Anda di halaman 1dari 18

KOMPONEN-KOMPONEN MASJID JAMEK TANJUNG MALIM

Ahmad suhaimi menyatakan di dalam bukunya aspekaspek kesenian islam

Dari makkah ke madinah .. dan dari sana islam berkembang ke seluruh pelusuk tanah arab, iraq, Syria, turki, afrika utara, hingga ke sepanyol. Di mana sahaja ia bertapak kebudayaan islam turut terbentuk bersama ajaran islam itu sendiri. Kebudayaan yang kemudiannya secara sedar telah menumbuh suburkan seni bina islam yang secara sendiri memberikan pengaruh berkesan pada segenap penghidupan Negara itu.

Menurut buku masjid menerangkan bahawa masjid sebagai rumah ibadat, komponen-komponen masjid berbeza mengikut saiznya ,penggunaannya sama ada untuk orang perseorangan atau berjemaah termasuk untuk sembahyang jumaat.namun sedemikian setiap masjid mempunyai

komponen utama yang dipunyai oleh semua masjid iaitu dewan,mimbar, menara, mihrab, tempat berwuduk, pintu masuk dan kubah. Dewan

Bumbung dan ruang terbuka dewan untuk jemaah bersembahyang. Dewannya berbentuk empat segi dihampar barisan karpet memenuhi saf. Ragam hias dewan ini begitu biasa dengan enam batang tiang.

Sila letak gambar dewan masjid di sini

Masjid jamek ini terletak di jalan utama pekan tanjung malim berhampiran dengan pusat pekan. Kedudukan masjid ini terletak dikawasan yang begitu strategik sesuai dengan peranannya yang berdekatan dengan pejabat pos, balai polis, balai bomba dan kemudahan lain.

Melihat daripada persekitaran luarnya menunjukkan kehidupan masyarakat di pekan ini. Pengunjung dari luar tangjung malim tidak perlu bimbang untuk sembahyang kerana masjid dilengkapi dengan kemudahan tempat penyimpanan barang.

Pada asalnya pelan masjid

yang dapat memuatkan

jemaah yang terdiri daripada pelajar-pelajar SITC seramai empat ratus orang dan penduduk tempatan mendesak supaya masjid dibesarkan dan akibat daripada pembukaan sekolah menegah dato abdul razak pada tahun 1960 an.

Sumbangan peruntukan diperolehi daripada beberapa orang menteri mengikut peringkat :

1960 an : a. Pagar batu oleh tun abd eazak b. atap genting hijau oleh YM tengku razaleigh c. karpet dalam dan dewan solat oleh YAB Dr mahathir Muhammad

1980 an : pada tahun 1987 sekali lagi masjid ini dibesarkan dengan peruntukan berjumlah rm 182,000.00 oleh timbalan perdana menteri YAB Tun Ghafar Baba.

1990 an : pada tahun 1996 masjid ini sekali lagi menerima perubahan apabila berlaku pengubahsuaian dengan peruntukkan timbalan perdana menteri pada ketika itu iaitu YAB Dr. Anwar Ibrahimdengan peruntukkan sebanyak rm 320,000.00 untuk kubah, atap serta penahan banjir dan naik taraf lantai.

MIHRAB

Mihrab iaitu tempat imam mengetuai sembahyang berjemaah terletak di tempat menunjuk kearah kiblat bagi masjid. Bagi masjid jamek tg. Malim mihrabnya begitu ringkas di dalam bentuk empat segi dengan subuah tingkap di akhir sudut

Ia begitu berbeza jika dibandingkan dengan masjidmasjid moden yang mengadaptasi bentuk seni bian masjid sepanypl atau bani uthmaniyyah yang menekankan rekaan dalaman dan hiasan kaligrafi. Namun demikian bahagian ini masih mengekalkan fungsinya sebagai tempat imam.

Sila letaK GAMBAR

MIMBAR

Binaan yang biasanya diletakkan di sebelah kanan bahgian mihrab dengan mempunyai anak tangga untuk naik ke atas. Mempunyai pentas kecil yang berbumbung dengan hiasan.

Mimbar dipercayai mula digunakan di rumah rasulullah di madinah apabila jumlah jemaah bertambah ramai dan kesukaran untuk melihat baginda manjadi asas penggunaan mimbar iaitu untuk bertujuan meninggikan kedudukan baginda supaya mudah dilihat dan didengar. Maka sejak itulah mimbar menjadi salah satu komponen masjid dan digunakan oleh khatib sebagai tempat untuk membaca khutbah

Bagi mimbar masjid jamek tg. Malim, mimbar mempunyai tangga yang ditutup dengan karpet, tangga dihiasi dengan kayu larik, begitu juga dengan bahagian

pelantar kecil yang berkarpet serta bertiang larik. Bahagian atas berbentuk separuh bulat dengan hiasan ukiran bunga tebuk terus.bahagian cucur atap pula dihiasi dengan motif pucuk rebung mudah.

Bahagian bumbung dipasang bentuk bulan dan bintang condong sedikit ke arah kiri. Keseluruhan mimbar menggunakan kayu yang ditempah khas dikatakan ianya baru berusia beberapa tahun.

SILA LETAK GAMBAR

KUBAH

Masjid ini mempunyai kubah yang tidak begitu besar jika dibandingkan dengan saiz bumbungnya dengan bentuk bawang. Konsep dinaturalisasi diwujudkan dengan menggunakan warna yang memberi kesan pantulan balik bahagian bumbung genting ke atas kubah dan konsep di materialisasi disempurnakan dengan bahagian kubah yang diringankan dengan menggunakan konsep warna cerah iaitu putih.

SILA LETAK GAMBAR

KOLAH

Kebiasaan struktur rumah masyarakat melayu meletakkan sebarang sumber air berasingan dengan bahagian rumah, begiru juga dengan struktur binaan masjid. Kolah diletakkan di luar dan di bina besar dengan keluasan yang membolehkan lebih ramai jemaah mengambil wuduk serentak sebelum menunaikan ibadah. Kolah yang dibina ringkas berbentuk segi empat dipasang bebola untuk memudahkan pengaliran air daripada tangki.

Berkemungkinan juga asak bahagian kolah masjid ini terletak di bahagian cucur atap masjid untuk memudahkan takungan air hujan. Kolah yang dibina kini mempunyai sistem pengairan yang memudahkan jemaah mengambil wuduk secara beramai-ramai.

SILA LETAK GAMBAR

MENARA

Pembinaan menara menjadi perlambangan seni bina masjid dalam kesenian islam. Keunikan masjid menjadi suatu ciri yang begitu unik sehingga adakalanya terdapat masjid yang mempunyai sehingga empat menara. Sebenarnya tujuan asal pembinaan menara selain daripada mercu tanda masjid memudahkan orang ramai nampak masjid dari jarak yang jauh. Ianya juga bertujuan memastikan laungan azan boleh di dengar dalam jarak yang lebih jauh.

Pada zaman rasullah, bilal melaungkan azan dari bumbung rumah baginda. Menjelang abad ke-14 dan ke-15, menar dibina sebagai saah satu komponen masjid.

Bagi masjid jamek tangjung malim menara yang dibina besekali diatas bumbung di bahagian hujung tepi, menar

berbentuk segi empat menegak ini begitu ringkas dengan mempunyai kubah kecil berbentyk kudup bunga yang bersudut. Tidak terdapat sebarang hiasan atau arabesque dibahagian menara dan tinggi menara hanya sekitar lima kaki, dan mempunyai blok bunga bercorak geometri daripada batu bata untuk tujuan pengudaraan .

Terdapat empat pembesar suara dipasangkan kepada menara untuk membantu menguatkan laungan azan. Bahagian dalamnya berbentuk kosong dengan dilengkapi tangga.

SILA LETAK GAMBAR

BAHAGIAN BUMBUNG

Struktur asas bahagian atas bumbung banguna masjid ini mempunyai bentuk segi empat rata di setiap penjuru mempunyai kubah-kubah kecil yang diletakkan bersiri, namun demikian apabila diteliti masjid ini juga mempunyai struktur bumbung meru tiga lapis berdasarkan kepada lapisan sebeum menuju ke kubah bulat dan uga menara kubah kecil disekelilingnya. Bumbung lapisan kedua hanya terdapat di bahagian pintu masuk masjid sahaja tetapi menganjur mengelilingi bumbung utama.

Bumbung utama yang terletak di atas bahagian dewan solat berbentuk tiga segi meru dengan hiasan bulat berlubang memenuhi bahagian cucur atap, dihias dengan empet menera kubah dan beberapa menara kecil. Kubah utama terletak dipertemuan empat bucu dewan dengan

dengan bentuk kubah bawang. Jika dibuat perbandingan kubah ini begitu kecil berbanding dengan saiz yang dipasang di bahagian bawah bumbung setiap lapisan.

SILA LETAK GAMBAR

RUANG LEGAR

Masjid ini mempunyai kawasan ruang legar disekeliling binaan luar masjid. Pada bahagian ruang legar ini dipenuhi dengan beberapa pintu gerbang yang mempunyai bentuk arc atau lengkunagn dalam pelbagaia saiz dan rupa. Daripada pintu gerbang utama pengunjung akan melalui ruang legar dan melalui sebuah gerbang dalam kawasan empat segi dan sekali lagi melalui pintu gerbang dan baru la menuju ke dalam kawasan dewan sembahyang utama.

Gerbang-gerbang kecil yang tidk boleh dilalui juga memenuhi bahagian ruang legar sebagai pemisah kawasan yang dipasang pemidang juga daripada batu bata dengan kekisi mudah untuk pengaliran udara.

SILA LETAK GAMBAR

HIASAN

Penjelmaan bentuk-bentuk geometri, motif bunga dan tumbuh-tumbuhanserta kaligrafi adalah alternatif kepada larangan yang disebut oleh hadith. Hiasan ini sendiri secara tidak langsung menjadi alat untuk meninggikan nilai aktiviti yang tidal melanggar batasan kesenian islam. Arabesque atau curak yang tidak terbatas dikatakan sebagai suatu kesenian abstrak yang mampu melangkaui zaman dan ruang masa.

SILA LETAK GAMBAR

KHAT NASKH

Tulisan khat naskh bermula sejak akhir abad ke-9 masihi. Tulisan ini amat popular dan mudah ditulis kerana berbentuk geometrical curve. Pada zaman pertengahan islam khat naskh digunakan untuk menulis al-quran.naskh diambil daripada perkataan nasihah yang bermaksud ajaran atau panduan dan ianya juga merupakan tulisan yang paling popular digunakan paling popular digunakan oleh para khattat dalam naskah ilmiah seperti buku, majalah dan sebagainya. Ini adalah kerana ianya mudah untuk dibaca.

Kebanyakkan hiasan tulisan ayat pujian atau potongan ayat-ayat al-quran didalam masjid jamek tanjung malim menggunakan teknik khat naskh

SILA LETAK GAMBAR

Anda mungkin juga menyukai