Anda di halaman 1dari 5

Apakah Yang Dituntut Oleh Islam Ke Atas Kita ?

Abu Taqiy HusseinFriday, April 15, 2016

0 3,088 5 minutes read

TAJUK ini memang besar dan luas. Apa yang dibentangkan di sini hanya sekadar
gambaran ringkas sahaja. Antara tuntutan Islam ke atas kita ialah:

1. Islam dalam Aqidah.


Iaitu aqidah salimah sahihah (sejahtera dan benar) yang tepat sepertimana anjuran Al-
Quran dan As-Sunnah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam. Seorang Muslim dikehendaki
beriman sepertimana generasi pertama Islam telah beriman. Merekalah model utama
untuk kita.
2. Islam dalam Ibadah.
Islam dalam ibadah bermakna pengabdian yang sempurna kepada Allah
Subhanahuwata‘ala dalam semua aspek kehidupan. Fahaman mengenai ibadah mestilah
betul dan bertepatan dengan keterangan Al-Quran. Kita perlu menghayati ibadah dalam
ertikata sebenarnya dalam kehidupan kita. Firman Allah Subhanahuwata‘ala:

‫َو َما َخ َلۡق ُت ٱۡل ِج َّن َو ٱِإۡلنَس ِإاَّل ِلَيۡع ُبُدوِن‬

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah
kepada-Ku. (Surah az-Dzariyaat : 56)
‫اَل َش ِر يَك َل ۖۥُه َو ِبَٰذ ِلَك ُأِمۡر ُت َو َأَن۠ا َأَّو ُل ٱۡل ُمۡس ِلِميَن‬
Tiada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah diperintahkan kepada aku dan aku adalah
orang yang pertama menyerah diri (kepada Allah Subhanahuwata’ala). (Surah al-An’am :
163)
3. Islam dalam Akhlak dan Keperibadian.
Akhlak yang mulia itu adalah matlamat asasi risalah yang dibawa oleh Muhammad
Sallallahu‘alaihiwasallam, seperti sabda Baginda:

‫ُأل‬
‫إَّنما ُبِع ْث ُت تِّم َم مكارَم األخالِق‬
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Riwayat Ibn
Rejab)[1]
Akhlak mulia itu adalah tanda iman atau hasil daripada iman. Tidak bernilai seorang yang
mengaku beriman tanpa berakhlak mulia. Akhlak yang mulia itu juga adalah kesan
daripada ibadah yang betul. Tanpa akhlak mulia, maka ibadah yang dilakukan itu hanya
gerak-geri fizikal sahaja tanpa apa-apa faedah. Fahamilah akan firman Allah
Subhanahuwata’ala:

‫ٱۡت ُل َمٓا ُأوِحَي ِإَلۡي َك ِمَن ٱۡل ِك َٰت ِب َو َأِقِم ٱلَّص َلٰو َۖة ِإَّن ٱلَّص َلٰو َة َتۡن َهٰى َع ِن ٱۡل َفۡح َشٓاِء َو ٱۡل ُمنَك ِۗر َو َلِذ ۡك ُر ٱلَّلِه َأۡك َبُۗر َو ٱلَّلُه َيۡع َلُم َما َتۡص َنُعوَن‬

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (Al-Quran) dan dirikan
solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan
mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (yakni solat) adalah lebih besar. Dan Allah
mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Ankabut : 45)
4. Islam pada Ahli dan Keluarga.
Wajib kita berusaha supaya masyarakat yang kita hidup di dalamnya menjadi muslimin
sebenar. Tidak memadai kita menjadi muslim seorang diri sahaja tanpa mengambil berat
terhadap orang di sekeliling kita. Di atas hakikat inilah, kita berkewajipan
membentuk mujtama’ Islam (masyarakat Islam).
Langkah pertama ke arah membentuk mujtama’ Islam ialah kita membawa Islam ke
dalam masyarakat kecil iaitu ahli keluarga kita sepertimana yang ditunjukkan oleh
Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam. Lihatlah firman Allah Subhanahuwata‘ala:
‫د اَّل َيۡع ُص وَن ٱلَّلَه َمٓا َأَمَر ُهۡم َو َيۡف َع ُلوَن‬ٞ‫ظ ِش َدا‬ٞ ‫َٰٓيَأُّيَها ٱَّلِذيَن َءاَمُنوْا ُقٓو ْا َأنُفَس ُك ۡم َو َأۡه ِليُك ۡم َناٗر ا َو ُقوُدَها ٱلَّناُس َو ٱۡل ِحَج اَر ُة َع َلۡي َها َم َٰٓلِئَكٌة ِغ اَل‬
‫َما ُيۡؤ َمُر وَن‬

Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat-malaikat
yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-
Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (Surah at-Tahrim :
6)
5. Sentiasa Berjihad Melawan Hawa Nafsu.
Kita janganlah ber’tuhan’kan hawa nafsu. Jika kita terlanjur melakukan apa-apa
kesalahan, maka hendaklah segera melakukan taubat dan meminta ampunan daripada
Allah Subhanahuwata‘ala. Sikap mu’min yang sedemikian telah pun digambarkan oleh
Allah Subhanahuwata‘ala, iaitu firman-Nya:

‫َو ٱَّلِذيَن ِإَذا َفَع ُلوْا َٰف ِح َش ًة َأۡو َظَلُم ٓو ْا َأنُفَس ُهۡم َذَك ُر وْا ٱلَّلَه َفٱۡس َتۡغ َفُر وْا ِلُذُنوِبِهۡم َو َمن َيۡغ ِفُر ٱلُّذُنوَب ِإاَّل ٱلَّلُه َو َلۡم ُيِص ُّر وْا َع َلٰى َما َفَع ُلوْا‬
‫َو ُهۡم َيۡع َلُموَن‬

Dan juga orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri mereka
sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan
siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?, Dan mereka tidak
meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (Surah al-Imran : 135)
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:

‫كُّل بني آدَم خَّطاٌء وخيُر الخَّطائين التوابوَن‬


Tiap manusia (Bani Adam) ada kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah itu ialah
orang yang bertaubat. (Riwayat Ibn Hibban)[2]
6. Meyakini Kebenaran Islam Keseluruhannya.
Hanya Islam satu-satu sistem yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia ciptaan Allah
Subhanahuwata‘ala. Allah Subhanahuwata‘ala yang menjadikan manusia maka Dialah
Yang maha Mengetahui sistem hidup yang sesuai untuk makhluk-Nya. Lihatlah firman
Allah Subhanahuwata‘ala:

‫َأاَل َيۡع َلُم َمۡن َخ َلَق َو ُهَو ٱلَّلِط يُف ٱۡل َخ ِبيُر‬

Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan dan
rahsiakan) dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui? (Surah Al-Mulk : 14)
7. Kewajipan memperjuangkan Islam.
Kita berkewajipan bekerja dengan sepenuh tenaga untuk membina kehidupan Islam
yang mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah Subhanahuwata‘ala, seperti yang
dikehendaki di dalam Surah adz-Dzariyat, ayat 56.
Kita hendaklah bekerja kuat serta menganggap dunia ini sebagai ladang akhirat. Dunia
sebagai medan untuk mentaati Allah Subhanahuwata‘ala. Seluruh hidup kita; ilmu,
perniagaan, harta, rumah, masa, fikiran dan sebagainya – dihalakan ke arah
mendaulatkan kalimah Allah Subhanahuwata’aladan mencari keredhaan-Nya.
8. Membentuk Organisasi Islam dan Ummah Yang Menjalankan Syari‘at
Allah Subhanahuwata’ala
Sebarang kecuaian, atau meninggalkan, usaha-usaha ke arah membentuk ummah yang
menjalankan syari’at Allah Subhanahuwata‘ala adalah dikira berdosa. Bukti-bukti
kewajipan ini cukup nyata. Lihatlah firman Allah Subhanahuwata‘ala:

‫ر َيۡح ُك ُم ِبَها ٱلَّنِبُّيوَن ٱَّلِذيَن َأۡس َلُم وْا ِلَّلِذيَن َهاُدوْا َو ٱلَّر َّٰب ِنُّيوَن َو ٱَأۡلۡح َباُر ِبَما ٱۡس ُتۡح ِفُظوْا ِم ن ِك َٰت ِب ٱلَّلِه‬ٞۚ‫ِإَّنٓا َأنَز ۡل َنا ٱلَّتۡو َر ٰى َة ِفيَها ُهٗد ى َو ُنو‬
٤٤ ‫َو َك اُنوْا َع َلۡي ِه ُش َهَدٓاَۚء َفاَل َتۡخ َش ُو ْا ٱلَّناَس َو ٱۡخ َش ۡو ِن َو اَل َتۡش َتُر وْا َٔ‍ِباَٰي ِتي َثَم ٗن ا َقِليۚاٗل َو َمن َّلۡم َيۡح ُكم ِبَمٓا َأنَز َل ٱلَّلُه َفُأْو َٰٓلِئَك ُهُم ٱۡل َٰك ِفُر وَن‬
‫ص َفَمن َتَص َّدَق‬ٞۚ‫َو َك َتۡب َنا َع َلۡي ِهۡم ِفيَهٓا َأَّن ٱلَّنۡف َس ِبٱلَّنۡف ِس َو ٱۡل َعۡي َن ِبٱۡل َعۡي ِن َو ٱَأۡلنَف ِبٱَأۡلنِف َو ٱُأۡلُذَن ِبٱُأۡلُذِن َو ٱلِّس َّن ِبٱلِّس ِّن َو ٱۡل ُج ُر وَح ِقَص ا‬
٤٥ ‫ة َّل ۚۥُه َو َمن َّلۡم َيۡح ُكم ِبَمٓا َأنَز َل ٱلَّلُه َفُأْو َٰٓلِئَك ُهُم ٱلَّٰظ ِلُموَن‬ٞ ‫ِبِهۦ َفُهَو َك َّفاَر‬

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, di dalamnya (ada) petunjuk dan
cahaya (yang menerangi), yang dengan kitab itu diputuskan perkara orang Yahudi oleh
nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang alim mereka dan pendita-pendita
mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka
menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah takut kepada manusia , tetapi takutlah
kepada-Ku. Dan jangan kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit.
Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka
itu adalah orang yang kafir.
Dan Kami tetapkan terhadap mereka di dalamnya (at-Taurat) bahawasanya jiwa (dibalas)
dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi
dengan gigi, dan luka-luka (pun) ada qisasnya. (Surah al-Maidah : 44-45)
‫َو ۡل َيۡح ُك ۡم َأۡه ُل ٱِإۡلنِج يِل ِبَمٓا َأنَز َل ٱلَّلُه ِفيِۚه َو َمن َّلۡم َيۡح ُك م ِبَمٓا َأنَز َل ٱلَّلُه َفُأْو َٰٓلِئَك ُهُم ٱۡل َٰف ِس ُقوَن‬

Dan hendaklah orang pengikut Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan
Allah di dalamnya. Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang
diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang yang fasik. (Surah al-Maaidah : 47)
‫ِإَّن ٱَّلِذيَن َيۡك ُتُموَن َمٓا َأنَز ۡل َنا ِمَن ٱۡل َبِّيَٰن ِت َو ٱۡل ُهَدٰى ِم ۢن َبۡع ِد َما َبَّيَّٰن ُه ِللَّناِس ِفي ٱۡل ِك َٰت ِب ُأْو َٰٓلِئَك َيۡل َعُنُهُم ٱلَّلُه َو َيۡل َعُنُهُم ٱلَّٰل ِعُنوَن‬

Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa
keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada
manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati pula oleh semua
makhluk yang dapat melaknati. ( Surah al-Baqarah : 159)
Pelaksanaan syari’at Islam itu wajib. Maka jalan untuk sampai kapada perlaksanaannya
juga adalah wajib berdasarkan satu kaedah syarak:

‫ما ال يتم الواجب إال به فهو واجب‬


Perkara yang wajib tidak dapat disempurnakan melainkan melalui jalannya, maka jalan
itu menjadi wajib juga.
Jalan untuk membentuk umat ialah melalui harakah (pergerakan) atau organisasi. Jalan
inilah yang telah dilalui oleh Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam semenjak hari pertama
Baginda berda’wah. Baginda berusaha membentuk organisasi. Baginda memungut
penyokong-penyokong Baginda dan mendidik mereka hingga menjadi tenaga-tenaga
kerja Islam yang akhirnya berjaya mengubah manusia daripada jahiliah kepada Islam.
Wallahu A’lam.
Rujukan:

1. Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Fathi Yakan.


[1]‫(لطائف المعارف‬Litoifil Ma’arif) no.hadits : 305
[2]‫المجروحين‬, (Al-Majruhin) no.hadits : 2/87

Anda mungkin juga menyukai