Anda di halaman 1dari 16

KONSEP SYAHADAH DAN KESANNYA KEPADA INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA

Oleh: AMRAN ISMAIL AZLINA SYED SULAIMAN NAZATUZAHRAH BAJILAH


1

PENGENALAN

Syahadah merupakan rukun pertama dalam rukun Islam.


Konsep syahadah memberi erti bahawa Islam itu perlu dimulakan dengan diri sendiri. Tunduk patuh kepada titah perintah Allah secara penuh ikhlas. Menyerah diri kepada Yang Maha Esa. Redha kepada semua hukum dan balasan yang diterima dari dunia hingga ke akhirat. )(
3:19. Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh), dan orang-orang yang diberi al-Kitab tidak berselisih, melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana keangkuhan antara mereka. Dan sesiapa yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.
2

KONSEP SYAHADAH

Kalimah Syahadah terdiri daripada dua ayat iaitu :


ASYHADU ANLA ILAHAILLALLAH WA SSYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH

Terjemahan bahasa :
AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN HANYA ALLAH DAN AKU BERSAKSI MUHAMMAD PESURUH ALLAH.
3

KONSEP SYAHADAH MENURUT AL QURAN

)(

Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku. (Surah Thoha ayat 14)

)(

Dan Kami tidak mengutus seorang rasul sebelum kamu melainkan bahawa Kami mewahyukannya, "Tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku. (Surah Al Anbiya Ayat 25)

KONSEP SYAHADAH MENURUT AL QURAN

)(
Dan Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan melainkan Dia. Tidakkah kamu bertakwa? (Surah Al Mukminun Ayat 23)

Maka ketahuilah kamu bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, dan mintalah ampun untuk kesalahan kamu, dan untuk orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan. Allah mengetahui ulang-alik kamu, dan tempat tinggal kamu. (Surah Muhammad Ayat 19)

)(

KONSEP SYAHADAH

Di dalam kalimah ( la ilaha illa Allah ), terkandung konsep al-wala, al-barra, An-nafi dan Al-isbat. Al-wala : Patuh dan setia,iaitu kepatuhan dan kesetiaan terhadap Allah yani dengan mengikuti secara utuh AgamaNya,SunnahNya serta hambahamba-Nya yang soleh. Al-barra : Pembersihan diri/pembebasan diri dari pengaruh thaghut (setiap yang disembah dan ditaati selain drpd Allah).

2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan mempercayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.

)(

KONSEP SYAHADAH

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan hanya Allah, dan aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah Dalam pengakuan ini, penyaksian bahawasanya TIADA TUHAN HANYA ALLAH merupakan seruan para nabi kepada umat masing-masing. LA ILAHA ILA ALLAH dalam kalimah tauhid ini ada hukum nafi isbat, LA NAFI, ILAHA MENAFI, ILA ISBAT dan ALLAH MENGISBATKAN An-Nafi - Menafikan kewujudan ilah-ilah yang patut disembah selain daripada Allah swt. Al-Isbat - Menegaskan hanya Allah yang layak disembah,ditaati dan dipatuhi.

KONSEP SYAHADAH

Pandangan Ulama mengenai maksud kalimah ilah dalam lafaz syahadah - Ilah sebagai tempat tumpuan dan matlamat pengabdian,iaitu hanya Allah yang berhak diibadahi/disembah. Ilah sebagai pembuat hukum/sumber perundangan,iaitu hanya Allah sbg sumber pembuat hukum serta sumber perundangan. Ilah sebagai sumber pemberi rezeki iaitu tidak ada yang dapat memberi rezeki melainkan Allah.

KONSEP SYAHADAH

Bahagian kedua kalimah syahadah (muhammadurrasulullah): Bukti kepatuhan dan ketaatan kepada Allah adalah dengan hanya mengikuti petunjuk dan ajaran RasulNya s.a.w. Wajib percaya setiap yang datang daripada Allah dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

KONSEP SYAHADAH
)(
6:19. Katakanlah, "Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar mempersaksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak mempersaksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan."

10

KESAN SYAHADAH TERHADAP INDIVIDU:

Menjauhi syirik, iaitu dosa yang tidak diampun

4:48. Allah tidak mengampunkan apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia mengampunkan yang selain itu kepada siapa yang Dia mengkehendaki. Sesiapa menyekutukan Allah, sungguh dia mengadaadakan dosa besar.

)(

Melahirkan individu yang beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia Individu ini akan memikul tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran syahadah kepada masyarakat sekeliling.

)(
3:110. Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu mempercayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentulah itu yang lebih baik bagi mereka; 11 antara mereka orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.

KESAN SYAHADAH TERHADAP MASYARAKAT

Mengelakkan perpecahan di kalangan umat Islam

42:13. Dia mensyariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang menyekutukan pada apa yang kepadanya kamu menyeru mereka. Allah memilih kepadanya sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan. 42:14. Mereka tidak berpecah belah kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara satu sama lain; dan kalau tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia diputuskan antara mereka. Tetapi orang-orang yang diwariskan al-Kitab sesudah mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan. 12

)( )(

KESAN SYAHADAH TERHADAP NEGARA

Melahirkan sebuah negara dimana pentadbirannya adalah dengan berlandaskan dasar yang adil, bersepadu dan bersumberkan seluruh teras agama Negara akan melaksanakan Sunnah Allah sebagai objektif dan misi utamanya Melahirkan masyarakat yang soleh, adil dan melaksanakan segala prinsip agama. Melahirkan masyarakat yang perpengetahuan tinggi, berbudaya murni dan nilai seni yang halus. Wujud sistem ekonomi yang adil dan bersih daripada manipulasi.

13

KESAN SYAHADAH TERHADAP NEGARA

Dapat mengekalkan perpaduan antara bangsa


Bangsa-bangsa yang wujud dapat memahami perbezaan yang wujud antara mereka dan mencari persamaan antara agama masing-masing

49:13. Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

)(

Negara Islam ini akan melahirkan rakyat yang berpegang teguh kepada kejujuran, amanah dan bersih dalam melaksanakan pentadbiran negara.

14

KESAN SYAHADAH TERHADAP NEGARA

Perpaduan di kalangan umat manusia sejagat


Umat manusia tidak akan berpecah kerana memahami asal usul mereka daripada umat yang satu

)(
21:92. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka sembahlah Aku.

15

KESIMPULAN

Kalimah LA ILAHA ILA ALLAH adalah kalimah tauhid yang terunggul yang seharusnya difahami dan diamalkan oleh umat Islam. Dengan berpegang teguh kepada kalimah ini dan melaksanakan segala yang dituntut, umat islam akan selamat di dunia dan di akhirat. Kita haruslah berusaha mengikhlaskan diri dalam mentauhidkan ALLAH.

112:1-4. Katakanlah, "Dia Allah, Satu; Allah, tempat perlindungan yang berkekalan;Yang tidak beranak, dan tidak diberanakkan; Dan yang setara dengan Dia, tiada sesiapa.
16

)( )( () )(

Anda mungkin juga menyukai