Anda di halaman 1dari 4

Ko-Akademik Pej abat Pelajaran Daerah Kulaijaya

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN LAGU-LAGU PATRIOTIK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA TAHUN 2011

1. Pendahuluan:
a) Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda. b) Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk berfikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi. c) Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekali gus membina keyakinan kental dalam diri.

2. Objektif:
a) Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar. b) Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan. c) Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar. d) Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar. e) Memperkembangkan bakat pelajar. f) Memupuk semangat patriotik kepada pelajar melalui lagu-lagu patriotik. 3. Syarat-Syarat Penyertaan: a) Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kulaijaya sahaja. Setiap sekolah boleh menghantar MAKSIMUM 3 ORANG PESERTA INDIVIDU untuk kategori solo dan 3 PASANGAN DUET untuk kategori duet (2 peserta untuk setiap pasangan). b) Setiap peserta individu atau pasangan hanya mendendangkan sebuah lagu patriotik. Lagu yang dipersembahkan hendaklah tidak tersenarai dalam lagu-lagu yang diharamkan oleh pihak berkuasa negara ini. Peserta boleh menyanyikan secara karaoke atau minus one.

Ko-Akademik Pej abat Pelajaran Daerah Kulaijaya

c) Sebuah lagu yang dipersembahkan hendaklah terdiri daripada lagu tempatan dalam Bahasa Melayu. d) Peserta dikehendaki membawa CD / VCD dan menyerahkan kepada petugas P.A System sebelum tiba giliran masing-masing. e) Penggunaan LCD, prop, latar belakang pentas, watak tambahan adalah dilarang sama sekali.

4. Pakaian:
a) Pakaian peserta hendaklah bersopan dan bersesuaian. b) Tiada markah tambahan diberikan bagi kategori pakaian

5. Hakim:
a) Pemilihan dan pelantikan hakim akan diuruskan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya. b) Keputusan hakim adalah muktamat 6. Pemarkahan: a) Mutu Suara - Kualiti Ton - Lontaran - Dinamik b) Tempo - Sebutan c) Persembahan - Gaya - Penghayatan e) Ketrampilan - 5 markah - 5 markah - 5 markah - 30 markah - 20 markah - 10 markah - 15 markah - 10 markah

7. Kategori Pertandingan : a) Kategori 1 : Individu TERBUKA

Ko-Akademik Pej abat Pelajaran Daerah Kulaijaya

b) Kategori 2 : Pasangan Duet TERBUKA

KEBENARAN IBUBAPA Kepada: .. No. Kad Pengenalan bapa / ibu / penjaga

kepada anak yang bernama . No. Kad Pengenalan / Surat Beranak Dengan ini memberi pengakuan bahawa dengan ini saya membenarkan anak/jagaan saya seperti nama tersebut di atas untuk menyertai program PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU-LAGU PATRIOTIK SEKOLAHSEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN yang aka diadakan pada 24 September 2011 di TJ Mart, Saleng, Kulaijaya. Saya mengakui dan sedar tentang risiko yang akan dihadapi dan faham bahawa pihak penganjur program akan mengambil segala langkah dan tindakan yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kebajikan anak / jagaan saya semasa mengikuti program tersebut. Saya akan menasihati dan mengingatkan anak / jagaan saya supaya mematuhi arahan yang diberikan oleh guru-guru pengiring program ini.

Tandatangan :

Ko-Akademik Pej abat Pelajaran Daerah Kulaijaya

Nama :

Tarikh : . .

No.

Telefon

Anda mungkin juga menyukai