupayaan melaksana segala titah perintah Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya. Apabila wujud segala sifat, penghayatan beserta amalan dalam konsep yang disebutkan diatas barulah dianggap seorang murid Gayog itu benar-benar menuntut dan mendalami ilmu Silat Seni Gayong.

Anda mungkin juga menyukai