Anda di halaman 1dari 2

Contoh aktiviti drama kreatif dalam KOMSAS Main Peranan : Secara berpasangan, pilih sebuah drama dan bincangkan

watak-watak dalam drama itu. Pilih watak yang ingin anda dan rakan anda lakonkan. Pilih satu situasi atau scenario drama tersebut yang manarik perhatian anda dan lakonkan situasi tersebut. Persembahkan kepada rakan-rakan. Rakan- rakan akan anda akan meneka tajuk drama itu.

Monodrama / Bercerita luahkan perasaan anda atau bercerita kepada penonton tentang diri anda (jika memilih untuk melakonkan watak tertentu dalam skrip). Luahan perasaan atau penceritaan berkisar kepada persolan atau kisah dalam skrip yang dilakonkan.

Improvisasi aksi kaku pilih sebuah drama yang dibaca atau ditonton, sediakan tiga aksi kaku untuk menjelaskan tentang plot drama tersebut. Seorang bertindak sebagai ketua yang menjelaskan situasi dan beberapa orang melakonkan aksi kaku.

Teater Pembaca Pilih dua orang ahli kumpulan untuk melakonkan watak Puteri Li Po dan Dang Wangi. Baca dialog dalam bentuk Teater Pembaca dan pastikan ekspresi serta gerak tubuh terbatas untuk menegaskan tentang situasi.

Teater Bercerita Sampaikan satu segmen/ adegan dalam drama JBRR atau drama yang pernah anda baca atau tonton, sampaikan dalam bentuk teater bercerita . pilih seorang

pencerita dan beberapa orang pelakon untuk menyampaikan teater bercerita tersebut.

Anda mungkin juga menyukai