Anda di halaman 1dari 10

KOLEJ ISLAM AS-SOFA

SEMESTER 6 B

KURSUS SYARIAH DAN ISLAMIYYAH

KARNIVAL KEUSAHAWANAN
MPU 2412

ETIKA PERNIAGAAN ISLAM : PENGALAMAN


USAHAWAN MUSLIM DI MELAKA.

SHARIFAH ROHANI BINTI SHARIFF ZAINOL


D118023

MADAM ATIQAH BINTIMOHAMMAD JALIL


ISI KANDUNGAN.

BIL PERKARA BIL.MS

1. PENGENALAN/PENDAHULUAN 1

2 HURAIAN RINGKAS KESELURUHAN ISU 2-5

3 PENDAPAT TENTANG PENGAJARAN DARIPADA 5-8


ARTIKEL

4 PENUTUP/KESIMPULAN 8
RUMUSAN ARTIKEL ETIKA PERNIAGAAN ISLAM : PENGALAMAN
USAHAWAN MUSLIM DI MELAKA.

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka usahawan membawa kepada maksud
orang yang mengusaha sesuatu perusahaan atau merupakan seorang pengusaha.
Demikian pula definisi bagi keusahawanan adalah segala perkara yang berkaitan
dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan seperti mencari teknik-
teknik baru, sikap atau etika dalam mempercepatkan proses pembangunan dan
pengurusan dalam bidang tersebut. Keusahawanan sebagai satu daripada sistem
ekonomi, dan perniagaan Islam adalah berkait rapat dengan usaha-usaha
menggunakan sebanyak mungkin peluang terhadap sumber yang halal dan terhad.
Islam sentiasa menyeru agar umat-umatnya beruasaha untuk menjadi seorang
usahawan yang berinovatif dan juga aktf.

Keusahawan dalam konteks Islam adalah sebagai sebahagian daripada aktiviti-


aktiviti ekonomi dan perniagaan yang saling berkait rapat dengan usaha mengejar
peluang untuk menggunakan sumber-sumber ekonomi yang terhad. Menurut syariat
yang telah digariskan dalam Islam, segala jenis aktiviti perniagaan dan keusahawanan
perlulah selaras dan juga sejajar dengan apa yang digariskan oleh syariat Islam yang
kemudiannya dianggap sebagai salah satu ibadah kepada Allah SWT. Islam amat
menggalakkan umat-umatnya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti perniagaan secara
adil dan jujur. Hal ini demikian kerana, akhlak-akhlak tersebut semestinya perlu ada
pada setiap insan dan seperti mana yang dijelaskan dalam hadis menurut riwayat Ibn
Umar RA yang mengatakan bahawa peniaga yang jujur dan amanah akan
dibangkitkan bersama para nabi, orang yang benar serta bersama para syuhada.

Pandangan falsafah perniagaan Islam, lahir daripada falsafah kehidupan manusia


yang telah ditentukan oleh Islam. Ia berbeza daripada falsafah barat yang seringkali
berubah mengikut selera atau dari pengalaman. Tujuan berniaga mengikut falsafah
perniagaan Islam berasaskan tauhid. Ia berkaitan rapat dengan kesan tauhid dalam
kehidupan manusia. Keperluan asas mengikut tauhid adalah agama, nyawa, akal,
keturunan dan harta.

Yang pertama adalah berkaitan dengan Islam dan etika, Etika adalah

1
merangkumi watak keperibadian, sifat, sikap, prinsip-prinsip moral yang
mempengaruhi perwatakan dan sikap serta nilai-nilai yang diyakini oleh individu atau
sesuatu kumpulan manusia. Etika merupakan teori tentang tingkah laku yang betul
dalam kehidupan yang baik dan bukannya amalan. Perbahasan terhadap etika Islam
adalah terkandung dalam kerangka perbahasan akhlak. Akhlak di sini pula merujuk
kepada sifat-sifat yang terpuji yang lahir daripada diri seseorang yang kemudiannya
dapat menjelaskan tentang etika seorang muslim. Akhlak juga merupakan satu sifat
yang sering dihubungkaitkan dengan watak dan perwatakan seseorang individu.

Etika juga lahir dalam setiap diri individu itu secara semula jadi bukannya
perkara yang boleh diciptakan oleh manusia. Hal ini dapat diberikan gambaran seperti
rekasi seseorang manusia terhadap perkara-perkara yang dihadapinya dan ianya
merupakan perbuatan yang dilakukan secara spontan kerana lahir daripada sifat
semula jadi manusia yang tertanam dalam diri masing-masing. Akhlak juga
merupakan kesimbangan yang terhasil terhadap kedua-dua fizikal dan juga rohani
setiap individu tersebut yang kemudiannya akan mementuk etika seseorang manusia
dan seseorang muslim.

Perlaksanaan nilai-nilai etika berdasarkan panduan daripada falsafah tauhid dapat


memberikan suatu pengukuran yang lebih universal terhadap sistem nilai yang
sepatutnya diikuti oleh semua manusia. Oleh yang demikian, Usahawan Islam terdiri
di dalam lingkungan etika Islam yang memberi erti bahawa etika seseorang muslim
itu tertakluk kepada hubungan dengan Allah SWT, hubungan dengan sesama manusia
juga hubungan dengan alam sekitar atau alam sekeliling.

Seterusnya, perkara yang berkaitan dengan Islam dan keusahawanan. Dapat


dilihat di sini usahawan merupakan individu yang mana secara lazimnya telah
melibatkan diri dalam bidang perusahaan sama ada baru atau lama. Di mana,
usahawan ini akan berusaha untuk memajukan perniagaan serta bersedia untuk
menghadapi seegala risiko serta berusaha mencari cara dan kaedah yang baru dan
pelbagai dengan menggunakan sumber-sumber yang tersedia secara optimum di
samping dengan perniagaan yang mereka jalankan dapat membuka lebih banyak
peluang pekerjaan bagi setiap sektor yang dibuka.

2
Islam juga menyediakan jalan dan cara bagi usahawan tersebut menjalankan
perniagaan mereka dengan berlandaskan syariat dan dapat dijadikan sebagai satu
ibadah. Hal ini dapat dilihat dengan apa yang telah di gariskan oleh para cendekiawan
Islam, di mana mereka ada menggariskan beberapa perwatakan yang perlu dan harus
dimiliki oleh setiap usahawan Islam. Antaranya adalah mereka perlulah mempunyai
sifat amanah, jujur, adil serta mengikut syariat yang telah ditentukan dalam undang-
undang Allah SWT. Dimana, seseorang usahawan mestilah tidak melakukan rasuah,
menindas golongan bawahan, memonopoli barangan serta mestilah memenuhi sifat
ihsan, istiqamah, murah hati dan berpengatahuan. Oleh yang demikian, dengan
mengamalkan perkara-perkara di atas maka dapat mereka bezakan diri mereka dengan
usahawan-usahawan yang lain sama ada usahawan muslim ataupun sebaliknya.

Ciri-ciri yang terlibat juga secara tidak langsung dalam keusahawanan menurut
pandangan Islam juga adalah perkara yang melibatkan metafizik dan abstrak. Iaitu
dosa, pahala, syurga dan neraka. Perkara-perkara ini dianggap sebagai salah satu
pencetus kepada pembentukan tingkah laku manusia itu sendiri dalam membentuk
kerangka untuk membina kejayaan dalam aktiviti keusahawanan mereka. Maka
dengan ini mereka yang mengikuti setiap perkara seperti yang dinyatakan di atas
dengan menuruti segala prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh Islam maka mereka
berhak digelar sebagai usahawan Muslim ataupun Muslimpreneurs.

Artikel ini telah menggunakan kaedah kualitatif dalam kajian ini iaitu kaedah
persampelan. Dapatan daripada kajian ini telah didapati bahawa Islam telah
meletakkan satu objektif yang perlu dicapai iaitu dipanggil maqasid syariah melalui
pemahaman yang jelas, dimana konsep ini adalah berkaitan dengan pegangan yang
wajib dipegang oleh setiap muslim serta amalan yang konsisten terhadap konsep
tauhid dan ibadah kepada Allah SWT. Perbincangan dalam artikel ini terbahagi
kepada tiga bahagian dan kerangka utama iaitu etika, moral dan akhlak , etika
perniagaan dan etika perniagaan Islam (EPI) dan perlaksanaan etika perniagaan Islam
dalam empat fungsi perniagaan.

Dalam kerangka utama adalah berkaitan dengan etika, moral dan akhlak. Di
dalam kerangka ini telah dihuraikan oleh para pengkaji menerusi kajian ini yang mana
mendapati bahawa sifat seseorang usahawan dapat mempengaruhi prestasi syarikat

3
sama ada sifat yang baik yang mana akan membawa kepada kebaikan mahupun sifat
buruk yang kemudiannya membawa kepada keburukan. Manakala sifat yang baik
seperti usahawan yang beretika, bermoral dan berakhlak mulia mempunyai keyakinan
diri yang tinggi serta mempunyai sifat yang amanah. Hal ini dapat dilihat seperti apa
yang dianjurkan oleh Islam. Oleh itu, sifat seseorang usahawan juga merupakan masa
depan bagi organisasi yang dibina itu.

Seterusnya kerangka yang kedua membincangkan tentang etika perniagaan (EP)


dan etika perniagaan Islam (EPI). EPI secara jelasnya merujuk kepada teori akhlak
dalam konteks perniagaan, misalnya mengutamakan yang halal, tidak membazir ,
melaksanakan nilai moral yang tnggi, prihatin dengan kebajikan, berilmu pengetahuan
dan mengambil berat terhadap masyarakat dan alam sekitar. Tidak ada perbezaan
yang jelas yang dapat dilihat di antara EP dan EPI ini. Dapat dikatakan di sini bahawa
dengan niat sahaja boleh menambaikkan EP kepada EPI iaitu niat kerana Allah SWT
maka segala perjalanan dan hala tuju tersedia cara perlaksanaannya dengan jalan yang
benar.

Pada kerangka yang terakhir adalah perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan
etika perniagaan Islam dalam empat fungsi perniagaan. Yang pertama adalah etika
perniagaan Islam dalam penghasilan produk, di mana melibatkan pengeluaran,
penghasilan dan pengeluaran sijil halal bagi setiap prosuk yang dikeluarkan. Hal ini
demikian kerana untuk menjaga kualiti barang tersebut daripada segi halal thoyyiba
iaitu halal dan kebersihannya. Kedua adalah etika perniagaan Islam dalam pemasaran
produk. Iaitu setiap proses pemasaran produk yang ingin dijalankan mesti
mengutamakan unsur yang telus, jujur, penentuan harga yang munasabah, tidak
melibatkan diskriminasi serta tiada unsur paksaan dan penipuan.

Yang ketiga ialah berkaitan dengan etika perniagaan Islam dalam pengurusan
kewangan. Iaitu dengan memastikan semua sumber perniagaan dan perbelanjaan
pendapatan perniagaan dilakukan sesuai dengan ketetapan seoerti yang telah
dinyatakan oleh syariat Islam. Misalnya dengan memberi upah gaji yang sesuai
dengan kerja yang dilakukan dan pembayaran zakat yang wajib dilakukan. Yang
keempat adalah yang berkaitan dengan etika perniagaan dan pengurusan sumber
manusia. Di mana, usahawan perlu memahami bahawa setiap rezeki adalah berasal

4
daripada Allah SWT adalah satu nikmat yang perlu dikongsikan secara adil maka
dengan itu para usahawan tidak dan terhindar daripada melakukan sebarang
kezaliman terhadap pekerjanya.

Oleh yang demikian, melalui huraian di atas, pengajaran dan impak yang saya
dapati daripada artikel di atas adalah antaranya adalah nilai dan etika adalah
merupakan salah satu unsur yang amat penting kerana keduanya membabitkan nilai
atau polisi yang dibentuk untuk memacu sesuatu operasi perniagaan.Pandangan
falsafah perniagaan Islam lahir daripada falsafah kehidupan manusia yang telah
ditentukan oleh Islam. Perkara ini saya dapati amatlah berbeza dengan falsafah barat
yang seringkali mengalami perubahan mengikut selera atau pengalaman. Tujuan
utama yang dapat saya rungkaikan di sini berkenaan perniagaan Islam adalah
berasaskan tauhid. Dimana keperluan asas mengikut tauhid atau maqasid syariah ini
adalah menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keuturunan dan akhir
sekali menjaga harta.

Perniagaan daripada pandangan Islam mestilah berlandaskan kepada beberapa


prinsip. Prinsip-prinsip berikut adalah kebebasan, urusan yang tiada riba , adil,
layanan yang baik, melindungi hak penjual dan pembeli, jujur dan amanah serta
rajindan tekun. Prinsip perniagaan mesti halal dan bukannya berniaga barang
barangan yang diharamkan oleh Islam. Islam memerintahkan supaya penganutnya
untuk melaksanakan perkara-perkara baik dan mengelakkan perkara-perkara yang
dibenci oleh Allah SWT. Dalam perniagaan tidak dibenarkan berjual beli atau
melakukan tindakan-tindakan yang haram. Misalnya Islam melarang penjualan
minuman keras, najis, alat-alat perjudian dan lain-lain. Sehubungan dengan itu,
melabur dalam syarikat-syarikat yang mencampur adukkan barang yang halal dan
haram juga tidak dibenarkan oleh Islam.

Selain itu, antara etika perniagaan yang dianjurkan oleh Islam adalah dengan
menentukan harga jualan secara adil. Seseorang usahawan perlulah menetapkan harga
yang adil serta berpatutan terhadap barangan jualan untuk pembeli. Harga yang
ditawarkan mestilah berpatutan dengan kehendak dan normalisasi masyarakat
sekeliling dan bukannya berpandukan niat untuk mengaut keuntungan semata-mata
daripada pembeli. Sekiranya perkara ini berlaku maka pembeli tidak lagi mempunyai

5
pilihan kerana harga barangan keperluan telah dimonopoli oleh para usahawan
menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah tidak lagi mampu memenuhi
keperluan mereka. Maka Islam telah menggariskan secara sempurna supaya cara yang
disediakan tidak memberi impak yang negatif terhadap mana-mana pihak samada
pihak pembeli dan usahawan itu sendiri.

Seterusnya, adalah Islam sangat menekankan kualiti barangan perniagaan yang


hendak dipasarkan khasnya yang berkaitan dengan makanan halal yang dihasilkan.
Dimana makanan yang tidak berkualiti jika dihasilkan maka akan menjejaskan
kesihatan para pembeli. Masalah keracunan makanan adalah berpunca daripada bahan
makanan atau pengendalian proses yang dilakukan secara tidak berkualiti. Sekiranya
difahami dengan lebih teliti tentang etika perniagaan Islam atau EPI ini maka apabila
makanan atau masakan kita memudaratkan kesihatan manusia lain maka hal ini
dianggap satu perbuatan yang berdosa dan membawa kepada kemurkaan Allah SWT.
Justeru makanan yang disediakan mestilah disediakan melalui proses yang halal dan
suci supaya tidak bercampur baur dengan unsur yang boleh menjejasakan kesihatan
orang lain.

Di samping itu, Islam juga menitikberatkan terhadap etika yang melibatkan para
pekerja. Hal ini demikian kerana salah satu daripada elemen yang penting dalam
perniagaan asalah menguruskan manusia agar mendapat meningkatkan produktiviti
dan kualiti pengeluaran dalam perniagaan para usahawan. Misalnya dengan menjaga
hubungan yang baik di antara pekerja dan menjaga kebajikan mereka, iaitu dengan
memberi upah gaji yang berpatutan yang sesuai, dengan mengambil kira produktiviti
dan keuntungan syarikat yang dijalankan. Juga mengambil sesuatu keputusan dengan
mengambil kira pandangan dan buah fikiran setiap pekerja untuk memajukan
perniagaan dan juga di samping mengelakkan daripada terlahirnya sifat bongkak dan
riak dalam siri seorang usahawan.

Selain itu, dalam menjalani perniagaan menurut syariat Islam, usahawan dapat
difahami adalah golongan yang menjalankan kegiatan perniagaan dengan produk
halal seperti urusniaga tanpa riba kerana pengharamannya seperti yang terletak dalam
undang-undang Islam yang berdasarkan perlanggaran prinsip-prinsip harta, akhlak
dan menjaga kepentingan orang ramai serta berteraskan dengan nilai akhlak mulia

6
yang bersumberkan daripada Al-quran dan Al-sunnah sebagaimana nabi SAW telah
menekankan kepentingan sifat amanah yang merupakan prinsip yang akan membawa
kepada keberkatan dalam perniagaan.

Oleh hal yang demikian dapat saya senaraikan di sini antara 4 ciri usahawan
menurut Al-quran , hadith dan juga sirah yang dapat dihuraikan daripada artikel di
atas. Yang pertamanya ialah sifat bertangungjawab dan amanah.Dimana amanah
adalah merupakan satu konsep yang luas yang kemudiannya meliputi sikap
bertanggungjwab terhadap Allah SWT, bermakna segala harta dan kekayaan adalah
milik Allah SWT. Manusia hanya bertangunggjawab menguruskan harta tersebut
sahaja bagi kesejahteraan faedah bagi seluruh umat manusia. Justeru, amanah dan
tanggungjawab seorang usahawan dalam perniagaan ialah memmbawa manfaat dan
faedah kepada sesama manusia. Tindakan dan keputusan yang berdasarkan sifat
amanah dan tanggungjawab ini adalah perlu untuk memastikan urusan perniagaan itu
adil dan setiap orang samada pembeli atau pengusaha itu sendiri untuk mendapatkan
haknya. Jadi, penipuan dan perpecahan dapat dielakkan sekiranya semua pihak
bersifat amanah dan benar.

Jika diteliti dengan lebih mendalam antara etika atau sifat yang dominan yang
perlu ada adalah seseorang usahawan mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang
luas dan jelas. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang membina kemahiran
pengalaman dan sumber yang diperlukan sebagai kelebihan dalam merebut peluang.
Hal ini demikian kerana, sesuatu ilmu berupaya untuk meningkatkan kewibawaan,
potensi dn keunggulan diri seseorang individu. Hal ini dapat dilihat seperti contoh
yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad SAW sendiri di mana baginda telah
dibekalkan dengan asas ilmu keusahawanan yang diambil daripada bapa saudaranya
iaitu Abu Talib sewaktu baginda bersama-samanya ke Syam untuk melakukan
perniagaan.

Sebagai lanjutan daripada ciri usahawan seperti yang terdapat dalam Al-Quran
dan sunnah yang ketiga ialah sifat yang proaktif dan juga kreatif. Seorang usahawan
perlulah bersikapproaktof dan berpandangan jauh ke hadapan. Hal ini sapat dijadikan
contoh seperti nabi kita iaitu nabi Muhammad SAW yang mana baginda merupakan
seorang yang proaktif apabila setiap langkah daripada tindakannya sangat berfikiran

7
jauh. Sikap proaktif ini boleh kita lihat apabila baginda telah mengadakan aktiviti
perniagaan di tempat yang strategik seperti pasar-pasar di mekah yang merupakan
tempat tumpuan orang ramai terutamanya di musim haji di samping baginda
melakukan dakwahnya.

Seterusnya adalah etika yang diperlukan oleh seorang usahawan seperti yang
dianjurkan oleh Islam adalah dengan menerapkan sifat sabar di dalam diri. Sabar di
sini membawa maksud seoarang usahawan itu mampu menanggung kesukaran tanpa
ada rasa gelisah atau gusar untuk mendapatkan pulangan atau hasil walaupun lambat.
Hal ini demikian kerana, dalam dunia perniagaan ini, sifat sabar sangatlah penting
kerana keuntungan tidak akan dapat diperoleh dengan cepat. Selain itu, sikap sabar
juga amatlah penting dalam menghadapai karenah dalam bidang perniagaan ini seperti
keadaan ekonomi yang melesset, peraturan yang perlu dipatuhi dan tekanan daripada
penguatkuasa dan juga para pesaing.

Sebagai kesimpulan di sini, konsep perniagaan dalam Islam amatlah luas, dan
tidak hanya terbatas kepada pencapaian material semata-mata, akan tetapi juga
merupakan satu ibadah fardhu kifayah yang dituntut oleh Allah SWT. Dalam
melakukan ibadah ini, manusia haruslah melakukannya dengan berpandukan batas-
batas yang ditetapkan oleh Islam. Menjalankan sesuatu keuasahawan bukan semata-
mata mencari keuntungan kerana di dalam perniagaan tidak semstinya sentiasa
mendapat keuntungan. Tujuan perniagaan yang ingin diketengahkan oleh Islam
sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memanjangkan dan memperluaskan lagi
syariat dengan tujuan beribadah dan untuk mendapatkan pahala yang banyak.

Justeru, dapat dihuraikan disini juga bahawa etika merupakan amalan yang
diamalkan oleh setiap peniaga terhadap perniagaan mereka. Amalan ini bergantung
kepada kefahaman peniaga terhadap etika perniagaan itu sendiri terutamanya
berkenaan etika perniagaan menurut Islam. Konsep etika perniagaan dalam Islam
adalah lebih tertumpu kepada akhlak. Dalam perniagaan, etika ataupun akhlak
amatlah diperlukan dalam segala amalannya. Sehingga segala yang dilakukan oleh
pengusaha akan memberikan kesan samada positif mahupun negatif terhadap
perniagaan mereka.

Anda mungkin juga menyukai