Anda di halaman 1dari 11

DEFINISI.

Tahlil :
Berasal daripada kalimah Arab


bermaksud mengucap kalimah .
Menurut istilah, seperti yang disebut di dalam kitab Tahlilan Dalam Perspektif Al-Quran dan AsSunnah oleh KH. Mahyudin Abdus-Shomad ialah bersama-sama mengucapkan kalimah toyyibah dan
berdoa bagi orang yang sudah meninggal dunia.
Menurut pemahaman masyarakat Melayu kita pula ialah himpunan zikir yang terkandung di antaranya
surah-surah pilihan,ayat-ayat pilihan, solawat ke atas Nabi, tahlil ( ) , dan lain-lain lagi dan di
akhiri dengan doa kepada si mati.
Dalam huraian di atas dapat kita fahami dan simpulkan bahawa tahlil bukan sahaja mengucap kalimah
, tetapi juga membaca surah-surah pilihan, ayat-ayat pilihan, dan lain-lain lagi dari kalimah
toyyibah. Seterusnya didoakan kepada Allah untuk si mati agar dirahmati dan diberi segala kebaikan.
Kenduri Arwah :
Menurut Kamus Dewan, kenduri arwah diertikan kenduri untuk memperingati ( mendoakan ) orang yang
telah meninggal.
Seperti yang kita sedia maklum, apabila berlaku kematian di dalam masyarakat Melayu kita, keluarga si
mati akan melakukan kenduri ( kenduri arwah ) yang mana sebelum jamuan dihidangkan bacaan tahlil
akan dibacakan oleh jemaah yang hadir.
HUKUM & DALIL.
Secara umumnya, dapat kita katakan bahawa hukum membaca tahlil dan melakukan kenduri arwah
adalah harus. Ini berdasar perbahasan ulama-ulama di dalam penulisan-penulisan mereka yang
bersandarkan dari sumber-sumber hukum syarak. Setakat yang diketahui tiada larangan yang jelas dari
nas-nas syarak yang melarang amalan tersebut. Dalil-dalil larangan yang didatangkan oleh golongan
penentang amalan tersebut adalah tidak kukuh dan mereka seolah-olah bersifat terburu-buru dalam
mengeluarkan hukum kerana banyak kecacatan terdapat dalam cara mereka mengeluarkan hukum.
Meskipun pada asalnya adalah harus kerana tiada nas yang sarih/nyata dalam amalan tahlil dan kenduri
arwah ini, tidak bererti kita tidak mendapat apa-apa bila melakukannya kerana kandungan tahlil itu
adalah himpunan zikir dan juga doa untuk si mati yang merupakan tuntutan agama. Begitu juga dengan
melakukan kenduri arwah. Apa salahnya memberi makan kepada orang?
Dalam perbahasan yang kecil ini dicuba semampu ada untuk mendatangkan dalil-dalil bagi
permasalahan tahlil dan kenduri arwah yang dibangkitkan semula oleh golongan tertentu.
1 Dalil umum keharusan bertahlil :
Dalil al-Quran :

Ritual bacaan tahlil pada hakikatnya adalah nama atau istilah untuk suatu acara berzikir dan berdoa atau
bermunajat bersama kepada Allah dengan membaca kalimah-kalimah toyyibah seperti tahmid, takbir,
tasbih, selawat, doa-doa dan lain-lain. Dan pada intinya ritual tersebut adalah doa yang dilakukan
sejumlah orang untuk mendoakan si mati kerana Allah memerintahkan kita untuk berdoa kepadaNya
seperti yang tersebut di dalam al-Quran:

Surah Muhammad, 19 :

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa
sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi
salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan
dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu
(di akhirat).

Dari ayat tersebut menerangkan bahwa orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan mendapatkan
manfaat dari istighfar orang mukmin lainnya untuknya.

Surah Nuh, 28 :









Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke
rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki
dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan
kebinasaan!
-

Surah Ibrahim, 40-41 :




Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang
beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.
-

Surah Al Hasyr, 10 :







Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai
Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam
iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orangorang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan
rahmatMu.
Beberapa ayat dan keterangan tersebut menjadi bukti nyata bahwa orang yang beriman tidak hanya
memperoleh pahala dari perbuatannya sendiri bahkan mereka juga mendapat manfaat dari amalan
orang lain.
Dalil al-Hadis :
Selain dalil daripada al-Quran yang menerangkan bahawa orang yang sudah meninggal dunia mendapat
manfaat amalan orang lain, dalam al-Hadis juga tedapat keterangan yang menyatakan hal tersebut.
Seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radiallahuanhu :
(







)


Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, Aku mendengar Rasulullah bersabda, Jika kamu semua
menyembahyangkan mayat, maka berdoalah dengan ikhlas untuknya. (Sunan At-Tirmizi)

Hadis tersebut secara jelas menerangkan bahawa Rasulullah memerintahkan kepada umat islam
untuk mendoakan orang yang sudah meninggal dunia dengan tulus ikhlas. Hal ini bererti bahawa doa
yang dibaca dengan ikhlas bermanfaat bagi si mati yang dimaksudkan. Jika tidak ada manfaatnya
nescaya Rasulullah tidak bersabda sedemikian. Setiap perkataan dan tingkah laku Rasulullah tidak siasia.











(

)

Sesungguhnya Aisyah radiallahuanha bertanya kepada Rasulullah ;Apa yang harus dibaca ketika
aku memohon ampun bagi ahli kubur? Rasulullah menjawab; Ucapkanlah olehmu: Salam sejahtera
atas engkau semua wahai ahli kubur dari golongan mukminin dan muslimin, semoga Allah melimpahkan
Rahmat-Nya bagi orang-orang yang mendahului serta orang-orang yang datang kemudian dari kami, dan
dengan izin Allah kami akan menyusul kalian.
Hadis di atas menerangkan bahawa Rasulullah menganjurkan untuk menziarahi kubur dan
mengucapkan salam kepada ahli kubur serta mendoakannya dan ada juga hadis yang menerangkan
bahawa Rasulullah sering ziarah ke Makam Baqi. Dapat difahami dari penjelasan tersebut, bahawa
ahli kubur dapat mendengar salam dari orang yang mengucapkan salam kepada ahli kubur tersebut dan
memperoleh manfaat dari doa tersebut.
Banyak lagi dalil dari al-Hadis yang menjelaskan bahawa amalan orang yang masih hidup dapat
memanfaatkan orang-orang yang sudah meninggal dunia, dan dengan disebutkan beberapa dalil dari alHadis yang tersebut di atas dirasakan sudah memadai untuk difahami oleh kita yang awam ini.
Dalil Kaedah-kaedah Fikah :

Hukum asal sesuatu ialah harus melainkan ada dalil yang mengharamkan, maka hukumnya haram.
Dalam permasalahan tahlil ini, kita tidak dapati dalil dari al-Quran mahu pun as-Sunnah yang secara
jelas mengharamkan atau mengharuskan. Justeru, kita mengambil kira pada hukum asalnya iaitu harus
kerana tiada larangan yang jelas.

Tiap-tiap perkara itu menurut apa yang diniatkan.


Daripada kaedah yang pertama tadi dapat kita fahami bahawa hukum asalnya adalah harus kerana tiada
larangan yang jelas. Kaedah yang kedua ini pula menjelaskan kepada kita bahawa setiap apa yang kita
lakukan tak dapat tidak berkait dengan apa yang kita niatkan. Jika kita niatkan bacaan tahlil tadi untuk si
mati, dengan izin Allah sampai pahalanya kerana yang memberi itu adalah Allah.

2 - Dalil bacaan-bacaan dalam tahlil :


2.01 - Membaca Surah Al-Fatihah.
Dalil mengenai keutaman Surah Fatihah:
.




:


:





:
.




:


).(
Ertinya: Daripada Abu Said al-Mualla radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah bersabda kepadaku:
Mahukah aku ajarkan kepadamu surah yang paling agung dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari
masjid?. Maka Rasulullah memegang tanganku. Dan ketika kami hendak keluar, aku bertanya: Wahai
Rasulullah! Engkau berkata bahawa Engkau akan mengajarkanku surah yang paling agung dalam alQuran. Baginda menjawab:
( Surah al-Fatihah), ia adalah tujuh ayat yang diulangulang (dibaca pada setiap sembahyang), ia adalah al-Quran yang agung yang diberikan kepadaKu.
(Hadis riwayat al-Bukhari).
2.02 - Membaca Surah al-Ikhlas.
Dalil mengenai keutamaan Surah al-Ikhlas.






:



:
).








(

Daripada Abu Said al-Khudri radiallahuanhu, dia berkata: Nabi bersabda kepada para sahabatNya:
Apakah kalian tidak mampu membaca sepertiga al-Quran dalam semalam?. Maka mereka merasa
berat dan berkata: Siapakah di antara kami yang mampu melakukan itu, wahai Rasulullah?. Jawab
baginda:

(Surat al-Ikhlas) adalah sepertiga al-Quran(Hadis riwayat al-Bukhari).

2.03 - Membaca Surah al-Falaq


2.04 - Membaca Surah an-Naas

Dalil keutamaan Surah al-Falaq dan an-Naas.










).
(

Daripada Aisyah radiallahuanha, bahawasanya Rasulullah bila sakit Baginda membaca sendiri alMuawwizaat (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas), kemudian meniupkannya. Dan apabila
rasa sakitNya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tanganNya mengharap
keberkatan dari surah-surah tersebut.
(Hadis riwayat al-Bukhari).

2.05 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 1 sampai 5


2.06 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 163
2.07 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 255 (Ayat Kursi)
2.08 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 284 sampai akhir surah.

Dalil keutamaan ayat-ayat tersebut:





:



).)

(
(

Daripada Abdullah Bin Masud radiallahuanhu, dia berkata: Barangsiapa membaca 10 ayat dari Surah
al-Baqarah pada suatu malam, maka syaitan tidak masuk rumah itu pada malam itu sampai pagi, iaitu 4
ayat permulaan dari Surah al-Baqarah, Ayat Kursi dan 2 ayat sesudahnya, dan 3 ayat terakhir yang
dimulai (

). (Hadis riwayat: Ibnu Majah).

2.09 - Membaca Tahlil :



Dalil mengenai keutamaan membaca tahlil (kalimah ) :












:




:

).
(

Dari Jabir bin Abdullah radiallahuanhuma, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda:
Sebaik-baik zikir adalah ucapan


, dan sebaik-baik doa adalah ucapan
. (Hadis riwayat
at-Tirmizi dan Ibnu Majah).














).(

Daripada Abu Zar radiallahuanhu, daripada Nabi , sesungguhnya Baginda bersabda: Bahawasanya
pada setiap tulang sendi kalian ada sedekah. Setiap bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap bacaan
tahmid itu adalah sedekah, setiap bacaan tahlil itu adalah sedekah, setiap bacaan takbir itu adalah
sedekah, dan amar makruf nahi munkar itu adalah sedekah, dan mencukupi semua itu dua rakaat yang
dilakukan seseorang dari Sembahyang Duha. (Hadis riwayat Muslim).

Syeikh Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai bertahlil. Apa katanya? Lihat dalam Majmuk al-Fatawanya ;
)),,((
,
.,,,,,,::

Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai orang yang: ((bertahlil 70000 kali dan dijadikan hadiah (pahalanya)
kepada orang mati, agar menjadi kelepasan bagi si mati dari api neraka)). Adakah Hadis tersebut sahih
atau tidak? Dan apabila bertahlil seseorang dan dihadiahkan (pahalanya) kepada orang mati adakah
pahalanya sampai kepada si mati atau tidak?
Maka Ibnu Taimiyyah menjawab:

Apabila bertahlil seseorang dengan yang sedemikian 70000 atau kurang atau lebih dan dihadiahkan
kepada si mati, Allah menjadikannya bermanfaat baginya dengan yang sedemikian itu. Dan Hadis
tersebut tidaklah sahih dan tidak juga doif (yakni tidak sabit kedudukan Hadis tersebut di sisi Ibnu
Taimiyyah). Allah jualah Yang Maha Mengetahui.

2.10 - Membaca selawat Nabi.

Dalil keutamaan membaca selawat Nabi:

Surah Al-Ahzab, 56 :

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada
Nabi (Muhammad ;) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadaNya serta
ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

(
:











) :


:

Daripada Abdullah bin Masud radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah bersabda: Manusia yang
paling utama di sisiKu pada Hari Kiamat ialah yang paling banyak membaca selawat kepadaKu (Hadis
riwayat at-Tirmizi, dan dia berkata: Hadis ini Hasan Gharib). Kemudian dia berkata: Dan diriwayatkan
daripada Nabi , sesungguhnya Baginda bersabda: Barangsiapa membaca selawat kepadaKu sekali,
maka Allah memberinya selawat (rahmat) kepadanya 10 kali dan mencatat 10 kebaikan untuknya.

2.11 - Membaca doa.

Keutamaan berdoa:

Surah Ghaafir, 60 :

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan
kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan
masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.

).
:





,(

Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, daripada Nabi , baginda bersabda: Tidak ada sesuatu yang
lebih mulia di sisi Allah daripada doa.
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmizi, kata at-Tirmizi: hadis ini Hasan Gharib)

Demikianlah dalil-dalil yang dijadikan landasan kepada amalan tahlil untuk mendoakan si mati agar
diampuni kesalahan-kesalahanya ketika di dunia atau di tambah pahalanya oleh Allah. Jadi, kalau
dikatakan bertahlil itu tidak ada dasar hukumnya, tidak ada dalilnya, atau tidak ada landasannya, maka
jelas sekali kenyataan itu sebenarnya salah sesalah-salahnya. Dalil-dalil yang tertera sudah cukup
untuk dijadikan dasar pengambilan hukum.

3- Dalil Kenduri Arwah :


Ada riwayat di dalam Sahih Bukhari :

:
.
:

Telah memberitahu kepada kami oleh Amr Bin Khalid, beliau berkata : telah memberitahu kepada kami
oleh Al-Lais daripada Yazid daripada Abil-Khair daripada Abdullah Bin Amr RadiaLlahu-anhuma bahawa
seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah : Yang manakah pekerjaan Islam yang lebih baik?
Jawab Nabi : Memberi makanan kepada manusia dan sebarkan salam kepada orang yang kamu kenali
atau pun tidak.

Memberi makanan dalam Hadis tersebut bersifat umum, tidak dikaitkan dengan perkara yang
khusus. Termasuklah antaranya kenduri arwah, memberi makanan kepada peminta-peminta sedekah
dan sebagainya. Menurut kaedah, kita tidak boleh mengkhususkan sesuatu hukum dengan dalil yang
umum selagi mana tidak ada dalil yang mengkhususkannya.

Meskipun begitu, perlu diingatkan di sini bahawa mengadakan kenduri arwah dengan
perbelanjaannya dari harta pusaka si mati yang sebahagian dari pewarisnya belum baligh yang masih
belum tiba masa berhak menguruskan hartanya , maka haram. Sebaliknya jika harta pusaka tersebut
telah dibahagikan dan diambil dari perwaris yang sudah berhak mengurus hartanya sendiri, atau harta
yang selain dari pusaka si mati misalnya duit gaji anak / waris si mati sendiri, bukan merupakan wang
harta pusaka, maka tiada halangan keharusannya mengadakan kenduri arwah dengan menggunakan
harta yang begitu.

Hadis Towus ( ) :
( . . )
Ertinya : Berkata Towus, bahawasanya segala orang yang mati itu difitnah di dalam kubur mereka
dalam masa 7 hari. Maka adalah mereka itu ( para Sahabat) suka memberi makanan ganti daripada
mereka itu ( orang-orang mati di dalam kubur ) pada demikian hari.
Maksud Hadis tersebut ialah orang-orang yang mati akan ditimpa dengan fitnah selama 7 hari
pertama selepas dikebumikan. Para Sahabat suka berbuat kebajikan dengan memberi makanan pada
hari tersebut supaya dengan pahala kebajikan tersebut dapat sampai kepada si mati dan dengan berkat
amalan kebajikan tersebut dapat menyelamatkannya dari fitnah tersebut.
Berkata Imam as-Sayuti di dalam kitabnya , Katanya : ( ) Adalah manusia pada
ketika itu melakukan amalan sedemikian pada zaman Nabi , dan baginda tidak ingkar akan amalan
tersebut.

PENUTUP.

Sebagai mengakhiri penulisan yang kecil ini, diseru kepada pencinta-pencinta agama agar
dalamilah ilmu agama dengan bersungguh-sungguh. Jauhilah dari perbalahan yang tidak mendatangkan
faedah. Semoga Allah merahmati kita semua.

Anda mungkin juga menyukai