Anda di halaman 1dari 7

S.M.K.

BANDAR PUCHONG JAYA (A), JALAN PIPIT, 47100 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN KURSUS DALAMAN (LADAP) PBS PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 2013

TEMPAT BILIK SEMINAR 2 TARIKH/ HARI/ MASA 28 DIS 2012 - JUMAAT


( 11.00 - 12.30 TGHR. )
KURSUS DALAMAN PBS PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 2013 LAPORAN LATIHAN DALAMAN (LADAP) PBS PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 2013

SEKOLAH DAERAH MATA PELAJARAN TEMPAT TARIKH / HARI MASA PEGAWAI PENYELARAS BILANGAN PESERTA

: S.M.K. BANDAR PUCHONG JAYA (A) : PETALING PERDANA : PENDIDIKAN MORAL : BILIK PROFESIONALISME : 28 DIS 2012 / JUMAAT : 11.00 12.30 TENGAHARI : PN. CHE ROSNANI BINTI CHE JAAFAR : 1. LELAKI : TIADA

2. PEREMPUAN : 3 ORANG

Kandungan laporan 1.0 2.0 3.0 4.0 Pengenalan Objektif Sasaran

Pengisian Kursus Dalaman 4.1 Komponen PBS 4.2 Pemetaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) Ke Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) 4.3 Contoh Rubrik Pemarkahan PP 4.4 Contoh Senarai Semak PS 4.5 Contoh Instrumen PS 5.0 Penutup 6.0 Lampiran 6.1 Senarai guru yang hadir kursus 6.2 Gambar-gambar semasa kursus dalaman PBS

1.0

Pengenalan Kursus dalaman ini bertujuan memberi penataran tentang penambahbaikan PBS bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai 2012 kepada semua guru Pendidikan Moral. (Rujukan : Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran & Lembaga Peperiksaan KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 21 Feb 2011 Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan penambahbaikan PBS bertarikh 17 Dis 2010)

2.0 Objektif Menyebarluaskan maklumat PBS format terkini yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan Membuat pemetaan Dokumen Standard Prestasi ke Huraian Sukatan Pelajaran 3.0 Sasaran Semua guru Pendidikan Moral terutamanya guru-guru Tingkatan 2. 4.0 Pengisian Kursus Dalaman 4.1 Komponen PBS 4.2 Pemetaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) Ke Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) 4.3 Contoh Rubrik Pemarkahan PP 4.4 Contoh Senarai Semak PS 4.5 Contoh Instrumen PS 4.1 Komponen PBS Komponen PBS dengan wajaran 100 peratus sepenuhnya bagi PMR 2014 merangkumi : Pentaksiran Pusat (PP) Pentaksiran Sekolah (PS) Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Pentaksiran Pusat (PP) Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah oleh guru mata pelajaran berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh tertentu berdasarkan Standard Prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Penjaminan kualiti pentaksiran dijalankan melalui pemantauan dan penyelarasan

Pentaksiran Sekolah (PS) Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilaporkan oleh guru mata pelajaran berasaskan Standard Prestasi. Penjaminan kualiti pentaksiran dijalankan melalui pemantauan dan penyelarasan

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah (oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling) dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semulajadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah oleh guru penasihat kelab/ persatuan/ unit beruniform) untuk mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum. 4.2 Pemetaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) Ke Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Guru Pendidikan Moral perlu mengenalpasti tahap prestasi (BAND 1, BAND 2, BAND 3, BAND 4, BAND 5, dan BAND 6) mengikut topik dan penyataan evidens dalam HSP berdasarkan DSP.

4.3 Contoh Rubrik Pemarkahan PP

4.4Contoh Senarai Semak PS

Rujuk Lampiran

4.5 Contoh Instrumen PS

5.0

PENUTUP Kursus ini dapat memberi maklumat penataran PBS Pendidikan Moral Tingkatan 2 kepada semua guru Pendidikan Moral. Seterusnya guru-guru berkenaan dapat melaksanakan pentaksiran Pendidikan Moral Tingkatan 2 dengan betul selaras dengan standard prestasi yang ditetapkan oleh KPM dan Lembaga Peperiksaan.

6.1

SENARAI GURU YANG HADIR KURSUS DALAMAN PBS PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 2013

Pn. Sia Bee Loon ( Ketua Panitia ) Pn. Che Rosnani binti Che Jaffar Pn. Shamsiah binti Hassan

6.2

GAMBAR-GAMBAR SEMASA KURSUS

Kehadiran guru-guru Panitia Pendidikan Moral semasa Kursus PBS Pendidikan Moral Tingkatan 2.

Pn. Thangamalar memberi taklimat PBS Pendidikan Moral.

Guru-guru tekun mendengar taklimat PBS Pendidikan Moral.

Anda mungkin juga menyukai